03 | Classmate
~ If it's Meant To Be ~
Hari yang baru menjelma...
Siap sahaja mandi, Darwisy terus mengejut Zara supaya bangun untuk bersiap ke sekolah.
Pipi wanita itu ditamparnya lembut.
"Zara, bangun. Pergi sekolah." Kejut dia.
Seperti sebelum ini, sekejap sahaja gadis tersebut terjaga daripada lena apabila dikejut.
"Hm? Pukul berapa dah?" Soalnya seraya menggeliat seketika.
"Pukul 5:30 pagi. Bangun cepat."
"Erm... awal lagilahh.. kejut saya pukul enam." Zara sambung tidur.
"Tch, bangunnn. Kita tinggal jauh tau. Bukan kat Melaka lagi. Nismilan. Nak kena gerak awal sebab perjalanan ambil masa dekat 40 minit." Bebel Darwisy namun tidak mendapat balasan pun daripada isterinya.
Tidurlah tu.
"Zara!" Lengan Zara ditepuknya.
"Apaaaa?"
"Bangunnn. Nanti lewat kang."
"Ermm... ngantuklahhh. Kenapa awal sangat kejuuut?"
"Kan saya dah kata. Nak kena gerak awal. Kita tinggal jauh."
"Ish, tulahh. Kenapa tinggal jauh-jauh? Kan dah susah." Zara mengomel, masih dalam keadaan berbaring mengiring.
"Dah, takyah nak membebel. Cepat mandi. Kang saya siram dengan air sejuk kang."
"Hurmmmm, kalau tak sekolah hari ni boleh takkk? Hari ni ada perhimpunan. Malaslah nak kena berdiri lama kat dewannn..."
"Zara Inara." Panggil Darwisy tegas, sudah malas melayan kerenah gadis di depannya ini.
"Ugh, yelahhh. Kacau betul." Zara pun turun dari katil dan berjalan ke bilik air dalam bilik tersebut dengan wajah cemberut.
"Hai? Tak nak ambik tuala ke? Nak saya lapkan eh nanti?" Tanya Darwisy tatkala melihat isterinya yang sedang mamai itu masuk ke dalam bilik air tanpa mengambil tuala mandi.
Zara pun keluar semula dan mengambil tualanya yang tergantung pada penggantung sebelum menapak masuk balik. Mandi di rumah Darwisy, tak perlu masak air sendiri dah. Ada water heater dalam bilik air. Senang kerja.
♧♧♧
Dalam perjalanan ke sekolah Zara, Darwisy memasang radio dengan suara dikecilkan, cukup untuk mengisi suasana sepi di dalam kereta. Zara yang sudah tertidur di sebelah dipandang sekilas lalu lelaki itu pun tersenyum. Baru beberapa minit gerak, dah lena dah.
"Tidur je kerja.." katanya sambil menepuk lembut bahu Zara namun semestinya tidak dibalas apa-apa kerana gadis tersebut berasa mengantuk yang amat.
Darwisy pun menggeleng kepala perlahan sebelum sambung fokus dengan pemanduannya. Langit pada pagi itu masih gelap kerana baru sahaja masuk pukul enam pagi.
Setibanya mereka di SMK Alor Gajah, Darwisy menggoyang-goyang bahu isterinya bagi mengejut wanita tersebut. Zara ni asalkan masuk kereta je mesti tidur. Cuba nikmati pemandangan sikit.
"Bangunnn~ udah sampai, nyah." Ujar Darwisy.
Mata yang terpejam dibuka Zara perlahan-lahan dan dia melihat langit sudah cerah sedikit. Jam digital di pergelangan tangan ditengok. Pukul 6:44 pagi.
"Belum pukul tujuh. Kita tunggu kejap lagi boleh? Saya nak tidur kejappp je lagi." Pinta gadis tersebut sambil senyum pendek pada suaminya.
"Eh engkau ni. Tiduuur tiduuur! Takde takde. Pergi sekolah sekarang. Awak kalau dah bangun, lepas tu tidur balik, memanglah akan rasa lagi ngantuk. Nah, minum air sikit kasi segar badan tu." Botol air Zara yang terletak di lantai kereta diberikan kepada wanita itu.
Zara pun menerimanya dan mengambil tiga teguk air kosong. Kemudian, tudung sekolahnya yang sedikit senget dibetulkan sambil memandang diri pada cermin kereta di tempat duduknya.
"Tu taik mata tu buang. Ee." Riak wajah geli ditayangkan Darwisy.
"Mana ada taik mata pun. Ish, dia ni." Kata Zara semasa melihat wajahnya betul-betul pada cermin.
"Gurau jee hahaha. Okay byeee. Belajar rajin-rajin."
"Hmm." Zara bergumam sahaja sebagai balasan kepada kata-kata suaminya.
Melihatkan wanita tersebut sudah masuk ke pekarangan sekolah, Darwisy pun mula memandu pulang ke rumah.
♧♧♧
Kringgg!
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu balik telah pun tiba. Zara bersama adiknya berjalan beriringan keluar ikut pagar keluar untuk masuk ke kereta tapi belum sempat Zara ingin melangkah masuk, baru dia teringat yang dia perlu pulang dengan suaminya. Tak jadi dia nak masuk.
"Hm? Kak, tak nak masuk ke?" Qaseh yang sudah pun masuk di tempat duduk belakang bertanya.
"Tak.. kakak kan kena balik dengan Abe Awisy kau tu." Balas Zara sambil memegang kedua-dua bahagian untuk menggalas begnya.
"Ohh, so kena tunggulah ni. Dia tahu kan kita balik pukul berapa?"
"Tahulah. Kan hari tu dia tengok kita balik sekolah."
"Hm, okeylah. Janji tahu. Kalau tak tahu... akak naik jelah dengan adik hoho."
"Ha ye, naik dengan kau, lepas tu macam mana? Kereta berpecah nak hantar aku ke rumah aku, kau ke rumah kau? Macam tu?"
"Babshahgahaha! Apa kakak ni merepeks pulaks. K lah, adik balik dulu~ mak, mak masak apa hari ni?"
"Nanti kau balik, tengoklah." Balas Puan Khadijah selaku pemandu kereta Myvi yang dinaiki Qaseh itu. Tak mahu beliau memberitahunya kerana beliau masak ketam sebagai makanan tengah hari hari ini. Takut anak sulungnya terliur pula.
"Hurm, okey.. bye kakak." Qaseh melambai.
"Bye."
Setelah pintu kereta ditutup, kereta Myvi berwarna biru itu mula membelah jalan raya pulang ke rumah. Zara pun mengeluh perlahan melihat kereta tersebut yang semakin jauh lalu hilang dari pandangan.
Please jangan lambat sangat, awak.. saya tak suka menunggu.
Bisik hatinya sambil berpeluk tubuh.
♧♧♧
15 minit telah pun berlalu. Darwisy masih belum tiba lagi di sekolahnya menyebabkan perasaan marahnya semakin terasa.
"Ish, mana dia ni? Heih, nak kena call jugak." Omel Zara lalu berjalan ke telefon awam dan mengangkat gagang telefon sebelum memasukkan 20 sen ke dalam lubang duit. Nombor telefon Darwisy didail.
Truu truuu... truu truuu...
Beberapa saat dia menunggu, akhirnya panggilannya dijawab.
"Helo?" Suara Darwisy kedengaran di hujung talian.
"Helo. Awak kat mana? Pukul berapa nak ambik saya? Penat saya tunggu ni tau." Kata Zara dengan kening bertaut.
Darwisy yang sedang bersama rakan-rakannya terdiam mendengar kata-kata Zara. Jam tangannya ditilik.
Alamak, aku lupa dia dah balik sekolah!
Desis hatinya.
"Oh, tengah on the way ni. Awak tunggulah jap." Katanya tenang.
"On the way.. on the way.. entah-entah masih kat rumah. Cepat sikit! Saya malaslah nak tunggu."
"Ye.. ye.. awak tunggu jap eh? Saya nak sampai ni."
Zara pun meletak kembali gagang telefon lalu panggilan terus tamat.
Dah nak sampai? Okey, kalau aku kena tunggu sampai setengah jam lagi, maknanya kau baru nak gerak.
Bisik hati Zara.
♧♧♧
Darwisy terus berdiri setelah menghabiskan makanannya dan ingin berlalu pergi.
"Eh, nak ke mana?" Soal salah seorang rakannya, Aiman.
"Aku ada hal. Korang teruskan jelah tanpa aku." Kata Darwisy agak kalut.
"Hal apa? Asal?" Seorang lagi rakannya bertanya. Zaim namanya.
"Adalah. Aku gerak lu. Bye." Laju kaki Darwisy melangkah keluar dari kedai makan tersebut.
Hairan dua rakannya yang melihat.
Setelah melangkah ke dalam kereta, enjin dihidupkan lantas kereta mula dipandu menuju ke SMK Alor Gajah. Perjalanan mengambil masa 35 minit untuk tiba di sana.
Sesampainya Darwisy di sekolah, dia melihat Zara sedang bersembang dengan seorang lelaki. Darwisy pun menghentikan kereta di hadapan mereka berdua.
"Oh, dah sampai dah. Bye, Iqbal." Ucap Zara lalu membuka pintu kereta.
"Bye.." lelaki yang bernama Iqbal membalas.
Selepas sahaja Zara menutup pintu, kereta pun mula meluncur di atas jalan raya pulang ke rumah. Suasana di dalam kereta senyap sahaja. Darwisy memandang isterinya yang sedang menyilangkan tangan ke dada dengan air muka dingin. Sengaja nak bagi orang rasa bersalah la tu, pasang muka merajuk.
"Hai? Merajuk ke?" Darwisy menegur.
Zara cuma melirik mata padanya sebelum kembali memandang ke jalan raya dengan muka yang masih dingin. Tersenyum Darwisy melihat isterinya yang merajuk itu.
"Sorry k? Tadi saya keluar dengan kawan saya. Lupa pulak yang awak sekolah. Sorry ye?" Ucap Darwisy.
Zara diam sebentar sebelum bersuara.
"Lain kali set la jam tu waktu saya balik sekolah. Saya tak suka tau tunggu lama." Katanya dengan nada merajuk.
"Yelahhh. Nanti saya set 40 minit sebelum awak balik ye? Jangan risau." Darwisy cuba bergurau namun dibalas dengan gulingan mata.
Amboi, merajuk betul.
♧♧♧
Bulan mulai terbit menandakan malam telah pun hadir. Zara meniarap di atas katil, sibuk bermesej dengan rakannya untuk berehat sebentar selepas membuat kerja sekolah.
Kebal
Aku nak tanya something ni
Apa dia?
Kenapa balik asing dengan Qaseh tadi?
Oh, sebab aku dah tinggal rumah lain
Kenapa?
Kenapa nak tahu? 🗿
Saja. Aku kan kawan kau :3
Takpelah, kalau tak nak bagitahu, takpe
Hahaha yeh. Privacy :)
Jeda sekejap. Zara pun tak tahu nak berbual tentang apa lagi selepas Iqbal menyoal perihal mengapa dia sudah tinggal di rumah lain. Takut disoalnya lagi tentang hal peribadinya. Kemudian, lelaki itu menghantar mesej lagi.
Kebal
Kalau kau tak kisah kan.. aku nak tahu. Siapa laki tu?
Ha sudah. Soalan maut ditanya dia. Otak Zara ligat berfikir hendak menjawab apa.
Kalau aku tak jawab kang, mesti akan timbulkan prasangka dalam fikiran dia.
Ah jawab jelah.
Kebal
Anak kawan mak saya. So kira sebagai kawan sayalah :3
"Mm? Kenapa kawan?"
"Ahhh!" Hampir tercampak telefon Zara tatkala dia mendengar suara suaminya yang sangatlah dekat dengannya lantas dia pun menoleh ke kanannya.
"Ishh! Terkejut saya tau." Marah gadis tersebut lalu ubah ke posisi duduk pula.
"Kenapa tak mengaku je saya suami awak?" Tanya Darwisy sambil duduk di hadapan isterinya.
"Eh, awak gila ke apa? Nanti habis dia heboh kat satu sekolah kang. Saya nak jawab apa?"
"Biarlah diorang cakap apa pun. Sekejap je. Lama-lama nanti diorang berhentilah."
"Senanglah awak cakap." Balas Zara dan sambung bermesej dengan kawannya.
Darwisy pandang sahaja.
Suka nampaknya dia chat dengan laki tu.
Desis hatinya.
"Dahhh dah. Tutup phone tu. Lebih baik belajar daripada berchatting chatting tu."
"Nak belajar la ni. Saya tanya dia soalan akaun."
"Yelah tu. Tengok sikit."
"Tch." Zara berdecit lalu menunjukkan saja skrin telefonnya kepada si suami.
Berdecit-decit pula dia ni. Nak tengok je pun.
Bisik hati Darwisy.
"Hah, tak caye sangat kan? Halahhh." Zara mengomel dan kembali bermesej.
"Memanglah. Tadi tu korang cakap pasal apa?"
"Alah, off topic kejap takkan tak boleh? Dahlah, saya nak buat kerja." Terus Zara bangun dan duduk di meja belajar untuk membuat kerja sekolahnya.
Darwisy menggeleng kepala perlahan.
Dia hanya boleh mengajar subjek-subjek teras sahaja seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Pendidikan Islam memandangkan jurusan yang diambilnya sewaktu sekolah dulu bukanlah Perakaunan. Jadi, dia tak tahu apa pun tentang perakaunan selain kira-kira.
🤍🤍🤍
Lepas tu kan... kalau ternampak perkataan ibu, anggaplah i nak taip umi atau mak. Sbb dh terbiasa dgn kisah ainril sampai confused jari ni 🗿😭😭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top