CHP 35
CLEO
Selepas membeli McDonald sebagai makan malam, Shawn dan Flynn meminta Steve untuk singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli beberapa botol wine. Aku dan Steve hanya duduk di dalam kereta sementara menunggu dua beradik itu membeli apa yang mereka inginkan.
Aku membaca semua mesej yang Nova hantar pada aku. Dari segi gadis itu menaip semua mesej yang dihantar olehnya, kelihatan Nova seperti merana ditinggalkan oleh aku seorang diri di rumah itu bersama Matt. Tambahan pula, dia siap voice lagi. Aku tak tahu pun yang Matt ada di rumah ketika ini. Kalau aku tahu Matt ada di rumah, memang aku tak sampai hati lah nak tinggalkan dia seorang diri.
Bila difikirkan balik, nampak kelakar pula melihatkan Nova yang sengsara di rumah bersama Matt. Aku hanya mampu ukirkan senyuman sahaja menahan rasa lucu di dalam hati.
Aku pandang ke arah jam yang sudah masuk pukul 7 malam itu. Setengah jam sudah aku tinggalkan Nova. Ditambah lagi menunggu kepulangan Shawn dan Flynn memakan masa yang agak lama juga. Haihh...
"Hey, Cleo. Can i ask you some question?" Tegur Steve yang sejak tadi senyap di tempat duduk pemandu.
Aku simpan semula telefon ke dalam beg tangan aku semula.
"Yeah, what question?"
"Boleh aku tahu kenapa kau beria sangat nak cari Luke semula? Bukankah sebelum ni kau beria sangat nak larikan diri daripada dia."
Keluhan aku lepaskan. Mendengarkan ayat terakhir Steve, buatkan aku sentap sikit. Sikit je lah.
"Entahlah. Banyak yang aku tak tahu pasal kisah hidup dia. Sebab itu lah aku tercari-cari dia."
"Ohhh..." Steve hanya menggangguk faham.
"Kau tahu apa-apa pasal dia?" Kali ini, aku pula yang menanyakan soalan padanya.
"Tahu. Aku tahu semuanya pasal adik-beradik angkat aku..."
Mata aku sudah bersinar-sinar mendengarkan kata-kata Steve. Inilah peluang aku nak tahu pasal Luke.
"Cuma... Kalau pasal Luke. Aku tak tahu sangat pasal dia." Sambung Steve lagi.
Ishh, dia ni. Fakehope tahu tak. Aku rasa nak tampar pula kepala dia ni. Kalau boleh aku nak langgar pakai kereta ni pula lepas tampar dia.
"Sebab, dari kecil lagi aku tinggal dengan dia di rumah anak yatim, aku tak pernah tahu pasal dia. Dia sendiri pun tak nak beritahu apa-apa pasal diri dia. Boleh dikatakan, Luke tak suka orang tahu pasal dia. Tak ada sesiapa pun yang tahu pasal dia."
Aku rasa hampa dengan apa yang dikatakan oleh Steve padaku. Kenapa lelaki bernama Luke ini terlampau banyak rahsia? Aku tak sukalah orang simpan rahsia daripada aku. Ishhh... Geramnya hati aku...
"Ishh, tak payahlah. Kau ni fakehope je lebih." Rajuk aku pada Steve.
"Alah, janganlah merajuk. Maaflah, aku memang tak tahu apa-apa pasal Luke." Pujuk Steve pada aku.
Apa lah gunanya aku ke sini kalau seorang pun daripada mereka tak tahu apa-apa pasal Luke. Menyusahkan betul lah. Kalau macam ni, baik aku pulang semula ke Chicago je.
"Kau memang betul-betul nak tahu pasal Luke kah?"
Aku pandang dia dengan pandangan yang tidak puas hati. Dia ni langsung tak memahami situasi yang aku sedang alami kah? Kalau aku sanggup ke sini, mestilah aku memang serius nak tahu pasal Luke.
"Okey, aku anggap pandangan kau tu as a 'yes'. Jadi, aku akan cuba untuk cakap dengan Matt pasal Luke. Okey?"
Aku ukirkan senyuman manis ke arahnya. Tangan aku mendarat pada bahunya dan menepuknya perlahan bersama senyuman yang tidak lekang daripada bibirku.
"Thanks, kau sangat-sangat membantu."
"Hmm.., kalau tak disebabkan kau kawan baik aku, tak adanya aku sanggup sampai macam ni sekali tau."
Dua orang beradik itu masuk ke dalam kereta bersama 5 botol wine di tangan mereka berdua.
"Okey, dah. Jom balik." Kata Shawn pada kami berdua.
"Apa yang korang berdua buat lama sangat dalam kedai tadi?" Tanya Steve pada mereka berdua.
Shawn memandang wajah Flynn yang hanya tersengih sahaja di sebelahnya itu.
"Budak ni ha. Bergaduh dengan lelaki gelandangan berebutkan wine ni. Sedangkan boleh je minta dekat pekerja kedai untuk ambil stok baharu." Terang Shawn mengenai kelambatan yang mereka lalui tadi.
"Hmmm, macam-macam lah perangai kau ni Flynn. " Keluh Steve di tempat duduk memandu.
Kereta dipandu berlalu pergi daripada situ. Steve memandu kereta pulang ke rumah yang pastinya mengambil masa 20 minit untuk sampai.
Aku lemparkan pandangan aku ke luar tingkap. Aku lihat ke arah cermin sisi kereta yang berada di diluar memantulkan imej kenderaan yang berada si belakang kereta. Keadaan di dalam kereta ditemani dengan lagu yang disiarkan di radio. Sedikit sebanyak mengurangkan kesunyian di dalam kereta sebab mereka bertiga semuanya senyap.
Hmmm, berjaya kah aku dapat mencari Luke? Bila difikirkan balik, macam senang ada juga. Tapi, macam susah pun ada juga.
Huhhh...
Kereta dipandu membelok ke kanan di mana ia memasuki kawasan perumahan mereka 6 beradik. Di setiap, kiri dan kanan jalan terdapat banyak rumah yang pelbagai rupa dan bentuk. Yang pastinya, semua rumah orang yang kaya-raya.
Tiba-tiba, mataku terpandang ke arah sebuah kereta yang sejak tadi asyik berada di belakang kereta yang dipandu oleh Steve. Daripada kedia runcit, sampai ke kawasan perumahan ini kereta itu asyik berada di belakang. Nampak mencurigakan pun ada. Tetapi, apabila sesampai di dua persimpangan, kereta itu mengambil laluan sebelah kanan manakala kami pula memasuki laluan kiri.
Hmm, mungkin aku je yang terlebih overthinking.
▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲
LUKE
Langkah kaki dibuka memasuki rumah. Pintu aku tutup dan kunci. Aku melangkah menuju ke arah ruang tamu dan menyandarkan badanku yang kepenatan itu di atas sofa. Bekerja seharian di Goodness Cafe membuatkan aku penat. Ianya lebih penat bekerja di kafe berbanding di bar. Kalau di bar, aku hanya duduk dalam pejabat sahaja.
Sudah agak lama juga aku tak bekerja sepenat ini. Aku meneguk air tin Coca Cola yang yang aku beli itu sehingga tinggal separuh.
"Huhhh..." Keluhan berat aku lepaskan.
Haih, sampai bila aku nak menyembunyikan diri di New Amsterdam? Aku penat menanam rasa rindu setiap hari terhadap buah hatiku, Cleo. Sudah hampir 3 hari sudah aku menjauhkan diri daripada gadis itu. Aku menjauhkan diri daripadanya, bukannya sekadar suka-suka nak berjauhan. Tetapi, atas sebab yang tertentu.
Telefon aku berdering menandakan ada seseorang yang membuat panggilan. Aku lihat nombor yang terpapar pada skrin telefon milikku itu bukan daripada nombor yang aku simpan di dalam contact list. Namun, sudah banyak kali nombor asing itu menelefon aku.
Aku menjawab panggilan daripada nombor asing itu sebab aku memang tahu siapa yang menelefon.
"Apa yang kau nak hah?! Tak cukup lagi kah pengorbanan aku?" Aku bersuara terlebih dahulu padanya dengan nada yang marah.
Namun, lelaki itu hanya mampu bergelak ketawa melihatkan kemarahan aku secara tiba-tiba ke arahnya. Dia ingat ni kelakar kah? Apa punya psycho lah mamat ni! Aku pun tak segila dia lah.
"Janganlah naik angin. Aku suka melihat pengorbanan kau. Cuma, setakat ini ia belum cukup lagi."
Aku tahankan sahaja rasa marah yang semakin membuak-buak di dalam diriku. Ketika ini, aku hanya mampu panas di dalam hati sahaja. Kalau suatu hari nanti, aku jumpa mamat ni. Memang aku bunuh dia biar masuk neraka terus!
Such a fucking hell guy!
"Aku ada permintaan terakhir yang kau wajib tunaikan untuk aku."
"What do you want?! Kau kata hari itu, itu lah permintaan terakhir kau! Tak cukup lagi kah?!" tengking aku padanya.
Fuck betul lah mamat tu! He makes me feels sooo, fucking piss off.
"Mestilah tak cukup lagi sebab ianya tak memuaskan hati aku. Kau ingat terakhir yang aku maksudkan, memang yang terakhir kah?" Untuk entah kali keberapa aku dimanipulasi oleh mamat gila ini.
"Just say to me, what...do you...want?"
"Aku nak kau jauhkan diri daripada dia..."
"I'm already did!"
"No.. No.. No. Aku nak kau jauhkan diri dia daripada kau dan yang seangkatan dengan kau."
Dahiku berkerut mendengarkan permintaan gila daripada mamat tak guna itu. Apa lagi yang dia nak ni?
"Boleh tak kau cakap straight to the point je?! Tak payah nak berbasa-basi dengan aku lah. Bodoh! "
"Kau fikir lah sendiri. Tak susah pun yang aku minta. Dann...aku bagi kau masa sampai esok untuk tunaikan permintaan ni...kalau kau nak keluarga dia selamat."
Panggilan terus diputuskan. Aku lempar telefon tersebut pada dinding sehingga berkecai. Sudah banyak kali aku tukar telefon dan nombor mamat tak guna lagi tak waras itu tetap juga dapat tahu nombor yang aku gunakan. Erghh! Stress, bodoh!
Kata-katanya masih terngiang-ngiang dalam fikirkan aku. Apa lagi yang dia nak sebenarnya?
'Aku nak kau jauhkan diri dia daripada kau dan yang seangkatan dengan kau.'
Apa yang dia maksudkan dengan yang seangkatan dengan aku?
Seangkatan...
Dengan aku...
Yang...seangkatan dengan aku.
Did he mean...?
Aku bergegas menuju ke arah telefon milikku. Aku menepuk dahi apabila aku sudah sedar yang aku baru sahaja menghempasnya sehingga berkecai. Apa hal aku bodoh sangat?!
Fuck it!
Aku mengambil kunci motor dan aku menuju keluar daripada rumah dengan pantas. Motor besar milikku itu aku tunggang dan pandunya keluar daripada kawasan perumahan.
▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲
NOVA
Aku duduk di gazebo yang berada di halaman belakang. Ditemani Cleo berada di sisi aku. Selepas makan malam tadi, aku ajak Cleo temankan aku duduk di gazebo sebab aku tak nak lah duduk seorang diri. Nanti, apa je lah yang orang fikir bila tengok aku menyendiri.
"Kau okey tak ni? Hampir 10 minit aku duduk sini kau diammmm je." Tanya Cleo padaku.
"Hmmm, aku rasa menyesal lah. Uhuh... Huuuuuu..." Aku buat muka sedih sambil mata aku tidak lepas daripada merenung air terjun kecil yang mengalir ke kolam ikan.
"Menyesal sebab kau ikut aku ke sini?"
"Ehh, bukan macam tu. Aku...aku menyesal sebab bertembung dengan mamat tu."
Cleo mengheret tubuhnya mendekati aku lalu dia peluk bahu aku dari sisi.
"Haihh, apa yang korang buat masa aku tak ada petang tadi?"
"Tak ada buat apa-apa pun. Cuma, berbual sekejap je. Kebetulan juga aku masa tu baru bangun tidur. Jadi, bertembung dengan dia dekat dapur. Mulalah, perbualan antara kami berdua..."
"Apa yang korang bualkan?"
"Hmm, nothing much. Just, he want me back to him."
"Baguslah tu. Jadi, korang dah get back lah?"
"Nnnnnope. I said i don't know. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, aku... Arggh, senang cerita lah. Aku tak tahu samada aku suka dekat dia ataupun tidak. Masalahnya pula, 50% aku ada rasa suka pada dia. Tapi, 50 % lagi, aku tak suka dia. I don't know... What to do now."
Aku mengepakkan kedua-dua belah tangan aku kebelakang sambil kepala aku mendongak memandang langit malam.
"Nahh, you need to accept him, bestie. Kau dengan dia berpisah disebabkan kau pentingkan keselamatan aku. Bukannya atas kehendak kau ataupun atas kehendak dia, kan?"
"Yeah, i know that. But... Erghhh, i don't know."
"Hmmm, just accept him Nova. Kau patut
.."
Belum sempat Cleo menghabiskan ayatnya, satu deheman daripada seorang lelaki memotong percakapannya. Kami berdua menoleh memandang lelaki itu.
"Ehemmm..."
Cleo pandang muka aku dan aku pun pandang muka dia. Janganlah tinggalkan aku. Aku tahu kalau Matt muncul secara mengejut ni, pasti dia nak berseorangan dengan aku.
"Okey, aku masuk dulu lah. Aku tengok macam ada benda yang mamat ni nak bincangkan dengan kau. Bye!"
Cleo angkat lalu dia bergegas berlari masuk ke dalam rumah semula meninggalkan aku keseorangan di luar sini bersama lelaki itu. What the hell?! He ran faster than the flash, idiot.
Like... FIUSHHHH... Dia tinggalkan aku. Huarghhh, merana lah aku diselubungi rasa malang ini.
Matt datang mendekati aku lalu dia melabuhkan duduk di sebelah aku yang tadinya diduduki oleh Cleo. Aku rasa gementar bila mamat ni muncul depan mata aku. Aku rasakan seperti duduk bersebelahan dengan malaikat maut je.
"Can i talk to you?" Pinta Matt pada aku.
"Yyes." Jawab aku laju.
Sebenarnya, aku tak selesa berduaan dengan dia. Perasaan suka berduaan bersama Matt sudah lama terkubur sejak 5 tahun lepas. Sekarang ni, aku rasa...janggal. Awkward as hell!
"You always said to me before, that you gonna love me forever even though i'm not your first love. Did you feel the same now?"
Aku hanya mampu meremung kolam ikan yang berada 5 kaki daripada kami berdua itu dengan perasaan yang aku rasa aku tak tahu nak jawab apa.
"I...don't know."
"It's okay. Did you forget about me?" Tanya dia lagi padaku.
Patut kah aku jujur yang aku berjaya lupakan dia. Walaupun, ianya bakal menyakiti perasaan lelaki itu?
"Yes. I think i can forget about you."
Matt hanya ukir senyum nipis mendengarkan pengakuan daripada aku. Terasa ringan pula apabila setelah melepaskan beban yang berat.
"Looks like i meant nothing to you." Kata Matt membuat spekulasi sendiri.
"Noo... That's not what i mean. I'm just...huhh..."
Aku cuba mencari kekuatan dalam diri aku. Nova, kau kena kuat. Kau boleh hadapi semua ini.
"Aku cuma tak nak seksa perasaan aku untuk merindui seseorang yang aku sendiri sakiti. It's all my fault Matt."
Sejak tadi, aku tidak henti daripada menyalahkan diri sendiri. Memang salah aku pun. Aku yang terlampau takut untuk hadapi semua yang bakal menimpa dalam hubungan ini.
Aku berdiri daripada dudukku dan melangkah mendekati kolam ikan tersebut. Aku duduk dengan keadaan aku memasukkan kedua-dua belah kakiku ke dalam air kolam tersebut. Ianya sedikit menenangkan kekalutan yang melanda aku sekarang ni.
Matt juga turut berdiri apabila dia melihat aku menjauhkan diri daripada. Tanpa sebarang kata, dia terus bebaring dengan meletakkan kepalanya di atas peha aku sebagai alas kepalanya. Kini, pandangan aku bertembung dengan pandangan lelaki itu.
He lookss...handsome and kind. The cold hearted came when he doesn't with me. Well, it's still my fault. The reason why he act like that.
Tangannya meraih menyentuh pipi kanan aku lalu diusapnya lembut. Aku rasa berdebar dan bahang mulai menguasai diri aku. Walaupun, sekarang ni berada di luar rumah yang sepatutnya berasa sejuk, tapi aku rasa panas. Sebab apa? Sebab malu lah. Seluruh tubuh aku rasa panas ketika ini.
"You know what... My mom always asked me this kind of question when i'm still kid. She said 'My lovely Matt, what type of girls do you like the most?' And i answered it... 'I want her just like you mom. You're the kindness, the warm hearted, and you the one who knows me. I want she just like you.'"
Matt tenung wajah aku dengan penuh rasa kasih sayang. Pandangannya membawa seribu penuh makna membuatkan aku tak mampu untuk bersuara.
"And...mom, i already found my favorite girl. Her name is Nova Janyson. The one who is the most likely same as my mom. I don't care how much i'm getting hurt in this 5 years. But, i just want her and always be her. I don't want some one else replace her in my heart."
Kata-katanya benar-benar menusuk ke dalam jiwa. Membuatkan aku tak tahu nak balas apa pada ayatnya itu. Jadi, aku ambil keputusan untuk senyap ajelah dan hanya mampu mengukir senyum nipis. Sejauh ini dia cintakan aku lebih daripada orang lain.
Aku je bodoh sebab tak nampak semua tu.
Matt meraih kedua-dua belah tangan aku lalu digenggamnya erat. Rasa hangat daripada genggaman lelaki itu buatkan aku sedikit sebanyak rasa tenang dalam diriku. Matt kucup belakang telapak tangan aku dengan lembut bersama pandnagannya yang langsung tidak beralih daripada wajahku.
"I know there still a little tiny loves inside your heart Nova. I can feel it that you still loves me. Nova, be mine..."
Aku tak tahu nak cakap apa! Yang pastinya aku tak nak bersuara ketika ini. Ianya sangat-sangat kekok dan memalukan apabila aku perasaan ada beberapa kelibat penyibuk di ruangan dapur sedang mengintai kami berdua.
Erghhh, aku benci dengan si penyibuk macam mereka berempat tu. Ingat aku tak nampak kah?!
Tiba-tiba, Matt bangun daripada pembaringan lalu dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon miliknya. Matt pandang muka aku sekilas sebelum dia menjauhkan dirinya daripada aku untuk menjawab panggilan daripada seseorang.
Siapa yang call dia eh?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top