CHP 36

MATT

"Sekarang ni, kita kena jauhkan mereka berdua daripada kita semua."

Steve, Shawn dan Flynn memandang pelik ke arah aku. Tiba-tiba, sahaja kan aku suruh mereka bangun pukul 4 pagi lepastu cakap macam ni. Memanglah mereka pelik pandang aku.

"Asal pula? Kita yang ajak mereka tinggal sini. Takkan kita nak halau mereka balik semula." Shawn bersuara di sisi Flynn.

"Huhh, maaf kalau aku tak beritahu pasal benda ni. Tapi, Luke tak nak mereka berdua tinggal ataupun kita semua dekati mereka berdua lagi."

"Yeahh, we know that. But, why?" Tanya Steve padaku.

"Ada seorang mamat gila ni ugut Luke untuk jauhi Cleo. Kalau Luke tak dapat jauhi Cleo, dia akan cederakan salah seorang daripada orang yang Cleo sayang. Sampai sekarang Luke tak tahu siapa mamat tu. Kitorang pun masih dalam proses mencari dia."

"Jadi, kenapa selama ni kau tak beritahu kitorang?"

Shawn buat muka tidak puas hati. Flynn pula berkerut memandang wajah aku menunjukkan dia tidak menyukai dengan apa yang aku rahsiakan daripada mereka. Steve pula sudah mengurut dahinya kebingungan.

"Aku simpan semua ni sebab Luke tak nak aku beritahu pada orang lain. Kau faham-faham lah Luke tu jenis yang tak suka orang tahu pasal masalah dia."

"Hmmm, now? What are we gonna do?" Tanya Steve padaku.

Aku pun tak pasti nak buat macam mana sekarang ni. Gila kah kalau nak halau mereka tanpa sebab.

"Apa kata kita pergi jauh-jauh daripada sini dan tinggalkan mereka dekat sini aje. Kan senang. Habis cerita."

PAPP

Shawn menampar belakang kepala Flynn yang memberi cadangan mengarut itu.

"Cadangan kau langsung tak membantu tahu tak. Kita yang jemput mereka tinggal sini, kita pula yang nak tinggalkan mereka berdua. It's rude dude." Marah Shawn pada adiknya itu.

Flynn mencebik dimarahi oleh abangnya yang seorang itu.

"Betul kata Shawn itu. Kalau kita tinggalkan mereka disini, risiko mereka dalam bahaya lebih tinggi. Kita tak tahu apa tindakan seterusnya daripada mamat gila yang ugut Luke itu." Kata Steve pada kami semua.

"Aku rasa, dalam situasi ni. Kita tak payahlah nak berahsia lagi pasal benda ni dekat mereka berdua." Sampuk Shawn di sisi Flynn.

"Beritahu pasal apa?"

Suara seseorang menyampuk dari belakang membuatkan kami tersentak. Pandangan kami berempat beralih memandang wajah gadis berambut hitam itu.

"Kau...tak tidur lagi kah?" Tanya Flynn pada gadis tersebut.

"Mmm, aku terjaga daripada tidur. Lepastu, aku tak boleh tidur sebab dengar suara korang dari luar. Jadi, aku keluarlah nak tahu apa yang korang buat."

"Kau dengar semuanya?"

"Actually, yes. Aku dengar semuanya. Aku tahu korang rahsiakan semua benda ni sebab tak nak buatkan Cleo risau."

This is why i love her. She's really understand people. How can i left such a kind person just like that?

"Ehemm.." Steve berdehem ke arah aku apabila dia perasan yang aku sedang berangan.

"Berangan. Pantang nampak Nova kau eh." Usik Shawn padaku.

Aku hadiahkan satu jelingan ke arahnya. Aku perasan yang Nova kelihatan malu apabila diusik sebegitu.

She's really cute. Okey, aku berkhayal lagi.

"Tak apa, petang nanti kitorang akan balik. Aku faham korang tak sampai hati nak buat semua ni. Tak payahlah nak berahsia bagai. "

▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲

Kereta aku parkirkan di depan sebuah kafe membawa dua orang gadis itu untuk makan tengahari sementara masih ada 2 jam setengah lagi untuk bersama mereka. Kami mengambil meja kosong yang terdapat 6 tempat duduk kosong yang cukup-cukup untuk kami berenam.

"Weii, kau belanja?" Flynn menjongketkan keningnya ke arah aku bersama senyuman yang menjengkelkan.

Aku buat muka menyampah.

"Hmm, aku belanja. Order je apa yang kau nak."

"Eh, kau belanja budak tak guna ni je kah? Kitorang...?" Sampuk Steve tidak puas hati.

"Sama lah. Aku belanja."

"Termasuk si buah hati kau?" Usik Shawn pada aku.

Nova buat muka tidak selesa diusik sebegitu. Gadis itu tunduk memandang buku menu apabila dia perasan yang aku memandang ke arahnya.

Huhh, I can't live without her.

"Semua lah. Aku belanja korang semua. Dah, habis cerita. Order je apa yang korang semua nak." Kataku dalam nada yang geram.

"Hehehhee, good good." Kata Steve gembira sambil menunjukkan thumbs up ke arah aku.

Mereka semua kelihatan gembira memandangkan mood aku yang tiba-tiba sahaja murah hati pada hari ini. Mereka semua membuat pesanan kepada pelayan mengikut citarasa masing-masing. Aku gembira melihatkan mereka gembira. Kecuali, Cleo. Aku perasan dia kelihatan...susah hati.

Aku lihat Nova dan Cleo yang bercakap antara satu sama lain. Tetapi, aku tak boleh dengar apa yang mereka cakapkan sebab mereka berdua bercakap dalam nada yang kecil. Sesekali Cleo akan pandang ke arah aku.

"Kau ada apa-apa yang nak tanya dekat aku kah?" Tanyaku pada Cleo yang sejak tadi asyik pandang muka aku.

Nova pula langsung tak nak pandang aku. Erghh, mahal betul pandangan Nova. Susah aku nak dapat perhatian dia kadang-kadang.

"Ha'ah, memang aku ada benda nak tanya kau."

"Haa, apa dia?"

"Kau tahu semuanya pasal Luke kan? Jadi, dekat mana dia sekarang?"

Kalau boleh, memang aku nak beritahu. Tapi, Luke memang halang aku untuk tidak mendedahkan keberadaan dia di New Amsterdam.

"Yang itu aku tak boleh beritahu kau. Cukuplah kau tahu pasal kenapa dia larikan diri daripada kau."

Cleo buat muka sedih apabila aku tidak mahu menjawab soalannya. Dia siap jeling aku lagi.

"Tengok kau tu. Macam tu lah mamat yang kau suka. Sombong. Lepastu, banyak berahsia pula." Marah Cleo padaku tetapi dia ajukan pada Nova.

Nova mencubit lengan Cleo tidak puas hati dimarahi oleh gadis itu. Cleo buat mimik muka ke arah Nova.

"Suka hati kau je marah buah hati aku." Sampuk aku pada mereka berdua yang asyik bergaduh itu.

Nova menongkat dagu memandang ke arah tempat lain supaya dia tidak bertembung dengan pandangan aku. Cleo pula buat muka tidak puas hati.

"Euw, kalau nak geli-geli pun tak payahlah depan kitorang yang single ni." Sampuk Shawn yang duduk bersebelahan dengan Cleo.

Aku hanya tersengih menahan tawa. Flynn pula buat muka menyampah bersama Steve membuat mimik muka loya.

"Diam lah, single." Sindir aku pada mereka bertiga.

"What the hell?!" Sumpah mereka bertiga ke arah aku.

Selama ini, aku diam sahaja tidak melayan perangai mereka yang kebudak-budakan itu. Selepas kemunculan semula, Nova membuatkan aku rasa terlampau bahagia dan mampu mengukirkan senyum.

Aku berubah menjadi seorang yang dingin pun, sebab aku tak boleh rasa gembira selepas berpisah dengan Nova. Bila difikirkan balik, ianya menyakitkan. Aku tak boleh bayang kalau selepas ini dia perlu pulang semula ke London. Aku harapkan satu sahaja daripada dia, dia terima aku semula.

"Kalau macam tu, aku nak tahu kenapa Luke boleh jadi macam tu." Tanya Cleo tidak berputus asa mahu tahu mengenai bekas kekasihnya itu.

"Macam tu...macam mana yang kau maksudkan?"

"Alah, yang dia macam...gila tu. Senang ceritalah, aku nak tahu pasal latar belakang Luke. Siapa keluarga dia? Macam mana dia boleh jadi macam tu? Kenapa dia ada di rumah anak yatim? Haaa, semuanya. Kalau kau tak nak dedahkan dekat aku di mana Luke berada." Desak Cleo padaku.

"Okey, sebenarnya Luke ni asalnya daripada keluarga yang kaya-raya."

Cleo terkejut mendengarkan permulaannya. Termasuk, Steve, Nova, Shawn dan Flynn turut terkejut. Ya lah, aku seorang aje yang kenal siapa dan bagaimana Luke yang sebenarnya. Belum lagi aku dedahkan semuanya pasal Luke. Entah-entah, patah rahang mereka nanti.

"Mak Luke dia cuma suri rumah. Tapi, yang buatkan mereka hidup mewah adalah ayah dia. Ayah Luke dia ada pulau tersendiri yang dia bangunkan untuk buat resort. Pulau itu memang cantik dan mewah."

Mereka semua menumpukan sepenuh perhatian dengan penceritaan aku. Aku sambung semula apa yang tergendala setelah pelayan beredar menghantar minuman ke meja kami.

"Luke merupakan anak sulung. Sebenarnya, dia ada 2 orang adik iaitu kembar perempuan. Tapi, dia tak berapa nak suka dengan adik kembar dia. Disebabkan mak ayah dia selalu bandingkan kepandaian dia dengan adik kembar dia. Dia selalu kena desak mak ayah dia supaya kerap belajar. Sampaikan satu tahap tu, sehari dia belajar sampai 18 jam tanpa henti. Kalau budak normal macam kita pun, belajar mana ada lebih daripada 10 jam."

Riak wajah mereka memaparkan reaksi kasihan mengenangkan kisah silam Luke.

"Sampaikan satu tahap tu, akibat terlampau didesak untuk belajar tanpa henti, Luke mula berubah. Perangai dia di sekolah orang perasan dia kuat naik angin dan langsung tak pandai bersabar. Diganggu sikit dia terus mengamuk. Sampaikan dia kena pulau dekat sekolah dan dia asyik kena marah oleh mak ayah dia bila mereka tahu Luke buat perangai di sekolah. Sampai satu tahap keluarga dia sendiri pun pulaukan dia. Kasihan kan?  Dekat sekolah kena pulau, dekat rumah pun dipulau keluarga sendiri."

Sekali lagi percakapan aku dipotong apabila pelayan datang menghantar makanan yang kami pesan. Namun, ia langsung tidak boleh halang aku untuk beritahu kebenaran tentang Luke.

"Di rumah, kita sebagai budak normal, makan dengan keluarga. Tapi, Luke tak. Selepas dia kena pulau keluarga sendiri, makan minum dia pun disekat. Dia terpaksa curi-curi makan dekat dapur. Sebab dia cuma dapat makan dan keluar bilik bila waktu tengah malam aje. Pagi sampai malam, dia berkurung dalam bilik. Sepanjang dia berkurung itu lah, dia mula bercakap seorang diri. Macam orang gila. Dia pun tak belajar lagi dah masa tu lepas mak ayah dia pulaukan dia. Jadi, disebabkan mak ayah dia tak mampu untuk jaga dia yang dah berubah macam orang gila, mak ayah dia hantar dan tinggalkan dia dekat rumah anak yatim. Masa dia umur 12 tahun aku mula kenal dia." Aku berhenti sekejap untuk basahkan tekak aku dengan air.

Penat kuga bercerita ni sebenarnya. Haih,  tak apalah. Demi membantu si bekas kekasih Luke yang seorang ni.

"Mak ayah dia ada pesan pada penjaga rumah anak yatim, yang Luke ni ada masalah gangguan mental. Sejak datipada situlah, dia asyik berjumpa dengan doktor peribadi dia. Kalau tak silap aku, hampir 14 tahun doktor peribadi dia cuba untuk ubah dia macam orang normal. Baru beberapa tahun lepas dia mula menunjukkan perubahan. Jadi, sekarang ni Luke ada perubahan sedikit. Tapi, tak sepenuhnya. Dia cuma ada perubahan dari segi tidak bercakap dengan kawan imaginasi dia itu je. Tapi, kalau dari segi kesabaran memang masih perlu bimbingan. Sebab, doktor tak boleh lepaskan dia kalau dia masih panas baran. Sebab, daripada situlah dia boleh timbul sifat gila dia semula."

Aku pandang wajah Cleo sebentar sebelum aku mengukirkan senyuman sinis.

"Kalau kau nak tahu Cleo, sepanjang 5 tahun kau tinggalkan dia, dia hampir-hampir gila tau. Tapi, bila dia jumpa kau semula, dia mula berubah sedikit demi sedikit."

"Ha'ah, betul tu. Kau perasan tak masa mula-mula kau kena culik dulu. Kau kena ikat atas katil itu, kau buat Luke naik angin dia boleh blah macam tu je. Sebab, dia cuba sedaya upaya untuk tak cederakan kau dan tak nak tunjuk yang dia masih belum berubah depan mata kau." Sampuk Steve pada penceritaan aku.

Cleo hanya mampu senyap dan mengukir senyum kelat mendengar satu per satu kebenaran yang dia selama ini ingin tahu.

"Tapi, Luke ni degil dia tahap nak mampus. Dia pergi berlakon macam orang normal depan doktor peribadi dia yang rawat dia lebih daripada 10 tahun, supaya doktor sahkan dia memang betul-betul dah berubah. Jadi, sekarang ni dia cuba untuk bimbing diri sendiri untuk berubah tanpa bantuan orang lain. Bila kau ada di depan mata dia, kau lah salah satu pembakar semangat dia untuk berubah." Sambung aku lagi.

"That's why, you're important to Luke. He needs you like you need him now." Sampuk Steve sekali lagi.

"Kau ni kan. Tak habis-habis nak menyampuk." Marah aku pada Steve.

"Eh,  baru dua kali aku menyampuk. Tu pun nak marah kah?"

"Masalahnya..."

"Ahh, sudahlah. Tak payah bercerita atau menyampuk lagi dah. Penat aku dengar cerita tu." Kata Flynn sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Shawn menampar belakang kepala adiknya yang seorang itu dan tidak puas dengan itu, Steve juga turut melemparkan rasa tidak puas hati dengan menyiku tulang rusuk Flynn. Bermulalah pergaduhan tak matang antara mereka bertiga.

Aku malas nak menyampuk. Lebih baik aku makan sambil menatap wajah Nova untuk kali terakhir.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top