CHP 32

CLEO

Aku keringkan rambut aku menggunakan pengering rambut. Nova pula masih berada di dalam bilik mandi. Pagi itu, aku ada hasrat nak buat panggilan pada Paul. Tapi, mamat tu tak angkatlah pula. Kalau aku buat panggilan pada Steve pula, mamat tu memanglah angkat tapi, dia masih sibuk nak berbual dengan aku.

Sekarang ni, aku ada Steve sahaja yang boleh bantu aku untuk cari pasal Luke. Steve kan adik angkat dia. Mestilah dia tahu pasal abang angkatnya, Luke. Permulaan aku untuk mencari Luke kurang berjaya kalau tanpa sedikit maklumat daripada Steve. Nak harapkan ingatan aku, mestilah aku tak dapat apa-apa maklumat. Apatah lagi kalau aku minta Nova yang fikirkan, lagi lah minah tu tak tahu.

PLAKK

Pintu bilik mandi terbuka dan kelibat Nova yang masih berkemban itu melangkah keluar.

"Amacam? Kau dapat call tak?" Tanya Nova sebaik sahaja dia keluar daripada bilik mandi.

"Huhhhh, semua busy." Keluh aku yang berada di depan cermin sambil menyikat rambut aku itu.

Dari dulu lagi aku memang tertanya-tanya pasal kerja yang mereka sibukkan sangat tu. Setakat ini, pekerjaan Luke dan Paul sahaja yang aku tahu. Iaitu, pemilik bar di London. Aku pandang Nova melalui pantulan cermin yang sedang memilih bajunya di dalam bagasi itu.

Oh ya, kenapalah aku tak terfikir langsung untuk tanya Nova eh? Otak aku ni pun satu, dah macam otak berumur 50 tahun.

"Weii.." Panggilku pada kawan baikku itu.

"Yeahh?"

"Kau tahu apa-apa pasal mereka berenam, tak?"

Nova mengeluarkan seluar jeans paras lutut bersama t-shirt biru muda dan sehelai kemeja daripada bagasinya.

"Hah? Mereka? Mereka tu siapa? Tak kenal pun." Tanya Nova semula padaku sambil dia menyarungkan pakaiannya.

"Alahh, kau ni. Mereka lah, Luke and his step-brother." Kataku dengan lebih jelas lagi.

Dia ni perlu jelas sikit kalau bertanya. Tak boleh nak tersirat sangat.

"Ohhh, tahu sikit-sikit je lah. Kenapa? Kau nak tanya apa pasal diorang?"

"Kau tahu tak apa pekerjaan diorang? Aku selalu sangat tengok diorang sibuk sana-sini sampai nak travel bagai."

"Ohhhh, pasal kerja aku tak pasti juga. Sebab, yang aku tahu Si Zender beradik belum kerja masa tu. Yang dah mula kerja, Paul dan Luke. Sebab, Luke antara yang paling awal bekerja. Umur dia 18, dia dah mula kerja. Sebab, itulah masa kita satu sekolah dengan Matt dulu. Kau tak nampak pun Luke ada di sekolah sebab dia kerja. Matt kalau tak silap aku dia engineer dalam satu syarikat ni. Tak pastilah juga dia masih dalam syarikat yang sama atupun tidak. Steve...kalau tak silap aku, dia lebih kepada apa orang panggil tu...aaa supervisor dekat sebuah kilang senjata. Zender beradik aku tak pastilah diorang berdua tu dah kerja ataupun belum." Beritahu Nova panjang lebar.

Patutlah Steve sibuk memanjang. Lebih kepada, mereka semua sibuk sebenarnya.

"Oh yaa, pagi ni kita makan luar lah. Lagipun, mak ayah aku turun kerja awal hari ini. Tak sempat nak buat breakfast."

"Ohhh, okay. Jom!!! Aku dah lapar ni." Jerit Nova gembira.

▲▼▲▼▲▼▲▼▲

Setibanya di sebuah kafe, aku dan Nova mengambil tempat bersebelahan dengan tingkap kaca. Tidak lama kemudian, seorang pelayan perempuan tiba menganbil pesanan kami berdua.

"One chocolate milkshake and choco delite waffle." Beritahu Nova lebih awal daripada aku.

Aku pesan seperti biasa menu sarapan pagi aku iaitu sandwich telur, semangkuk ice cream dan air soda. Selesai membuat pesanan, pelayan berlalu pergi daripada meja kami berdua. Aku lihat Nova yang sedang bermain dengan telefonnya. Gadis itu kelihatan sedang membalas pesanan seseorang.

Ya tak ya lah... Asal aku tak hantar mesej sahaja pada Steve untuk call aku bila dia dah free nanti. Apa lah kau ni Cleo.

Telefon aku keluarkan daripada beg tangan dan terus menghantar pesanan pada nombor Steve. Dalam ramai-ramai Luke beradik. Steve seorang sahaja yang paling rapat dengan aku dan banyak bantu aku.

"Chat dengan siapa?" Sampuk Nova secara tiba-tiba melihatkan aku yang sedang bermain telefon itu.

"Ohhh, Steve."

Berkerut wajah Nova mendengarkan aku menyebut nama Steve di depannya.

"You mean.. Steve Rivenger?"

Kali ini, aku pula yang berkerut. Sebab aku tak pasti samada itu nama penuh Steve ataupun tidak.

"Entahlah...Steve adik angkat kepada Luke tu. Aku tak tahu full name dia jadi aku pelik lah juga kau sebut Steve Rivenger tu tadi."

"Ohhh, dia lah tu."

"Kalau kau nak tahu kan. Dia ni lah yang banyak tolong aku masa aku larikan diri daripada Luke dulu."

Nova kelihatan terkejut. Dia macam 'Are you seriously?!' Aaa Gituuu..

"Steve tolong kau? Memang dari dulu lagi eh muka dia memang muka pengkhianat." Tawa Nova kecil di penghujung ayatnya.

"Aku tak sangka lah juga dia sanggup tolong aku. Sedangkan dia jugalah yang bersubahat dengan Luke nak culik aku pada mulanya."

"Perftt, tak berubah langsung perangai dia tu. Sampai ke tua agaknya dia khianat adik-beradik sendiri."

Kami berdua hanya mampu ketawa kecil membawang tentang Steve. Bila berbual tentang Steve mesti dalam fikiran aku cuma muncul muka Luke je. Tak ada orang lain pun selain Luke.

Tidak lama kemudian, pelayan hantar makanan yang dipesan oleh kami berdua.

"Heyy, i know you. Cleo De Nile, right?" Kata pelayan yang menghantar makanan kami berdua itu.

Aku berkerut memandang wajah lelaki itu. Mataku terus tertumpu ke arah tag nama yang tergantung pada baju uniform kerjanya itu. Ia tertera nama Erick.

"Do i know you?" Tanya aku dengan wajah yang keliru.

"Hey, kau tak ingat aku kah? Erick
..Erick Brian.."

Aku pandang wajah Nova. Tetapi, Nova lebih memilih untuk makan berbanding sibuk dengan apa yang berlaku padaku dan lelaki bernama Erick itu. Hampeh, betul lah minah ni.

"Alah, aku mamat yang selamatkan kau tu. Masa kau kemalangan 5 tahun lepas."

Aku pandang wajahnya sekali lagi. Ianya kelihatan familiar di depan mataku.

Aku tak pernah tengok pun muka lelaki ini. Muka dia amat berbeza dengan muka Luke.

"Cleo! Cleo! Are you okay?"

"Let me help you."

"Thanks."

Yesss, dia lah lelaki yang aku ingat Luke selama ini tetapi rupanya, dia lelaki yang selamatkan aku masa aku kemalangan 5 tahun lepas.

"Ohhh, kau rupanya. Haha, maaflah aku lupa pasal kau."

"Alah tak apa. Lepasni, kau akan ingat aku selama-lamanya." Kata Erick tersenyum lebar ke arah aku.

Aku hanya mampu mengukir senyuman nipis ke arahnya. Kata-kata yang dilemparkan oleh Erick buatkan aku rasa janggal dan terasa pelik terhadapnya.

"Oh, ya, aku gembira dapat jumpa kau semula dalam keadaan yang...wow...kau macam lebih bahagia sekarang ni." Kata Erick padaku.

"Yeah, thanks." Jawabku kekok sebab aku tak selesa bercakap dengannya.

"Aku nak sambung kerja dulu. Harap lepasni kita boleh jumpa lagi. Anyway, bon appetite."

Erick berlalu pergi daripada meja kami berdua meninggalkan aku dengan perasaan sedikit lega. Kekok betul bercakap dengan dia tadi.

Aku lihat ke arah Nova yang makan sampaikan mengembung pipinya itu. Serupa macam hamster kumpulkan kuaci dalam mulut pula dia ni.

"Wei, kau tahu tak. Mamat tu lah yang selama ini muncul dalam fikiran aku setiap kali aku ingat pasal Luke sebelum Luke culik aku dulu." Kataku pada Nova separuh berbisik.

Mata Nova membuntang seakan-akan dia terkejut dengan apa yang dia dengar ketika ini. Dia telan makanan di dalam mulutnya terlebih dahulu sebelum dia bersuara.

"Tak mustahil lah juga kalau kau ingat dia adalah Luke. Sebab, orang terakhir yang kau lihat adalah muka mamat tu tadi. Tetapi, otak kau terproses yang dia itu adalah Luke semasa kau amnesia." Kata Nova mengenainya.

"Ohhh... " Angguk aku tanda faham.

Nova menghirup minuman miliknya dan secara tiba-tiba dua orang manusia menyergah meja kami berdua.

"BAHHH!"

"Uhukkk uhuk..." terbatuk-batuk Nova akibat terkejut.

Aku pula hanya mampu ketawa besar melihat wajah Nova semakin kemerahan menahan rasa perit pada tekaknya. Siap berhingus lagi hidung gadis itu. Kesian pula aku tengok. Tapi, dalam masa yang sama kelakar pula. Hahahahhaha..

"Hahahahha, high five!"

Mereka berdua bertepuk antara satu sama lain apabila berjaya mengenakan Nova.

"Kau ehhh! EEEEEEE! Bencinya aku! Apahal kau muncul depan mata aku?!" Marah Nova siap mencubit pinggang salah seorang daripada mereka berdua.

Aku memang tahu, kalau Nova memang rapat dengan Shawn dan Flynn sebab melalui cerita yang Nova ceritakan padaku. Kini, aku saksikan di depan mata aku sendiri melihat Nova siap memarahi dua beradik itu seperti memarahi adiknya sendiri.

"Kedatangan kitorang tak dialu-alukan kah?" Kata Shawn dengan muka manjanya.

"Ha'ah, kau tak ada ayat atau ucapan selamat datang kah...apa." Sampuk Flynn disebalah Shawn.

"Kau ingat aku ni penyambut tetamu kah?! Eee geramnya aku..."

Bila difikirkan balik, apa yang mereka buat dekat sini? Adakah, Luke ada bersama mereka juga?!

"Apa korang buat dekat sini hah?" Tanya Nova dalam nada yang marah.

"Alah datang nak berkebunlah. Takkan nak makan pula." Seloroh Flynn.

Nova buat muka menjengkelkan. Dengan pantas Nova menyepak kaki Flynn namun, lelaki itu lebih pantas mengelak.

"Uuu, tak kena." Usik Flynn pada Nova.

Nova semakin rasa tidak puas hati dan, akhirnya dia mengalah. Dia senyap dan sambung makan sarapan miliknya semula. Sakit hato betul tu.

"Korang buat apa dekat sini sebenarnya?" Tanyaku pula pada Shawn dan Flynn.

"Kitorang datang nak makan lah. Masuk kedai je, mata dia ni haa cepat je tangkap muka kakak kesayangan dia ni." Kata Shawn sambil mencucuk-cucuk bahu adiknya Flynn itu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Nova.

Kakak kesayangan yang dimaksudkan mesti Nova. Nampak sangat mereka rapat macam adik-beradik.

"Ohhhh.."

"Selain daripada tuuu?" Sampuk Nova tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Shawn.

"Berkebunlah." Jawab Flynn pantas.

Nova menarik nafas panjang dan hembus cuba untuk mencari kesabaran yang ada di dalam dirinya.

"Sana sikit. Kitorang nak join makan." Arah Flynn pada Nova.

Dengan selambanya, Flynn menolak badan kecil Nova ke tepi sehingga badan gadis itu menyentuh tingkap kaca. Dia dan Shawn berhimpit di sebuah bangku yang cukup hanya untuk dua orang itu.

Menjengkelkan betul lah.

"Ishhh, nak menyelit dekat tempat aku asal? Ada banyak ruang lagi dekat sini. Contohnya, dekat sebelah Cleo tu. KOSONG!" Marah Nova pada dua beradik itu.

"Alah, sengaja je nak tambahkan lagi rasa jengkel kau terhadap kitorang." Shawn melangkah mendekati tempat duduk di sebelah aku dan dia melabuhkan duduknya bersebelahan dengan aku.

Perasaan kekok mulai terasa. Nova menolak Flynn sedikit ke hujung dan dia mengambil alih semula tempatnya.

"Lagi sekali aku tanya, kali ini kena serius kalau tak nak aku lempar pinggan ni dekat muka korang." Ugut Nova pada Shawn dan Flynn.

"Yelah.. Apa dia?" Kata Shawn sedikit serius.

"Kenapa korang ada di Chicago?"

"Perfttt, datang nak melanconglah." Jawab Flynn di sisinya.

Nova mengangkat tangan besiap sedia untuk memukul Flynn.

"Eheh.. Kejaplah." Kata Flynn takut-takut kalau Nova terus memukulnya.

"Tell me the fucking truth."

"Kitorang baru balik daripada Canada dan datang sini sebab nak larikan diri ambil cuti sekejap." Kata Flynn pada Nova.

"Lagipun, kalau kitorang beritahu abang sulung pasal benda ni... Memang mampuslah." Sampuk Shawn di sebelah aku.

Mereka berdua ketawa kecil mengenangkan perkara lucu kalau di hentam dengan Matt.

"Korang datang berdua je kah?" Kali ini, aku pula bersuara menanyakan soalan.

"Ha'ah, kenapa? Cari Luke eh?" Tanya Flynn padaku dengan reaksi wajahnya yang suka mengusik itu.

Aku hanya senyum ke arah mereka berdua. Mereka berdua memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang pelik.

"Ha'ah, memang dia tengah cari Luke pun. Korang berdua tahu tak mana Luke berada?" Jujur Nova pada mereka berdua.

Tak apa lah kalau mereka berdua tahu yang aku tengah cari abang mereka. Lagipun, bersyukur jugalah aku jumpa mereka berdua. Mana lah tahu dapat bantu aku dalam semua ini.

"Entahlah boss. Tak pasti juga dekat mana Luke sekarang ni. Sebab, dia tak beritahu kitorang pun mana dia pergi. Rasanya mungkin abang sulung tahu kot." Kata Shawn sambil memandang ke arah Nova.

Nova buat muka menyampah apabila dia memahami pandangan yang diberikan oleh Shawn padanya.

"Korang tahu apa-apa pasal Luke?" Aku mengajukan soalan pada mereka berdua.

"Hmmm, maksud kau? Everything about Luke?" Tanya Shawn semula padaku apabila soalan aku itu kurang jelas baginya.

"Yeah, everything."

Shawn geleng kepala. Apa yang mereka berdua tahu ha?! Tanya je berkaitan Luke mesti tak tahu apa-apa.

"Kalau kau nak tahu. Kitorang ni jenis yang tak pernah nak kisahkan orang lain walaupun, adik-beradik angkat sendiri. Aku tahu dia abang angkat aku. Itu sudah cukuplah." Beritahu Shawn jujur padaku.

Aku memikirkan sama ada mereka boleh ataupun tidak membantu aku. Tapi, apa salahnya kalau aku minta kan.

"Berapa lama korang tinggal sini?"

"Alah, tak lama. Kalau lama-lama nanti meroyan si gorilla dekat Brazil sana tu." Beritahu Flynn padaku.

"Kira, esoklah kitorang balik. Tapi, lewat malamlah macam...dalam pukul 12 tengah malam macam tu." Sampuk Shawn memberi keterangan lebih lanjut.

"Okey, aku nak ikut korang berdua. Sebab, aku nak jumpa Steve."

Shawn berkerut memandang wajah aku. Bukan sekadar lelaki di sisiku ini yang berkerut, malah Nova dan Flynn pun sama.

"Kau nak buat apa jumpa Steve?" Tanya Shawn padaku.

"Something important and only both of you can help me in this situation." Pintaku pada mereka berdua.

Shawn dan Flynn memandang antara satu sama lain sebelum mereka berdua mengangguk tanda 'ya'.

"Okay, suit yourself."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top