Chapter 12

Kelihatan Adira dan Saloni yang baru balik daripada delivery serbuk koko ke rumah rumah pelanggan mereka.

"Fuh! 10 pesanan delivery selesai" kata Adira.

Walaupun hanya 10 pesanan sahaja, rumah pelanggan mereka jauh daripada satu sama lain, membuatkan mereka kepenatan mengayuh basikal ke sana kemari.

Basikal yang ditunggang Saloni sebenarnya milik Adika, tapi dipinjamkan kepadanya untuk tugas delivery itu.

Dia kata, guna basikal lebih cepat dari jalan kaki, jadi mereka pun pergi menggunakan basikal itu.

Memang betul katanya sebab setengah jam je, mereka berjaya habiskan 10 pesanan terus.

Selamatlah pulau tu tak besar mana, jadi mereka sudah hafal semua jalan di sana, so tak akan sesat.

Mereka pun meletakkan kedua dua basikal itu di sebatang pokok berdekatan dengan kokotiam itu, dan terus berjalan ke arah kedai.

Di sana, kelihatan Adika yang sedang menjadi pelayan, membawa pesanan yang telah siap ke meja pelanggan, dan Emery yang sedang menjadi chasier, dan melayan pelanggan yang ingin membayar.

Adika yang melihat Adira dan Saloni yang sudah balik, terus memanggil Saloni.

"Saloni! Tukar, tukar!"

Saloni yang mendengar namanya di panggil, terus berlari ke arah budak itu.

"Nah, kau pulak yang layan pelanggan. Aku nak pergi beli ais. Ais habis. Basikal aku mana?"

Adika memberikan apronnya kepada Saloni, dan Saloni terus menunjukkan ke arah pokok yang dia dan Adira letak basikal tadi.

"Tu hah, kat pokok tu"

Adika pun mengangguk, dan terus berlari ke arah pokok itu.

Dengan pantas, Saloni memakai apron itu, dan terus berjalan ke arah kaunter selepas mendengar Amato menekan loceng, bermakna sudah ada pesanan yang dah siap.

Sementara itu, Adira terus masuk ke dalam kokotiam itu, dan berjalan ke arah Tok Mi.

"Tok, ada pesanan apa je?" Adira mahu membantu neneknya menyiapkan pesanan.

"Ni hah, banyak ni. Cepat sikit tau"

Tok Mi menunjuk ke arah lima helai kertas yang dipenuhi dengan pesanan pelanggan yang ditampal pada dinding di depan mereka.

Selepas membaca pesanan pada kertas pertama, dia terus mengangguk, dan mula terus membuat pesanan pesanan itu.

Emery, yang memang jenis cepat belajar, mudah je faham cara menguruskan bab urusan pembayaran itu.

Kokotiam itu tidak menggunakan mesin duit yang selalu nampak chasier dekat kedai lain tu guna, so dia susun duit cantik cantik dalam rak bawah meja kaunter itu mengikut nilainya.

Dia dah diberi kakulator untuk mengira bil, jadi dia tidak kesusahan.

Sementara mereka semua melakukan itu, mak ayah mereka akhirnya datang, untuk latihan harian mereka seperti biasa.

Disebabkan mereka tidak menjumpai anak anak mereka di belakang rumah, jadi mereka pergi ke kokotiam itu.

Mereka pelik melihat anak anak mereka sedang bekerja di sana.

"Hm? Kenapa diorang tiba tiba rajin kerja pulak ni?" tanya Gopal.

"Entah" balas Boboiboy ringkas.

Mereka pelahan lahan pergi ke arah Amato tanpa pengetahuan anak anak mereka.

"Ayah, kenapa diorang tiba tiba tolong dekat kedai ni?" bisik Yaya ke ayah mertuanya itu.

Amato yang terkejut kecil melihat anak, menantu dan kawan mereka itu, tersenyum kecil sebelum berbisik kembali.

"Diorang nak duit lebih untuk gotong royong sekolah, tu yang terlebih rajin nak tolong ni. Nak upah lebih~"

Para ibu bapa itu pun hanya mampu tersenyum kecil, sebab itu pun memang apa yang mereka akan lakukan untuk dapat duit lebih masa muda muda dulu.

"Untuk dua hari ni, kamu semua rehat lah dulu. Mesti kamu semua penat dengan kerja TAPOPS, lepas tu kena latih mereka pulak kan?"

Mereka pun hanya mampu mengangguk sahaja, kerana mereka memang tidak boleh nafikan yang mereka memang letih.

Mereka dapat latih anak anak mereka sekarang ni pun sebab diorang dapat cuti selama 3 bulan.

Bulan pertama, Boboiboy dan Yaya bawa anak kembar mereka melawat Kota Hilir.

Tapi masuk bulan kedua je terus anak mereka dapat kuasa. Dan sudah seminggu berlalu sejak hari itu.

Amato tahu, yang mereka sedang tertekan, kerana mereka adalah ibu bapa mereka. Mesti mereka risaukan keadaan anak anak mereka dengan kuasa baru mereka itu.

Dia juga dulu memang terkejut habis lepas dapat tahu anak dia tiba tiba dapat kuasa selepas ingatkan yang Ochobot gagal dihantar ke bumi.

Tidak lama kemudian, Adika pulang kembali bersama tiga plastik bag penuh ais di dalam bakul basikalnya.

Dia mengangkat ketiga tiganya serentak ke arah kokotiam itu, dan memberikannya kepada Amato dan Tok Mi. Dia pun kemudian menolong apa yang patut di kedai itu.

.
.
.
.
.
.

Malam telah tiba, dan kelihatan kedua dua kembar itu sedang menghantar delivery 15 pesanan terakhir untuk hari itu.

Mereka sudah pun menghantar 6 daripada kesemua pesanan.

"Huh...huh...huh..." boleh kedengaran nafas tercungap cungap datang daripada mereka berdua.

Bekerja seharian, semestinya memenatkan.

Masih banyak lagi pesanan yang mereka perlu hantar, dan mereka tidak boleh mengelat kerana mereka perlukan duit upahnya.

"Hahaha...macam ni rupanya rasa penat mencari duit kan? Ni ke apa yang Mama dan Ayah rasakan setiap hari?"

Adira ketawa kecil, kerana dirinya mula ditampar oleh realiti.

Dia tidak mampu bayangkan seberapa penatnya mak dan ayahnya mencari nafkah semata mata untuk besarkan mereka berdua.

Terutamanya mereka membesar dalam lingkungan yang stabil.

Adika turut tersenyum juga, merasa apa yang kembarnya rasa.

"Mestinya lah. Tak ada benda yang senang dalam hidup ni" balasnya.

Mereka memang selalu bantu di kedai, tapi hanya sekadar bantu sahaja.

Ini pertama kali mereka rasakan bekerja full time semata mata untuk mencari duit lebih.

Lagipun, mereka hanya tinggal 3 tahun, sebelum mereka akan memasuki dunia pekerjaan juga.

Kedua dua mereka tidak memiliki impian untuk teruskan pelajaran, kerana mereka hanya mahu membantu atok, nenek, mak dan ayah mereka di kokotiam.

Ianya sudah seperti tradisi, jadi mereka mahu meneruskannya.

Seperti kata kata Adika sendiri, dia langsung tidak mahu menjadi superhero.

Walaupun Adira ada perasaan ingin menjadinya, tapi dia sedar dunia pahlawan itu bukan mudah, jadi dia cuba kekal rasional.

"Oh ya, berapa anggaran yang kita dapat hari ni?" tanya Adira tiba tiba.

Adika mencuba mengingati kembali apa yang Emery katakan kepadanya.

"Emery kata jumlah keseluruhan hari ni berjaya capai RM500, jadi selepas diagihkan, kita akan dapat dalam RM70 seorang, seperti yang dijanjikan Tok Mi"

Tok Mi ada janji pada mereka, kalau mereka semua bekerja keras hari ni, Tok Mi akan berikan RM70 seorang kepada mereka sebagai ganjaran.

RM70 darab 4, dan tolak keseluruhan, tinggal RM220 kutipan yang berjaya dapat hari itu.

Dan tambah dengan lebihan duit belanja sekolah dan upah hari hari sebelum ini, mereka berdua sudah mendapat RM420 untuk membeli barang barang gotong royong.

Walaupun sekadar gotong royong biasa, mereka masih merasa semangat kerana ianya sebahagian daripada aktiviti sekolah.

Walaupun terpaksa mengeluarkan dana lebih kerana ketua kelas mereka yang tak reti kira kos, mereka gembira, kerana mereka dapatkan wang atas usaha sendiri.

"Ahahaha! Tak sabarnya hari sabtu ni! Dah lama tak pergi sekolah masa hari cuti!" Adira mengangkat kakinya kehadapan, membiarkan pengayuh basikalnya bergerak sendiri.

"Eh eh eh?! Oi, pijak balik! Bahayalah!" Adika memberi amaran kepada kembarnya, akibat tindakkan berbahayanya itu.

"Ehehehe...sorry" Adira terus meletakkan kakinya semula ke atas pengayuh selepas di sound oleh Adika.

"Haih kau ni. Tahulah kau tengah semangat, tapi fikir dulu keselamatan diri tu. Karang tak jadi datang hari sebtu sebab kena tahan hospital"

Adira hanya ketawa sahaja dirinya dimarahi oleh kembarnya.

Disebabkan mereka baru tingkatan 1 tahun lepas, mereka tidak terlibat dengan banyak aktiviti, jadi mereka tidak selalu stay back atau kena datang masa hari cuti, tidak seperti tingkatan 3 dan 5.

Mereka juga bukanlah pemegang jawatan apa apa, membuatkan mereka tiada apa apa yang perlu dilakukan selepas sekolah kecuali menolong di kokotiam sahaja.

Tiba tiba, jam kuasa Adika berbunyi.

"E-eh eh eh?!"

Secara gelabah, Adika melepaskan tangan kirinya untuk menjawap panggilan itu, dan memegangnya kembali sebelum dirinya terbabas.

Jam kuasanya memancarkan sebuah hologram, menunjukkan wajah Emery dan Saloni.

"Korang! Korang dah siap ke?" tanya Saloni.

Seperti apa yang dilakukan kepada jam kuasa mak ayah mereka, Ochobot turut menambahkan khidmat komunikasi ke dalam jam kuasa mereka untuk memudahkan mereka berhubung dengan satu sama lain.

"Belum lagi. Kitorang baru habis hantar 6 pesanan. Ni kitorang tengah menuju ke rumah ketujuh lah ni" balas Adika, sedikit tercungap.

Di sisi lain, Saloni dan Emery masih lagi berada di Kokotiam yang sudah pun tutup, menunggu kepulangan dua kawan mereka itu.

"Oooh~cepat sikit tau. Dah nak pukul 8 dah ni. Bahaya keluar malam malam lama sangat" nasihat Saloni.

"Baik!" Adira tolong balaskan untuk Adika.

Panggilan itu pun akhirnya terpadam.

Mereka pun meneruskan perjalanan mereka menaiki bukit untuk ke destinasi mereka.

Tapi....

Tanpa mereka sedar, ada sesosok misterius sedang berada di sebalik pokok pokok, bersebelahan dengan jalan yang mereka lalui.

Sosok itu, kelihatan seperti mencuba mencari sesuatu, dan tidak perasan akan kehadiran mereka berdua yang melintasi kawasan itu.

.
.
.
.
.
.
.

Skiptime, sudah hampir pukul 9.

Adira dan Adika pulang ke kokotiam dalam keadaan barai akibat kepenatan mengayuh basikal ke sekeliling pulau.

Yang menempah pada malam itu bukan hanya daripada kawasan perumahan mereka sahaja.

"Kami dah pulanggggg~" Adira mengangkat tangannya ke atas, sambil berjalan terhuyung hayang.

"Selamat pulang!" kata Saloni dan Emery serentak.

Akhirnya, kedua dua merek pun tumbang di atas kerusi kokotiam itu, sudah tidak larat mahu berjalan.

Mereka tidak dapat merasakan kaki mereka ketika itu.

Tok Mi yang masih menunggu kepulangan cucu cucunya bersama sama dengan dua kawan mereka itu, melihat mereka berdua sambil menggeleng.

"Aik? Baru satu hari dah penat? Esok nak kerja lagi tak?"

Tok Mi sengaja bertanya kerana tidak mahu cucunya memaksa diri mereka, dan pada masa yang sama menyakat mereka.

Terus diri mereka berdua segar seketika dan memandang ke arah Tok Mi.

"Ehhhh, mestilah Tok Mi! Kami perlukan duit tu! Kalau tak, kalahkan kelas kitorang nanti!" kata Adira bersemangat.

Salah satu sebab lagi kenapa mereka bersemangat nak lakukan gotong royong itu adalah kerana mereka mahu menang pertandingan kelas tercantik batch mereka.

Bukan sebab apa, mereka cuma mahu dapat banyak anugerah supaya kelas mereka dapat nama yang di kalangan warga sekolah.

Jangan lupa, yang mereka juga adalah anak Yaya. Kuat bertanding.

Walaupun tak separah Saloni yang nak menang semua benda, tak bermaksud mereka akan lepaskan sahaja peluang untuk menang.

Tahun lepas, kelas mereka hanya dapat menang 14 kali sahaja kerana ada murid kelas mereka yang tak reti nak buang sampah, so, disebabkan kelas tak bersih, tolak markah akan kecantikan kelas mereka.

Sampai sekarang pun mereka masih ada dendam lagi dengan budak tu. Selamat tahun ni diorang tak satu kelas dengan budak tu.

Tahun ni, mereka akan pastikan kelas mereka akan menang banyak kali, kerana, pada akhir tahun, kelas yang paling banyak menang anugerah setiap tingkatan, tidak kisahlah pertandingan apa apa sekalipun, akan diberikan hadiah istimewa yang berbeza setiap tahun.

Bukan setakat daripada keceriaan kelas sahaja, daripada jualan hari kantin, merentas desa, hari sukan, jamuan, semua lah.

Senang kata, keempat empat sahabat ini maniac kepada kemenangan.

Sampai Tok Mi pun risau tengok empat sekawan ni.

"Hah, nah. Seperti yang dijanjikan, RM70 ringgit seorang"

Tok Mi menghulurkan duit berjumlah RM70 ringgit berbentuk cash kepada mereka sorang satu.

Mereka berempat menyambut duit itu daripada Tok Mi dengan wajah gembira, kerana penat lelah mereka pada hari itu membuahkan hasil.

"Terima kasih Tok Mi!!!" jerit mereka berempat serentak.

Tok Mi hanya mampu tersenyum melihat wajah gembira budak budak itu.

Tidak lama kemudian, masing masing pun mula kembali ke rumah mereka untuk hari itu.

.
.
.
.
.
.
.
.

Keesokkan harinya, mereka bertiga berjalan ke sekolah seperti biasa.

Mereka tidak seceria selalunya kerana kepenatan pada malam sebelumnya, tapi tetap sanggup datang ke sekolah untuk belajar.

Emery yang sedang menjaga pagar pun kelihatan tidak setegas biasanya, dan hanya melambai ke arah mereka sahaja.

Mereka bertiga pun membalas lambaian Emery dengan anggukkan, dan mula masuk ke dalam kawasan sekolah.

"Dah lah, aku nak pergi kantin dulu. Tak sempat aku nak sarapan pagi tadi sebab bangun lambat" kata Saloni.

Saloni pun berjalan meninggalkan mereka bergitu sahaja tanpa menunggu apa apa balasan daripada mereka berdua.

Kembar berdua tu pun buat tak kisah je sebab malas nak layan.

Sambil mereka mahu berjalan menuju ke tapak perhimpunan, mereka terserempak dengan Afeen.

"Eh? Selamat pagi korang!" Afeen pun memberi salam ke arah mereka.

Tapi wajahnya terus berubah pelik apabila melihat wajah kedua dua kawannya itu yang lesu.

Mereka berdua pun perlahan lahan berjalan ke arah Afeen, dan membalas salamnya, walaupun kedengaran memang tiada tenaga.

"Selamat pagi juga, Afeen" kata mereka berdua serentak.

Afeen yang tidak pernah melihat mereka berdua selesu ini, mula merasa ingin tahu dan kasihan pada masa yang sama.

"Korang berdua tak tidur ke malam tadi?"

Itu lah senario pertama yang bermain di otaknya, kerana kadang kadang pun dia selalu berjaga malam dan berakhir kepenatan keesokkan harinya.

"Eh, tak lah, tidur je, sampai tidur mati pun ada" balas Adira.

"Hm? Habis tu?" Afeen makin keliru.

"Ehehe...kau tahu kan kita tak cukup duit nak beli barang barang gotong royong tu, jadi aku, Ira, dan dua senior kita kerja semalam dekat kokotiam keluarga kitorang untuk dapat duit lebih" balas Adika pula.

"Dan malam semalam ada banyak sangat hantaran nak kena buat ke sekeliling pulau, sampai kitorang kena kayuh basikal sampai pukul 9 malam. Balik balik tu memang pancit lah jawapnya" sambung Adira.

"Masih berbekas lagi lenguh kaki ni" kata Adika lagi, sambil menunjuk ke arah kakinya.

Afeen yang akhirnya faham kenapa kawannya jadi macam tu, hanya mampu mengangguk sahaja.

"Oohhh~....patutlah" katanya.

Tetapi, kemudian, dia menepuk kedua dua tangannya dengan wajah gembira.

"Aku ingatkan aku sorang je! Rupanya korang pun sama!"

Kata kata Afeen membuatkan kedua dua kembar seketika termangu kerana tidak memahaminya.

Afeen yang perasan dengan wajah keliru mereka berdua, terketawa kekok sambil mengusap belakang tengkuknya.

"Erm...ehehe...kan aku ada kata yang aku pindah sini sebab kerja mak aku kan?"

Adira dan Adika mengangguk.

"Jadi~....aku tak nak lah jadi tak berguna untuk kelas kita, jadi aku tanya dekat mak aku, ada apa apa yang aku boleh buat ke untuk dapat duit lebih, jadi mak aku kata, aku boleh tolong dia buat kerja rumah macam basuh baju, kemas rumah, sapu daun depan rumah, macam macam lah"

Mereka berdua mengangguk sekali lagi.

"Dan selain daripada kerja biasa, mak aku ada jual karipap jugak, jadi aku tolong dekat kedai semalam. First time aku rasa layan pelanggan sebenar. Biasanya aku main video game jadi chasier je dalam fon aku, ehehe..."

Afeen mengaku yang dia tak pernah bantu mak dia jual karipap sebelum ni. Sebabnya kerana dia takut minyak panas. Setiap kali tengok minyak menggelegak dekat dapur, dia cau lari ke ruang tamu dulu.

Semasa jual karipap semalam pun, dia cuba untuk berdiri sejauh yang mungkin daripada kuali panas tu, sebab takut minyak panas memercik terkena kulitnya.

Adira yang mendengar itu, gembira mendengar yang ada orang lain juga yang cuba cari duit seperti dirinya dan kembarnya.

"Wahhh! Macam sedap je bunyinya! Aku pun nak beli karipap dari kau jugak!" kata Adira.

Disebabkan nenek dan mak mereka selalu gorengkan karipap untuk mereka, dia terasa teringin mahu merasa karipap hasil tangan orang lain juga.

"Kalau kau nak, datang lah gerai kitorang! Tak jauh pun rumah aku, lima block dari sini je, rumah warna hijau. Kau boleh datang lepas balik sekolah nanti. Boleh lah aku kenalkan korang ke mak aku!"

Afeen teruja, kerana dia memang mahu mengenalkan kawan pertama yang dia buat di sekolah barunya kepada maknya.

Tetapi, selepas melihat riaksi wajah kembar itu, yang tidak sezuai dengan ekspetasinya, membuat harapanhya sedikit tercalar seketika.

"Err....maaflah, Afeen. Kitorang tak boleh. Kitorang kena terus balik ke rumah lepas sekolah nanti, sebab kitorang dah janji dengan Tok Mi kitorang untuk kerja lagi hari ni" balas Adika dengan nada sedikit sedih.

Walaupun sedikit kecewa kembar berdua itu tidak boleh datang ke rumahnya, tetapi dia tidak salahkan mereka.

Terus sahaja moodnya berubah, dan kembali ceria kembali.

"Tak apa lah kalau macam tu! Apa kata kalau aku pulak yang datang ke kokotiam korang hari ni? Boleh kan?"

Permintaan Afeen membuatkan Adira menjadi gembira, dan terus memegang kedua dua tangannya.

"Mestilah boleh! Mesti Tok Mi dan Tok Yah suka jumpa dengan kau nanti!" Adira sedikit melompat keterujaan.

"Yayyy!" Afeen turut bersorak kecil.

Afeen boleh singgah sementara ke kokotiam mereka kerana gerai maknya bukak pukul 3, jadi dia boleh mengelat sementara.

Adika yang melihat mereka berdua melompat macam anak kecil, hanya mampu ketawa kecil sahaja.

KRINGGGG!!!!

Tiba tiba, loceng sekolah mereka berbunyi, menandakan waktu perhimpunan sudah pun bermula.

"Alamak! Perhimpunan dah mula! Cepat cepat!" Adika menarik tangan kembarnya.

Dengan panik, mereka bertiga berlari ke arah tapak perhimpunan, dan masuk ke dalam barisan kelas mereka.









2666 perkataan

Weeeeee- 🤸‍♀️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top