CHP 27

CLEO

Aku sediakan sarapan untuk diri sendiri dan Luca.  Luca adalah sempena nama anak anjing yang aku selamatkan semalam.  Comel je kan nama Luca tu. 

Pagi ini,  hanya ada aku ditemani Luca bersarapan di dapur.  Paul dan Luke pula entah ke mana lah mamat dua orang itu pergi.  Tapi,  aku buat andaian jelah yang mereka pergi kerja.

Aku jamah telur goreng dan bacon ditemani Luca.  Comel sahaja anjing kecil baka husky itu. Macam mana lah manusia tidak perasan akan kecomelan anjing kecil ini. 

Aku terfikir sebenarnya,  apa yang patut aku buat sekarang ni eh?  Larikan diri?  Tapi,  aku rasa bersalah pul melarikan diri dan tinggalkan Luke.

'Bukan itu kah yang kau nakkan selama ni Cleo? Kau sendiri cakap lepas kau tahu semuanya pasal diri kau dan Luke, kau akan larikan diri.' Getus hati aku berbicara dengan diri sendiri.

Memang itu lah yang aku nak buat.  Tapi,  aku bercelaru.  Separuh darupada hati aku kata lain dan aku bingung nak buat apa.  Aku tak tahu...

Aku ada dua pilihan. Satu,  aku larikan diri selepas tahu semuanya.  Kedua, aku duduk dalam rumah ni dan baiki semuanya tentang kehilangan aku dengan menipu pihak polis yang aku larikan diri.

Erghhh..

"Luca...kalau kau jadi aku kan. Kau rasa kau akan buat pilihan pertama ataupun pilihan yang kedua?" Tanyaku pada Luca.

Yang pastinya anjing itu hanya menajwab 'woof' sahaja. Tidak buat pilihan pun. Kalaulah haiwan ni boleh berbicara. Dah lama agaknya Luca ni beri nasihat dekat aku.

Telingaku menangkap deringan loceng pintu rumah ditekan daripada luar.  Aku berkerut seorang diri.

Siapa pula yang datang?  Takkanlah Paul dan Luke pergi tekan loceng pintu.  Inikan rumah mereka sendiri.  Ataupun,  adik-beradik dia yang lainnya datang?

Whatever. 

Aku angkat daripada dudukku dan aku menuju ke arah pintu utama rumah.  Aku pulas tombol pintu. Aku terkejut apabila wajah seorang gadis terpampang di muka pintu. 

Gadis berambut hitam itu tersenyum. Lebar ke arah aku.  Riak wajahnya memaparkan kegembiraan yang sangat gembira.

"You're safe!"  Peluknya erat padaku.

Aku membalas pelukkannya.  Aku tak sangka Nova jumpa aku.

"Kau okey tak ni? Tak cedera?" Tanya Nova risau pada aku.

Badan aku dibeleknya berkali-kali memeriksa keadaan aku. 

"Ishh,  aku okey je lah. Tak cedera pun."

Luka-luka aku yang diakibatkan oleh kemalangan lepas,  sudahpun beransur pulih.  Cuma,  luka kecil sahaja. Tidaklah terlampau teruk.  Yang teruknya, Luke. Sampai berjahit dan berbalut bagai.

"Jom, kita pergi daripada sini. Aku datang nak bawa kau balik ni." Kata Nova pada aku tergesa-gesa.

Lengan aku dia pegang dan tarik untuk.mengekorinya. Namun, aku kakukan badan aku.

"Sekejap...aku.."

Nova berhenti dan memandang wajahku pelik. Dia tak tahu apa yang berlaku dan aku sendiri pun susah nak terangkan pada dia.

"Why?"

"Akuu..."

"Cleo, inilah peluang kau nak balik semula pada keluarga kau. Diorang risau sangat pasal kau. Kau hilang hampir sebulan buatkan diorang risau sangat-sangat tau. Come on, we need to go now." Desak Nova sekali lagi.

"Tak..kau tak faham apa yang berlaku. Aku...aku..aku tak boleh." Tolak aku padanya.

Tiba-tiba, satu kenderaan mewah datang dari jauh dan diparkirkan di depan rumah. Kelibat seorang lelaki tegap keluar daripada perut kereta.

Ianya Paul. Nova pula kelihatan bergetar ditempatnya berdiri apabila mengetahui Paul, empunya rumah sudahpun pulang. Tapi, aku tak nampak Luke pun.

"Cleo, we need to go!"

"Go where?" Tanya Paul pada kami berdua.

Paul yang berada di belakang Nova itu membuatkan Nova kaku membatu.

"Paul, don't do anything bad to her. She just.. "

"Oh please.  I will not hurting a girl. Well,  I knew her.  She is Matt's ex-crush,  right?"

Aku lihat Nova semacam tidak selesa dengan gelaran 'ex-crush' itu. 

"Erggh,  Cleo we need to go! Kau tak nampak kah dia memang jahat selama ni. Dia culik kau!" Kata Nova tidak puas hati pada aku apabila aku tidak mengendahkan kata-katanya.

"Wooo,  relax.. Chill babe.  Kau tak tahu apa yang berlaku jadi jangan sesuka hati nak tuduh aku jahat."

"Habistu?!  Kau berpakat sorokkan kawan baik aku,  baik kah?" Marah Nova pada Paul.

"Hey hey... Aku buat semua ni untuk Luke."

"Ishhhh,  Luke Luke Luke!  Tak habis-habis dengan mamat gila tu!"

Paul mencengkam tangan Nova kuat. Aku yang melihatkan wajah Paul mulai berubah itu membuatkan aku rasa takut dengan keadaan ketika ini.  Mereka berdua bergaduh tanpa henti.

"Kau jangan sesekali panggil abang aku gila.  Dia cuma perlukan bantuan!  Kau sendiri tahu kan.  Kau tak payah nak sesuka hati tuduh je! " Tengking Paul pada Nova.

"Habistu,  kalau tak gila!  Kenapa dia nak culik bekas kekasih dia sendiri?!  Kenapa tak datang je tunjuk muka depan-depan dan bincang dengan elok."

"STOP. Stop it!  Korang berdua bergaduh buatkan aku naik rimas lah!" Jerit aku ke arah mereka berdua.

Nova memegang dahinya tanda dia tdiak puas hati dengan perbalahan dia dan Paul dihentikan begitu sahaja.

"Kalau kau nak sangat bawa dia balik. Bawa lah.  Luke dah tak perlukan dia lagi dah." Beritahu Paul kasar pada Nova.

Aku terkejut dengan kata-kata Paul yang Luke tak perlukan aku lagi? 

"What do you mean?" Tanyaku pada Paul.

Paul hembus nafas berat.

"Dia nak kau balik kepada keluarga kau semula.  Dia tahu kau menderita duduk dengan dia dan dia rasa tak berhak pun untuk dia jadikan kau sebagai milik dia. Aku pulang ni pun sebab nak hantar kau balik lah."

Dia.. Dia tinggalkan aku.  Disebabkan itu lah dia berkelakuan pelik semalam.  Dia tinggalkan aku seperti mana aku tinggalkan dia dulu.

"Luke pergi mana?"

"Haihh,  entahlah. Aku pun tak tahu abang aku tu pergi mana.  Dia tak beritahu aku pun. Lagipun, aku ni baru daripada tempat kerja nak hantar kau balik lah ni."

Kata-kata Paul cukup menyakitkan hati aku. Aku rasakan macam...aku dibalas balik dengan karma.

Dulunya aku tinggalkan dia, sekarang dia yang tinggalkan aku.

Aku rasa nak nangis sekarang ni. Sampai hati dia tinggalkan aku.

"Hey...jom kita balik. Aku bawa kau balik." Pujuk Nova pada aku.

Aku lapkan air mata aku yang hampir jatuh daripada kantung mata itu.

"Paul, boleh kau beri aku nombor telefon Luke?"

Paul keluarkan telefon miliknya dan sebit satu per satu nombor Luke pada aku. Nombor milik Luke itu aku terus simpan di dalam contact list di dalam telefon aku.

"Aku nak nombor kau sekali." Pinta aku padanya.

"Yalah.  Aku tahu nombor artis macam aku ni digilai ramai. " Sempat Paul memuji diri sendiri.

Namun,  aku tak ada perasaan pun nak meluat.  Yang meluatnya Nova. 

▲▼▲▼▲▼▲▼▲

Nova pandu kereta memasuki kawasan perbandaran London.  Aku yang duduk di sebelahnya hanya diam membisu.  Oh ya, aku lupa lah nak tanya dia.

"Macam mana kau boleh tahu aku dekat London?"

"Ibu aku yang beritahu... "

"Betul kah ni bu?  Ibu kenal siapa mamat tu tak? Macam mana muka dia?"

"Ibu kurang pasti lah juga.  Sebab,  muka dia hampir sama dengan bekas kekasih Cleo. Mereka berdua macam...pura-pura tak kenal ibu pun ada juga. Tapi,  kalau Cleo ibu tak kisah sangat.  Sebab,  dia kan memang pernah alami amnesia."

"...daripada situlah aku tahu pasal kau yang ada dekat London."

Aku angguk mendengar cerita Nova.  Patutlah dia kenalkan diri dia sebagai Aunty Ash.  Rupanya,  ibu kepada Nova.  Macam mana aku boleh lupa eh?  Mungkin,  disebabkan aku alami amnesia dua kali kot. Buatkan aku terlupa tentang ibu Nova sekali.

"Tapi,  sebelum ibu aku beritahu pasal benda ini,  aku ada berjumpa dengan Steve dekat kafe.  Dia macam... Bagi hint pada aku untuk beritahu aku yang kau berada dengan Luke.  Mulanya aku ada hasrat nak minta Steve bantu aku cari pasal Luke. Tapi,  ibu aku terlebih awal yakinkan aku pasal dia jumpa kau.  Nasib baiklah ibu aku tak beritahu terus pada pihak polis. Kalau tidak,  memang kena tangkaplah Luke dan Paul. "

"Ohhh... "

"Nasib baik jugalah Uncle Clifford dan Taylor tak syak apa-apa pasal aku larikan diri ke London.  Kalau dia tahu,  memang sama jugalah.  Paul dan Luke akan kena tangkap juga. "

Aku pandang muka Nova bingung.

"Siapa diorang?"

"Alah,  kau dah lupa kah?  Taylor.  Kawan aku...dan ayah dia seorang polis juga. Diorang berdualah yang banyak bantu aku cari kau. Kalau kau nak tahu,  kau masuk berita banyak kali sebab kau hilang diculik. "

"Boleh tak kau tipu pihak polis yang aku larikan diri."

"What?! " Kata Nova terkejut pada aku.

"Please.. You need to understand me. Aku.. Aku tak nak Luke diburu pihak polis nanti.  Termasuk adik-beradik dia pun aku tak nak polis buru diorang."

Nova hembuskan nafas beratnya.  Namun,  dia masih tetap fokus pada pemanduannya.

"Masalahnya.. Diorang culik kau. Takkan kau.. "

"Ya.. Memang diorang culik aku. Tapi,  kau kena faham keadaan aku sekarang ni.  Aku... Aku mula sayangkan Luke. "

Nova terkejut untuk kali kedua. Kali ini dia siap brek secara mengejut.  Nasib baiklah memang lampu merah.

"Whattttt the....?"

"Please... Aku tahu kalau tipu itu salah.  Tapi,  kalau kau nak tahu...aku tak cedera pun.  Aku siap dilayan macam biasa.  Macam dilayan sebagai tetamu yang datang ke rumah.  Luke tak pernah pukul aku walaupun dia culik aku. "

Cuma, cengkaman dia yang kuat itu meninggalkan kesan lebam bukan bermakna sampai naik tangan dan pukul aku...kan?

"Huhhh,  susahlah. Nak tipu pihak polis bukannnya senang. Even, ayah aku sendiri polis, aku nak tipu pun susah. Apatah lagi memang polis sebenar. Tambahan pula, kau memang disahkan kena culik. Lagi lah susah untuk aku beri alasan yang kau sebenarnya cuma melarikan diri."

"Tak apa..aku akan tolong kau reka satu pembohongan. Okey? Cuma, aku nak Luke selamat je buat masa ni." kataku pada Nova.

Nova akhirnya, anggukkan sahaja dengan permintaan aku. Aku tahu dia perlukan bantuan aku untuk pulih. Tapi, kenapa kali ini, dia tinggalkan aku macam tu je?

Ataupun, sebenarnya, dia memang tak perlukan bantuan aku.

"Oh yaa, Nova..lagi satu, kau tahu pasal latar belakang Luke tak?"

"Emmm, nope. Aku tak tahu. Kau sendiri yang tahukan aku ni bukannya jenis ambil kisah pasal orang lain melainkan orang beritahu aku pasal benda tu."

Aku ingatkan dia tahu. Tapi, tak apalah. Ada lah juga yang nak bantu aku cari pasas Luke.

"Kalau macam tu, kita cari sama-sama pasal Luke. "

"Bila?"

"Selepas kita selesai tipu pihak polis kita cari."

Ini sahaja caranya untuk aku cari Luke. Manalah tahu melalui latar belakang dia aku boleh tahu keberadaan Luke sekali. Mungkin, aku akan sedikit sebanyak minta bantuan Steve nanti.

"Okey,  lagipun Summer Holiday lama lagi nak habis.  Selama cuti ni aku langsung tak luangkan masa untuk cuti-cuti kosong je tau.  Aku cuti sebab nak cari kau."

Aku hanya mampu senyum sahaja.  Bertuah aku ada kawan baik yang prihatin macam Nova.  Kalau boleh,  cuma dia seorang je lah yang paling tahan dengan perangai kasar aku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top