CHP 20

PAUL

Tanganku mencapai segelas jug air kosong dan aku letakkan di atas dulang. Setelah meletakkan semangkuk bubur dan pinggan yang berisi potongan buah epal, aku bawanya masuk ke dalam bilik Luke dan Cleo di mana mereka berdua ditempatkan.

Penat betul jaga dua orang manusia yang perangai memang menyusahkan orang ini. Lebih-lebih lagi Luke tu. Langsung tak penat pun nak kehilangan nyawa disebabkan kekasih hati dia tu. Aku tak faham lah orang bercinta ni.

Heh, memanglah aku tak faham. Sebab, aku playboy, mana pernah serius dalam percintaan. Pakai buang je.

Aku masuk ke dalam bilik dan aku lihat Luke sudah pun sedar. Cleo pula masih belum sedarkan diri. Daven kata, disebabkan Cleo pernah alami kemalangan sebelum ini, berkemungkinan dia boleh koma ataupun belum sedarkan diri sahaja. Boleh dikatakan pengsan sementara lah.

"Nah, makan ni." Aku hulurkan semangkuk bubur itu kepada Luke.

Luke menolak huluran aku. Namun, dia meminta air untuk diminum. Aku turutkan sahaja kehendak abang angkat aku itu. Aku berikan segelas air kosong kepadanya dan Luke menghirup air itu sehingga separuh.

Kasihan aku tengok keadaaa Luke yang cedera agak teruklah bagi aku. Dengan lehernya yang dijahit sebanyak 10 jahitan itu dibalut dengan bandage dan kepalanya juga berbalut bersama kapas yang tertampal pada bahagian pipi kanan Luke akibat terkena torehan kaca. Huduh dah aku tengok.

Aku ambil semula mangkuk yang bersisi bubur itu dan aku hulurkan pada Luke.

"Nah, makan ni. Biar ada isi sikit perut kau tu."

"Tak nak aku. Tak ada selera."

Nafas aku tarik dan hembus. Sedaya upaya menahan kesabaran dalam diri aku ni. Sabar, Paul..Luke sakit dan aku kenalah faham orang yang tengah SAKIT!

"Makanlah. Kau tahu kau sakit lepastu tak nak makan pula. Tak pasal-pasal aku kena marah dengan abang sulung nanti." Desakku padanya.

Dalam kalangan adik-beradik angkat aku, Luke ni lah yang paling manja kalau dah sakit. Aku masih boleh pertimbangkan lagi Flynn dan Shawn tu. Luke ni pula perlu dipaksa baru lah dia dengar cakap. Degil sangat.

"Aku dah kata aku tak nak..TAK NAK LAH!" Gertak Luke padaku.

Aku julingkan mata ke atas tanda menyampah melayan perangai Luke.

"Kau sakit! Aku yang jaga dan ianya akan menyusahkan lagi aku kalau kau tak sembuh. Makan!" Paksa aku pada Luke.

Luke berpaling daripada aku. Sabar Paul..Sabar.. perangai Luke aku kena bawa bersabar.

"Kau nak aku suap kan?" Aku mengambil sudu yang berisi bubur itu dan aku menyuakan sudu itu ke arahnya.

"Tak nak..." kata Luke degil pada aku.

"Kau ni degil lah!" Marahku padanya.

Aku capai telefon dan aku membuat panggilan pada Matt. Tidak lama kemudian, talian bersambung.

"Kau nak apa?" Tanya Matt dingin pada aku.

Dapat aku rasakan aura abang sulungnya disitu.

"Ni Haaa..adik kesayangan kau ni tak nak makan. Dah tahu sakit dia masih berdegil juga tak nak makan." Aduku pada Matt.

"Bagi phone ni dekat Luke."

Aku hulurkan telefon itu pada Luke dan lelaki itu menerima huluran aku. Luke tidak melekapkan telefonku itu pada telinganya malah dia menekan butang merah mematikan panggilan daripada Matt. Dia melontarkan telefonku menghempas dinding.

Aku kaku melihatkan perangai Luke yang mulai agresif.

"Puas?"

Luke mencapai semangkuk bubur di tangan aku itu dan dia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya dengan selamba tanpa ada rasa bersalah pun pada aku.

Aku cengkam rambut aku menahan rasa geram.

"FUCK YOU!"

Aku ambil keputusan untuk keluar daripada bilik itu. Siap aku hempaskan pintu kayu itu ketika menutupnya. Aku tahu aku jenis yang baran. Jadi, lebih baik aku ambil langkah untuk keluar dari bilik itu. Daripada terus menerus memandang wajah Luke yang menyusahkan itu.

▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲

MATT

Aku letakkan semula telefon di atas meja apabila aku dapati yang Luke matikan panggilan daripada aku. Risau pula aku dibuatnya. Sudahlah hanya Paul sahaja yang tinggal bersama adik angkat aku itu di London. Aku takut pula kalau Paul yang baran itu bergaduh pula dengan Luke nanti.

Sudahlah Paul jenis yang tidak tahan sabar. Tapi, aku bersyukurlah ada Paul yang jagakan Luke. Nasib baiklah ada Paul yang selamatkan Luke dan Cleo daripada kemalangan.
"Dah kah belum?"

Aku toleh ke arah kiri dan Steve sudahpun segak berpakaian. Bila melihatkan Steve berpakaian sebegitu, aku cemburu pula dengannya yang dapat berjumpa dengan Nova.

Dia pakai segak-segak macam ni, nak pikat Nova kah apa?

"Dah kah belum? Tenung aku dengan pandangan menyampah buat apa? Ataupun kau cemburu sebab hari ini aku dapat jumpa dengan Nova?" Kata Steve pada aku sambil menjongketkan keningnya ke arah aku.

Kalau aku jujur pun, bukannya boleh ubah apa-apa. Lebih baik aku buat bodoh je depan budak ni. Tak membawa faedah pada aku pun.

Aku tidak mengendahkan soalannya dan berjalan menuju ke arah kereta milikku.

▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲

CLEO

"Sebenarnya, dia ni ada masalah mental sejak dia kecil lagi."

"Sebab tu lah perangai dia lain daripada orang lain walaupun kau tengok dia nampak normal. Tapi, dalaman dia berbeza daripada orang lain."

"Susah sebenarnya nak kawal dia. Kau je lah yang setakat ni paling tahan dengan perangai dia."

Aku menangis menagan rasa sakit pada tepi bibir aku akibat tamparan yang kuat daripada kekasih aku. Dia pukul aku sampai lebam.

"Cuma, sekarang ni...bergantung pada kau je lah. Samada kau tahan ataupun tidak. Tapi, bila tengok kau macam ni. Aku tak naklah kau menderita disebabkan dia."

Aku tak tahu nak buat apa apabila aku cedera teruk dibelasah oleh kekasih aku. Bukan apa aku berat hati nak lepaskan dia, sebab aku cuba untuk tolong dia. Tapi, dia langsung tak membantu diri sendiri untuk berubah. Aku yang jadi mangsa keadaan.

"Kau yakin kau masih tahan dengan perangai dia?"

Aku pandang wajah Steve yang berbicara padaku itu. Fikiran aku pula bekerja untuk memproses keputusan yang patut aku buat.

▲▼▲▼▲▼▲▼▲

Aku keringkan rambut aku dengan menggosoknya mengunnakan tuala. Sementara itu, mata aku pula menatap kaca televisyen yang memaparkan siaran radio. Radio itu mendendangkan lagu bertajuk Make You Mine yang dinyanyikan oleh kumpulan PUBLIC.

'Put your hands in mine..'

'You know that I want to be with you all the time..'

'You know that I won't stop untill I make you mine..'

'You know that I won't stop untill I make you mine..'

'Untill I make you mine..'

Bahagian chorus pada lagu itu diulang berkali-kali membuatkan kantung mata aku berair mengenangkan perpisahan antara aku dan bekas kekasih aku. Lagu itu selalu dia nyanyikan untuk aku.

'Aku rindukan dia. Apabila mengenangkan semula wajahnya yang sedih tidak boleh menerima kenyataan akan permintaan aku untuk berpisah dengannya.' Bisik hati aku retak mengenangkan semula saat-saat pahit itu.

Telefon aku tiba-tiba sahaja berdering nyaring menandakan ada seseorang yang membuat panggilan pada aku. Aku bergegas untuk mencapai telefon milikku. Aku lihat pada skrin. Ianya tertera nama Nova. Butang hijau aku tekan menyambungkan panggilannya padaku.

"Hello, Cleo? Are you okay?"

"I'm...." aku tarik nafas panjang cuba untuk mencari kekuatan di dalam diriku.

"...totally fine." 

"Hmmm, such a liars. I knew you're sad right now. By the way, just...keep calm okay? Jangan overthinking sangat dan terbawa-bawa perasaan sedih kau. Kalau kau sedih. Beritahu je aku. Aku ada untuk kau. Aku turut simpati atas perpisahan kau dan Luke."

Kata-kata terakhir itu membuatkan aku kembali pada dunia realiti. Aku cuba untuk membuka mataku yang masih tertutup rapat itu. Badan aku mulai terangsang dengan rasa sakit. Kepala aku pening dan kelopak mata aku juga sukar untuk dibuka.

Namun, gegendang telinga aku masih berfungsi dan apa yang aku dengar ialah...

"Eh, dia dah sedar."

"Daven!"

"Woi!!"

Aku dapat kesan suara itu. Tak lain tak bukan mesti itu Paul. Aku gagahkan diri aku untuk melihat dunia dan benda pertama yang aku lihat adalah wajah Daven dan Paul yang sudah berdiri di depan aku. Namun, pandangan aku sedikit kabur.

"Kau rasa dia okey tak?"

"Dia hilang ingatan lagi kah?"

"Aku tengok dia macam semakin pulih je."

Paul yang tidak habis-habis bersuara itu dimarahi oleh Daven.

"Kau boleh senyap tak? Kalau kau nak tahu sangat lebih baik kau je yang periksa dia." Sindir Daven pada Paul.

"Hehehhehe, aku tanya je pun." Sengih Paul tanpa perasaan bersalah.

Pandangan aku kembali cerah seperti biasa. Aku dapat lihat Daven yang mempunyai kepakaran dalam bidang doktor itu membuat pemeriksaan ke atas aku. Daripada bacaan pada monitor sehingga dia memeriksa penglihatan aku.

"Kenapa aku masih dekat sini?" Tanyaku pada Paul dan Daven setelah Daven selesai membuat pemeriksaan ke atas aku.

"Kau masih ingat kitorang?" Tanya Daven pada aku.

"Kalau aku tak ingat apa-apa dah lama dah aku tanya siapa nama korang berdua." Kataku dengan nada yang kasar.

Paul yang kelihatan seperti tidak selesa itu sengaja terbatuk-batuk kecil seakan-akan cuba untuk mehilangkan rasa janggal di dalam dirinya.

"Paul selamatkan kau daripada accident untuk kali kedua. Tapi kali ini, kau nampak lebih baik daripada kemalangan pertama. Sebab, ingatan kau masih kekal dan sudah pasti kau tahu apa yang terjadi pada kau." Kata Daven padaku dingin.

Ya, sudah pastilah aku tahu apa yang terjadi pada aku.

Dikurung oleh Luke.

Berada satu bumbung dengan Luke.

Dan, aku lah punca kemalangan berlaku pada diri aku dan Luke pada malam itu.

Tapi, bila difikirkan balik. Sepanjang aku berada di dalam situasi itu berlaku. Ianya bagaikan ada satu imbasan memori yang membawa aku untuk mengingati semula kisah silam aku.

"Kau beruntung sebab kau hampir-hampir disahkan koma. Nasib baik kau sedarkan diri tak lebih daripada 3 hari." Sambung Daven sekali lagi mengenai kondisi diriku.

Bila difikirkan balik, aku tak kisah pun kalau aku koma. Sebab, sepanjang aku pengsan banyak yang berlegar dalam fikiran aku dan Ianya satu per satu membawa aku pada jawapan kepada apa yang sedaag berlaku pada diri aku pada masa silam serta bakal merungkai siapa Luke yang sebenarnya.

Yang paling penting, benda terakhir di dalam fikiran aku ketika itu adalah perbualan  aku bersama Nova. Aku boleh agak kalau Nova muncul dalam fikiran aku ketika pengsan, itu bermakna Nova tahu semua kisah silam aku. Tapi, macam mana aku nak berjumpa dengan Nova untuk mengetahui semua kisah silam aku.

Aku nak melarikan diri pun susah. Apatah lagi nak berenggang dengan Luke. Ada sahaja cara yang akan mengembalikan semula aku pada lelaki itu.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top