CHP 7
CLEO
Selesai dengan kerja Nova dan selesai juga bersama-sama gadis itu shopping, kami berdua pulang ke bilik apartment aku. Jam yang menunjukkan pukul 9 malam itu sudah membuatkan aku berasa mengantuk. Nova pula sibuk menyelongkar semua barang yang dia beli tadi.
Ini barulah dikatakan jalan-jalan sampai pengsan. Aku tak boleh bayangkanlah kalau ditambah sejam lagi nak berjalan dengan Nova tadi. Hampir dekat 4 jam kami di shopping mall. Lutut aku pun rasa macam dah nak tertanggal je.
"Kau tak penat kah Nova?" Tanyaku padanya.
"Penat tu..penatlah juga. Tapi, seronok. Sebab dapat jalan-jalan dengan kau. Lusa, aku dah nak balik." Katanya dalam nada yang sedikit sedih.
Aku pun sedih juga kalau dia nak balik. Nanti, aku tinggal seorang je lagi. Aku tak nak Luke datang dan culik aku. Walaupun, aku cuba nak lupakan mamat tu dengan ikut Nova membeli-belah tak cukup bagi aku untuk lupakan dia. Sepanjang masa aku termenung, mesti fikiran aku akan fikir pasal mamat tu.
Kenapa dia tu misteri sangat hah? Aku tak fahamlah dengan orang macam Luke tu.
"Wei.."
Aku tersentak apabila ditegur oleh suara Nova. Aku mengalihkan pandanganku ke arahnya.
"Kau nak makan spaghetti tak? Aku buatkan."
"Kau belum kenyang lagi kah? Kita baru je makan dekat kafe tadi."
"Alah, aku lapar balik. Tak puaslah makan makanan tadi. Aku nak makan lagi."
"Hmmm, buatlah. Aku nak juga. Aku pun tetiba lapar balik."
Nova buat muka ke arah aku.
"Mengata aku lebih. Dia sendiri apa kurangnya." Kata Nova sebelum berlalu pergi membawa sos spaghetti dan bungkusan spaghetti yang baru dibelinya tadi.
Aku masuk ke dalam bilik tetamu. Sebab, Nova akan tidur di situ. Jadi, aku kemaslah sikit-sikit. Ada juga barang-barang lama yang aku tak boleh buang aku simpankan di stor bilik tetamu itu. Tiba-tiba, telefon aku bergetar menandakan ada pesanan masuk. Aku buka pesanan daripada nombor yang tidak ada dalam 'contact' aku.
Having so much fun with your friend, Nova? I saw you're very happy with her. - unknown
Aku rasa tak sedap hati dengan pesanan itu. Aku memang dah agak dia ekori aku. Tapi, masa dekat Mall tadi. Tak ada pula aku perasan kelibat sesiapa yang pelik mengintip aku. Tidak macam Steve dan Matt yang memang muncul tanpa selindung depan mata aku.
Aku takut pula disebabkan oleh aku Nova diancam juga. Aku tidak membalas pesanan itu malah aku 'block' nombor telefon itu. Aku tak nak dia ganggu aku lagi. Aku keluar daripada bilik tetamu itu.
Aku lihat Nova masih leka dengan membuat spaghetti di dapur. Aku menuju masuk ke dalam bilik aku. Fikiran aku tak henti-henti memikirkan tentang perkara itu. Aku dapat rasa yang Luke akan muncul semula di depan mata aku.
Aku buntu tak tahu nak buat apa. Aku takut kalau Nova sudah balik ke Berlin nanti, hanya tinggal aku seorang sahaja lagi di sini. Aku lihat telefon aku dan termenung memikirkan cara mahu larikan diri daripada Luke.
Aku membuka telefon aku dan membuka website untuk menempah tiket pernerbangan. Aku kena lari ke tempat yang dia tidak tahu di mana keberadaan aku.
Aku tak nak pulang ke Chicago sebab aku pasti dia tahu pasal tempat tinggal keluarga aku di sana. Kalau Berlin, aku takut kalau aku ikut Nova ke sana, nanti Nova syak ada sesuatu yang tak kena pada aku. Dan, mudah untuk Luke juga mencari aku di Berlin sebab dia kenal Nova.
Aku tenung skrin telefon yang memaparkan website tempahan tiket penerbangan itu.
▲▼▲▼▲▼▲▼
Pagi itu, aku bangun awal sebab nak hantarkan Nova ke airport. Sudah tiba masanya, Nova balik semula ke Berlin. Sebab, tugasannnya sudah selesai di Manhattan. Dalam masa yang sama, aku juga akan melarikan diri. Aku dah tak kisah pasal pelajaran aku. Yang penting adalah nyawa aku sekarang ni.
Aku tak packing semua barang aku sebab, aku hanya bawa beg tangan dan barang-barang yang penting sahaja bersama aku. Aku tak naklah, lari dengan adanya bagasi bersama. Nanti, Nova pelik pula tengok aku. Tapi, bila difikirkan balik, macam mana dengan orang-orang Luke yang mengekori setiap gerak-geri aku?
Mestilah dia tahu pasal semua ni. Anyway, pasal itu aku akan settle di airport nanti.
"Cleo, Jom. Kau kena ikut aku bersama di saat-saat akhir aku dengan kau. Aku takut nanti aku jarang dah nak jumpa kau." Kata Nova padaku.
"Aku pun sama." Kataku penuh dengan maksud yang tersirat.
Aku berjalan bersama-sama Nova menuju ke arah kereta milik Taylor itu. Aku membantu Nova memasukkan bagasi miliknya ke dalam bonet kereta. Setelah itu, aku mengambil tempat duduk di belakang manakala, Nova pula ambil tempat duduk bersebelahan dengan pemandu.
"Mana yang lain?" Tanya Nova pada Taylor.
"Dah ada dekat airport."
"Awalnya? Macam mana diorang ada dekat sana lebih awal daripada kita?"
"Uncle aku hantar diorang ke sana lebih awal."
"Oh...Taylor. Nanti, kau suruhlah Uncle kau hantarkan Cleo." Pinta Nova.
Aku terkejut juga mendengar permintaan Nova itu.
"Okay, No prob.."
"Ehh, tak payah. Aku boleh pakai Uber je balik." Tolakku pada pelawaan Taylor.
Aku nak buat rancangan melarikan diri ni.
"Okey." Kata Taylor dan Nova serentak tanpa desakkan.
Aku hembus nafas lega. Aku kena berjaya melarikan diri. Benda ni Nova sendiri pun tak tahu. Apatah lagi ibu bapa aku.
Sesampainya di lapangan terbang New York, kami keluar daripada kereta dan terus masuk ke dalam lapangan terbang. Dari jauh Halsey, Javier dan Aaron melambai ke arah kami bertiga.
"Hai, Cleo. Lepasni, susahlah nak jumpa awak lagi." Kata Halsey padaku.
Aku hanya senyum kekok tak tahu nak jawab apa.
"Nasib baik korang sampai cepat. Tadi, baru je anouncement pasal flight kita." Kata Javier.
"Ya kah? Alah, terus balik lah ni." Rungut Nova.
"Takkan kau nak tinggal sini je." Kata Javier pada gadis itu.
"Aku baru je nak spend time sikiiiiiit...je lagi dengan kawan baik aku."
Mereka hanya gelengkan sahaja kepala melihat Nova merungut itu. Aku rasa sedih juga bila melihatkan Nova sebegitu. Aku takut aku tak boleh larikan diri daripada semua ni.
Nova peluk aku begitu juga Halsey.
"Take care, my bestie!!" Nova peluk aku erat untuk kali kedua.
"Yeah, take care of yourself too." Kataku padanya.
Nova senyum ke arah aku.
"See you next time, friends." Kata Javier padaku menghulurkan tangannya pada aku.
Aku terima hulurannya. Begitu, juga dengan Taylor dan Aaron sebagai tanda perpisahan dengan mereka. Mereka berlima pergi meninggalkan aku. Aku perasan ada susuk tubuh yang tegap dari jauh memerhati ke arah aku.
Aku dapat rasakan yang mereka adalah orang suruhan Luke yang diarahkan untuk memantau setiap gerak-geri aku. Aku melangkah masuk ke dalam tandas perempuan dengan reaksi yang biasa berpura-pura tidak tahu tentang kehadiran mereka. Aku masuk ke dalam tandas dan mengunci diriku di situ.
Lagipun, mereka lelaki, takkan nak aasuk tandas perempuan kan? Tambahan pula ada ramai dalam 5-6 orang perempuan yang berada dalam tandas ni. Nanti, kalau mereka masuk, tak pasal-pasal kena hempuk dengan perempuan dalam tandas.
Rambut aku ikatkan menjadi sanggul. Aku buka baju dan seluar jeans yang aku pakaian digantikan dengan dress paras lutut berwarna putih pada badanku. Aku masukkan baju aku ke dalam beg tangan aku. Aku ambil rambut palsu berwarna perang itu supaya dapat lindungi rambut aku yang berwarna coklat itu. Aku kemaskan rambut palsu itu pada kepalaku.
Dress berwarna putih juga aku kemaskan di badanku. Beg tangan aku sangkutkan pada bahu sebelah kananku. Aku pakaikan lens berwarna coklat pada mataku dan aku pakai juga cermin mata hitam.
Aku berjalan keluar daripada tandas dan tiada sesiapa pun yang meragui aku.
'Perfect.' Getusku dalam hati.
Aku perasan lelaki yang mengekori aku tadi masih menunggu di depan tandas. Nampaknya, aku berjaya tipu mereka.
Satu pengumuman dibuat dan ianya tepat pada masanya untuk aku masuk ke dalam kapal terbang. Tiada sesiapa tahu yang aku akan ke Brazil.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top