06 | Rahsia
~ If it's Meant To Be ~
Selesai saja makan malam pada malam itu, Zara mencuci tangan serta pinggannya lalu naik ke bilik dan mendapatkan telefon pintarnya. Ada satu missed call daripada Iqbal.
'Hm? Kenapa dia call?'
Tanya hati Zara.
Dia pun menekan nama Iqbal dalam senarai recent call dan menelefonnya. Beberapa minit bersembang kosong dengan kawannya, Darwisy menguak daun pintu bilik dan masuk ke dalam dan mendapati isterinya sedang menelefon dengan seseorang. Zara yang perasan suaminya masuk ke dalam bilik cuma meneruskan perbualan.
Lama Darwisy menunggu gadis itu untuk habis berborak namun hampir 20 minit berlalu, mereka masih belum habis berbual. Darwisy membaringkan diri di atas katil dan merehatkan kedua-dua tangannya di belakang kepala.
"Heih, lamanyaaa. Sembang dengan siapa tu?" Dia bersuara bila dah hilang sabar.
Zara pun memandang dia dan membuat isyarat sekejap dengan tangan sebelum meneruskan perbualan. Lima minit selepas itu, barulah dia menamatkan panggilan dan membuka media sosial bagi melihat update terkini.
"Siapa tu? Lama betul bersembang." Ujar Darwisy. Nadanya kedengaran seperti merajuk.
"Hm? Oh, Iqbal. Hehe.. sorry. Tak tahu pulak awak tunggu saya." Jawab Zara.
"Hpmh, tak habis-habis dengan si Iqbal tu. Kawan baik ke?"
"Erm... nak kata kawan baik, tak tahulah. Tapi boleh jadi la."
"Psh.. sejak bila kenal dengan dia tu?" Darwisy membuat muka tak berminat.
"Sejak form three. Kitorang start jadi classmate sejak tingkatan tiga lagi."
"Hmm..." Darwisy hanya bergumam.
Zara yang perasan mood suaminya berubah terus bertanya.
"Hah, sebab awak dah tahu pasal kawan saya, bagitahu pulak pasal Rainaa." Katanya dan meletakkan telefon di tepi.
"Rainaa? Kenapa awak nak tahu pasal dia?" Soal Darwisy pelik.
"Mestilah nak tahu. Saya kan isteri awak."
"Eleh... sibuk je. Tak payah."
"Ala, bagitahu laaa." Zara menarik tangan Darwisy agar bangun dari baring dan mula bercerita.
"Yelahhh, saya bagitahu." Balas Darwisy malas.
Walaupun dia mahu melupakan kisah lamanya, tetapi dia rasa isterinya perlu tahu untuk mengelakkan salah faham.
"Masa bulan Disember waktu saya tingkatan empat..."
~ Flashback ~
"Awisy... saya ada benda nak bagitahu ni." Kata Rainaa dengan nada sayu. Riak wajahnya pun menunjukkan bahawa dia kesedihan.
"Bagitahu apa? Kenapa ni?" Tanya Darwisy dengan perasaan empati. Kasihan melihat teman wanitanya bersedih.
"Sayaaa... saya nak kena pindah rumah dah." Tutur Rainaa.
Terkejut Darwisy mendengarnya.
"Hah? Ala, ye ke? Kenapa?" Soal dia.
"Saya tak tahu.. tapi mak saya cakap kena pindah ke Selangor dah bulan Januari nanti."
"Alaa..." Darwisy mencemik kesedihan.
Rainaa melirik mata pada jejaka itu. Rasa bersalah hendak menyatakan isi hatinya namun ini sahaja peluangnya. Baru sahaja dia ingin bersuara, Darwisy terlebih dahulu berbicara.
"Takpelah. Selagi kita keep in touch, kita masih boleh bersama. Betul tak?" Kata Darwisy sambil menyukirkan senyuman.
Rainaa kelu sebentar. Dia kelihatan termangu-mangu.
"Err.. hehe betul tu." Balasnya dengan senyuman nipis.
♧♧♧
Seminggu selepas sekolah bermula dan Rainaa pun telah berpindah rumah sekali gus berpindah sekolah di Puchong, Darwisy mendapat mesej daripadanya pada jam 2:00 petang lalu membukanya dengan teruja.
Rainaa 🥺💕
Hai Awisy
I have something to tell you
Haii :3
Kenapa? Okey tak sekolah baru? Best?
Okey je. Semua orang baik and friendly
Um...
Sorry to say but...
typing...
Tak sedap hati pula Darwisy membaca mesej Rainaa. Entah kenapa dia berasa gementar menunggu wanita itu menaip tetapi dia menunggu dengan sabarnya.
Rainaa 🥺💕
Saya nak break
Deg!
Tergamam Darwisy membaca mesej Rainaa. Hatinya retak. Dia terkejut, sampai tak percaya langsung dengan kata-kata teman wanitanya itu.
Rainaa 🥺💕
Hahaha awak nak prank saya eh? Takkan la awak nak break dengan saya. Cepatnya tawar hati :(
Ye Awisy.. saya dah tawar hati dengan awak. Saya rasa bosan dengan hubungan kita.
I'm sorry
Terkilan Darwisy membaca mesej Rainaa. Dia masih tidak mempercayai kata-kata gadis itu kerana dia tahu Rainaa cuma bergurau. Tetapi entah kenapa dia berasa macam luahan wanita tersebut adalah benar.
Rainaa 🥺💕
Awak ni, Naa.. jangan gini. Dah dah, prank awak tak jadi hahaha
Saya serius, Awisy. Hubungan kita sampai sini je. Kita putus.
Kali ini, Darwisy dapat rasakan bahawa teman wanitanya betul-betul serius akan apa yang dikatakannya pabila dua kali gadis itu ingin memutuskan hubungan.
Rainaa 🥺💕
Rainaa, kenapa? 🥺
Janganlah.. saya sayang awak 😔
Saya minta maaf, Awisy
Bagi saya, LDR tak berkesan. Saya tak boleh berjauhan dari pasangan saya. Saya akan rasa bosan
What?
Rainaa, kalau betul awak sayang saya, awak takkan cepat rasa bosan walaupun kita LDR
Dah memang jadi, awak nak saya buat apa?
Dah. From now on, jangan contact saya lagi. Jangan call or mesej saya lagi. Thank you for everything.
Rainaa, jom video call. Kita bincang 🥺
Saya takde masa dah, Awisy
Saya kena pergi sekarang. Please... jangan contact saya lagi. We're done.
Rainaa...
seen
Rainaa, jangan macam ni 🥺 please.. kita bincang dulu. Kejap pun jadilah
Rainaa 😭😭😭
Saya minta maaf. Mungkin disebabkan saya, awak bosan dengan hubungan kita. But please don't leave me..
Rainaa Syafeeqa 🥺💔
- sent, not delivered
Darwisy terpegun tatkala melihat mesejnya tidak bertanda delivered.
'D..dia... dia block aku? Macam tu je?'
Remuk hati dia apabila diperlakukan sebegitu oleh teman wanitanya sendiri. Atau lebih tepat lagi, bekas teman wanita.
Tanpa sedar, matanya mula berkaca dengan dada yang terasa sebak.
~ End of flashback ~
"Tak sampai setahun.. dia dah tawar hati dengan saya. Now, terjumpa balik dekat kolej yang sama. Tu jelah." Cerita Darwisy tenang. Meskipun air mukanya kelihatan tenang, hatinya berasa pilu.
Sangat pilu.
Zara angguk mengerti.
"Ohh... ee, jahatnya. Mesti dia dah lama plan nak tinggalkan awak. Sengaja gunakan kesempatan nak pindah rumah tu sebagai alasan break up. LDR tak berkesan bagai. Hish, kesian awak." Ucap gadis itu, bersimpati terhadap suaminya.
Darwisy senyum kelat.
"Entah la. Saya pun dah malas nak fikir pasal ni. Malas nak berharap dekat dia." Balasnya.
"Hmm... jadiii.. dia tak mintak ke.. nakkk... bersama semula?"
Darwisy membisu sebentar mendengar pertanyaan Zara.
~ Flashback beberapa hari lepas ~
"Darwisy, saya nak tanya ni." Kata Rainaa dan meletakkan gelas minuman dia di atas meja makan kafeteria.
"Mm, tanya apa?" Soal Darwisy. Pandangan dia tertancap pada skrin telefon pintarnya.
"Um..." Rainaa senyum dengan makna tersirat.
"Awakk... takde hati dekat siapa-siapa ke?"
Hairan Darwisy apabila disoal sebegitu.
"Maksud awak?" Dia berpura-pura tidak tahu padahal sudah dapat mengagak apa sebenarnya maksud Rainaa.
"Macam ni... saya nak minta maaf sebab tinggalkan awak dulu. Since kita dah tak berjauhan lagi, why not kita start over?" Jelas Rainaa namun Darwisy hanya diam. Jari lelaki itu menaip pada skrin telefon pintar, bermesej dengan rakannya.
"Darwisy, awak dengar tak saya cakap ni?" Tanya Rainaa dengan muka cemberut.
"Dengar.." acuh tak acuh sahaja Darwisy menjawab.
"Kita start over nak?"
"Tch, malas la.. saya nak fokus dengan diri saya je sekarang."
"Ala... tapi sebenarnya, saya masih ada perasaan kat awak tau." Rainaa menayangkan mata comelnya.
"Heh, nonsense la, Rainaa. Kalau masih sayangkan saya, kenapa awak tak tunggu saya? Kenapa sanggup bersama lelaki lain? Hah?" Renungan tajam diberikan oleh Darwisy.
"Sebab... sayaaa..." ligat otak Rainaa memikirkan alasan. "Saya nak lepaskan rindu saya kat awak la. Saya.. rindu nak luang masa dengan awak. Sebab tulah."
"What? Rainaa, apa awak merepek ni? Awak lepaskan rindu awak terhadap saya, dengan meluang masa dengan lelaki lain? Eh, tak fahamlah saya."
"Darwisy, saya dah minta maaf kan? Tapi takpelah kalau awak tak nak pun. Saya tak paksa."
"Eloklah. Lagipun awak sendiri yang kata awak dah tawar hati dengan saya."
"Bila?" Berkerut dahi Rainaa.
"Heh, buat-buat tak ingat pulak. Awak lupa ke yang masa awak minta putus dengan saya dulu? Awal-awal awak kata awak tawar hati dengan saya. Sampai hati kan? Awak langsung tak fikir perasaan saya. Bosan kejap je, dah cari lelaki lain. Memang awak pentingkan diri sendiri." Terluah juga segala yang dipendam Darwisy selama ini.
Lelaki itu terus bangun dan beredar meninggalkan gadis yang sudah terdiam itu sendirian di meja makan kafeteria.
~ End of flashback ~
"Awak? Dengar tak niii?"
Tersentak Darwisy daripada lamunan tatkala Zara melambai-lambai di hadapan mukanya.
"Jawablah soalan saya." Kata Zara. Geram dia dari tadi memanggil Darwisy tetapi lelaki itu termenung sahaja.
Darwisy tersenyum nipis.
"Dah, awak nak tahu pasal dia je kan? Jangan nak melencong ke topik lain. Saya nak tidurlah. Huwoahhh, ngantuknya. Good night." Terus Darwisy membaringkan diri, kepala dilapik dengan bantal lalu duvet ditarik.
"Eeeee, jangan nak mengelaklah! Isyak pun belum masuk waktu lagi, awak nak tidur dah? Bagitahu jelah ye ke tak! Awak sengaja nak bagi saya tertanya-tanya kan! Eee, bangun! Darwisy Aysaaarrr!" Zara menarik-narik duvet yang dipegang erat oleh lelaki itu.
Darwisy pula sedang berselubung di dalam duvet sambil menahan tawa.
"Darwisyyy! Bagitahu jelahhh."
♧♧♧
Keesokan hari, balik sahaja Zara dan Qaseh dari sekolah, Darwisy meminta diri untuk keluar berjumpa dengan rakan-rakannya di kolej. Memandangkan kelas petang dibatalkan, jadi ada peluanglah untuk dia berbincang mengenai kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah bersama rakan-rakannya.
"Korang duduk rumah, jaga diri k. Kunci pintu. Kalau ada orang datang, tengok kat tingkap dulu. Kalau tak kenal, jangan bukak pintu tau. Tunggu saya balik." Pesan Darwisy panjang lebar.
"Okey, Abe Awisy~ roger roger." Qaseh membuat isyarat 'okey' dengan tangannya.
"Babai, awak."
"Bye." Darwisy menyambut salam isterinya.
"Masih tak nak bagitahu ke?" Tanya Zara mengenai topik semalam seraya menayangkan wajah sedih.
"Tak nokk."
"Ish." Zara pun kembali duduk di meja ruang tamu bersama Qaseh untuk membuat kerja rumah.
Darwisy pula tertawa kecil melihat muka isterinya yang sudah monyok.
"Saya pergi dulu."
"Kk... bye." Jawab Zara lalu Darwisy pun melangkah keluar dan memandu kereta keluar dari halaman rumah. Pagar rumah dikunci semula sebelum kereta tersebut mula bergerak membelah jalan raya.
Sementara Zara dan Qaseh di dalam rumah...
"Wow, caring betul Abe Awisy dekat kakak. Untung la kak.. dapat dia." Puji Qaseh dengan senyuman menyindir.
"Bukan kat akak soranglah. Kat kita berdualah. Dah dah, jom buat ni." Balas Zara laju, tak mahu diusik adiknya. Latihan subjek Perakaunan dibuatnya dengan tekun.
♧♧♧
Ting tong!
Hampir sejam Darwisy telah meninggalkan rumah, tiba-tiba loceng rumah berkembar dua tingkat itu kedengaran.
"Hm? Siapa pulak tu?" Tanya Zara.
"Abe Awisy dah balik kot." Qaseh membalas.
Dua gadis itu berdiri dan berjalan ke tingkap lalu menyelak langsir bagi melihat siapa yang menekan loceng rumah tadi. Mata Zara menangkap seorang wanita yang dikenalinya bertudung shawl nude sedang berdiri di sebalik pagar rumah, menunggu orang di dalam untuk keluar membuka pintu.
"Siapa tu?" Tanya Qaseh hairan.
"Itulah ex Abe Awisy kau tu. Rainaa namanya." Balas Zara lalu bergegas ke bilik untuk menyarungkan tudung sarung ke kepalanya.
"Hah? Oh, Abe Awisy pernah couple?!" Terkejut Qaseh.
"Iyelah! Kau tengok rupa macam dia takde yang nak ke?" Balas Zara dari dalam bilik.
"Biasaaa je rupa dia. Adik tak terpikat pun."
"Kau memang. Buta." Zara kembali turun dan melangkah mendekati pintu utama.
"Kuajor mu." Qaseh pun mengikuti langkah kakak kembarnya.
Pintu rumah dibuka setelah Zara mengambil kunci pagar lalu dia dan adiknya menapak keluar. Hairan Rainaa apabila melihat dua gadis yang baru keluar itu.
"Eh, korang buat apa kat rumah Darwisy?" Soal dia ingin tahu.
"Patutnya KAMI yang tanya cik kak. Akak cari apa ya datang sini?" Qaseh berkata sambil menekankan perkataan 'kami'.
"Aku cari Darwisy. Mana dia?" Jawab Rainaa dengan lagak diva. Meluat pula Qaseh melihatnya.
"Eh eh, salam tidak, apa tidak. Tiba-tiba datang nak jumpa dengan laki orang." Qaseh bercekak pinggang.
Zara sudah terkejut mendengar ayat adiknya, termasuklah Rainaa. Lengan Qaseh dicuit Zara lalu gadis itu diberikan pandangan mengisyaratkan agar Qaseh tidak membuka mulut lagi.
"Wait wait.. what? Laki orang? Laki siapa? Korang... korang dua bini dia ke???" Tanya Rainaa bagaikan tak percaya.
"Bukan, cik kak. Laki ka-"
"Adik."
"-kak aku. Dah, sekarang cik kak dah tahu yang diorang dah kahwin, akak boleh balik. Jangan nak kacau kami lagi. Darwisy takde kat rumah."
Tak sempat Zara ingin menghalang Qaseh daripada memberitahu perkara sebenar, gadis berambut ikat satu itu sudah membongkarkan rahsianya. Zara terus melepaskan keluhan dan menggaru-garu dahinya yang tidak gatal, tak tahu hendak beriak apa sekarang ini.
"Heh, korang jangan nak tipu akulah. Tak mungkin la Darwisy kahwin seawal usia ni. Dia baru habis sekolah, takkan dah nak dirikan rumah tangga. Eh... entah-entah korang ni perempuan simpanan dia. Kan? Berapa tahun korang ni hah?"
"Amboiii. Sedap mulut mak nenek kauuu je nak tuduh kitorang ni perempuan simpanan Abe Awisy. Eh, tak hingin la aku nak jadi perempuan simpanan dia. Aku setia tunggu crush aku okey! Kauuu..! Sebelum aku bukak langkah silat akuuu, baik kau balik. Balik!"
"Adik, sudahlah. Malu jiran dengar nanti." Pujuk Zara tatkala adiknya meninggi suara.
"Memang taklah aku nak balik. Aku datang ni, nak jumpa Darwisy tau. Bukan nak bertengkar dengan budak-budak hingusan macam korang ni. Dasar bocah. Eh, cepatlah bagi aku masuk. Panas tahu tak? Dahlah aku kena berdiri bawah panas terik ni. Korang sedap je dok berteduh bawah bumbung." Bersahaja wanita yang bertudung shawl gaya loose itu berkata.
"Apa? Apa kau kata? Bocah? Eh eh ehhh. Menggelegak dah hati akuuu. Okey, aku bukak. Kau sini. Kau sini."
"Eh, adik!" Terkejut Zara apabila Qaseh merampas kunci pagar dari tangannya lalu membuka kunci mangga rumah dan menolak bahu Rainaa. Terus Zara mendekati mereka berdua. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya. Takut pergaduhan tercetus.
Malas melayan Qaseh, Rainaa terus melangkah masuk ke halaman rumah berkembar dua tingkat itu.
"Assalamualaikum! Awisyyy. Awisy!" Laung Rainaa dengan kening bertaut.
"Eh! Eh, cik kak. Kau pikir kau siapa nak masuk rumah orang sesuka hati je??" Qaseh mengejar lantas menarik tangan Rainaa bagi menghentikan langkah wanita tersebut.
"What? Aku ni kawan baik Darwisy. Tak salah kan kalau aku masuk sesuka hati? Lagipun, mak dia suka aku. Korang je yang tak tahu." Penuh lagak diva Rainaa berkata.
"Eh gorila! Jangan nak perasan sangatlah. Kau tuuu cuma bekas girlfriend suami akak aku je tau! Sedar sikit diri tu! Dah kena tinggal tu, sudahlah."
"Gorila kau panggil aku?!"
"Yelah. Dah tu kau nak aku panggil apa? Barbie? Snow White? Ke let it go let it go??"
"Eeeee!" Rainaa mengepal penumbuk menahan geram.
"Eh, ada bunyi cerek la, kak. Mungkin jiran lupa tutup api kot."
Zara menahan tawa mendengar adik kembarnya merapu. Tak tahu dia hendak berkata apa tika ini. Hanya mampu memasang telinga sahaja mendengar pertengkaran antara adiknya dengan Rainaa.
"Eeee, kau ni memang nak kena laaa!"
Tiba-tiba rambut Qaseh ditarik Rainaa menyebabkan gadis tersebut menjerit kesakitan.
"Ow! Brengsek loh! Dasar bekas tupperware! Eh tupperware mak aku yang singgit pun lagi berharga tau!" Qaseh cuba melepaskan diri lalu menarik tudung shawl Rainaa paras atas dada itu.
"Ishhh, mulut kau ni memang nak kena tampar baru reti nak senyap ke hah?!"
"Ishhh! Lepaslah! Sakit kau tahu tak?!"
"Kaulah lepaskan tudung aku dulu!"
"Kau yang tarik rambut aku dulu, pahal aku yang kena lepas dulu?!"
Terjerit kedua-dua wanita itu lalu Zara cepat-cepat cuba meleraikan pergaduhan mereka.
"Sudahlah korang! Ehh! Ya Allah!"
♧♧♧
Darwisy dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai urusan dia bersama rakan-rakannya dalam perbincangan kerja kursus. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia perlu menolak pelawaan rakannya untuk melepak selepas perbincangan mereka. Hatinya tergerak hendak pulang ke rumah sebaik sahaja mereka semua habis berbincang.
Sampai di hadapan rumahnya, tercengang dia melihat tiga gadis sedang bergaduh di halaman rumah. Macam tak percaya saja yang mereka bertiga benar-benar sedang bergaduh. Terus dia membuka pintu kereta lantas bergegas ke tempat mereka.
"Eh! Eh! Apahal ni?! Hah? Kenapa bergaduh kat depan rumah ni?? Tak tahu malu ke?!" Kuat Darwisy berkata agar ketiga-tiga gadis itu mendengar suaranya. Mana tak kuatnya bila kecoh mereka berteriak minta dilepaskan.
Selepas meleraikan pergaduhan gadis-gadis itu, Zara dan Qaseh berdiri bersebelahan satu sama lain. Kunci rumah yang dijatuhkan Qaseh tadi diambil Zara di atas lantai manakala Rainaa pula membetulkan tudungnya yang sudah tercabut satu pin peniti yang hilang entah ke mana. Dia memandang Darwisy yang masih kelihatan terkejut dengan kejadian tadi.
"Darwisy, siapa sebenarnya diorang ni? Hah? Awak cakap kat saya sekarang." Gertak Rainaa. Keningnya bertaut seraya tangannya memegang tudung pada bawah dagu bagi mengekalkan kedudukan tudung tersebut.
"Rainaa, awak buat apa kat sini? Kenapa datang tak bagitahu saya dulu?" Soal Darwisy dengan dahi berkerut.
"Saya dah mesej awak tapi awak yang tak reply. So saya datang jelah terus. Ingatkan nak minta maaf pasal hari tu tapi tak jadilah." Balas Rainaa. Tangan disilangkan ke dada.
Darwisy pun mengeluarkan telefonnya dari kocek seluar dan melihat pada skrin telefon selepas menekan aplikasi WhatsApp. Memang betul ada mesej daripada Rainaa. Dia pun mengeluh perlahan. Mana nak perasannya bila dia mute wanita itu. Jadi tak dapat notifikasi apabila mesej yang dihantar Rainaa sampai kepadanya.
"And by the way, jangan nak elak soalan saya. Bagitahu saya sekarang. Siapa diorang berdua ni? Perempuan simpanan awak ke?"
"Tak habis-habis lagi minah ni, ya Allah..." naik geram Qaseh dibuatnya. Kedua-dua lengan bajunya ditarik naik paras siku lalu dia bercekak pinggang lagak seperti gengster.
Darwisy melepaskan keluhan buat kali kedua. Bawah hidungnya digosok sekilas sebelum dia menggaru tengkuknya yang tidak gatal. Suasana tegang tadi menjadi hening.
"Fine fine.. saya bagitahu. Tapi janji dengan saya, awak takkan bagitahu orang lain. Okey?" Wajah Rainaa ditatap Darwisy.
Gadis itu tidak membalas apa-apa. Angguk tidak, geleng juga tidak. Cuma menayangkan wajah cemberut dengan tangan yang masih disilangkan ke dada.
"Janji tak?" Tanya Darwisy lagi, meminta kepastian.
"Tch, ye yeee. Cepatlah bagitahuuu!" Kasar Rainaa membalas.
"Okey, sebenarnya.. Zara ni... isteri saya. Ni pulak adik ipar saya, Qaseh."
Jatuh rahang Rainaa mendengar penjelasan lelaki itu.
"Isteri??? What?! Bila awak kahwin? Saya tak tahu pun."
"Takkan semua benda nak kena bagitahu kau? Heih, gorila ni pun."
"Qaseh." Darwisy memanggil dengan nada tegas apabila Qaseh menyampuk.
Terdiam gadis itu lalu dia mengemam bibirnya. Dengan muka tak bersalah, dia menapak masuk ke dalam rumah meninggalkan kakak kembarnya bersama Darwisy dan Rainaa di pekarangan rumah.
"Kenapa perlu rahsiakan hubungan awak dengan perempuan ni? And kenapa awak kahwin at... such a young age?" Rainaa masih tak percaya dengan kata-kata Darwisy.
"Saya ada sebab saya sendiri, Rainaa. Buat masa sekarang, saya memang terpaksa sorokkan hubungan saya dengan Zara. Hanya family saya dengan Zara je yang tahu. So please... jadikan ini sebagai rahsia antara kita je, okey?" Lembut Darwisy berkata bagi menenangkan wanita itu.
Rainaa bungkam seraya menggeleng kepalanya perlahan. Tak mahu mempercayai penjelasan Darwisy.
"So sebab nilah awak tak nak terima saya semula? Sebab awak dah kahwin? Heh, nak fokus diri sendiri konon." Terus Rainaa berpusing lantas melangkah keluar dari halaman rumah tersebut dan masuk ke dalam keretanya sebelum memandu pergi.
Zara yang mendengar kata-kata Rainaa terkejut.
'Jadi betullah yang dia ada minta nak bersama semula?'
Desis hatinya.
Darwisy melepaskan keluhan berat lalu memandang Zara yang membisu dari tadi. Kunci di dalam genggaman isterinya diambil sebelum dia mengunci pagar rumah lantas pergelangan tangan Zara ditariknya sehingga ke ruang tamu.
"Awak kenapa ni, Zara? Hah? Tak tahu malu ke kalau jiran dengar atau nampak korang bergaduh tadi?" Marah Darwisy.
"Oh saya yang salah sekarang ni? Awak. Awak tahu tak apa sebenarnya yang jadi? Rainaa tu yang tiba-tiba datang rumah kita, takde adab langsung layan saya dengan Qaseh. Lepas tu Qaseh bukalah pagar nak berdepan dengan dia sebab si Rainaa tu melampau sangat sampai tuduh kitorang ni perempuan simpanan awak, ejek-ejek kitorang. Tiba-tiba dia tarik rambut Qaseh. Mula situ diorang dok bergaduh tu. Saya pulak yang kena." Monolog Zara, geram bila dirinya pula dipersalah.
"Tak kisah la apa yang jadi sekali pun. Yang awak tu tak tolong leraikan diorang kenapa? Kena jugak ke tunggu saya datang?"
"Habis tadi yang saya tarik-tarik Qaseh tu apa? Hah?? Nampak macam saya join sekali ke?"
"Kenapa bila saya sampai baru terlerai diorang berdua? Hm? Betul ke yang awak cuba leraikan diorang? Atau awak nak sakitkan dia jugak?"
"Ya Allah, tak percaya pulak dia ni. Nak buat macam mana? Dah si Rainaa tu tak nak lepaskan rambut Qaseh. Takkan saya nak tarik Qaseh macam tu je? Kesianlah dia tahan sakit rambut dia tu." Berkerut dahi Zara memandang Darwisy.
"Sudahlah, Zara. Awak takyah nak salahkan Rainaa la. Sekarang ni semua salah. Kalau korang berdua cakap elok-elok, saya tahu dia takkan buat perangai."
Kepala Zara menggeleng perlahan tatkala ayat Darwisy masuk ke rongga telinganya. Terus dia berlalu dan naik ke tingkat atas menuju ke bilik. Pintu bilik ditutup rapat.
Darwisy yang masih berada di tingkat bawah mengeluh panjang lalu melabuhkan punggung di atas sofa. Kedua-dua tangannya direhatkan di belakang kepalanya yang sedang menunduk.
Rahsianya telah terbongkar.
Menimbulkan kegusaran dan kerisauan dalam dirinya.
🤍🤍🤍
Lagu Hatiku Milikmu by Siti Nordiana boleh jadi lagu tema untuk cerita ni 🕊
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top