CHP 3
CLEO
Sudah tiba hari isnin, hari-hari yang aku tunggu untuk aku masuk ke kolej baharuku. Ramai pelajar daripada luar negara yang belajar di kolej tersebut. Aku macam biasa, Steve yang temankan aku. Sejak pertama kali aku kenal dia sebagai pemandu Uber sekarang ini dia jadi kawan aku pula. Dia jugalah driver aku.
Aku dan Steve jalan bersama-sama masuk ke dalam kelas yang bakal bermula dalam 10 minit sahaja lagi. Kelas semakin ramai dipenuhi dengan pelajar.
"Kita duduk sama lah." Kata Steve padaku.
"Oh, boleh juga. Memandangkan aku pun tak ada teman nak duduk bersama."
"Tak apa. Aku akan sentiasa temankan kau." Kata Steve sambil merenung wajah aku.
Aku rasa tak selesa bila dia tenung aku macam tu. Rasa pelik ada lah.
"Kau tak ada kawan kah dekat kolej ni?"
"Ada. Nanti datang lah dia tu."
"Oh.."
Kami berdua diam sebentar. Aku lihat Steve yang sedang berbalas pesanan bersama seseorang di telefonnya. Aku lihat sekeliling aku. Setiap tempat duduk sudah dipenuhi dengan pelajar. Cuma, menanti pensyarah masuk kelas sahaja lagi. Tiba-tiba, mata aku tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki.
Aku perasan lelaki itu, sedang memerhati tempat duduk aku dan Steve pada bahagian atas sebab tempat duduk kelas itu direka seperti tempat duduk di panggung wayang. Dari atas ke bawah.
Aku tidak tahu siapa yang diperhatikan oleh lelaki itu. Tetapi, aku merasakan yang dia memerhati aku. Aku rasa tak selesa duduk di tempat duduk aku.
"Cleo."
Aku terkejut apabila disapa oleh Steve. Aku mengurut dadaku yang berdegup kencang itu.
"Kau pandang siapa? Sampaikan aku panggil pun kau tak menoleh."
Steve turut melihat ke bawah mencari siapa yang aku pandang sejak tadi.
"Tak adalah. Aku tak tengok sesiapapun."
Steve pandang muka aku. Dia meragui dengan kata-kataku. Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki duduk di sebelah tempat dudukku yang kosong. Kini, aku berada di antara dua orang lelaki iaitu, Steve dan lelaki yang aku tidak kenali itu.
"Yo, dude. Sampai pun kau."
Aku lihat Steve yang menyapa lelaki yang duduk bersebelahan dengan aku itu. Lelaki itu hanya senyum ke arah Steve. Dia pandang pula muka aku. Mamat ni kah yang Steve cakap kawan dia?
"Matt, ini Cleo De Nile. Cleo, ini adalah Matthew Pollock. Panggil je Matt." Kata Steve memperkenalkan aku kepada Matt.
"Nice to meet you, Cleo." Kata Matt pada aku.
"Yeah, nice to meet you too." Kataku kekok.
Aku rasa tak sedap hatilah. Sebab, aku perasan sejak tadi mamat yang aku pandang tadi tu, duduk di depan aku. Aku rasa tak selesa. Aku rasakan ada yang tak kena dengan mamat tu.
Telefonku bergetar menandakan ada mesej yang masuk. Aku tekan pesanan daripada Nova itu. Dia bertanyakan tentang alamat apartment aku. Aku tak sabar nantikan kedatangan kawan baik aku esok.
Aku hantarkan alamatku padanya. Tidak lama kemudian, seorang pensyarah perempuan masuk ke dalam kelas. Dia terus memulakan pembelajarannya.
▲▼▲▼▲▼▲▼▲
Selepas habis kelas, seperti biasa Steve mahu menghantar aku pulang seperti mana dia pelawa aku untuk ikut dia sama-sama ke kolej. Dia juga yang pandu kereta. Sampaikan dia sanggup tunggu depan apartment semata-mata nak ambil aku.
Aku iyakan sahaja pertolongan Steve itu. Sebab, aku percaya yang dia takkan buat benda yang tak baik pada aku. Matt ikut sekali. Aku masuk dan seperti biasa akan duduk di tempat duduk belakang. Matt juga duduk di belakang bersamaku.
Steve pula memandu di depan.
"Steve, bawa aku balik apartment terus." Pesanku pada Steve.
Matt hanya senyap di sebelah aku. Dia hanya merenung ke luar tingkap.
"Kau tak nak ikut kitorang makan-makan dulu kah?"
"Ohh, tak apa. Aku boleh makan nanti bila dah sampai apartment."
Steve tidak menyahut malah dia mendiamkan dirinya. Keadaan di dalam kereta senyap sahaja. Radio pun tidak dipasang. Aku pun apa lagi, senyaplah bila orang lain dah senyap.
Tiba-tiba, kereta diberhentikan di depan taman. Pintu di tempat sebelah pemandu terbuka dari luar daa seorang lelaki masuk. Aku dapat lihat wajah lelaki itu melalui pantulan cermin sisi kereta. Ianya adalah lelaki yang sama aku lihat di kolej tadi.
Kenapa Steve tumpangkan mamat pelik ni sekali?
Aku mulai rasa tak selesa dan aku rasakan ada sesuatu yang tak kena. Sebab, keadaan terlalu senyap dan sunyi.
"Steve.." panggilku padanya.
"Yeah? Kenapa?" Sahutnya padaku.
"Tak ada."
Keadaan kereta kembali senyap. Sengaja aku memanggilnya sebab aku rasa kekok duduk dalam keadaan yang senyap ini. Namun, Ianya tidak membantu langsung sebab aku rasa tak sedap hati dengan mamat yang duduk di depan aku ni.
Di depan terdapat simpang, kiri dan kanan. Aku lihat Steve mengambil jalan ke kiri. Ianya langsung bertentangan dengan laluan ke apartment aku sebab laluan ke apartment aku adalah ambil laluan kanan. Aku rasa pelik sebab Steve masuk ke laluan kiri.
"Aku nak isi minyak kereta dulu. Nanti aku hantar kau. Okey?" Kata Steve padaku yang perasan tentang aku yang masih bersama mereka di situ.
"Okey."
Aku memang tahu Steve satu haluan dengan aku sebab rumah dia berdekatan dengan apartment aku. Lagipun, apartment aku berdepan dengan kawasan perumahan. Mungkin, nanti dia nak hantarkan Matt dan mamat pelik depan aku ni.
Kereta dipandu masuk ke dalam stesen minyak. Steve keluar untuk mengisi minyak keretanya. Aku ditinggalkan bersama-sama dengan Matt dan lelaki pelik itu di dalam kereta.
Matt di sisiku sedang leka dengan telefon ditangannya. Aku dapat lihat Steve yang sedang berdiri di sebelah kereta mengisi minyak keretanya. Tiba-tiba, pintu tempat aku duduk dibuka dari luar. Matt yang duduk di sebelah aku, menarik pinggangku untuk beralih ke tempat duduk tengah.
Aku pelik dengan situasi ketika ini. Aku lihat, seorang lelaki yang masuk terus mengambil tempat duduk aku. Sekali lagi aku dihimpit oleh dua orang jejakan di sisi kiri dan kananku.
"Hey, babe. Feel so great to see you again."
Suara itu..suara itu amat biasa aku dengar. Aku lihat ke arah lelaki yang baru sahaja masuk itu. Ianya lelaki yang aku jumpa 2 hari lepas di dalam lif.
Jantungku mengepam darah dengan amat laju. Seakan-akan sedang berlari pecut 800 km.
"Steve!" Aku jerit dari dalam kereta dan meronta di tempat aku mahu keluar daripada situ.
Namun, aku ditahan oleh lelaki itu.
"Don't be scared." Bisiknya pada aku.
Aku lihat Steve yang berada di luar kelihatan tidak tahu apa yang sedang berlaku padaku di dalam kereta.
"Lepaskan aku. Bodoh!"
Aku meronta-ronta. Lelaki itu semakin kuat menahan aku.
"Tak apa. Esok aku akan lepaskan kau. Hari ni, aku nak kau datang ke tempat aku." Katanya lagi.
Matt langsung tidak mengendahkan aku dan dia mengeluarkan satu sapu tangan. Lelaki itu menahan badan aku.
"Let me go! You fucking bitch!"
Matt dengan pantas menutup muka aku dengan saptu tangan itu. Aku dapat hidu bau yang sangat menyengat hidungku. Rontaan aku mulai lemah.
"See you, my darling."
Itulah bisikkan terakhir yang aku dengar. Akhirnya, aku pengsan dan tidak sedarkan diri.
▲▼▲▼▲▼▲
STEVE
Aku melangkah masuk ke dalam kereta setelah mengisi minyak kereta. Aku lihat Cleo yang Sudah pengsan. Timbul rasa bersalah dalam diriku.
"Kau pasti tak ada orang yang akan cari dia?" Tanyaku pada mereka bertiga.
"Dia kan tinggal seorang. Takkan ada punya yang cari dia." Jawab Daven di sebelahku.
"Mana lah tahu ada orang yang akan cari dia. Sebagai langkah berjaga-jaga."
Kereta aku pandu keluar daripada stesen minyak. Tiada sesiapa yang mengesyaki tindak-tanduk kami itu. Aku melepaskan keluhan berat.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top