CHP 21

NOVA

Aku menghulurkan wang kertas itu kepada pemandu Uber dan aku keluar daripada kereta tersebut setelah membuat pembayaran kepada pemandu Uber itu. Seharian aku duduk di kafe berjumpa dengan Steve. Sudah hampir 3 hari berturut-turut aku berjumpa dengan Steve.

Pada mulanya, bertembung di pusat membeli-belah sahaja. Tetapi, lama-kelamaan selalu pula Steve bawa aku berjumpa dengan dia. Dia kata berjumpa untuk suka-suka sahaja dan ingin tahu tentang khabar Cleo yang menghilangkan diri. Aku cerita sedikit sahaja padanya. Tak semua aku cerita sebab, tak banyak aku tahu mengenai kehilangan Cleo dan takut nanti aku tersasul mendedahkan rancangan pencarian Cleo pula.

Aku melangkah masuk ke dalam De Brazilia Hotel dan dari jauh aku lihat Taylor tersenyum ke arah aku. Ehhh, dia muncul pula dah. Tolonglah...

"Kau pergi mana ha?" Tanya Taylor pada aku.

"Hehhe, jalan-jalan." Kataku padanya.

Taylor lihat ke arah beg kertas yang penuh ditangan aku itu. Memang aku pergi shopping pun memandangkan Mr. Clifford masih belum perlukan bantuan aku. Bukan aku tak nak tolong cari Cleo. Tapi, Mr. Clifford cuma nak aku mencari maklumat kecil sahaja. Kalau sampai nak menganalisis bagai, itu bukan kerja aku.

"Kau tak beritahu aku pun kau keluar. Susahkan diri sendiri je kau ambik Uber nak jalan-jalan. Aku kan ada nak bawa kau jalan-jalan." Kata Taylor pada aku.

"Aku tak naklah kau ikut sebab aku jumpa kawan tadi."

"Hmmm, yelah. Jomlah, ayah aku tengah cari kau sekarang ni."

Taylor menarik lengan aku yang masih dipenuhi dengan beg kertas itu mengekorinya menuju ke lobi di mana Mr. Clifford sedang menanti kedatangan aku. Aku dibawa oleh Taylor ke sofa yang disediakan oleh pihak Hotel di situ untuk tetamu yang hadir.

"Ehh Taylor, kenapa tak suruh je Nova masuk bilik dulu untuk letak barang? Kan dah menyusahkan Nova je untuk bawa barang dia ke hulu ke hilir." Kata Mr. Clifford pada anak lelakinya itu.

"Tak apalah Uncle, Nova boleh masuk bilik kemudian je. Lagipun, Mr. Clifford mesti diutamakan terlabih dahulu."

"Haaa, ayah sendiri dengar kan yang Nova sendiri yang tak nak masul bilik dulu."

Eleh, dia ni kalau dia tak tarik aku pergi lobi tak adanya aku hingin sangat nak ke sini. Lagipun, kaki aku penat sepanjang hari berjalan-jalan.

Boleh je aku masuk bilik terus dan terlentang di atas katil yang empuk dan lembut.

"Apa pun, Uncle perlukan bantuan saya kah?" Tanyaku pada Mr. Clifford.

"Sebenarnya, Uncle nak beritahu yang sekarang ni macam ada sesuatu yang telah ganggu pencarian Cleo. Jadi, ianya menyukarkan lagi pencarian kita." Terang Mr. Clifford pada aku.

"Ganggu yang macam mana tu Uncle?"

"Sistem pencarian polis menggunakan satelit digodam oleh seseorang untuk menyulitkan lagi pencarian kita ke atas Cleo."

Dahi aku berkerut mendengarkan kata-kata daripada Mr. Clifford.

"Jadi, pihak penyiasat yang lainnya mengesahkan yang berkemungkinan Cleo memang terlibat dalam kes penculikkan."

Kalau macam tu, aku memang boleh agak yang Cleo diculik oleh seseorang. Tapi, siapa? Nak kata Cleo ada musuh, tak ada pula. Takkan ianya ada kena-mengena dengan musuh ibu bapa Cleo?

▲▼▲▼▲▼▲▼▲

STEVE

"Macam mana? Selama 3 hari ni kau jumpa dengan Nova?" Tanya Matt pada aku.

"Hmm, macam tu lah. Dia banyak bercerita pasal Cleo yang hilang."

Tapi, sebenarnya, aku kena bantu Cleo. Aku nak beritahu dia di mana Cleo berada sebenarnya. Cuma, sekarang ni bukan waktu yang tepat untuk aku beritahu semua itu. Mendengarkan Cleo terlibat dalam kemalangan dan pengsan selama 3 hari gara-gara ingin melarikan diri daripada Luke buatkan aku tak tahan tengok kawan baik aku itu terseksa.

Walaupun sekarang ni Cleo tak ingat aku siapa, tetapi dia sebagai kawan baik aku, aku kena bantu dia. Lagipun, mesti ibu bapanya dan Nova yang rapat dengan Cleo turut rasa apa yang aku rasa melihatkan penderitaan Cleo. Kalau nak dikatakan Luke dan yang lain kasihan melihat Cleo, aku rasa memang tak lah. Kebanyakkan adik-beradik angkat aku bukannya kisahpun.

Lebih-lebih lagi Matt. Mereka semua lebih mementingkan perasaan Luke berbanding Cleo yang menjadi mangsa keadaan.

"Kau ada tanya pasal rancangan diorang nak cari Cleo tak?"

"Takkan aku tanya pula. Nanti kantoilah tujuan aku nak berjumpa dengan dia. Nova tu cerdik orangnya. Kalau aku tanya nanti, dia syak aku pula."

Matt buat muka kosong tidak mengendahkan kata-kata aku. Abang sulung aku memang macam tu.

"Ataupun...kau nak aku tanya pasal kau dekat dia eh?" Kataku cuba untuk mengusik Matt.

Sudah agak lama aku tak udik Matt bersama Nova setelah Cleo berpisah dengan Luke.

"Tak payah. Aku boleh agak dia dah tak kisah pasal aku pun." Kata Matt dingin.

Tiba-tiba, sahaja telefon aku berdering menandakan ada seseorang yang membuat panggilan pada aku. Aku lihat nama Luke tertera pada skrin telefon. Panggilan daripada abang angkat aku itu aku jawab.

"Heyyyyyy.....kau daa Okey?" Tanyaku pada Luke dengan nada yang menjengkelkan.

"Hmmm,  okey je. Aku akan sampai Brazil petang ni."

"Ohhhh....asal kau datang sini?"

Takkan dia nak berjumpa dengan Nova pula?

"Kau tanya lah Matt. Dah, ambil aku petang ni. Pukul 4."

"Oh...Okay."

Talian diputuskan dan aku lihat ke arah Matt yang leka dengan kerjanya itu.

"Kenapa Luke nak datang sini?"

"Kau dah lupa kah? Esok dia ada appointment dengan Dr. Tenyson." Kata Matt pada aku langsung tidak mengalihkan pandangannya daripada skrin laptop.

"Ohhhh, aku lupa." Angguk aku faham.

Jadi, sekarang ni dikira Cleo berseorangan bersama Paul sahajalah di London. Baiklah, inilah peluang aku untuk berbual dengan Cleo.

Aku angkat daripada duduk dan menuju ke tingkat atas. Aku dan Matt tak tinggal dengan Grandma. Sebab, kalau tinggal dengan Grandma, entah-entah boleh sakit jantung dia kalau tahu cucu-cucu dia buat kerja jahat. Jadi, kami pergi Brazil tanpa pengetahuan Grandma.

Aku masuk ke dalam bilik dan pintu aku kunci rapat. Telefon aku buka dan mendail nombor telefon rumah di London. Pada waktu sebegini  pasti Paul sibuk menguruskan bar di London. Sebab, kalau Luke tiada di London, Paul akan ambil alih menguruskan bar selama 12 jam sehingga malam dan ianya akan silih ganti pula diuruskan oleh Daven.

Aku menanti panggilan di angkat. Namun, ianya langsung tiada tanda-tanda panggilan aku akan bersambung. Takkan minah ni tidur lagi?

Baru je masuk tengahari. Haih, aku buat panggilan untuk kali kedua. Tapi, kali ini diangkat dengan serta-merta.

"Hello?"  Suara Cleo di hujung talian menyapa gegendang telinga aku.

"Haaa, angkat pun."

"Hmmm, apa kau nak?"

"Kau berseorangan sekarang ni kan?"

"Yup.."

Suara Cleo yang acuh tak acuh menjawab soalan aku itu, aku biarkan sahaja.

"Kau dah okey?" Tanyaku prihatin padanya.

"Okey je."

"Ohh, baguslah."

"Kau dekat mana?" Kali ini Cleo pula yang bertanyakan soalan pada aku.

"Kenapa? Kau rindu aku eh?" .

"Tak. Aku menderita duduk sini."

Aku hanya mampu mendiamkan diri  sahaja mendengarkan kata-kata yang meniti pada bibir Cleo. Aku kena bantu dia. Takkan aku nak biarkan Cleo macam tu je kan?

"Tak apa. Esok aku akan hantar sesuatu ke rumah. Untuk ceriakan kau. Okey. Bye."

Aku putuskan talian. Sebenarnya, aku ada rancangan tersendiri pada ayat terakhir itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top