Chapter 1

Langit masih kelihatan gelap, dengan hanya disenari oleh cahaya bulan dan bintang.

Dari atas, kelihatan sebuah kereta api sedang meluncur laju di atas rel miliknya, menuju ke sebuah lokasi.

Terdapat sebuah papan tanda kayu yang kelihatan lama terputar akibat tekanan angin yang diberi oleh kereta api itu apabila ia lalu di sebelahnya.

Apabila sudah berhenti, kelihatan sebuah tulisan pudar di atas papan tanda itu.

Pulau Rintis.

.
.
.

Tidak jauh di hadapan, terdapat sebuah stesyen kereta api lama.

Di sana, terdapat sepasang suami isteri yang sudah kelihatan lanjut usia.

Mereka seperti sedang menunggu kedatangan seseorang.

"Sayang, lama lagi ke?" Sang isteri bertanya.

Sang suami melihat ke arah jam tangannya, yang sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

Mereka sudah berada di sana sejak satu jam yang lalu.

"Dah pukul 3 dah. Kejap lagi sampai lah tu diorang"

Sebaik sahaja sang suami mengatakan itu, pengunguman berbunyi.

"Stesyen berikutnya, Pulau Rintis. Stesyen berikutnya, Pulau Rintis. Diminta semua penumpang berdiri di belakang garis kuning untuk dielak dari dilanggar"

Suara perempuan muncul di pembesar suara.

Mula terukir senyuman yang besar di wajah mereka berdua.

Orang yang mereka nanti nantikan akhirnya akan tiba.

Dari sudut mata mereka, mula kelihatan cahaya yang datang dari kereta api, dan akhirnya muncul di depan mereka.

Perlahan lahan, kereta api itu pun mula berhenti, dan pintu pun dibuka.

Di balik salah satu pintu, berdiri dua orang remaja.

Seorangnya perempuan, dan seorang lagi lelaki.

Mereka berdua berlari keluar daripada kereta api itu.

"ATOK!!! TOK MI!!!" jerit mereka berdua, gembira.

Masing masing pun mula memeluk kedua dua sosok tua itu.

"Hahahaha!!! Balik pun cucu cucu Atok!" Sang suami mengusap lembut kedua dua kepala remaja itu.

"Hah, macam mana bercuti dekat Kota Hilir sana? Seronok?" Sang isteri pula yang bertanya.

"Seronok! Tok Yah dan Tok Mi nak tahu? Paintasso ajar kami berdua melukis mural dekat dinding sekolah dekat sana!"

Remaja perempuan itu bercerita kepada datuk dan neneknya denan bersemangat.

"Wahhhh! Ya ke? Mana, Atok nak tengok"

Remaja lelaki itu mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan sebuah gambar ke arah mereka berdua.

Ianya adalah gambar kedua dua remaja itu dan Paintasso di depan banggunan sekolah yang mereka maksudkan. Dinding besar tiga tingkat itu habis dilukis dan di cat oleh mereka bertiga.

Hasilnya cantik, walaupun mereka bertiga kelihatan comot akibat dipenuhi dengan cat sana sini. Tapi mereka bertiga kelihatan gembira.

"Wahhhh. Berbakatnya anak anak Tok Mi!" Nenek mereka memuji mereka berdua.

"Hehe~tengok lah siapa yang ajar" suaminya tiba tiba memuji dirinya sendiri.

Isterinya menggulingkan matanya menyampah dengan apa yang suaminya katakan. "Yelah tu"

Sambil sambil mereka berempat berborak sama sendiri, muncul dua orang lagi dari pintu kereta api itu dengan dua beg besar di tangan mereka, sebelum pintu kereta api itu akhirnya tertutup.

Mereka berdua kelihatan seperti suami isteri.

Kedua dua mereka pun berjalan mendekati kedua dua sosok tua itu, dengan senyuman di wajah mereka.

Sang suami pun meletakkan begnya di tanah, dan mengangkat tangannya untuk bersalaman dengan mereka.

"Assalamualaikum Mak, Ayah" katanya.

Kedua dua sosok tua itu tersenyum memandang anak mereka, sebelum menyambut salamnnya.

Mereka berdua kemudian berpaling ke arah menantu mereka berdua juga.

Menantu mereka pun turut menyalam mereka berdua.

"Boboiboy, Yaya, gembiralah kamu berempat balik dengan aman" kata sang suami, atau patut kita sebut, Amato.

Boboiboy dan Yaya mengangguk, membalas kata kata Amato itu.

Boboiboy, Yaya dan kedua dua anak mereka bercuti di Kota Hilir semperna cuti akhir tahun sekolah anak mereka selama sebulan lebih.

Mereka turut ke sana untuk menjenguk keadaan para robot yang sudah diselamatkan oleh Amato ketika masa mudanya dulu.

"Macam mana Kota Hilir?" Nenek mereka pula yang bertanya.

"Semuanya ok, tiada sesiapa yang buat masalah. Budak berdua ni pun ada tolong Paintasso cat dinding sekolah dan tolong para Koncho baiki air pancut dekat tengah tengah bandar tu" jelas Boboiboy.

"Baguslah macam tu. Cucu cucu Atok berseronok ya?"

Amato tiba tiba mengusap kepala cucunya sekali lagi, tapi kali ni lebih kasar kerana mahu menyakat mereka. Habis rambut sang lelaki serabai dan tudung sang perempuan senget dibuatnya.

"Tokkkk Yahhhhh!!!" Kedua dua mereka merengek tak puas hati.

"Hehehe~gurau gurau"

Kedua dua mereka pun membetulkan rambut dan tudung mereka, sebelum mereka menghadap mak ayah mereka kembali.

"Dah, jom balik, esok kan kita nak beli barang sekolah Ira dan Ika" Boboiboy bergurau dengan mencubit lembut pipi kedua dua anak anaknya.

"Baik Ayah!" Turut mereka berdua.

Keenam enam keluarga kecil itu pun mula meninggalkan kawasan stesyen kereta api itu kerana sudah malam.

Mesti ada yang tanya, mana Ochobot dan Mechabot kan?

Ada je dekat rumah tu hah, tengah tidur dua dua.

Mechabot tidur atas katil Amato, siap dengkur dan mengigau lagi, manakala Ochobot sedang cas dirinya sendiri.

.
.
.

Berpindah situasi, mereka sudah tiba di rumah antik yang pasti semua ingat.

Siapa lagi kalau bukan rumah Tok Aba.

Atau patut Author sebut Arwah Tok Aba.

Walaupun sudah lama, ianya masih kelihatan teguh dan gagah.

Ada sedikit perubahan yang dibuat seperti menukar dinding dalam yang sudah reput, dan mengcat semula dinding yang sudah pudar.

Walaupun ada beberapa perubahan, strukturnya masih dikekalkan.

Karana ianya untuk kenangan sang lagenda.

Mereka berenam pun masuk ke dalam rumah itu.

"Yahuuu!!!" Sang remaja perempuan membaling begnya ke atas sofa, sebelum naik ke tingkat atas. Rindu bilik katanya.

Yelah, dah sebulan lebih tak pulang ke rumah.

"Weh! Tunggu lah aku!" Sang remaja lelaki mengikuti kembar perempuannya itu dari belakang.

Masa untuk sesi biodata sekarang, ok?

.
.
.
.

●○●○●○●○

Nama : Adira Arwaa Binti Khairul (Boboiboy)
Panggilan : Adira, Ira, Dira
Umur : 14 tahun (tua 5 minit)
Sipnopsis : Kakak kembar kepada Adika, dan anak kepada Boboiboy dan Yaya.

○●○●○●○●

Nama : Adika Adnan Bin Khairul (Boboiboy)
Panggilan : Adi, Adika, Ika, Di
Umur : 14 tahun (muda 5 minit)
Sipnopsis : Adik kembar kepada Adira, dan anak kepada Boboiboy dan Yaya.

●○●○●○●○

.
.
.
.

"Anak anak! Jangan lari dekat tangga!" Yaya menasihati mereka.

"Maaf Mama!" Kata mereka sambil masih berjalan ke tingkat kedua rumah itu.

"Hahahaha! Dah besar dah cucu aku. Dah berapa umur mereka tahun ni?" Amato bertanya kepada isterinya.

"Rasanya masuk tahun ni esok dah 14" jawap isterinya.

Hari itu adalah 31 Disember, hari Jumaat. Esok, dah masuk tahun baharu, bermaksud, tahun persekolahan baharu.

Hari isnin, mereka berdua akan kembali ke sekolah semula.

Kambali ke atas, Adira sudah pun masuk ke biliknya, dan menghempaskan dirinya di atas katilnya.

"Rindunya rumah!" Adira berguling sendiri di atas katilnya, sementara diperhatikan oleh kembarnya itu.

"Aik? Terus naik atas katil?" perli Adika.

"Habis tu? Tak kan nak naik atas almari pulak" Adira membalas perlian kembarnya itu.

"Kenapa tak naik atas peti sejuk je terus" balas Adika lagi.

"Kalau boleh dah lama aku masuk dalam peti ais je tu terus" sambil bercakap, perut Adira tiba tiba berbunyi.

Bruuuuuk!

Adira memegang perutnya yang kelaparan itu.

"Aduhhhh, laparnyaaaa" Adira merintih kelaparan.

Sejak dari dua jam yang lalu ketika mereka memulakan perjalanan mereka dari Kota Hilir, memang mereka tak makan apa apa lagi.

Kemudian, perut Adika pulak berbunyi.

Bruuukkkk!

Adika pula yang memegang perutnya.

"Aku pun lapar...."

Adika pura pura jatuh ke atas katil kembarnya itu, buat buat seperti sudah tiada tenaga, padahal mereka baru je berlari naik tangga tadi.

Mereka nak makan, tapi dah pukul tiga pagi.

Mereka berdua hanya mampu meratapi nasib sendiri.

Sehinggalah...

"Hm?" Adika terbau sesuatu yang sedap dari tingkat bawah.

Adira turut sama juga.

"Bau apa tu?" Adira mula bangun dari baringnya.

Bau itu mula memanjakan perut mereka, dan membuatkannya berkeroncong sekali lagi.

Bruuuukkkk.

Akibat dah tak tahan, mereka berdua pun mula mengikuti bau itu, dan tiba di tingkat bawah semula.

Bau itu membawa mereka berdua ke dapur rumah mereka itu.

"Eh?"

Mereka berdua melihat Nenek dan Mak mereka sedang memasak sesuatu di dapur.

Kedua dua wanita itu sedar dengan kehadiran kedua dua kembar itu.

"Tok Mi dan Mama tengah masak apa tu?" Adika bertanya.

"Adalah~ kamu berdua duduk lah dulu" kata nenek mereka.

Mereka berdua menuruti perintah nenek mereka, dan duduk di atas kerusi meja makan mereka.

Selang beberapa minit, Mara dan Yaya pun meletakkan dua pinggan yang ada sesuatu di atasnya di atas meja.

Kedua dua kembar itu bersinar mata mereka, siap melelh air liur lagi bila melihat benda itu.

Ianya adalah karipap dan cekodok coklat kebanggakan keturunan keluarga mereka.

"Wahhhhh!!!"

"Hah, jemput lah makan. Tok Mi tahu kamu berempat lapar selepas perjalanan lama tu" kata Tok Mi.

Tok Mi mengajar Yaya cara memasak karipap itu selepas dirinya kahwin dengan anaknya.

Semasa kedua dua kembar mahu membaca doa makan, sang jejaka pula, Amato dan Boboiboy datang ke dapur selepas dipanggil oleh bau masakan itu.

"Uuuu~Mak masa apa tu?" Boboiboy turut kelihatan terliur.

"Apa lagi~? Masakan kesukaan anak dan Suami Mak lah~" Tok Mi mencubit pipi anaknya itu manja sebelum menyuruhnya duduk.

Boboiboy pun ketawa sahaja apabila pipinya dicubit, dan duduk di sebelah anaknya.

Amato, Yaya dan Tok Mi juga turut duduk.

Mereka semua makan bersama sambil berbual pada pagi itu.















1443 perkataan

Ok, so, the reason Boboiboy kahwin dengan Yaya dalam buku ni sebab Author ikut Au kawan Author, iaitu Decathect Au. Disebabkan Au tu BBB dengan Yaya kahwin, Author pun ikut jelah, ehek- 🧍🏻‍♂️

Art from the cover, uhuk- 🤸‍♀️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top