CHP 23
CLEO
Aku jamah makanan yang disediakan oleh Paul. Pagi itu, Paul masakkan sarapan pagi untuk aku. Ada sepinggan telur goreng bersama dua keping bacon di sediakan di atas meja untuk aku. Macam biasa, setiap kali aku bangun pagi, aku akan ditinggalkan berseorangan di dalam rumah ni.
Bila difikirkan balik, aku ni macam tak serupa diculik pun. Semua makan minum aku disediakan dengan cara yang baik dan aku dilayan macam aku duduk dalam rumah sendiri. Sebab, selalunya aku tengok dalam drama mesti mangsa yang diculik dilayan macam...mangsa penculikkan lah.
Aku pun tak tahu nak huraikan macam mana pasal benda tu.
Lagi satu, hari ini aku tekad nak terjah masuk bilik Luke memandangkan Steve dah beritahu aku di mana letaknya kunci pendua. Jadi, aku berharap semuanya berjalan dengan lancar.
Aku lihat jam yang tergantung pada dinding dapur itu. Jarum panjang menunjukkan pukul 11 pagi. Nampaknya, aku ada banyak masa lagi untuk menetapkan rancangan aku. Aku mengunyah makanan sehingga licin pinggan. Pinggan yang kotor bersama gelas yang sudah digunakan oleh aku, aku letakkan di dalam sinki dan terus membasuhnya.
Memang tabiat aku makan terus cuci sebab aku tak suka tinggalkan pinggan kotor dalam sinki. Ianya buatkan mata aku rasa rimas. Selesai mencuci semua pinggan dan gelas kotor, aku letakkannya semula pada tempat asalnya.
Kakiku melangkah keluar daripada dapur dan menuju masuk ke dalam bilik aku terlebih dahulu. Aku nak periksa telefon aku terlebih dahulu kalau-kalau Steve ada call kah apa. Tapi, bila aku periksa, langsung tiada pesanan pun daripada lelaki itu. Jadi, lebih baik aku bawa sekali telefon ni bersama aku.
Mana lah tahu, ada emergency kah apa dan aku perlu minta bantuan daripada Steve nanti. Langkah kakiku menuju ke luar daripada bilikku dan aku menuju ke arah bilik stor yang bersebelahan dengan garaj seperti yang dikatakan oleh Steve.
Aku buka pintu bilik stor itu. Namun, ianya berkunci. Alamak, kenapa aku tak terfikir pun kalau pintu bilik stor ini pun akan berkunci. Takkan aku nak pecahkan pintu ni pula? Kalau aku pecahkan mesti aku akan dengar suara yang menyakitkan hari.
"You can't broke this door. Thank you."
Erghh, lebih baik aku minta pertolongan Steve. Nombor telefon lelaki itu aku tekan dan panggilan masih cuba untuk disambungkan kepada Steve. Aku menanti lelaki itu mengangkat panggilan aku.
Aduh dia ni..angkatlah. Lama aku demhar perkataan 'tutt' ni berbunyi. Tapi, bila difikirkan balik. Macam mana kalau bukan Steve yang angkat panggilan aku? Macam mana kalau Matt ataupun Luke yang angkat?
Ishh, aku je fikir lebih sangat kot.
Tidak lama kemudian, panggilan aku pada Steve bersambung.
"Steve, I need your help." Kataku padanya.
"Ohhh, cakap je lah kau nak aku tolong apa. Aku perlu cepat ni."
Suara Steve kelihatan tergesa-gesa di hujung talian. Nampaknya, aku salah waktu buat panggilan pada dia. Eh, aku tak kisah. Siapa suruh dia libatkan aku dengan semua benda ni pada mula-mula dulu kan? Dia kena lah tanggung semua ni.
"Pintu bilik stor berkunci lah."
Aku menanti Steve yang masih senyap di sebelah sana. Mungkin, dia masih memikirkan sesuatu.
"Pasal tu, kau cari kunci yang tergantung dekat tepi dinding yang ada banyak rak untuk letak toolbox di dalam garaj. Kunci yang bertanda hijau tau."
"Ohhh, okay. Thanks again." Ucapku pada Steve.
Aku memutuskan panggilan serta-merta memandangkan Steve kelihatan sangat tergesa-gesa. Kaki membuka langkah menuju ke arah garaj pula. Keadaan di dalam garaj itu kelihatan sangat rapi dan kemas. Aku lihat tempat yang dikatakan oleh Steve terdapat dua gugus kunci yang tergantung pada dinding tersebut.
Aku hanya ambil kunci bertanda hijau yang dikatakan oleh Steve itu daripada gugusan kunci yang lain. Tanpa melengahkan masa, aku terus menuju ke arah bilik stor dan aku masukkan kunci itu pada tombol pintu. Seperti yang diharapkan, pintu terbuka.
Aku melihat pada belakang pintu bilik stor itu. Terdapat lagi satu gugusan kunci yang banyak. Aku ambik gugusaa kunci tersebut dan semuanya ditandakan dengan nama pada setiap kunci tersebur. Ia memudahkan lagi kerja aku apabila aku ternampak kunci yang tertera nama Luke.
Aku ambilnya dan aku terus melangkah ke arah bilik Luke. Dalam hati aku berdoa banyak-bantak supaya kerja aku kaki ini berjalan dengan lancar. Dengan kekuatan yang ada aku tolak pintu bilik Luke dan aku lihat sebuah bilik yang sangat kemas.
Satu perkara yang buatkan aku rasa terkejut adalah kepingan gambar polaroid yang tergantung pada fairy light. Aku tak sangka sekasar lelaki bernama Luke dan jahat itu adalah seorang yang nampak baik di dalamnya. Paling mengejutkan adalah semua kepingan gambar itu di tuliskan tarikh bila ia diambil.
Bukan itu sahaja yang buatkan terkejut. Ianya adalah wajah aku pada setiap gambar. Ada gambar aku secara berseorangan dan ada gambar aku bersama Luke.
Aku tertarik pada gambar yang diambil pada tarikh 05/08 itu. Ianya tarikh yang sama pada tatu yang terukir pada lengan Luke. Ianya tarikh sehari sebelum hari lahir aku.
Wajahku pada gambar itu kelihatan gembira. Begitu juga Luke.
"Will You be my girlfriend, My love?" Tanya Luke pada aku.
"Ii..." aku tak tahu nak jawab apa.
Tapi, yang pastinya aku pun sayang pada dia.
"It hurt me if you rejected my permission." Kata Luke pada aku dengan pandangan mata redupnya.
Sudah hampir setahun lebih aku mengenalinya dan sepantas ini dia minta aku jadi teman wanita dia.
"I...I don't know."
Luke tersenyum nipis ke arah aku. Namun, pandangan matanya yang redup itu membawa seribu satu kekesalan. Tapi, apa boleh aku buat. Aku tak berani nak ungkapkan kata-kata 'ya'.
"Hmm, mungkin ianya terlampau cepat dan kau masih belum dapat terima semua ni."
"No..I just...emmmm, aku tak berani nak cakap 'ya'. Tapi, aku okey je kalau kau nak anggap aku lebih daripada kawan."
Pada mulanya kami hanya sekadar kawan. Namun, kini menjadi lebih daripada kawan.
Yaa...ini lah salah satu permulaan hidup aku bersama Luke. Di mana aku terima dia sebagai teman lelaki aku. Jadi, selama ni betul lah apa yang Luke katakan pada aku.
"I'm your boyfriend, Luke."
Pandangan aku tertarik pula pada gambar terakhir yang tergantung di hujung sekali. Tarikh yang tertera ialah pada 25/05. Ianya tarikh pada 5 tahun lepas. Ianya sekadar gambar aku berseorang yang nyenyak tidur memeluk anak patung kesayangan aku.
"This is one of my favourite pic of you."
Ianya gambar aku tertidur di sisi Luke ketika kami berdua luangkan masa untuk menonton filem bersama-sama. Hati aku terasa sebak mengenangkan semua memori yang datang secara satu per satu mengingatkan aku pada masa silam aku pada Luke.
Ianya terdedah dengan sendirinya di depan mata aku.
Secara automatik, tangan aku memutarkan gambar polaroid tersebut mendedahkan satu tulisan cantik yang tertulis di belakang gambar tersebut.
I knew I hurt you. It won't happened if my mental health doesn't broke me down. - Luke
Aku dapat rasakan sakitnya Luke mengalaminya sebelum ini. Patutlah aku rasa serba tak kena pada lelaki itu. Ianya seperti memerlukan bimbingan untuk mengubah dirinya dan aku semakin teruja untuk mengetahui masalah kesihatan yang dialami oleh Luke.
Pasti ada satu catatan atau maklumat yang tersimpan di dalam bilik lelaki itu. Tapi, di mana aku perlu memulakan pencariannya. Bila difikirkan balik... aku tak boleh nak hadap semua ni kalau ianya menjadi semakin teruk.
Kedua-dua belah pergelangan tanagn aku lebam akibat dicengkam terlampau kuat oleh Luke. Dia tidak boleh terima aku untuk berjauhan daripada dia. Dia sanggup tengking dan cederakan aku sebab aku nak berpindah ke New York untuk sambung belajar.
Pada mulanya aku diamkan sahaja perkara ini tetapi, bila tibanya Nova, kawan baik aku mengetahui semua perbuatan pentingkan diri Luke itu buatkan gadis itu naik angin. Siapalah yang tak naik angin kan kalau kawan baik sendiri dicederakan. Termasuk ibu bapa aku pun halang aku untuk berjumpa dengan Luke lagi selepas mereka dapati yang Luke pukul aku.
Memanglah aku jenis yang kuat melawan. Tapi, selagi aku dipanggil perempuan selagi itulah kudrat aku tak akan dapat menandingi kudrat seorang lelaki.
Dan buat pertama kalinya aku dapat tahu yang Luke mengalami gangguan mental. Kenapa selama ini aku hidup dengan dia...dia tak pernah pun beritahu pasal semua ni?
"I can help you, Luke. But, if you can't help yourself after that...It's useless."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top