CHP 6

CLEO

"Oh wait, my phone is ringing."

Aku hembuskan nafas lega. Aku haraplah lepas dia 'on the phone' dia lupa dengan apa yang dia tanya tadi. Aku belum sedia nak beritahu Nova yang aku dalam masalah besar.

Nova kelihatan merungut. Aku pula hanya diam sambil menikmati coklat panasku itu. Aku angkat daripada dudukku mengambil sebungkus roti dan coklat nutella. Baik aku makan sekejap. Lapar betul perut aku.

Luke terus bawa aku balik tanpa bagi aku sarapan pun. Eleh, macam lah aku ni special sangat sampai nak dilayan macam tu kan?

Poor girl.

Aku sapukan coklat nutella itu pada permukaan roti. Nova yang berada di depan aku mengeluh panjang. Dia sudah pun selesai daripada perbualannya di dalam talian besama seseorang.

"Siapa?" Tanyaku padanya sambil mulutku mengunyah roti.

"Taylor, member satu group dengan aku. Dia ajak aku makan sambil discuss apa yang nak dibuat esok." Kata Nova dengan nada menyampah.

Nampak macam sibuk sahaja Nova sepanjang dia berada di Manhattan ni. Itu baru Nova, yang sudah lama belajar. Kalau aku pula? Sempatkah aku merasai semua penat lelah belajar di kolej?

"Bila?"

"Sekarang ah. Diorang nampak hardworking gila doh. Hari ni baru sampai Manhattan, diorang dah sibuk nak selesaikan kerja. Letih ah. Diorang tu robot kah manusia sampaikan tak tahu penat lelah? Huhh, kalau tak disebabkan mak ayah aku yang nak tengok aku berjaya, dah lama aku quit daripada study." Bebel Nova seorang diri.

Nampaknya, Nova lupa akan pertanyaannya padaku tadi. Lega lah sikit rasa hati ini. Tapi, dalam masa yang sama. Aku risau juga.

"Kalau dia ajak kau makan. Siapa yang nak hantar kau ke sana? Aku tak ada transport lagi nak jalan-jalan Manhattan ni."

"Mamat tu sendirilah yang datang ambil. Dia ada rumah dekat sini. Itu yang senang sikit."

"Ohhh, terpaksalah aku tinggal seorang diri dalam rumah ni."

Aku takut pula kalau Luke datang nak culik aku lagi nanti. Aku tak nak. Aku tak nak jumpa mamat gila lagi psycho tu. Aku rasa dia memang datang dari hospital sakit jiwa.

"Ehhh, kau jangan nak macam-macam. Kau ikut sekali."

"Tak ganggu korang kah? Aku takut nanti kedatangan aku buat korang rasa tak selesa."

Nova membuka bagasi miliknya. Aku hanya perhatikan sahaja kelakuan gadis itu. Dia mengeluarkan tablet dan beberapa fail nipis lalu diletakkan di dalam beg. Beg jenama Gucci itu dia sangkutkan pada bahu kanannya.

"Tak apa. Actually, semua member satu group dengan aku kenal kau. Diorang okey je kalau kau ada sekali dengan aku. Lagipun, diorang memang peramah orangnya. Nasib baiklah aku ditakdirkan masuk group yang aku selesa bila sama-sama nak buat kerja." Kata Nova penuh drama menandakan yang dia amat bersyukur.

Dia ni sampai sekarang tak lepas dengan drama lebih-lebih dia tu.

Aku anggukkan sahaja kepalaku. Nampaknya Nova sudah beritahu awal kepada rakan-rakannya yang lain mengenai aku. Jadi, aku rasa okey lah sikit bila mereka dah tahu pasal aku. Tak adalah aku rasa asing sangat bila nak bergaul nanti.

"Jomlah. Aku rasa mamat tu dah datang." Ajak Nova padaku.

"Okey, jom!"

Kami berdua keluar daripada bilik apartment milikku. Aku kunci pintunya rapat dan kunci aku bawa sekali. Kami berdua gunakan lif untuk turun. Kali ini, aku rasa selamatlah nak gunakan lif sebab, ada Nova yang temankan.

"Wei, lepas aku habis discuss dengan diorang. Kita jalan-jalan jom. Aku nak pergi shopping mall lah." Kata Nova padaku sedikit teruja.

"Aku ikutkan je kau nak pergi mana. Lagipun, kau datang dari jauh pun nak jenguk aku jugakkan. Jadi, kita spend time sama-sama sampai pengsan."

"Pengsan pun boleh." Kata Nova sambil buat 'fliphair'.

Aku buat muka menyampah tengok perwatakan Nova yang menjengkelkan itu. Kami berdua melangkah keluar setelah tiba di tingkat bawah. Dari jauh aku dapat lihat sebuah kereta mewah yang terparkir di tepi pejalan kaki.

"Haa, jom itu pun dia."

Nova menarik lengan aku mengekorinya. Aku rasa berdebar lah juga sebab aku perlu bergaul dengan orang yang aku tak kenal. Tapi, mereka kenal aku.

Nova membuka pintu di tempat duduk belakang.

"Novaaa! We miss you." Kata Mereka beramai-ramai.

Tak adalah ramai mana. Aku agak ada empat orang di dalam kereta. 3 orang lelaki dan seorang perempuan. Ditambah pula dengan aku dan Nova.

"Eleh, baru je tadi jumpa. Dah rindu." Kata Nova pada mereka.

Mereka berempat pandang muka aku. Nova mengarahkan aku untuk masuk terlebih dahulu.

"Kau lah masuk dulu. Aku segan lah." Kataku pada Nova.

"Alah, aku tak suka duduk tengah. Kau jelah." Desak Nova.

"Tak cukup. Aku balik je lah."

Nova menahan tangan aku.

"Cukuplah. Badan kau kan kecil je." Sampuk seorang lelaki berambut kerinting.

"Kalau tak cukup, duduklah dengan aku depan ni." Kata lelaki wajah persis orang Itali itu.

Mereka berdua memandang muka aku dengan senyuman yang lebar. Segan pula aku tengok mereka yang sangat peramah tu. Aku rasa malu pula.

"Haa, kau nak pilih yang mana? Taylor or Javier?" Kata Nova padaku menunjuk pada dua orang lelaki yang bersuara padaku tadi.

"Nova, you make her blushing." Kata perempuan berambut perang itu.

Mereka semua pandang muka aku menanti aku untuk masuk. Kalau aku masuk aku duduk bersebelahan dengan perempuan berambut perang itu nanti. Aku perasan lelaki berhoodie yang duduk paling hujung itu hanya senyap tidak bersuara. Malah, dia leka dengan telefon ditangannya.

"Okeylah. Aku masuk."

Aku melangkah masuk dan mengambil tempat duduk aku bersebelahan dengan gadis berambut perang itu. Nova orang terakhir yang masuk. Kami cukup-cukup duduk empat orang di tempat duduk belakang. Nasib baik tak terlampau padat.

"Hi, Cleo. Nova always talking about you. My name is Halsey." Sapa Halsey peramah.

"Ohh, Nice to meet you Halsey." Senyumku kekok pada gadis disebelahku itu.

"This is Taylor.." tunjuk Halsey pada lelaki yang sedang memandu kereta itu.

"Hey." Sapa Taylor sambil senyum pada aku melalui pantulan cermin.

Aku balas senyuman lelaki itu.

"This one is a fucking boy, Javier. Don't ever fall in love with a boy like him." Kata Halsey padaku menunjuk pada lelaki yang wajahnya persis orang Itali itu.

"Fuck you." Marah Javier pada Halsey.

Halsey buat muka tak peduli akan Javier.

"Okay, forget about him. This is..."

Halsey menarik hoodie yang menutup kepala lelaki yang duduk di sebelahnya itu. Dia memutarkan kepala lelaki itu memandang wajah aku.

"..Aaron."

Wajah lelaki itu kelihatan terkejut memandang muka aku. Lalu dia membuka airpod yang disumbat pada telinganya. Patutlah dia macam tak sedar aku masuk. Rupanya, pekak dengan airpod di telinga.

"Oh, I know her. She's Cleo. Nova's friend. Right?"

Halsey anggukkan kepalanya tanda 'ya'. Nova disisiku hanya diam sahaja tidak bersuara.

"Nice to meet you guys." Kata aku pada mereka dengan perasaan yang janggal.

Mereka kelihatan sangat peramah. Lebih-lebih lagi Halsey. Dia penuh dengan senyuman dan suka bergaul dengan orang yang baru dikenali. Aku berbisik pada Nova kecil.

"Aku segan, gila."

Nova hanya senyum ke arah aku.

"Biasalah tu. Perangai minah tu memang macam tu. Yang lain pun sama juga. Cuma, tak menunjuk sangat."

Halsey menepuk bahu Javier kuat membuatkan lelaki itu rasa rimas.

"Apa yang kau nak?"

"Bukalah lagu. Aku bosan ni." Kata Halsey manja.

Javier ikutkan sahaja permintaan gadis itu.

▲▼▲▼▲▼▲▼▲

Sesampainya di sebuah kafe, kami berenam keluar daripada kereta. Aku sentiasa berkepit dengan Nova. Hanya Nova sahaja yang aku biasa bersama. Kami memilih tempat meja kosong yang terdapat enam kerusi untuk diduduki. Kami duduk berhadapan antara satu sama lain.

Aku berhadapan dengan Javier. Aku tak bolehlah bila terpandang muka Javier. Muka dia yang mempunyai rupa yang perfect sebagai seorang lelaki kacak dan ada sahaja reaksi muka yang dia buat untuk usik aku.

Patutlah Halsey kata dia fuck boy. Perangai pun memang padan dengan ciri-ciri playboy.

Seorang pelayan datang mengambil pesanan kami.

"Kau nak makan apa?" Tanya Nova padaku apabila melihatkan aku yangbtidak bersuara sejak tadi.

"Sama dengan kau lah."

Nova buat pesanan untuk aku memandangkan aku kekok sangat nak bersuara.

"Nova, kau ada bawa tak fail tu?" Tanya Taylor padanya.

Nova angguk dan mengeluarkan tiga buah fail yang masih nipis lalu diserahkan kepada lelaki di hadapannya itu. Aku yang duduk paling hujung itu hanya senyap sebab aku tak naklah ganggu mereka buat kerja. Kalau tak silap aku, course yang Nova ambil adalah bahagian perubatan. Mesti banyak benda yang perlu mereka buat.

Tapi, kalau nak dibandingkan dengan aku. Rasanya banyak juga kerja dalam course bahagian peguam yang aku ambil.

Apabila makanan yang sudah dipesan sampai, aku terus makan. Mereka yang lainnya sambil makan masih juga berbual pasal kerja yang mereka perlu buat. Nova pula senyap sahaja disebelah aku. Aku faham sangat apa yang minah ni rasa. Mesti rasa tak suka dia membuak-buak sebab member satu group dengan dia tak habis-habis berbual pasal kerja.

Aku suapkan makanan ke dalam mulut aku. Dari ekor mataku, ada  seseorang yang melimpasi meja kami membuatkan aku menoleh mahu melihat siapa gerangan itu.

Aku lihat ianya kelibat seorang lelaki mengambil tempat duduk berhadapan dengan meja kami. Aku hampir tersedak apabila gerangan itu adalah Steve dan Matt.

Fuck. They following me?!

"Kau okey kah?" Tegur Nova yang berada disebelahku yang perasan dengan tingkah laku aku yang pelik itu.

"I'm..okay. Just fine."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top