CHP 29
CLEO
Malam itu, Nova datang ke rumah aku untuk bersiap bersama. Walaupun, sebenarnya dia dah siap awal cuma datang ke rumah aku untuk pergi bersama-sama ke majlis nanti. Perkara terakhir yang aku buat adalah menggayakan rambutku.
"Oh ya, Nova. Aku ingatkan kau dijemput oleh Matt. Kenapa kau tak ikut dia sekali untuk ke majlis nanti?" Tanyaku pada Nova.
"Emmm, aku tak nak dia datang rumah. Kau tahulah ibu ayah aku strict sikit. Mana suka anak perempuan kesayangan mereka ni menggatal dengan lelaki." Kata Nova pada aku.
Betul juga tu.
Aku tambahkan aksesori pada rambutku. Aku pandang pantulan diriku pada cermin untuk kali terakhir untuk memastikan yang aku sudah pun cantik. Huhu, cantik macam mana sekalipun kalau malam ni tak ada partner, memang hmmm je lah.
"Dah kah belum tuan puteri? Bersiap macam nak pergi majlis diraja." Kata Nova berbaur sindiran.
Aku melibaskan rambutku membuat gaya gedik. Hahahah, dengan minah ni je aku macam ni eh. Kalau depan orang ramai, memang tak lah. Beri malu je.
"Okey, dah. Beta sudahpun cantik."
Nova meletakkan kedua-dua tangannya mendarat di atas bahu sambil membuat muka menyampah.
"Dah, jom!"
Nova tarik tangan aku keluar daripada bilik. Kami berdua menuju ke arah pintu. Aku melambai ke arah kedua-dua ibu bapaku sebelum kami berdua keluar.
"Be careful, ladies."
"Jangan pulang lewat sangat tau."
Aku anggukan sahaja pesanan kedua-dua ibu bapaku itu. Kami berdua keluar daripada rumah dan aku dapat lihat sebuah kereta mewah berjenama Ferrari terparkir di depan luar pagar rumahku.
"Sejak bila kau ada Ferrari?" Tanyaku ke arah Nova.
"Nope. Itu bukan kereta aku. Itu baru kereta yang aku bawa ke sini tadi." Tunjuk Nova ke arah kereta Mercedes putih yang terparkir di bawah pokok di depan rumahku itu.
"Habistu, tu kereta siapa?"
"Matt. Aku suruh dia ambil kita dekat rumah kau. Aku tahu kalau aku suruh dia ambil aku terus dekat rumah aku. Naiya aku nanti kena dengan ibu aku."
Kami berdua menuju ke arah kereta tersebut. Aku yang berjalan mengekori Nova terasa segan pula sebab aku berseorangan. Single lah katakan. Mana ada pernah ada pasangan setiap tahun prom night.
Tingkap yang bersebelahan dengan pemandu itu diturunkan dan wajah senior pelajar 19 tahun itu terpampang di depan mata. Memang tak dinafikanlah Matt itu memang kacak lagi tampan. Aku perasan baju yang Nova pakai sama padan dengan Matt. Kedua-dua mereka mengenakan pakaian berwarna peach.
"Okey, Cleo. Kau duduk belakang." Kata Nova padaku.
Aku iyakan sahaja dengan arahan Nova itu. Pintu kereta di bahagian belakang terbuka dengan sendirinya daripada dalam. Aku pelik namun, aku biarkan sahaja. Aku melangkah masuk dan aku duduk di tempatku.
"Hey, we meet again huh?" Suara garau itu menyapa gegendang telinga aku.
Aku pandang ke arah kananku dan pandangan aku bertembung dengan anak mata berwarna kelabu milik seorang lelaki. Dia lelaki yang aku jumpa semalam dekat rumah anak yatim tu.
Pakaian yang digunakan olehnya adalah blazer berwarna putih bersama kemeja hitam di bahagian dalam. Dipadankan pula dengan seluar berwarna hitam. Gayanya sangat memikat dan mampu buatkan aku terpukau seketika.
Hensemnya...
"I'm Luca Heubl. You can call me Luke." Kata lelaki itu memperkenalkan dieinya kepada aku.
Mata kelabunya merenung tepat ke arah anak mataku membuatkan jantung aku berdegup dengan sangat kencang. Aku rasa macam berjumpa dengan seorang putera kacak.
OH MY GOD!!!
"I'm Cleo De Nile. Just call me Cleo." Kataku kekok padanya.
Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Rasanya baik aku diamkan diri je.
"Kau budak yang hantar kad jemputan itu kan? "Tanya Luke padaku memecahkan kesunyian antara kami berdua.
"Yup. Aku lah tu. Jadi, kau dapat jemputan jugalah ni?" Soalku semula padanya.
"Tak lah. Sebenarnya aku tak dapat jemputan pun. Cumanya, aku datang sini sebab Matt yang ajak."
Aku anggukkan sahaja tanda ya.
Tidak lama kemudian, kami sudah pun sampai di sebuah restoran yang sangat-sangat mewah di Paris dan ianya berdekatan dengan menara Eiffel. Kereta diberhentikan dan Matt serta Luke keluar serentak. Aku baru sahaja ingin membuka pintu tetapi, pintu terlebih dahulu terbuka dari luar. Aku lihat Luke berdiri dengan ketinggian enam kaki itu menghulurkan tangannya ke arah aku.
Aku rasa pipiku membahang panas akibat malu yang melampau. Sudahlah aku memang tempek blusher pada kedua-dua belah pipiku. Ditambah pula dengan perasaan malu ini membuatkan keadaan mukaku semakin kemerahan.
Aku terima huluran Luke dan dia membantu aku untuk keluar daripada perut kereta. Aku lihat ke arah restoran tersebut yang digayakan dengan sangat mewah persis majlis diraja. Dengan laluannya di hiasi dengan karpet merah dan pintu masuk dijaga oleh dua orang penyambut tetamu.
Aku lihat Nova sudahpum berjalan bersama pasangannya iaitu, Matt.
"Be my partner?" Kata Luke disisiku.
Aku tersentak mendengarkan permintaannya. Gila kau?! Selama bertahun-tahun aku ikut prom night inilah kali pertama aku diajak oleh seorang lelaki untuk menjadi pasangannya.
"Emm, sure."
Luke tersenyum manis membuatkan aku rasa macam baru sahaja berjumpa dengan seorang putera. Wajahnya yang kacak itu buatkan aku rasa segan. Entahlah kenapa aku rasa segan.
Kami berdua jalan beriringan dan aku dapat rasakan setiap langkah kami berdua menuju masuk ke dalam restoran, ramai mata-mata yang memerhati ke arah aku dan Luke. Adakah mereka pandang aku disebabkan aku ni berpasangan dengan Luke?
Tapi, tak mustahil lah kan. Sebab, Luke ni tampan dan memang cepat menarik perhatian orang ramai. Aku pula yang segan.
Aku lihat Nova dan Matt melambai ke arah kami berdua. Kami berdua menuju ke arah meja yang sudah disediakan untuk setiap tetamu yang datang. Sebab kami akan mengisi perut terlebih dahulu selepas mendengar beberapa ucapan yang sangat-sangat membosankan dan yang terakhir sekali adalah majlis tari menari.
Macam biasa tak ada perubahan. Cuma dari segi kedatangan daripada tetamu luar dan beberapa sumbangan sekolah kepada tetamu yang datang. Itu sahajalah rasanya.
"Jadi, kau dah kenal dengan Cleo, Luke? " Tanya Matt pada Luke.
Luke hanya tersenyum dan angguk tanda 'ya'.
"Luke ni adik kau kah? Tak pernah tengok pun?" Sampuk Nova bertanyakan soalan pada Matt.
"Emmm, actually not. But, he is my step-brother." Jawab Matt pada soalan Nova.
Aku pula, hanya diam melihatkan mereka bertiga berbual antara satu sama lain. Tapi, aku tak pernah tengok pun muka Luke dekat sekolah. Ataupun, Luke sekolah di tempat yang lain?
▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲
Apabila ucapan sudahpun berakhir dengan sumbangan sekolah, kami dijemput untuk menjamah makanan yang sudah disediakan oleh pihak restoran. Seorang demi seorang pelayan restoran membawa makanan ke setiap meja tetamu.
Aku tak sabar nak penuhkan perut aku. Yeah, kalau lebih kepada aku, aku datang untuk makan. Biasalah single macam aku ni makan je kerjanya. Tapi, bila difikirkan balik, Luke aku dah terima dia sebagai my prom night partner. Jadi, secara automatik dia adalah pasangan aku malam ni.
Haihhh, entah kenapa aku rasa menyesal pula bila terima dia jadi pasangan aku. Sebab, aku tak boleh makan sehingga kenyang sampailah majlis tamat.
Aku suapkan makanan ke dalam mulut. Sedapnya, aku dapat rasakan setiap bahan yang digunakan. Salad buah-buahan itu sangat-sangat sedap. Memang dihidang makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat yang lainnya.
"Sekarang kita boleh mulakan manjlis tari menari pada malam ini." Kata pengacara majlis.
Lagu yang merdu dan mempunyai irama yang perlahan itu dipasang dan kelihatan lantai tarian dipenuhi dengan pasangan. Termasuk Matt dan Nova pun sudah menyertai lantai tarian.
Aku pula masih melantak makanan dekat sini. Aku malas sebab setiap tahun aku memang melahap je. Mana ada menari.
"Wanna join me?" Luke disebelah aku bersuara dan menghulurkan tangannya ke arah aku.
Aku pandang huluran tangannya ke arahku silih ganti memandang ke arah wajahnya. Aku tak pernah menari dan tak pandai menari pun. Gila kah nak ajak aku sekali?!
"But.. I don't know how to dance."
Luke tersenyum memandang wajahku. Aku tak tahu samada senyuman itu menyindir aku ataupun tidak. Namun, dia menyentuh lengan aku. Aku pelik dengan tindakkannya. Dia menarik aku untuk mengekorinya. Aku kaku tak tahu nak buat apa. Aku hanya mampu mengekorinya sahaja.
Langkah kakiku hanya mampu mengikuti setiap langkahnya. Takkan dia nak bawa aku menari? Aku ni menari pun tak pandai.
Namun, sangkaan aku salah apabila dia membawa aku keluar daripada restoran. Dia nak bawa aku balik kah? Aku setia mengekorinya daripada belakang dan dia bawa aku ke kawasan taman yangada di luar restoran itu.
Taman yang dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan dan di tengah-tengah taman itu terletaknya air pancut. Ianya bertambah cantik apabila malam diterangi dengan cahaya lampu daripada menara Eiffel. Ada beberapa pasangan di kawasan taman itu dan salah seorangnya adalah kami berdua.
"Aku tak suka kawasan yang ramai orang. Jadi, aku takkan bawa kau menari. Lagi satu, aku pun tak pandai menari." Kata Luke padaku.
Aku hanya diam tak tahu nak jawab apa. Dia lelaki lain daripada yang lain. Aku tertarik dengan salah satu kuntum bunga yang ada di situ. Aku memang suka tengok bunga. Luke yang perasan aku merenung ke arah bunga rosa putih itu, dia petik bunga tersebut dan dihulurkan kepadaku.
"I guess you like this white rose."
"Yep.. I like it." Kataku padanya.
Bunga itu aku hidu dan ianya sangat lah wangi. Luke yang berada di depan aku itu tidak beralih daripada merenung wajahku. Dia mendekati aku dengan lebih dekat.
Aku rasa kekok dan membatu di tempatku berdiri. Cahaya yang dipantulkan oleh bulan menyinari mata kelabu milik Luke. Bibir aku disentuh olehnya tanpa aku sedari.
"I think I found my favourite girl."
"Yoooo!!!"
Jeritan daripada Nova membuatkan lamunanku hancur. Sejak Nova menceritakan tentang Luke buatkan aku asyik terkenangkan lelaki itu. Di mana aku berjumpa dia buat pertama kalinya pada umur aku masih 16 tahun dan dia pula ketika itu berumur 18 tahun.
"Jom, sebelum kita terlepas flight." Kata Nova pada aku yang baru sahaja pulang daripada tandas.
"Ohh, okay."
Nova mengheret bagasinya dan aku pula hanya bawa sangkar yang berisi Luca di dalamnya. Aku akan tinggalkan si anjing kecil comel ni di rumah aku di Chicago. Dia je lah yang aku ada.
Aku dan Nova menuju ke arah tempat perlepasan. Kami berdua menunjukkan passport masing-masing sebelum menuju masuk ke dalam kapal terbang. Aku dan Nova mengambil tempat duduk masing-masing.
"Uhh, akhirnya duduk juga." Keluh Nova disebalah aku.
Aku menghembuskan nafas berat. Dalam 5 jam aku akan sampai ke Chicago. Setibanya di sana nanti, aku kena jalankan pencarian aku ke atas Luke dan aku kena tahu lebih banyak tentang masa silam aku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top