Special Chapter . [ 1 ]
......
Bunyi pancutan air mengejut kan Eunji yang lena dari tidur. Dia mengerling jam dinding nya, pukul 2 pagi. Lewat, dah banyak kali dia balik lewat. Bukan nya apa cuma takut salah faham. Lagipon dia tak pernah bagitahu kenapa dia balik lewat.
Eunji kembali baring dan menarik selimut hingga paras bahu. Sejak Baekhyun selalu balik lewat ni, dia sorang-sorang dekat rumah. Bukan takut hantu datang ke apa, takut kalau ada orang jahat. Masa depan kita tak tahu kan ?
Bunyi selak pintu dibuka, Eunji cepat-cepat memejam mata nya. Dia terasa bila Baekhyun selalu balik lewat. Kadang-kadang dia masak untuk makan malam bersama tapi Baekhyun tak balik, akhir nya tong sampah juga makanan itu pergi.
Tak lama kemudian, dia terasa katil mendap kebawah. Baekhyun sudah baring disebelah nya. Dia tunggu tangan Baekhyun melingkari pinggang nya tapi hampa.
Eunji menoleh kearah Baekhyun. Lelaki itu sudah pon terbuai mimpi. Mengantuk sangat lah agak nya. Eunji cuba untuk berfikiran positif. Mungkin Baekhyun balik lambat sibuk dengan kerja nya sebagai idol.
Eunji memeluk tubuh Baekhyun. Kepala nya diletakkan di dada Baekhyun. Bau tubuh Baekhyun betul-betul membuat Eunji suka. Entah kenapa sejak kebelakangan ni dia suka menghidu bau tubuh Baekhyun.
Tiba-tiba perut nya berbunyi, dia mengusap perut nya. Ah malam-malam macam ni boleh pulak lapar. Dia bangun dan duduk bersila. Nak kejut Baekhyun ke tak ?
Tak payah lah, Baekhyun baru je tidur. Eunji turun dari katil. Terkedek-kedek dia berjalan kedapur. Nak masak, nak makan.
Eunji membuka peti ais, lalu dia menutup nya semula. Buat apa susah-susah nak masak kalau ramen ada. Dia terus membuka kabinet dan satu pek spicy ramen di ambil.
Dia mengambil periuk kecil dan mengisi air, dia meletakkan diatas dapur gas dan membiarkan dia mendidih.
Tak lama dia meletakkan ramen dan membiarkan dia masak sepenuh nya. Dia mengacau dan menutup api.
Dia ke rak pinggan untuk amik mangkuk. Entah macam mana kaki nya terkehel dan mangkuk yang diambil nya jatuh.
Prengg .. Bunyi kaca berderai.
Eunji menutup telinga nya. Berdesing, nak gugur jantung nya. Aduh asal cuai sangat. Entah-entah jiran sebelah pon terkejut beruk.
Eunji bangun, kaki nya terasa sakit. Mungkin sebab terkehel tadi. Dia mengambil plastik dan mula mengutip kaca yang berterabur.
"Eunji !"
"Aduh" Eunji terkejut bila Baekhyun datang tiba-tiba, tangan nya tertusuk kaca. Lagi sekali dia cuai. Dia terus mengaduh sakit. Kaki sakit, tangan pon sakit.
"Yah, buat apa malam-malam ni ? Tengok dah luka. Aish jinjja" kata Baekhyun lalu mengangkat Eunji. Eh macam Eunji tu patah kaki pulak nak angkat-angkat.
Baekhyun meletakkan Eunji diatas meja makan. Dia mengambil penyapu dah mula membersihkan kaca itu. Selepas siap dia berlari keruang tamu.
Eunji melihat tangannya. Rasa pedih-pedih gitu. Dia mengalih pandangan pada ramen nya. Ah lapar nya !!
Baekhyun kembali dengan first-aid ditangan nya. Dia terus mendekati Eunji. Baekhyun mengambil tangan Eunji lalu mencuci nya. Mujur luka nya sikit je,
"Buat apa malam-malam sampai pecah kan mangkuk ? Lain kali kejut boleh tak ?" Kata Baekhyun khusyuk mencuci luka Eunji. Eunji merenung wajah Baekhyun.
"Saya lapar, " balas Eunji sepatah.
"Pastu tak reti nak kejut ?"
"Bukan tak nak kejut tapi awak kan baru balik"
"Kejut je lah, apa masalah ?" Soal Baekhyun lalu menampal kan plaster diluka Eunji. Eunji melihat tangan, aik sekejap nye.
Baekhyun melihat Eunji lalu memeluk pinggang Eunji. Eunji tersentak lalu menolak tubuh Baekhyun. Eish rasa macam nak merajuk pun ada.
"Pergi lah masuk tidur, saya nak makan" Eunji menolak tubuh Baekhyun lalu turun dari meja. Dia ke rak pinggan untuk mengambil mangkuk. And again dia nak terjatuh, nasib tak amik mangkuk lagi kalau tak lagi sekali mangkuk pecah, membazir.
"Aish, duduk lah diam-diam" Baekhyun menarik Eunji supaya Eunji duduk dikerusi. Baekhyun mengambil mangkuk lalu menceduk ramen kedalam mangkuk.
Baekhyun menarik kerusi supaya berhadapan dengan Eunji. Eunji ingin mengambil mangkuk ramen nya tapi Baekhyun terlebih dahulu menarik nya.
"Saya suap"
Eunji hanya menurut. Bagus juga kalau Baekhyun suap, tak payah dia kerah tenaga tangan tangan. Jimat tenaga haha
"Awak nampak lain" tegur Eunji. Baekhyun melihat wajah Eunji. Lalu sesuap ramen masuk kedalam mulut nya. Ergh Eunji rasa macam nak je tumbuk muka Baekhyun. Suka hati dia je nak makan ramen orang.
"Apa yang lain ? Rambut saya eh ? Handsome tak ?" Baekhyun menayang rambut nya yang berwarna hitam. Sebelum ni rambut dia merah-kemerahan.
"Ouh, baru saya perasan yang awak dah tukar warna rambut" balas Eunji lalu membelek rambut Baekhyun. Baekhyun terus memuncungkan bibir nya.
"Yah, apa lah awak ni. Baru perasan yang saya tukar warna rambut ? Eish merajuk ah!" Kata Baekhyun. Eunji mencebik lalu mencubit pipi Baekhyun. "Mengada-ngada, sepatut nya saya yang merajuk dengan awak !" Balas Eunji.
"Eh, kenapa pulak ?" Soal Baekhyun sambil kening nya terjungkit, dengan mulut nya ternganga sedikit. Ah you make me so crazy !!
"Sebab awak selalu balik lambat. Awak selalu tinggalkan saya sorang-sorang kat rumah ni. Saya dah tak ada tempat nak bercerita." Eunji memalingkan muka nya. Acah-acah merajuk, padahal nak je dia peluk Baekhyun lama-lama. Dia nak hidu bau tubuh Baekhyun.
"Alaaa sayang. Mianhaeyo. Saya kerja lah, saya kan Idol, kesana-kesini. Buat perform. Promote album baru. Bukan nya saya saja-saja nak tinggalkan awak. Nanti saya free kita gi holiday ye ?" Pujuk Baekhyun. Eunji hanya mengangguk.
"Tapi tak nak lah pergi holiday. Duduk rumah je lah" balas Eunji membuatkan Baekhyun mengerut kening. Pelik.
"Sejak bila tak nak pergi holiday ni ?" Soal Baekhyun. Selalu Eunji lah yang beriya mengajak nya pergi holiday. Tetapi tak pernah pergi, sebab Baekhyun sibuk dengan aktiviti harian nya.
"Sejak ada ....--" Kata Eunji terbantut, dia memikir sesuatu.
"Hehehehehe" Eunji menyegeh. Sengeh-sengeh kambing. Baekhyun sudah tersenyum nakal. Pipi Eunji jadi mangsa cubitan nya.
"Sejak ada apa hah ? Amboi" Baekhyun tertawa. Eunji tersengeh. Ada sesuatu yang disimpan nya, dia nak bagi suprise untuk Baekhyun. Wait
"Awak dah tengok MV comeback saya ?" Soal Baekhyun. Eunji mengangguk sambil tersenyum. Gila tak tengok, dia lah orang yang paling excited tunggu MV tu release.
"Your comment ?"
"Urm best lah. But dalam tu Kai memang tiptop. Hensem gila, tak leh move on ! Dengan tarian dia uish. Sehun pon tak kurang jugak, suka dengar rap dia. Pastu Xiumin pon hensem jugak. Suho, kening dia aish, Chanyeol memang nampak berkarisma dengan rambut merah, Suara Chen huaa best gila pastu ---"
"Ok, merajuk dengan sayang 6 minit !" Baekhyun terus meletakkan mangkuk ramen diatas meja. Dia bangun dari kerusi dan dia menyorong kerusi masuk bawah meja.
Dia berjalan meninggalkan Eunji. Eunji sudah tersenyum girang. Dari tadi Eunji sebuk duk puji member nya yang lain. Tapi dia ? Bukan setakat puji sebut nama pon tak. Kecewa beb kecewa.
Eunji meletakkan mangkuk ramen yang sudah kosong didalam singki. Lantas dia berjalan terkedek-kedek naik ke bilik. Dia tahu Baekhyun akan merajuk kalau dia puji lelako lain, itu lah sengaja dia mengusik.
Selepas menutup pintu Eunji mendekati Baekhyun yang sedang bertenggek di balkoni. Aish dan nak dekat pukul 3, baik tidur je dari bertenggek dekat balkoni.
"Baekhyun-ah."
Baekhyun buat-buat tak tahu. 6 minit masih belum tamat jadi terus kan merajuk. Asal nak merajuk je mesti 6 minit. Kenapa tak 6 tahun ?
Tak boleh merajuk lama-lama nanti rindu.
"Sorry" Eunji menyandarkan kepala nya dibahu Baekhyun. Baekhyun hanya membiarkan nya. Lagipon dia suka kalau Eunji bermanja dengan nya.
"Awak, jangan lah marah" Eunji menlihat muka Baekhyun. Tegang. Hamik kau, siapa suruh usik lagi. Kehkeh.
"Awak, jangan lah merajuk"
"Awak, jangan lah merajuk lama-lama"
"Nanti rindu"
Baekhyun menahan tawa nya. Macam-macam lah Eunji ni. Untung nya dia dapat isteri macam Eunji. Bila tengok Eunji teringat dengan Taehyung. Dulu cinta Eunji untuk Taehyung, tapi sekarang cinta Eunji untuk nya.
"Awak.. nak peluk hehe" Eunji menyegeh. Tak malu minta peluk. Baekhyun tersenyum pendek lalu membawa masuk Eunji kedalam dangkapan nya. Eunji terus menghidu bau tubuh Baekhyun.
"Awak semakin pelik lah sayang"
"Apa yang pelik ?" Soal Eunji.
"Awak suka bau badan saya ?" Soal Baekhyun pula. Kepala Eunji bagai dihimpap batu besar. Alamak macam mana Baekhyun boleh tahu ? kantoi.
"Mana awak tahu"
"Saya tahu lah, hari-hari saya duduk dengan awak" Baekhyun mengusap lembut kepala Eunji. Eunji hanya menjawab "ouhh"
"Awak tak rasa yang awak ada sembunyi kan sesuatu ?" Soal Baekhyun tepat mengena sasaran. Eunji menggigit bibir nya. Asal genius sangat laki aku hari ni ?
"Hmm saya.. alah saya nak buat suprise. Tapi awak dah syak hm." Eunji menjuihkan bibirnya. Tak menjadi plan suprise air mata acehceh
"Tak payah nak suprise sangat lah. Apa yang awak rahsia kan ? Tell me now" arah Baekhyun. Eunji melepaskan pelukkan. Dia melihat wajah Baekhyun sambil tersenyum malu-malu kucing.
Tangan kanan Baekhyun diambil lalu dibawa ke perut nya. Wajah Baekhyun sukar digambar kan. Otak nya mula berfikir dengan bijak.
"I have Baekhyun junior" Eunji tersengeh. Baekhyun sudah ternganga. Kapak pon boleh sumbat. Then, dia pikir kan benda lain yang disembunyi kan. Ah tak sangka.
Baekhyun terus memeluk Eunji. Erat seerat nya. Hati nya gembira bukan kepalang. Siapa yang tak suka kan ada 'junior' ?
"Thankyou sayang. Thankyou so much" ucap Baekhyun. Bila dengar ada 'junior' dia terasa macam penat lelah dia hilang macam tu je. Aish rasa tak sabar nak tunggu dia keluar.
Lambat lagi 9 bulan 10 hari.
"I want baby girl" kata Baekhyun. Eunji terus memandang muka Baekhyun. Wajah Eunji jelas ingin kan penjelasan yang lebih mendalam. Why ? Why nak baby girl ?
"Sebab, saya nak baby tu perangai macam awak. Boleh lah saya main dengan dia, mesti comel." Baekhyun dah tersenyum kambing.
"Hekeleh, baru 2 bulan. So kena tunggu lagi 7 bulan lagi" balas Eunji. Yelah lambat lagi tapi dia dah rancang awal-awal. "Tak apa lah" kata Baekhyun.
"Jom lah tidur. Mengantuk lah" ajak Baekhyun. Eunji terus mencebik. Dia belum puas bau tubuh Baekhyun. Apa punya tebiat lah suka bau tubuh orang.
"Tapi saya tak puas hidu bau awak lagi."
"Alah, awak tidur dengan saya kan, awak boleh je hidu" balas Baekhyun. Eunji mengangguk lalu berjalan masuk.
Baekhyun menutup pintu balkoni dan langsir ditutup. Dia terus berjalan ke katil. Yelah baru je nak masuk mimpi, bunyi kaca pecah, apa lagi bangun terus lah.
Eunji mendekat tubuh nya dengan Baekhyun. Dia terus meletakkan kepala nya didada Baekhyun. Baekhyun sudah pon berkedip-kedip mata nya. Mengantuk sangat.
"Stay with me ?"
"Nae. Forever !"
Keadaan mereka berdua diperhatikan dari atas. Senyuman tidak lekang di bibir. Tengok diorang bahagia dia pon tumpang bahagia. Tak sia-sia dia menyuruh Baekhyun menjaga Eunji. Baekhyun menjaga Eunji dengan baik. Kalau dia masih berpeluang untuk hidup, mesti dia yang merasa bahagia itu. Tapi tak apa lah, ajal mait ditangan tuhan. Cukup lah dia bahagia sekejap dengan Eunji. Memang cinta nya untuk Eunji.
"Selamat berbahagia"
-----------------------------------------------------------------
Author rindu tu lah author buat special chapter hoho. Padahal ff ni dah lama habis sekarang baru nak buat. Sedih kan ? Hahaha.
Chapter ni author ada selitkan pasal exo comeback. Hoho saja je nak promote.
You can call me monster, I'm creeping in your heart babe.
......
Author dah publish ff You're mine yang author promote hari tu. So boleh usya dekat work author. Jangan lupa masukkan dalam library korang...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top