07 | Merajuk

~ If it's Meant To Be ~





Salam Aidiladha 🤍🌻





Pintu bilik Qaseh dibuka Zara lalu gadis itu terus menapak masuk sebelum menutup semula pintu. Dia tahu pasti Darwisy akan masuk bilik tidur utama untuk berbincang tetapi dia tak mahu berhadapan dengan lelaki itu buat sementara waktu.

Adik kembarnya yang sedang berada di meja belajar, menatal skrin telefon melalui media sosial mengangkat muka apabila perasan Zara masuk.

"Kak, adik nak tanya ni." Qaseh bersuara lalu duduk menghadap si kakak yang baru menghenyak punggung di birai katil.

"Hm, pe?" Ringkas Zara membalas.

"Diaaa... tak tahu lagi eh yang kakak kahwin dengan Abe Awisy?" Soal Qaseh ingin tahu.

"Iyelah! Aku dah suruh kau diam tadi kan? Mulut murai betul. Habis sekarang dah kecoh jadinya." Nampak gaya macam marah saja muka Zara.

"Hurm... sorry.." balas Qaseh serba salah. "Tapi takpe. Eloklah dia dah tahu. Senang sikit kerja kita." Gadis itu memasang wajah ceria tiba-tiba.

"Senang apa? Lagilah masalah nanti! Ish kau ni." Zara berpeluk tubuh.

"Hahahah, takpe takpe. Insha-Allah, takde pape." Kata Qaseh dengan sengihan. "Macam mana kakak boleh kenal dia?"

"Macam mana lagi? Mestilah kakak stalk. Jumpa dekat follower list Darwisy. Tapi Darwisy tak follow pun si Rainaa tu."

"Hm, eloklah tu. Dia dah move on la kiranya tu."

"Harap sangatlah dah move on. Akak pun risau takut dia masih ada perasaan dekat perempuan tu. Ugh, takde adabnya dia tu. Datang rumah orang, macam tu perangai?"

"Tulah kan. Takpe, kak. Adik percayakan Abe Awisy. So kakak tak perlu risaulah. Insha-Allah semuanya baik-baik aje. K?" Qaseh cuba meyakinkan kakaknya.

"Hm.. k..."

"K la, adik kemas barang dulu. Esok nak kena balik dah."

"Hah? Nak kemas dah? Awal lagi kan?"

"Alah, kumpul-kumpul gitu je. Takut tertinggal apa-apa kang susah pulak. Lepas tu kena cop nyanyuk dengan orang tu." Qaseh seperti memerli kakaknya.

"Ehhh, perli pulak diaaa." Pipi Qaseh ditolak-tolak oleh Zara membuatkan si adik tertawa.

"Besok jelah kemas. Lepas balik sekolah."

"Urm... tapi adik plan macam ni. Sebelum pergi sekolah tu, adik prepare semua beg dan barang adik depan pintu. Nanti bila balik sekolah, Abe Awisy terus bawalah beg adik masuk kereta dia untuk ambik kakak balik sekolah. Lepas tu beg semua dibawa masuk kereta mak bila waktu balik tu. Sebab mak kata dia nak ambik adik balik lepas sekolah esok. Terus balik rumah kita, takyah ulang-alik." Panjang lebar Qaseh berbicara.

"Ohh, hurm.. yelah. Nampak sangat nak balik awal kan? Yelah." Wajah muram ditayangkan Zara.

"Eh eh, jangan merajuk, kak. Hahahaha! Insha-Allah, nanti adik datang lagi k? Sekali mak dengan walid adik bawa."

"Kkkk. Dahlah, akak nak belajar. Mana buku akaun kau? Pinjam."

"Ada dalam beg. Ambik ah." Jawab Qaseh lalu menghempas tubuh di atas katil dalam keadaan meniarap.

Zara pun berdiri dan berjalan ke beg sekolah Qaseh yang terletak di kaki meja belajar. Merajuk dengan Darwisy sampai tak mahu berdepan dengan lelaki tersebut.





♧♧♧





Esoknya, Zara dan Qaseh bersiap untuk ke sekolah seperti biasa. Beg sekolah digalas pada kedua-dua belah bahu sebelum mereka berdua menapak keluar rumah dan masuk ke dalam kereta. Darwisy turut masuk ke dalam kereta di tempat duduk pemandu lalu menghidupkan enjin kereta.

Kereta dipandu menuju ke SMK Alor Gajah dengan cermat. Sepanjang perjalanan ke sekolah tersebut, suasana di dalam senyap dan sunyi sahaja. Zara dan Qaseh mahupun Darwisy langsung tidak bersuara. Tiada topik yang hendak dibualkan. Tambah pula mereka ada pertengkaran kecil petang semalam.

Darwisy dapat mengagak bahawa isterinya masih merajuk dengannya namun dia cuma membiarkan sahaja dulu. Entahlah, dia rasa macam Zara perlukan masa untuk tenangkan diri meskipun sudah seharian berlalu.

Tiba di sekolah, Zara bersalaman dengan suaminya tanpa sebarang bunyi lalu keluar dari kereta bersama adik kembarnya. Tak sempat dia ingin melepaskan salam, Darwisy mengeratkan lagi pautan tangan.

"Hari ni exam kan? Good luck." Ucap lelaki itu bersama senyuman nipis.

Terpempan Zara apabila suaminya melayan dia dengan baik. Dia mengangguk perlahan sahaja.

"Insha-Allah, abe. Doakan kitorang tau!" Qaseh di belakang berkata sambil membuka pintu untuk keluar.

Zara pun ikut keluar dan berjalan masuk ke pekarangan sekolah beberapa saat sebelum loceng berbunyi. Mujurlah sempat sampai. Kalau pagar dah tutup, habislah nama akan ditulis oleh pengawas yang bertugas di pagar sekolah dan dikira sebagai pelajar lewat.

"Haih..." keluhan kecil terbit di bibir Darwisy melihat dua gadis tadi yang sedang berjalan ke tapak perhimpunan untuk beratur.

"Dah satu hal nak kena explain kat Rainaa pulak.." omelnya sendirian.

Gear kereta ditukar sebelum dia mula memandu ke kolejnya pula.





♧♧♧





Mata Darwisy meliar mencari di mana Rainaa berada. Risau dia takut gadis itu menyebarkan rahsianya pada pelajar-pelajar kolej ini.

Jumpa sahaja Rainaa yang sedang berjalan di satu koridor, Darwisy melajukan langkahnya ke arah gadis tersebut.

"Rainaa." Lelaki itu memanggil membuatkan Rainaa terus menoleh.

Melihatkan wajah Darwisy, berkerut terus dahi wanita tersebut lalu Rainaa meneruskan langkahnya menuju ke destinasinya.

"Rainaa, tunggulah dulu." Darwisy berdiri di hadapan Rainaa, menghalangnya daripada berjalan.

"Apa awak nak?" Soal Rainaa dengan air muka marah.

"Dengarlah saya nak explain ni."

"Explain apanya? Nak tipu saya lagi? Hah? Sudah-sudahlah tu awak."

"Tak, bukan macam tu. Saya takde niat pun nak tipu awak. Awak- cubalah faham keadaan saya. Saya sebenarnya... terpaksa kahwin dengan Zara. Parents kitorang aturkan semua ni atas sebab tertentu. Jadi kitorang terpaksa ikut. Tolonglah faham situasi saya." Jelas Darwisy panjang lebar.

"Sebab apanya? Hm? Cuba bagitahu sikit." Kata Rainaa sambil berpeluk tubuh dengan dahi yang masih berkerut.

Darwisy terdiam sebentar.

"Macam yang saya cakap sebelum ni, ayah dia tak sihat. Saya diberi amanah oleh ayah dia untuk jaga dia. Jadi nak mudahkan kerja, saya dengan Zara dijodohkan supaya takde fitnah yang berlaku kalau orang nampak kami bersama. That's it."

"Okey? Habis tu lepas ayah dia dah sihat, korang berpisah ke? Hm?" Wajah Darwisy ditatap Rainaa.

"Alasan awak tak munasabah la, Darwisy. Seriuslah? Sebab ayah dia suruh awak jaga dia je korang terus dikahwinkan? Okay then. Saya boleh terima alasan tu. Tapi kenapa perlu sorokkan daripada saya? Kenapa perlu sorokkan daripada semua orang sedangkan tujuan korang dikahwinkan tu untuk mengelakkan daripada berlakunya fitnah orang sekeliling. Hm? Jawab sekarang."

"Rainaa, kalau awak kat tempat saya, awak nak ke semua orang tahu yang awak kahwin di usia yang sangat muda? Nak ke orang tahu awak kahwin paksa? Tak kan?" Tanya Darwisy.

"Jadi saya mohon sangat. Tolong rahsiakan perkara ni daripada pengetahuan orang lain. Okey?" Anak mata Rainaa ditatap dalam oleh Darwisy. "Please Rainaa.." pinta Darwisy lagi.

Mereka berbalas pandangan buat beberapa ketika sebelum Rainaa melepaskan keluhan kecil dan bersuara.

"I need time." Ringkas dia membalas lalu beredar pergi dengan kasut tumit tingginya.

"Rainaa! Ya Allah..." Darwisy meraup rambutnya ke belakang.

Kelibat Rainaa yang sedang berjalan itu dipandangnya sehingga hilang dari pandangan.





'Bagaimana cara untuk aku perbetulkan keadaan ni?'

Bisik hati Darwisy. Fikirannya kusut memikirkan konflik yang sudah timbul antara dia, isterinya dengan Rainaa.

Sementara dalam fikiran Rainaa pula...





'Aku nak tengok sejauh mana kau akan kejar aku. Dengan cara ni, aku dapat tengok sama ada kau masih setia atau tidak dengan hubungan kita yang dulu.'

Desis hatinya bersama senyuman sinis.





♧♧♧





Apabila jarum jam menunjukkan pukul 1:10 petang, kaki Darwisy laju melangkah ke keretanya yang terletak di tempat letak kereta untuk mengambil Zara. Sesekali bebola matanya meliar ke sekeliling bagi melihat sama ada Rainaa ada di kawasan tersebut atau tidak.

Hampa.

Gadis itu tiada di situ. Semasa di dewan kuliah pun Rainaa duduk berjauhan darinya sedangkan wanita tersebut sering duduk di meja yang sama dengannya sebelum ini.

Tanpa melengahkan masa, pintu kereta dibuka oleh Darwisy lalu dia masuk ke dalam dan memandu pergi selepas menghidupkan enjin. Dalam perjalanan ke sekolah, telefon lelaki itu berdering lalu dia keluarkan dari poket seluar dan melihat nombor yang tertera.

Nombor yang tidak dikenali.

Dia pun menjawab sahaja dan slide skrin ke kanan.

"Helo?"

"Helo abe! Jangan lupa tau. Beg saya." Suara Qaseh kedengaran di hujung talian. Terkejut Darwisy mendengar suara kuat gadis itu.

Rupa-rupanya Qaseh menelefonnya dengan menggunakan telefon awam sekolah.




'Wait, what? Beg?'

Hairan Darwisy mendengar ayat adik iparnya.

"Beg? Beg apa ni?" Tanya dia dengan kerutan di dahi.

"Hm, dah agak dah. Nasib baik saya tergerak hati nak ingatkan. Beg baju sayalah! Kan saya nak balik hari ni."

"Oooo okey okey! Aku ambik sekarang. Ish, kau ni. Mana nak ingatnya orang tengah busy ni. Stres tau."

"Mpmh.. mana saya tahu abe busy. Sorry sebab susahkan." Suara Qaseh mengendur.

"Takyah nak sorrylah. Tak susah pun haha. K lah, aku pergi ambik sekarang. Korang nak balik dah ke?"

"A'ah, lagiii... 18 minit."

"Ah okey. Tunggulah korang."

"Alright, babai."

"Bye." Panggilan dihentikan.

Darwisy memperlahankan kereta dan memusing stereng untuk menukar jalan untuk pulang ke rumahnya.





♧♧♧





Sampai di sekolah, Darwisy memberhentikan keretanya di hadapan sekolah dan melihat Zara dan Qaseh sedang berdiri bersebelahan sebuah kereta Myvi yang merupakan kereta milik Puan Khadijah. Dia menapak keluar dengan beg baju Qaseh di tangan lalu berjalan menuju ke tempat mereka berada.

"On time abe sampai. Terima kasih." Kata Qaseh ceria seraya menerima huluran beg daripada Darwisy.

"Sama.." pandangan Darwisy dihalakan pada Zara yang langsung tidak mahu memandangnya.





'Eh eh, mengadanya. Masih merajuk?'

Bisik hati Darwisy.

"Balik lu, kak~ abe~ jumpa lagi." Qaseh bersuara dan melambai pada si kakak dan abang iparnya. Dia pun melangkah masuk ke dalam kereta emaknya sebelum kereta itu meluncur di atas jalan raya.

Suasana menjadi agak janggal di antara Zara dengan Darwisy. Pasangan itu cuma mendiamkan diri buat seketika.












"Err... jom?" Ajak Darwisy kepada isterinya yang berdiri tegak bagai patung cendana.

Zara hanya memandangnya sekilas dan mula melangkah ke kereta Mazda yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Tangan Darwisy bergerak memimpin sebelah tangan gadis itu menyebabkan Zara terkejut lantas menepisnya.

"Awak.. saya dah kata kan, kita kena rahsiakan hubungan kita." Ujar Zara dingin. Keningnya bertaut. Bebola matanya melirik ke kiri dan kanan bagi melihat sama ada terdapat orang yang nampak mereka tadi atau tidak.

"Oh.. lupa." Dengan segan Darwisy membalas sambil menggosok sekilas bawah hidungnya. Baru je nak pujuk isteri tapi gagal di langkah pertama.

Tanpa melengahkan masa lagi, pasangan tersebut pun masuk ke dalam perut kereta lalu Darwisy memusing sterengnya bagi keluar dari kawasan persekolahan itu dan memandu pulang ke rumah.





♧♧♧





Selesai membersihkan tubuh dan menyalin pakaian bersih, Zara berjalan masuk ke dapur untuk masuk tengah hari. Perut lapaaaarrrrr. Author pun tengah menahan lapar ni. Belum breakfast lagi hiks.

Bahan-bahan basah dikeluarkan dari peti sejuk. Sedang Zara memotong sayur di meja dapur, tiba-tiba terasa seperti ada lengan yang merangkul pinggangnya mengejutkan wanita tersebut. Membahang pipinya tak semena-mena.

Dia terus menoleh ke sisi dan melihat suaminya sedang memeluk dia dari belakang.




'Apa dia buat kat sini? Bukan patutnya dia ada kelas ke sekarang?'

Hati Zara berdesis.

"Apa awak niii? Saya nak potong pun tak senang. Tepi tepi." Katanya cuba berlagak tenang.

"Peluk isteri tak salah kan?" Balas Darwisy dengan mata yang dipejamkan. Dia tersenyum.

"Ish, tepilah. Rimas saya. Awak takde kelas ke?" Tubuh Zara digerakkan mahu melepaskan diri. Tak selesa bercampur malu!

"Takde." Darwisy menggeleng kecil.

"Rimas eh?" Soal lelaki itu sambil merehatkan dagunya pada sebelah bahu si isteri. "Ke... malu?" Sinis nadanya kedengaran.

Bertambah merahlah pipi Zara jadinya. Terus dia berpusing ke belakang dan mengacu pisau pada Darwisy dengan muka garang. Terkejut Darwisy melihatnya lantas kedua-dua tangan diangkat gaya seperti orang tidak bersalah.

"Nak malu apanya? Laki sendiri kan? Halahhh. Awak jangan nak macam-macam eh? Saya potong tangan tu kang. Dah kata rimas tu rimaslah." Ujar Zara garang.

Terukir senyuman di wajah Darwisy melihat gelagat isterinya.

"Nak potong? Ha, potonglah. Macamlah awak berani nak sakiti suami awak yang comel ni." Kedua-dua tangan Darwisy dihulurkan ke depan bagi membenarkan Zara membuat apa yang dikatakannya.

Panas hati Zara jadinya bila diuji sebegitu.

"Ish, buat-buat jelah takuttt!" Marah wanita itu lalu terletus tawa Darwisy.





'Hahahaha! Aduhhh, macam tu pulak bini aku ni. Heih, comel.. comel..'

Bisik hati Darwisy.

"Okey okey. Hahahah. Alamak! Awak, jangan, wak! Bahaya pisau tu. Aaaa! Saya tak boleh tengok pisau! Takuttt!" Kedua-dua mata ditutup oleh Darwisy dengan sebelah tangan lagak seperti tak sanggup melihat bilah pisau yang tajam itu. Ketakutan betul tu.

"Hm, tahu pun takut. Hpmh." Zara kembali menguruskan kerjanya yang bertangguh tadi. Bibirnya tersenyum melihat lakonan suaminya tadi.

Ada-ada saja.

"Elelee... nak menang jugak eh? Fine, ambiklah menang tu. Kalau tak ikut cakap dia, nanti tak tersiap lunch." Kata Darwisy dengan senyuman.

Sekali lagi dia merangkul pinggang isterinya dan merehatkan dagu di bahu kanan Zara.

"Darwisy Aysar."

"Okay okay, bye." Serta-merta Darwisy melepaskan pelukan dan beredar keluar dari dapur apabila Zara menyebut namanya dengan tegas sekali.

Sengaja mengusik isterinya bagi menceriakan semula hubungannya dengan gadis itu. Mujurlah Zara senang dipujuk.







'Rupanya dia tak akan berhenti merajuk selagi tak dipujuk. Adeh... comel!'

🤍🤍🤍

Dah, nak makan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top