CHP 22
CLEO
Selesai mandi, aku menyarungkan pakaian pada tubuh badan aku. Sebenarnya, fikiran aku sejak semalam lagi tertanya-tanya akan apa yang Steve nak beri pada aku. Aku haraplah ianya benda yang berguna.
Dalam masa yang sama, aku cuba untuk cari jalan keluar. Tapi, kali ini rumah ni di naik taraf pada sistem yang lebih ketat. Aku pula yang rasa rimas duduk dekat sini. Tambahan pula, aku ada satu keinginan yang aku nak lakukan di dalam rumah ni sebenarnya.
Aku berhasrat nak selongkar bilik Luke. Namun, bila difikirkan balik, macam mana aku nak masuk bilik mamat misteri itu. Ianya sentiasa berkunci. Lebih-lebih lagi bila dia tiada di rumah. Nak kata ada kunci pendua, mestilah disimpan oleh Luke ataupun sesiapa sahaja ahli di dalam rumah ni.
Tidak lama kemudian, gegendang telinga aku menangkap bunyi deruman kereta masuk ke dalam.garaj. Aku tak boleh agak siapa yang balik. Tapi, sejak semalam lagi aku cuma tengok muka Daven dan Paul sahaja bersama aku.
Luke dan yang lain pula tiada. Mungkin, mereka sibuk dengan kerja kot. Inilah salah satu yang membuatkan aku tertanya-tanya dengan perihal mereka berenam.
Apa pekerjaan yang mereka lakukan sebenarnya? Sampaikan boleh beli rumah secanggih ini?
Tiba-tiba, pintu bilik aku dibuka daripada luar secara mengejut. Cuma, aku je yang tak terkejut. Walau aku kunci pintu bilik itu sekalipun, sudah pasti mereka dapat membukanya dengan mudah. Sebab, ada kunci pendua lah katakan.
Kejap, kenapa aku tak terfikir selama ini eh? Kalau selama ini Luke yang ada di dalam rumah yang pegang kunci pendua. Sudah pasti, Luke akan serahkan kunci pendua untuk dipegang oleh Paul. Sebab, Paul yang jaga rumah sekarang ni.
Aku lihat ke arah muka pintu, kelibat Paul masuk ke dalam bilik aku. Dia tersenyum ke arah aku bersama ada sebungkus plastik makanan dan sebuah kotak bungkusan di tangannya. Paul datang mendekati aku yang duduk di atas katil itu.
"Malam ini, aku tak masak untuk kau. Sebab, aku penat. Nah...ini makanan dan ini entah apa lah yang Steve bagi pada kau."
Paul meletakkan kedua-dua barang itu di atas meja kecil yang bersebelahan dengan katil aku. Aku cuma buat muka kosong tanpa perasaan.
"Kau makan sampai habis tau makanan yang aku beli tu. Biar makan sampai sembuh." Pesan Paul pada aku sebelum dia berlalu pergi daripada bilik aku.
Pintu bilik aku dia tutup rapat dan aku bergegas mencapai bungkusan yang Steve beri pada aku itu. Kotak bersaiz sederhana kecil itu aku buka dan ianya sebuah telefon. Ada nota terselit di tepi kotak itu.
Telefon ni aku belikan untuk kau. Simpan baik-baik tau. Jangan sampai sesiapa tahu termasuk Luke. Ini je cara aku untuk bantu kau sekarang ni. Dalam pukul 11 malam aku call kau. Okey? - Steve > • <
Aku tersenyum membaca nota kecil daripada Steve itu. Aku tak sangka masih ada kebaikkan di dalam hati budi Steve yang pengkhianat itu. Aku ingatkan dia dah tak nak tolong aku dah.
Tapi, bila difikirkan balik. Aku tak.tahulah macam mana aku boleh lupa nombor telefon ibu dan ayah aku. Mungkin, disebabkan terlampau banyak nasib malang menimpa aku yang membuatkan aku terlupa tentang benda penting itu.
Aku menghidupkan telefon tersebut dan benda pertama yang aku lihat adalah gambar muka hadapan telefon aku ialah gambar aku sendiri. Mataku merenung wajah aku yang berseri-seri di dalam gambar itu. Seingat aku...gambar ni bukannya gambar aku yang diambil pada tahun ini. Tapi, gambar yang diambil 5 tahun lepas.
Aku masih ingat lagi gambar ni diambil pada 5 tahun lepas. Sebab, masa itu aku pakai klip rambut yang dihiasi berlian. Begitu juga sama seperti di dalam gambar. Aku memakai klip rambut yang sama.
Bila difikirkan balik, Steve yang memegang telefon ini dan sudah pasti dia orang pertama yang menghidupkan telefon ini. Mesti Steve ada kaitan juga dengan masa silam aku.
Jadi, Nova dan Steve...orang yang ada kaitan dengan kisah silam aku.
Aku tekan pada butang 'home' yang ada pada telefon itu. Perkara menjengkelkan menyemakkan pandangan mata aku. Sempat pula mamat ni letak gambar dia sebagai wallpaper telefon aku. Sudahlah gambar dia yang tak berbaju dengan lagak rasa macho dia itu buatkan aku rasa jengkel.
Erghh...
Aku buka pada aplikasi kenalan dan hanya tertera nombor Steve sahaja di dalamnya. Aku haraplah malam ni Steve memang boleh bantu aku melepaskan diri dan merungkaikan semua apa yang terjadi di masa silam aku.
Aku cuma ada dia sahaja sekarang ni untuk tolong aku.
▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲
Jarum panjang pada jam dinding tepat menunjukkan pukul 11 malam. Sejak tadi, aku hanya berkurung di dalam bilik sebab ternanti-nantikan panggilan daripada Steve. Tapi, ada lah juga aku buat benda lain macam tidur sekejap ataupun termenung jauh sementara tunggu waktu berlalu.
Membosankan sungguh kan..hidup aku dipenjara di dalam rumah neraka lagi berpuaka ni.
Tidak lama kemudian, seperti apa yang dijanjikan oleh Steve, panggilan masuk pada telefon aku. Sepantas kilat aku menekan butang hijau dan panggilan Steve bersambung pada aku.
"Cepat kau angkat call aku kan. Mesti rindu tahap gaban ni."
Hehhhh, mamat ni sempat lagi dia nak bergurau dengan aku.
"Tak ada maknanya."
"Hahahahahha..." tawa Steve di hujung talian.
"Jadi, tolong lah aku sekarang ni untuk lepaskan diri." Kataku pada Steve.
"Hmmm, yang itu aku cuma tolong sikit-sikit je tau. Jadi, kau nak aku tolong macam mana?"
Kalau boleh, aku nak je terus minta tolong dia untuk melarikan diri daripada rumah ni. Tapi, disebabkan aku terlampau tertanya-tanya tentang latar belakang Luke. Aku tangguhkan terlebih dahulu hasrat utama aku itu.
"Kau tahu tak siapa yang pegang kunci bilik Luke?"
"Ermm.. kau nak buat apa dengan kunci bilik abang angkat aku tu?"
Patutkah aku beritahu dia.. Tapi, dia kan bantu aku. Beritahu je lah.
"Aku nak terjah masuk bilik Luke."
"Wwwwhat? Kau biar betul nak terjah bilik Luke?"
"Yess....i'm serious now. Kau nampak aku ni macam tengah main-main kah? Aku tak macam kau suka main-main." Sempat aku menyindir lelaki itu.
"Hmmm, yelah yelah. Kalau kau nak tahu kunci pendua ada je tersangkut dekat belakang pintu bilik stor bersebelahan dengan pintu garaj."
Aku ingatkan Paul yang pegang kunci pendua. Rupanya, tak ada sesiapa yang pegang pun. Aku je melebih-lebih buat andaian. Hehehee...terlampau bijaklah pula.
"Ohhh, okay, okay. Thanks for the information. Lagi satu, aku nak tanya, kau dekat mana sekarang ni hah?"
"Brazil."
"Jauhnya. Bukankah kau dekat New York?"
"Aku ambik keputusan untuk buat kerja lain."
Inilah peluang aku untuk tanya tentang pekerjaan mereka berenam.
"Sebenarnya kan...korang kerja apa sampai perlua travel jauh-jauh untuk buat kerja?"
"Ermmm, yang tu... aku tak boleh beritahu kau. Sebab, ianya rahsia peribadi."
Punah harapan aku bila dia cakap macam tu. Tapi, tak apa lah kalau dia Memang tak nak beritahu. Lagipun, bukannya penting pun kan untuk aku melarikan diri daripada sini.
"Lagi satu, Luke dekat mana? Aku langsung tak nampak muka dia sejaka semalam lagi."
"Kenapa? Kau rindu abang angkat aku tu kah?"
"Eh, tak ada maknanya."
"Hehehhe, mana lah tau kan..."
Dia ni langsung tak ambik serius dengan soalan aku. Kalau dia ada di depan mata sekarang ni. Memang aku lempang muka mamat tu. Menjengkelkan betul. Suka menyakitkan hati aku.
"Luke ada je dengan aku dekat Brazil."
"Dia buat kerja dengan korang juga kah?"
"Emmm sebenarnya, tak pun. Dia datang sini sebab esok dia ada appointment dengan doktor."
Bila mendengarkan ayat terakhir itu, ada sesuatu yang menyentak perasaan aku. Tapi, aku tak tahu apa perasaan itu. Aku tak yakin sama ada ianya perasaan aku tengah risaukan Luke ataupun...Erghh aku tak tahu lah!
"Luke sakit kah?"
"Yeah, kalau kau nak tahu. Sebenarnya..Luke ada masalah mental."
Kejap...masalah mental. Ayat ni seperti pernah berlegar dalam fikiran aku sebelum ini.
'Sebenarnya, dia ni ada masalah mental sejak dia kecil lagi.'
Kata-kata itu kembali menerjah fikiran aku. Dan apa yang di dalam ingatan aku itu katakan sama dengan apa yang Steve katakan.
Adakah selama ini semua yang selalu berlegar di fikiran aku sememangnya tentang Luke? Tapi, kenapa langsung tiada tandapun aku lihat kelibat Luke yang muncul. Sebab, wajah orang lain acap kali muncul setiap kali aku memikirkan tentang nama seorang lelaki. Iaitu, Luke.
"Helloooo? Kau hidup lagi kah tak?"
Suara Steve yang berada di talian sebelah sana menyentak lamunan aku.
"Ohh, Hahahah, aku termenung sekejap tadi."
"Haihh, kau ni buat aku risau je. Anyway, ada apa-apa lagi yang kau nak aku tolong?"
"Nanti..aku beritahu kau kalau aku perlukan bantuan."
"Okey, jangan lupa tau. Apa yang aku pesan untuk simpan telefon ni dengan baik dan jangan sesekali sampai sesiapa tahu pasla benda ni. And, one more things is...Luke akan balik petang esok. Jadi, berhati-hatilah kalau kau nak terjah masuk bilik Luke sekalipun. Anyway...bye.."
Panggilan terputus dan aku letakkan semula telefon itu di atas meja kecil. Aku kena terjah masuk bilik Luke terlebih dahulu untuk mencari pentunjuk kepada semua peribadi Luke. Lelaki misteri bernama Luke itu buatkan aku tertanya-tanya tentang dia.
Mungkin, lepas aku tahu semuanya mengenai Luke barulah aku dapat larikan diri daripada rumah ni. Ataupun, patutkah aku telefon polis je?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top