CHP 9
CLEO
Mataku terbuntang luas dan degupan jantung aku terhenti seketika. Aku..aku tak tahu nak cakap apa tapi, mereka berdua ada di sini! Tak mungkin..tapi..takkan mata aku nak menipu kot. Itu memang mereka berdua!
Di dalam rumah Aunty Marry dan..apa yang mereka buat dalam rumah Aunty Marry?!
"Hello there, excited to see you again." Sapa Matt pada aku dengan senyuman senget.
Steve pandang muka aku dengan pandangan yang tidak berkelip. Aku terkejut. Aku ibarat terkena heart attack sekejap. Macam, semua ni mimpi kah? Takkan mereka adalah remaja lelaki yang ada di dalam gambar bersama Aunty Marry.
"Matt, Stu, Cleo, mari kita makan malam." Ajak Aunty Marry pada kami bertiga.
Aku rasa aku patut melarikan diri sekarang juga. Macam mana kalau Luke ada bersama mereka berdua sekali?! Aku tak nak berjumpa dengan mamat tak guna tu. Aku boleh agak kalau aku ditangkap untuk kali kedua, hidup aku akan musnah. Aku tak nak hidup dalam kehidupan kucar-kacir.
"Cleo, termenungkan apa tu?" Tanya Aunty Marry padaku.
Aku tersedar daripada lamuanan aku yang bertarung dengan diri sendiri. Aku lihat ke arah dapur di mana Aunty Marry, Matt dan Steve sudah duduk di meja makan. Aku angkat daripada dudukku di atas sofa dan menuju ke arah dapur.
"Haa, duduk sini."
Aunty Marry menepuk tempat duduk disebelahnya di mana aku akan menghadap muka Steve. Aku rasa tak sedap hati malam ni. Kena kah tidak aku tidur malam ni? Memikirkan tentang diri aku yang bakal bertemu dengan Luke sekali lagi.
"Stu, Matt, ini adalah pekerja grandma yang paling ramah dengan grandma. Cleo." Kata Aunty Marry pada kedua-dua lelaki itu.
Steve hanya tersenyum kekok memandang muka aku. Matt pula macam biasa langsung tidak mempunyai reaksi. Dia lebih kepada suka buat muka mengejek dan sombong.
Aku tak perlu pun diperkenalkan kepada dua lelaki yang jahat di depan aku ni. Kalau aku boleh putarkan masa, mahu saja aku tidak bertemu dan diperkenalkan dengan mereka berdua. Perkenalan aku dengan Steve dan Matt langsung membawa malang.
"Aunty gembira malam ni Cleo dapat sertai makan malam di rumah Aunty." Kata Aunty Marry gembira.
"Aunty?? Bila masa grandma jadi Aunty ni?" Usik Steve dengan senyuman mengusik.
"Ishh, kamu ni. Biarlah granda merasa saat-saat dipanggil deegan gelaran muda ni. Jaga kamu berenam pun dah buat grandma rasa tua. Walaupun, umur grandma masih dalam lingkungan 40an."
Aku hanya diam membisu di sebelah Aunty Marry menjamah makanan yang ada di depan mata. Aku tak ada selera langsung pun nak makan banyak. Sebab, terlampau memikirkan cara-cara untuk melarikan diri.
"Alahh, yelah tu. Grandma. Anyway, esok Luke dan yang lain akan datang." Kata Steva pada Aunty Marry.
"Uhukk..." aku tersedak apabila mendengarkan apa yang diperkatakan oleh Steve.
Mereka bertiga memandang aku pelik. Aunty Marry menghulurkan aku segelas air kosong.
"Nah, minum ni Cleo. Makan tu janganlah gelojoh sangat." Kata Aunty Marry sambil mengusap belakang aku.
Tekak aku rasa perit sebab terkejut mendengarkan yang Luke akan datang ke sini pada esok hari. Aku mesti larikan diri. Aku tak nak!
"Cleo, tersedak sebab terkejut dengar suara macho Stu lah grandma. Bukannya disebabkan gelojoh masa makan."
Aku buat muka menyampah mendengar ayat Steve itu. Buat apa aku terkejut dengar suara dia. Langsung tak memberi kesan pada jantung aku untuk berdegup macam nak pecah.
"Agak-agaklah Stu nak pikat Cleo. Cubalah jadi macam Matt. Diam je. Tak menggatal nak usik anak gadis orang."
Matt hanya diam sahaja. Kadang-kandang dia akan tersenyum pada Aunty Marry.
"Sebab tu lah tak ada perempuan yang berani dekat dengan dia ni grandma. Senyap sangat. Muka pun sombong. Perempuan yang cuba nak pikat pun tak runtuh-runtuh tembok dingin dalam diri dia." Kutuk Steve pada Matt.
"Sekurang-kurangnya aku tak pernah rasa kena reject mana-mana perempuan." Jawab Matt yang sejak tadi senyap penuh dengan sindiran pada Steve.
"Itu akan menyebabkan aku lebih matang. Daripada aku duduk diam tak tahu apa nak buat." Kata Steve merajuk.
"Hmmm, sudahlah tu. Suatu hari nanti, ada lah yang nakkan Matt tu. Sama jugalah dengan Steve. Manalah tahu, Cleo yang dekat sebelah ni terpikat." Usii Aunty Marry pada aku.
Aku rasa menyampah dan semakin menyampah. Rasa macam nak ergghh! Aku nak lepaskan rasa geram je!
"Tak naklah Aunty. Bukan test saya langsung kalau setakat rupa je ada. Tapi, hati tak serupa macam ada hati. Tak payah je lah. Saya cari yang tak tikam belakang, yang jujur dan baik hati." Kataku penuh dengan sindiran.
Aku lihat Steve hanya garu kepala dengan senyuman kekoknya. Sentap kah dengan sindiran aku? Aku tak kisah pun kalau Aunty Marry pandang buruk pada aku sebenarnya mengutuk cucunya itu. Asalkan aku puas hati nak mengutuk dia.
Makanan yang ada di atas meja semakin sedikit dan makanan aku pun dah lama habis sebenarnya. Hilang selera aku nak makan banyak. Walaupun, perut aku belum kenyang pun. Tapi, aku kena bergegas balik. Aku kena kemas semua barang aku untuk melarikan diri. Aku tak nak hadap muka Luke esok.
Aunty Marry angkat daripada duduknya dan mengemas semua yang ada di atas meja makan. Semua pinggan mangkuk yang kotor itu dimasukkan ke dalam sinki. Aku pula hanya duduk di tempat aku ditemani Steve dan Matt yang masih belum menghabiskan makanan mereka itu.
"Emm, Aunty.. Saya rasa saya patut balik sekarang. Dah lewat sangat ni." Kataku sopan pada Aunty Marry.
"Ohhh, ya tak ya juga. Aunty tak sedar dah masuk pukul 11 malam. Mari, Aunty hantarkan. Nanti-nanti jelah Aunty cuci semua ni." Ajak Aunty Marry meninggalkan sinki yang masih bertimbun dengan pinggan mangkuk yang kotor.
Steve memegang lengan Aunty Marry menyebabkan wanita itu terhenti sekejap.
"Kejap..Aunty grandma...Ehh..apa pula Aunty.." Steve tampar mukanya sendiri sebab tersasul.
"Heheh.. biar Stu yang hantarkan. Kasihan Aunty..ehh..ishh.." Steve tersasul lagi.
"Grandma..penat drive. Lagipun, tak baik untuk grandma pandu malam-malam macam ni. Biar Stu sebagai lelaki hantarkan Cleo balik." Pelawa Steve pada Aunty Marry.
"Tak nak!" Bantah aku tanpa aku sedar.
Aunty Marry pandnag muka aku dan Steve silih ganti.
"Stu tahu kah mana rumah Cleo?"
"Cleo kan boleh beritahu Stu nanti mana rumah dia. Tak apa, grandma boleh percayakan Stu untuk hantarkan Si gadis jelita ni balik rumah. Stu budak baik. Takkan buat benda yang tak senonoh pun nanti. Tak macam Luke." Kata Steve sambil pandang ke arah aku.
"Cleo, boleh kan? Lagipun, Aunty sebenarnya, tak nampak sangat kalau nak drive waktu malam macam ni."
Aku tak nak. Aku tak nak Steve yang hantarkan. Aku tak nak! Aku tak boleh percaya muka Steve tu bawa aku sampai balik rumah. Dia mesti ada muslihat lain.
"Tapi, tadi boleh je." Kataku pada Aunty Marry.
"Itu nasib je. Lagipun, lewat malam macam ni Aunty tak berani nak drive sangat. Maaflah, kalau Aunty kata Aunty boleh hantarkan Cleo. Tak apa, Stu boleh diharap. Aunty percaya cucu Aunty ni takkan buat apa yang bukan-bukan pada Cleo. Kan?" Kata Aunty Marry sambil merenung ke arah Steve.
"Mestilah Stu boleh diharap. Cucu yang paling taat dengan arahan Grandma." Kata Steve manja.
Aku tak pastilah apa yang Aunty Marry pandang pada Steve ni baik ataupun tidak. Aku tengok dia berkomplot nak culik aku pun aku dah anggap dia jahat. Macam penjahat jahanam di luar sana.
"Okey, jom!" Steve memeluk bahu aku dna dibawanya aku pergi daripada situ.
"Ttt..tapi..."
"Tak apa.. Stu hantarkan Cleo. Okey." Pujuk Aunty Marry supaya aku menerima hakikat aku dihantar oleh Steve.
Steve bukakkan pintu kereta disebelah tempat duduk pemandu dan aku masuk ke dalam kereta. Steve juga turut masuk ke dalam kereta di tempat duduk pemandu. Aunty Marry berada di depan pintu utama rumah melambai ke arah aku bersama Matt yang merenung tajam ke arah aku.
Kadang-kadang seram juga aku dipandang oleh Matt macam tu. Kereta dipandu keluar daripada perkarangan rumah.
"Okey, mana rumah kau?" Tanya Steve pada aku.
"Tak payah hantar aku sampai rumah. Berhentikan aje aku depan shopping mall sana tu. Aku boleh ambil Uber je pergi balik rumah." Kataku dingin pada Steve.
Steve menghembuskan keluhan berat melihatkan perangai degil aku itu. Aku tak kisah sebab aku memang degil dan keras kepala. Biarlah dia nak menyampah sekali pun.
"Macam ni lah. Aku nak bantu kau ni. Aku tahu kau nak larikan diri daripada kitorang. Terutamanya Luke. Sebab kau tak nak diculik oleh Luke lagi."
"Kalau kau tahu, kenapa kau nak juga bantu Luke cari aku?"
"Aku kena lah tolong. Sebab, kami merupakan adik-beradik angkat sejak kecil lagi. Tapi, kali ni aku nak tolong kau."
Aku pandang wajah Steve yang berada di sisi aku itu.
"Boleh kah letakkan kepercayaan aku dekat kau? Muka memang muka pengkhianat." Kata aku kasar padanya.
"Kali ni kau kena percayakan aku. Esok, Luke dan yang lain akan datang ke Brazil sebab nak melawat grandma. Luke akan cari kau sampai ke lubang jamban yang dipenuhi cacing sekalipun, dia akan cari kau sampai dapat. Untuk masa 3 hari dia dia di Brazil bermula daripada esok. Kau kena larikan diri daripada Brazil." Kata Steve pada aku.
Aku lihat wajah Steve terpancar sifat prihatinnya ingin membantu aku. Tapi, aku masih meragui dia yang talam dua muka itu.
"Aku tak boleh percayakan Matt samada dia nak berdiam diri pasal kau yang larikan diri ke sini. Boleh je dia terus beritahu pasal keberadaan kau dekat Brazil sekarang ni." Sambung Steve lagi.
"Berapa banyak tempat dah Luke cari aku?" Tanyaku padanya.
"Emmm, untuk setakat ni dah cari kau dekat Berlin tempat kawan kau Nova tinggal, Chicago tempat asal kau, Dubai dan Itali. Lepasni, balik je dia daripada Brazil dia akan teruskan pencarian kau dekat Australia."
Kalau macam tu, aku kenalah lari ke tempat yang lebih jauh daripada Australia. Aku haraplah Steve memang boleh dipercayai buat kali ni. Dengan semua maklumat yang dia beritahu sekarang ni, aku masih juga meraguinya. Aku takut dia khianat aku untuk kali kedua.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top