CHP 31

CLEO

Aku lihat ke arah skrin telefonku bersama fikiran yang sentiasa berlegar dengan satu nama sahaja. Iaitu, Luke. Setiap kali aku termenung pasti aku akan memikirkan tentang lelaki itu. Kenapa dia tinggalkan aku sedangkan dia sendiri yang terkejar-kejarkan aku pada mulanya?

Kadang-kadang aku tak tahu nak rasa apa bila dia dah tinggalkan aku. Ada kalanya, aku sedih. Tapi, dalam masa yang sama aku rasa marah sebab dia tinggalkan aku macam...tu je. Entahlah, peninglah kalau asyik fikirkan pasal dia.

Tidak lama kemudian, Nova masuk ke dalam bilikku setelah dia selesai berborak dengan Taylor melalui telefon di balkoni. Nova pandang wajah aku.

"Kau okey?" Tanya Nova padaku.

Aku hanya anggukkan sahaja kepalaku tanpa bersuara padanya. Nova meletakkan telefonnya di atas meja belajar milikku dan dia duduk bersebelahan dengan aku di atas katil yang empuk itu.

"Kau nampak macam tak okey je aku tengok. Kau ada terfikirkan sesuatu kah?" Tanya Nova sekali lagi.

"Ada lah juga tu teringatkan sesuatu. Sekarang ni, aku nak tuntut balik kata-kata kau." Kataku padanya.

Nova mengangkat kening sebelah kirinya memberi isyarat 'apa?' ke arah aku. Dia ni lupa kah...pura-pura lupa hah? Kalau aku ketuk kepala dia, nanti naik angin pula minah ni. Aku juga yang kena.

"Kau ni. Dah lupa kah? Yang kau nak ceritakan dekat aku pasal macam mana aku boleh dapat amnesia bagai tu."

"Oooohhhhhhhh ya tak ya juga. Aku lupalah. Hehehehehe..."

"Itulah kau. Asyik teringatkan pasal kekasih baharu." Sindirku padanya mengenai Taylor.

"Hey! Tak adanya! Kitorang kawan je eh. Walaupun, aku suka dia. Tapi, aku tak terima dia lebih daripada kawan." Nafi Nova padaku.

"Yelah, whatever. Sekarang ni, aku nak kau cerita. Cepat!"

"Okey, aku akan mulakan dengan macam mana kau dan Luke bergaduh..."

Aku aturkan kedudukan tempat dudukku supaya lebih selesa. Aku buka telinga seluas-luasnya ingin mendengar cerita yang bakal meniti pada bibir Nova itu.

"Masa itu, malam kita semua berempat dinner sempena hari terakhir aku dengan korang..."

"Eh, kau pergi mana?"

"Alah, masa tu aku lebih awal masuk kolej sebelum kau. Seingat aku dah hampir 5 bulan aku belajar masa tu."

"Oh, kau belajar dekat mana? "

Nova pandang muka aku dengan pandangan yang tidak puas hati. Apa? Aku tanya je pun. Salah kah aku tanya?

"Dekat German dan jangan potong cerita aku sebelum aku hempuk kau pakai bantal ni." Ugut Nova padaku.

Aku hanya mampu tersengih ke arahnya. Nova sambung semula ceritanya yang tergendala akibat pertanyaan aku tadi.

"Okey, malam kita dinner tu jugalah malam kau beritahu yang kau diterima sambung belajar dekat New York. Malam itu, aku perasan muka Luke daripada gembira, tiba-tiba sahaja bertukar sedih macam dia tak boleh terima hakikat yang dia perlu berjauhan dengan kau. Mulanya, dia diam je sepanjang makan malam. Tapi, bila Matt usik dia, cakap...yang Luke akan sedih menonggeng dan sebagainya, Luke mula naik angin. Kau tahu kan yang Luke tu jenis bukan yang suka bergurau sampai merendah-rendahkan dia. Masa tu, dia memang baran macam Paul tu lah. Cuma, Paul ni boleh dipertimbangkan lagi baran mamat tu. Senang cerita, Luke tak boleh diusik sikit. "

"Kau tak payah lah sampai nak cakap macam tu!"

"Aku bergurau je kot."

"Aku tak pernah sukakan gurauan kau lah bangsat!"

Luke melayangkan penumbuknya tepat pada muka Matt.

Bayangan memori itu terlintas di dalam fikiran aku. Setiap percakapan yang meniti pada bibir Nova mengenai memori lama aku, pasti sesetengah daripadanya muncul pada fikiran aku. Memang ada lah rasa pening itu. Tapi, aku tahankan sahaja.

"Malam itu, ibarat macam tragedi pergaduhan WWE, bila Luke sudah mula hilang kawalan nak bergaduh dengan Matt. Sampai satu tahap Matt nyaris-nyaris ditusuk pakai garfu."

Aku pandang muka Nova macam terkenangkan Matt. Aku dapat rasa minah ni mesti ada lagi taruh perasaan dekat mamat tu.

"Lepastu, macam biasalah keadaan kembali tenang bila kau mula halang Luke. Tak lah setenang mana pun. Cuma, masa kau halang dia tu, Luke tolak kau kuat sangat sampai gelas kaca jatuh dan pecah terkena kaki kau sampai luka. Luke memang sukar untuk dikawal masa itu. Jadi, dia bawaklah kau ke bilik dia untuk dirawat. Masa itu, aku fokus pada Matt je. Tak tahulah apa yang korang bincangkan. Yang pastinya, tak sampai 10 minit pun kau dengan dia dalam bilik, kau terus ajak aku balik dalam keadaan kau menangis teruk."

Nova memandu kereta berlalu pergi daripada situ. Malam itu, aku rosakkan makan malam Nova yang sepatutnya bahagia dan gembira. Tapi, jadi satu pergaduhan pula.

"I'm sorry." Ucapku pada Nova.

"Sorry for what?"

"Sorry, sebab aku rosakkan dinner kau malam ni. Aku cuma nak beritahu korang berita gembira yang aku dapat sambung belajar. Bukannya nak keruhkan keadaan."

"Huhh, it's not your fault my bestie. Kau janganlah salah diri sendiri. Lagipun, itu memang hak kau untuk beritahu berita gembira pada kitorang."

Aku kesat air mata yang jatuh daripada kantung mata aku itu.

"Apa yang Luke cakap dekat kau sampaikan kau nak balik awal?" Tanya Nova padaku.

"Dia tak nak aku sambung belajar. Dia cakap nanti kalau aku ke sana aku akan lupakan dia lah dan aku akan diganggu lelaki lain lah. Macam-macam lah yang dia cakap! Dia cakap macam tu seolah-olah dia tak percayakan aku. Jadi, selama ni dia tak pernah nak percayakan aku lah! Macam tu?!"

Tekak aku rasa perit menahan tangisan. Bukan apa aku menangis, aku nangis sebab aku tak dapat tahan rasa marah. Tambahan pula, aku rasa kecewa dengan sikap Luke.

"Sejak hari itu lah, kau dan Luke mula renggang. Keesokkannya, aku terus balik ke German macam biasa kau akan tinggal seorang diri lah di London dengan keluarga kau. Kalau tak silap aku selang seminggu lepastu, kau call aku. Macam biasa, kita akan video call 2 kali seminggu. Tanya khabar bagai. Masa itu lah, aku perasan badan kau lebam macam baru kena pukul."

Aku menangis menahan rasa sakit pada tepi bibir aku akibat tamparan yang kuat daripada kekasih aku. Dia pukul aku sampai lebam.

"It's your fault!"

"I didn't meant to hurt you or Matt on that night. It's because i'm mad at him untill i can't control myself!" Luke juga mulai bersuara tinggi ke arah aku.

"I hate you!" Luah aku dengan segala perasaan kecewa terhadapnya.

Luke menyentuh tangan aku dan digenggamnnya erat. Aku rasa tidak selesa diperlakukan sebegitu. Ianya, buatkan aku rasa bersalah.

"I don't want you to leave me! Just stay here!" Pinta Luke padaku.

"SHUT THE FUCK UP!"

Satu tamparan kuat melekap pada pipi aku. Ianya terlampau sakit sehingga aku tak mampu untuk menahan air mata aku daripada jatuh menimpa pipiku.

"Bila aku tanya kau macam-macam soalan kau kata 'i'm fine blablablabla bagai.. '. Sampai satu hari tu, kau luah dekat aku yang Luke pukul kau sebab dia alami mental disorder. Aku masa itu, memang terkejut jugalah bila dengar yang Luke alami penyakit macam tu. Kau bayangkan muka hensem, ada rupa tu sebenarnya, orang gila. Sorry, if i'm being rude. Tapi masa tu, kau kata kau kuat, kau kata kau boleh handle all this shit. End up, sampai aku tengok kau menangis-nangis meluah rasa sakit. Aku beritahu mak ayah kau pasal benda tu. Automatik, mak ayah kau tak nak kau jumpa dengan mamat tu lagi. Siapa je lah kan yang suka tengok anak perempuan mereka kena dera oleh lelaki? Tak ada..." kata Nova padaku seakan-akan dia marah ketika ini sedang memarahi aku untuk perkara 5 tahun lepas.

"Then, korang pun broke up. Betapa leganya aku dengar yang kau tak dekati Luke lagi. Bukan sebab, aku benci ataupun sengaja nak pisahkan korang berdua. Ianya untuk kebaikkan kawan baik aku. Aku tak nak kawan baik aku dicederakan." Nova menyentuh bahu aku bersama senyuman sayang dia pada seorang sahabat.

"Tak lama lepastu, kau terima mesej daripada Luke yang dia ucapkan terima kasih bagai dan dia nak cakap yang dia akan tinggal kat Brazil. Sebab, Luke terpaksa ke Brazil untuk tinggal dengan keluarga angkat baru dia. Kau pun macam biasalah dengar cakap, tak akan layan chat daripada mamat tu. Tapi, tak sangka pula, malam itu masuk berita yang satu flight ke Brazil ni terhempas sebab hilang kawalan akibat ribut patahkan enjin kapal tu. Jadi, penumpang semuanya disahkan meninggal. Bila kau tahu dan teringat yang Luke naik flight ke Brazil. Malam itu, memang kau rasa bersalah dan macam-macam benda berlegar dalam otak kau sampai kau kata diri kau ni jahat lah, nak bunuh diri lah bagai."

"Hehehe, aku tak sangka aku emo macam tu sekali." Sampuk aku pada percakapan Nova.

"Tapi, yang aku paling sakit hatinya. Aku tak tahulah sama ada kau berdegil sangat ataupun memang nak cari nahas,kau pergi ke rumah Luke. Kau ada tanya dekat aku samaada kau patut buat semua ini atau tidak. Jadi, kau pun dengan degilnya, pergi lah ke rumah Luke. Yang dah kosong dan disahkan mati itu."

"Malam tu, hujan lebat dekat London. Kau pergi drive kereta seorang diri keluar daripada rumah semata-mata untuk ke rumah Luke. Aku tak tahulah apa yang rasuk kau malam itu, kau rajin sangat nak datang rumah lama dia sebab nak bagi balik semua barang yang Luke pernah bagi dekat kau sebab kau tak nak simpan satu pun rasa terhutang budi dekat dia selama korang berdua couple dulu. Masa itu, memang lebat gila hujan sampaikan masuk berita announced supaya penduduk untuk berjaga-jaga bagi sesiapa yang memandu. And then, worst thing happened and kau accident. Ramai yang kata punca kau accident sebab tayar kau dah kehausan tak mampu nak cengkam tar semasa brek. Almaklumlah, malam itu hujan dan jalan licin jadi, kau accident."

Patutlah aku rasa aku pernah alami kemalangan sebelum semua ini berlaku.
Bunyi geseran daripada tayar dengan jalan tar amat kuat dan dapat aku dengari dalam keadaam yang hujan lebat itu. Kereta aku mulai hilang kawalan sebab cuaca yang sangat buruk pada malam itu.

DUMM

Tingkap kereta semuanya pecah dan kepala aku terhantuk dengan sangat kuat pada stereng kereta. Darah pekat mengalir laju pada dahi aku turun menyapa pipi aku.

'Kkkenapa? Aku rrrasakan yang aku ppernah alaminya ssseebelum ni?' Getus hatiku sendiri.

Imbasan semula pada kotak fikiran aku tentang kemalangan aku ketika melarikan diri daripada Luke terimbau kembali.

"Nasib baiklah ada seorang mamat ni yang tolong kau. Tak silap aku nama dia Bean? Buen? Bearn? Entah apa lah nama dia, yang pastinya nama dia mula daripada huruf 'B'."

Seorang lelaki? Selamatkan aku? Hmmmm...

"Dia selamatkan kau dan hantar kau sampai ke hospital sebab kau memang cedera parah masa itu. Malam itu jugalah, aku dapat call yang kau accident. Sampaikan doktor sahkan kau koma selama 2 tahun." Sambung Nova.

Berkerut kening aku mendengarkan kenyataan yang meniti pada mulut kawan baik aku itu.

"Kau biar betul? I'm coma for 2 years?!"

"Yess...lama gila kau koma masa tu. Bila kau dah sedar daripada koma, benda terakhir yang kau ingat adalah kau dah break dengan kekasih kau dan kau tahu Luke dah mati. Doktor ada sahkan kau amnesia sebab kau tak ingat mak ayah sendiri. Terkilan lah juga mak ayah kau dengar bila kau cuma ingat pasal Luke. Maybe, terbawa-bawa dengan emosi sampaikan benda itu je lah yang melekat dekat otak kau. Masa tu, aku tak boleh melawat kau sebab aku graduate daripada Diploma."

Nova minum air kosong sekejap untuk melegakan tekaknya sebelun dia sambung semula ceritanya.

"Lagi satu, bila aku tahu yang kau ingat Luke mati, aku diamkan aje. Sebab sebenarnya, aku tahu yang Luke tak mati pun. Tapi, aku tak naklah beritahu kau yang Luke masih hidup. Sebab, past is past, right? Masa itu pun, aku dah tak contact dengan Matt dah."

"Macam mana kau tahu yang Luke tak mati?"

"Malam itu, last contact aku dengan Matt sebab aku tak nak ada apa-apa dengan dia. Macam... Kalau aku masih dengan dia, ibarat itulah peluang Luke nak rapat dengan kau balik. Cetek pemikiran aku masa itu. Bodoh, sebab putus gara-gara salah orang lain. Haha..." Tawa Nova hambar.

Aku rasa bersalah pula terhadap Nova. Dia yang pernah dianggap sebagai pasangan Matt, walaupun tidak bergelar official couple. Hanya disebabkan nak jaga keselamatan aku dia buat semua tu.

"Jadi, masa aku contact dengan dia lah aku tanya yang dia selamat atau tidak. Sebab, dia ada dengan Luke malam tu. Dia kata diorang okey je, sebab Luke yang buat masalah tertinggal passport dekat rumah. So, diorang pun terlepas flight begitu sahaja. Tak lama lepas itu, bila kau dah sedar daripada koma, kau dibawa oleh keluarga kau untuk pindah ke Chicago sebab ayah kau kena transfer buat kerja dekat sana. Jadi, selama 3 tahun tu kau spend time masa kau untuk hidup dengan mak ayah kau. Sampailah, suatu hari itu, kau diterima masuk universiti New York untuk kali kedua. The end. Yeyyy, tepuk tangan..." kata Nova sambil menepuk kedua-dua belah tangannya seakan-akan mahu buat lawak.

Sedangkan ianya hambar dan tak melucukan pun.

"Hmmm... "

Nova sentuh bahu aku sekali lagi.

"Hey, what's wrong? Ada something yang kau tak puas hati lagi kah?" Tanya Nova prihatin tentang aku.

Memang ada yang tak memuskan hati aku pun.

"Kenapa aku ingat nama Luke tapi, tak ingat rupa muka dia?"

Nova berkerut seketika cuba untuk mencerna jawapan kepada soalan yang aku berikan padanya.

"Hmmm, kau ingat muka Luke tu macam mana? I meann... Macam mana rupa wajah dia? "

"Aku ingat muka dia bukan Luke. Macam, bila pertama kali dia mengaku yang dia Luke. Aku tak percaya yang dia Luke sebab muka dia lain daripada apa yang aku ingat tentang Luke."

"You mean...dia Luke tapi bukan Luke?"

"Haaa, lebih kurang lah."

"Ohhh, i got it. Kau ingat nama Luke tapi kau tengok Luke yang ada dalam ingatan kau semasa amnesia itu lain daripada muka Luke yang culik kau sekarang ni kan? Am i right?"

"Yess you got it. Itu lah sebabnya aku tertanya-tanya, muka siapa yang muncul pada ingatan aku setiap kali aku teringatkan Luke sebelum Luke yang sebenarnya muncul datang depan mata aku."

Nova juga turut berkerut memikirkan tentang konflik yang aku alami itu. Heheh, sharing is caring. Sharing your problems with your bestie, means... you want her to feel what you feels when you have a problems.

"Hmmm, tak apa lah. Kalau tak dapat. Tapi, aku nak minta tolong kau ni." Pinta aku pada Nova.

"Tolong apa?"

"Tolong aku cari Luke dan cari mengenai latar belakang Luke."

"Amboi, kau. Takkan sepanjang kau couple dengan dia dulu kau tak tahu pasal dia?"

"Tak. Dia tak pernah beritahu aku pasal keluarga kandung dia. Lagi-lagi, pasal penyakit dia tu."

Nova angguk tanda faham.

"Okey, yang pentingnya kita kena cari sebelum cuti aku habis." Kata Nova padaku.

Dia menyelimutkan dirinya bersiap sedia untuk masuk tidur.

"Bila cuti kau habis?"

"Lebih kurang 5 hari lagi."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top