CHP 5
CLEO
Kedua-dua belah tangan aku dilepaskan daripada terus digari. Steve yang datang membuka gari aku itu mengarahkan aku untuk mandi. Semuanya dia sudah sediakan. Tuala dan semua pakaian aku.
Steve tidak banyak cakap dengan aku seperti pada mula-mula kami jumpa dahulu. Dia banyak mendiamkan diri. Aku pun malas nak bercakap dengan dia selepas apa yang dia dah buat pada aku.
Selesai membersihkan diri, aku keluar daripada bilik mandi dengan hanya berkemban. Aku melangkah mendekati katil yang terdapat beg kertas itu. Aku menyelongkar isi di dalamnya. Ianya ada seluar jeans ketat, blouse berwarna biru gelap bersama pakaian dalamku.
Aku rasa pipiku membahang akibat malu. Aku tertanya-tanya juga, macam mana dia tahu saiz pakaian dalam aku? Terutamanya saiz bra aku.
Aku gelengkan kepala aku laju cuba untuk menenangkan diri sendiri. Nafas aku hembus perlahan. Aku ambil seluar dalam itu dan aku sarungkan pada tubuh badanku. Ketika aku menyarungkannya, ada seseorang yang menahan aku daripada menyarungkannya. Aku toleh kebelakang, ianya Luke yang berdiri di belakang aku.
Dia menolak badan aku jatuh menghempap katil. Aku memusingkan badan aku dan aku lihat Luke naik merangkak mendekati aku.
Tuala yang hampir terlucut daripada badanku itu aku pegangnya erat.
"Apa yang kau nak sebenarnya daripada aku?!"
Luke menolak aku dan menahan kedua belah tangan aku. Dia mencengkam pergelangan tanganku dan ditekannya pada tilam. Luke tersenyum lebar melihatkan aku mulai takut padanya.
"I want you, my darling. Why you didn't trust me. I'm Luke, your boyfriend." Katanya padaku.
Dia mencium dahiku lalu turun pada hidungku. Aku menolehkan kepalaku ke kanan supaya dia tidak mencium wajahku lagi. Luke berkerut melihatkan aku melawannya.
"What you want me to do if I trust you?"
"Be mine."
Tuala yang aku pakai disingkapkan ke atas menampakkan badanku yang tanpa seurat benang itu. Tangannya naik menyentuh dadaku. Aku rasa malu yang amat dan maruah aku tercalar begitu sahaja oleh lelaki yang aku tidak kenali itu.
Dia menekan celah kangkangku dengan hujung lututnya membuatkan perasaan aneh timbul dalam diriku. Nafasku turun naik. Dia mencium bibirku rakus dengan penuh nafsu. Lidahnya cuba untuk dimasukkan ke dalam mulutku.
Aku cuba untuk melawan supaya aku tidak kalah pada nafsu. Dia melepaskan ciuman pada bibirku.
"Let me go, you motherfucker."
Dia tidak endahkan aku dengan menyembamkan wajahnya pada leher aku. Tiba-tiba, telefonnya, berdering dan ianya membuatkan lelaki itu berhenti daripada meneruskan tindakkannya. Dia angkat daripada terus menghempap aku. Sempat dia berkata padaku..
"Faster. I wait for you in the car." Pesannya padaku sebelum dia berlalu pergi meninggalkan aku di dalam bilik.
Aku bergegas membetulkan semula tualaku yang tersingkap tadi. Muka aku terasa panas akibat terlampau malu. Aku rasa macam nak bunuh diri je sekarang ni.
Pakaian cepat-cepat aku sarungkan pada tubuh badanku. Aku takut nanti Luke kembali semula ke dalam bilik. Selesai menyarungkannya baju pada badanku dan rambut juga sudah aku kemaskan.
Aku keluar daripada bilik. Aku perasan yang rumah ini merupakan rumah bertingkat. Aku menuju ke arah tangga dan turun secara perlahan-lahan. Aku lihat ke arah sofa yang ada di ruang tamu itu diduduki oleh seorang lelaki.
Aku menuruni anak tangga sambil mataku merenung ke arah lelaki yang duduk di ruang tamu itu. Tanpa aku sedari, dia menoleh kebelakang dan pandangan aku dan dia bertentang.
Ianya Matt, mamat yang membuatkan aku pengsan semalam. Matt angkat daripada duduknya dan berjalan mendekati aku.
"Cepat, Luke tunggu kau tu." Katanya padaku.
Aku tidak mengendahkannya dan berlari ke arah pintu utama. Aku buka dan Luke berdiri di depan aku. Lelaki itu merenung tajam pada wajahku.
"You're so excited." Katanya padaku.
"Kau janji nak lepaskan aku. Jadi, tunaikannya."
Luke peluk pinggang aku dan dia bawa aku keluar daripada rumah menuju ke arah kereta miliknya. Aku masuk apabila dia membantu aku bukakan pintu kereta bersebelahan dengan tempat duduk pemandu. Luke juga turut masuk ke dalam kereta dan duduk di tempat duduk pemandu.
Enjin kereta dia hidupkan. Tanpa, melengahkan masa, dia terus pandu kereta miliknya itu keluar daripada kawasan perumahan.
Aku masih tidak faham dengan tindakan lelaki itu. Dia menculik aku hanya untuk sehari dan dia melepaskan aku begitu sahaja.
"Luke." Panggilku padanya.
"Yes, darling." Jawabnya dengan suara menggoda. Namun, matanya tetap fokus pada pemanduannya.
Aku dapat lihat tatu yang terukir pada lengannya itu. Jelas ianya adalah tarikh yang amat penting dalam hidup aku pada suatu masa dahulu.
"Why are you doing this to me and what do you want from me?"
"Simple, I want you and I miss you."
"How do you know me? Were never met before."
"I know you because you're my girlfriend. Stop asking me like you never trust me anymore." Nadanya kedengaran sedikit tinggi.
Aku diam tidak menyoalnya lagi. Aku tak tahu kenapa mamat ni mengaku dia adalah Luke. Sedangkan muka dia dan Luke amat berbeza.
Tidak lama kemudian, kami sampai di depan bangunan apartment aku. Luke menyerahkan telefon aku yang dia simpan selama aku kena culik. Aku lihat ianya sudah kehabisan bateri sebab aku tak boleh hidupkannya. Aku cepat-cepat membuka tali pinggang keledar.
"Remember, don't you ever tell anyone about this especially your bestfriend, Nova. If you do...."
Luke menolak aku ke pintu kereta. Bibirnya didekatkan pada bibirku. Dapat aku rasakan nafas hangatnya menerpa wajahku.
"You will regret it." Bisiknya pada aku.
Dia menjauhkan semula jaraknya daripada aku. Aku bergegas keluar meninggalkan kereta Luke. Aku berjalan pantas masuk ke dalam apartment. Aku gunakan tangga walaupun aku tahu ianya amat memenatkan untuk ke tingkat 5.
Otakku masih berlegar-legar dengan semua apa yang terjadi pada diriku hari ini dan semalam. Aku tak faham dengan mamat tu. Semudah itu dia lepaskan aku.
Kenapa dia perlu buat semua ni semata-mata nak culik aku untuk sehari dan lepas tu membiarkan aku pergi begitu sahaja. Aku takut juga kalau aku tak beritahu benda ni kepada sesiapa aku tetap akan dijejaki. Orang gila seperti Luke tu mana boleh dipercayai langsung.
Tapi, aku terfikir pula akan keselamatan Nova jika aku mendedahkan perkara sebenar yang berlaku pada aku.
Sesampainya di tingkat 5 aku terus melangkah ke arah bilikku. Aku lihat ada seorang gadis dengan bagasinya bersama-sama berdiri di depan bilikku.
"Yeyyyy!" Nova berlari ke arahku lalu dipeluk olehnya erat.
Aku membalas pelukkannya.
"Sampai pun kau. Kau pergi mana hah? Dah lupa kah aku nak datang hari ni?" Katanya sedikit merajuk padaku.
Kalau aku dedahkan situasi sebenar apa yang berlaku pada aku, pasti dia akan risau. Aku hanya tersengih rasa bersalah.
"Kita masuk lah dulu."
Pintu bilik aku buka dan aku pelawa Nova masuk. Gadis itu meletakkan bagasinya di ruang tamu.
"Kita borak-borak dekat dapur lah. Sambil makan-makan." Kataku pada Nova.
"Okey, tapi aku nak minum je. Perut aku penuh lagi lepas makan dalam kapal terbang tadi."
Aku anggukkan sahaja permintaan kawan baikku itu. Aku bancuhkan dua cawan coklat panas untuk aku dan dia.
"Kau dah lama sampai kah?" Tanyaku padanya memecahkan kesunyian antara kami berdua.
"Tak ada lah lama sangat. Dalam 15 minit juga aku tunggu kau datang."
"Ohhh, kau datang seorang eh?"
"Tak lah. Aku datang dengan kawan satu group dengan aku. Cuma, diorang duduk satu rumah sekali lah. Aku je yang nak duduk asing."
Aku letakkan dua cawan coklat panas itu di atas meja dan satunya aku serahkan kepadanya. Dia menerima huluran aku.
"Lama kah kau duduk sini."
"Emmm, tak lama sangat. Dia bagi tinggal 3 hari je. Lepastu, balik semula ke Berlin."
Aku angguk sekali lagi. Nova menghirup sedikit coklat panas yang aku buatkan untuknya.
"Sedapnya. Aku rindu coklat panas yang kau buat untuk aku. Sentiasa the best!" Katanya gembira pada aku sambil menunjukkan 'thumbs up' ke arah aku.
Aku hanya senyum ke arahnya. Aku tak tahu lah nak gembira ataupun sedih mengenangkan nasib aku ni. Walaupun aku cuba untuk melupakannya, tetap juga aku terkenangkan pasal Luke.
"Oh ya, kau pergi mana semalam hah? Sampaikan aku call dan mesej pun kau tak jawab."
Patutkah aku jujur? Kalau aku jujur, nanti Nova pula yang susah. Tapi, lagi susah diri aku kalau tiada sesiapa yang tahu mengenai apa yang berlaku terhadapku.
Aku takut nanti Luke datang balik buat kacau dengan aku.
"Aku..."
Nova menanti sambungan ayatku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top