CHP 19
CLEO
Aku suapkan makanan tengahari yang Luke belikan untuk aku. Kami berdua menikmati makanan masing-masing dalam keadaan yang janggal. Aku tak bersuara dan Luke pun tidak membuka bicara.
Aku tak sabar nak nantikan malam ini. Aku kena keluar juga malam ni.
Luke selesai menghabiskan makanannya dan dia berlalu untuk ke tandas yang ada berdekatan dengan dapur itu. Aku perhatikan sahaja gerak-geri lelaki misteri itu. Sebanyak mana aku tahu pasal lelaki itu pun aku tak tahu asal-usul dia dan macam mana dia kenal aku.
Telefon milik lelaki itu ditinggalkan di atas meja. Patutkah aku ambil untuk buat panggilan kepada ayah aku. Sebab, aku cuma ingat nombor Mak ayah aku je. Aku lihat ke arah Luke yang masih berdiri di depan bilik air itu seperti sedang memeriksa sesuatu. Inilah peluang aku untuk ceroboh masuk ke dalam telefon dia.
Aku ambil telefon milik Luke dan aku tekan butang 'on' di bahagian tepi telefon itu. Skrin telefon Luke memaparkan satu gambar seorang gadis bersama Luke dan.. gambar itu buatkan aku terhenti seketika. Ianya..gambar aku dan Luke yang sedang tersenyum memandang kamera.
"Ambil gambar!"
"Tak payah lah buat muka hodoh."
"This picture is sooo perfect."
"Because two of us, are actually perfect together."
Kepala aku berdenyut kesakitan apabila dijengah satu imbasan imej yang laju.
"Haihh, rosak lagi." Keluhan Luke dari jauh aku dapat dengar dari dalam dapur.
Aku bergegas meletakkan semula telefon milik Luke di atas meja dan pada posisi yang asal telefon itu berada. Luke kembali semula ke dapur untuk mengambil telefon miliknya yang tertinggal di atas meja dan aku memerhatikan dia seperti sedang mendail sesuatu.
"Kenapa?" Tanyaku dengan berani padanya.
Sedangkan sebelum ini aku tak pernah pun nak mulakan perbualan.
"Suis bilik air rosak lagi." Jawabnya dingin pada aku.
Aku sambung menyuap makanan ke dalam mulut aku sambil telinga aku dibuka seluas-luasnya mendengar perbualan Luke bersama seseorang di dalam talian.
"Yaa, Suis bilik air rosak lagi. Bila kau nak datang?"
Nampaknya ini lah peluang aku nak tahu di mana lokasi tempat yang akan aku rosakkan. Mestilah dia akan tutup bekalan elektrik sebelum dia membaiki suis tersebut.
"Okey.."
Luke selesai dengan panggilannya bersama si tukang makenik. Luke pandang muka aku.
"Lambat betul kau makan." Kata Luke pada aku sebelum dia berlalu pergi daripada situ meninggalkan aku berseorang di dapur.
Nak buat macam mana? Dah aku memang jenis yang lambat mengunyah. Memanglah lambat cara aku makan. Lagipun, bukan Luke seorang yang complaint pasal aku yang jenis makan lambat. Ramai lagi termasuk ibu ayah aku pun complaint juga.
Setelah sekian lama aku ambil masa 20 minit untuk makan aku basuh semua pinggan kotor yang aku dan Luke gunakan tadi. Fikiran aku melayang semula memikirkan mengenai gambar yang terpampang pada lockscreen Luke.
Buktinya ada di depan mata yang Luke memang sudah lama kenal aku. Itu petandanya, memang betul lah Luke bekas teman lelaki aku dan kami berdua memang pernah ada hubungan sebelum ni. Tapi, masalahnya pula, muka dia tak sama dengan bekas teman lelaki aku. Ianya terlampau jauh perbezaan wajah Luke dan bekas teman lelaki aku.
Disebabkan itulah aku tak boleh percayakan dia yang lelaki itu adalah bekas teman lelaki aku dulu.
Tidak lama kemudian, aku lihat kelibat Luke berjalan bersama seorang lelaki yang membawa kotak perlatan melimpasi ruang dapur. Aku berjalan melimpasi mereka berdua dna Luke bersama lelaki itu sedang berbual mengenai masalah tentang suis tersebut.
"Mana kotak bekalan elektrik?"
"Ada dekat sini."
Luke membawa lelaki itu ke tempat kotak suis utama. Aku pula masuk ke dalam bilikku acah-acah tidak mahu menjadi tukang menyibuk. Tapi, aku buka sedikit pintu itu untuk intai dari dalam bilik.
Aku lihat mereka berdua menuju ke arah salah satu bingkai gambar yang tergantung pada dinding ruang tamu itu. Bingkai gambar yang terdapat gambar bunga-bungaan itu diturunkan daripada tempat ia digantung dan aku dapat lihat dinding itu dapat dibuka. Apa yang ada di sebalik dinding itu adalah kotak bekalan elektrik.
Bingo!
Aku dah jumpa tempat bekalan elektrik itu. Jadi, senanglah kerja aku lepas ni.
▲▼▲▼▲▼▲▼▲
Tibanya, waktu malam seperti biasa Luke akan keluar entah ke mana pun aku tak tahu. Yang pastinya malam ini aku akan berjaya melarikan diri. Gegendang telingaku menangkap bunyi deruman enjin kereta keluar daripada kawasan perumahan. Itu tandanya Luke sudah pergi daripada sini.
Aku tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Aku ambil kekuatan di dalam diri aku untuk menyemarakkan lagi semangat aku untuk melarikan diri. Kakiku melangkah keluar daripada bilikku dan aku lihat sekelilingku untuk memastikan keadaan di dalam rumah ini selamat.
Aku tak naklah jadi macam sebelum ni, aku je beria yang ingat rumah ni kosong. Sebenarnya ada lagi yang bersama aku. Tapi, malam ini aku pasti aku berseorangan dan tiada sesiapa yang tahu aku ingin melarikan diri.
Aku menuju ke arah dapur dan aku isikan gelas yang kosong itu dengan air paip sehingga penuh satu gelas. Aku menuju ke arah ruang tamu dan sekali lagi aku memandang sekeliling aku untuk memeriksa keadaan rumah aku itu selamat.
Tapi, bila difikirkan balik. Baru aku perasan yang rumah ni canggih je lebih. Tapi, tak ada kawalan CCTV pun. Mungkin, ada di luar kot? Ah, lantaklah. Lepas ni, aku dah simbah sistem A.I tak guna rumah ni, memang gelap lah laluan aku tetapi, cerahlah peluang aku untuk melarikan diri.
Apabila aku pasti ianya selamat, aku menuju ke arah ruang tamu dan aku cari bingkai gambar yang menyembunyikan kotak bekalan suis itu.
Ding! Itu dia.
Aku turunkan bingkai gambar tersebut. Aku buka kotak bekalan elektrik itu dan aku lihat banyak wayar yang berwarna-warni berselirat di dalamnya. Apapun, ini lah peluang aku untuk rosakkan rumah ni.
Aku ambil gelas yang berisi penuh dengan air itu dan aku simbah pada kotak bekalan elektrik itu. Dapat aku lihat percikkan api kecil apabila aku menyimbahnya dengan air dan bekalan elektrik itu rosak. Seluruh rumah agam ini gelap gelita. Mujur tak terbakar rumah ni.
Dan...masa aku dah tiba untuk melarikan diri.
Aku menuju ke arah pintu utama dan ianya terbuka. Wow, tidak seperti seperti sebelum ini aku akan dengar..
"This house has been lock and you can only use the password to unlock it."
"Goodbye, A.I tak guna!" Kataku pada rumah yang memang asli dungu itu.
Tapi, teknologi tak dungu kan? Aaah, lantaklah. Aku kena larikan diri secepat mungkin.
Aku meredah laluan hutan mencari jalan raya yang berdekatan. Dalam keadaaa gelap-gelita itu aku berlari sekuat hati. Aku takut kalau-kalau Luke patah balik ke rumah kah apa, nanti dia tahu aku matikan rumah kesayangan dia dan dia tahu aku melarikan diri daripada dia.
Dari jauh aku dapat lihat cahaya tiang lampu yang pastinya itu adalah lampu yang menyinari jalan raya. Aku bergegas melajukan lagi larian aku dan akhirnya, dengan kudrat yang ada aku berjaya sampai di jalan raya.
Aku lihat kiri dan kanan. Ianya kelihatan sunyi dan tiada kereta yang ingin menggunakan jalan raya ini. Memang terpencil betul tempat tinggal Luke ni.
Aku nak guna jalan yang mana satu? Kiri atau kanan? Tiba-tiba, hujan turun tanpa memberi petanda ia akan turun.
Alamak, hujanlah pula. Aku dibasahi dengan hujan yang semakin lebat itu. Kilat sambung-menyambung dengan bunyi guruh yang kuat menandakan hujan akan turun semakin lebat.
Hmm, baik aku ambil kanan sebab aku dapat rasakan kiri laluan yang membuatkan aku berpatah balik semula ke rumah Luke.
Dadaku yang berdegup dengan kencang itu aku usap perlahan. Tidak sia-sia aku berlari sejauh ini dan akhirnya jumpa juga jalan raya yang menghubungkan laluan aku untuk keluar daripada rumah neraka itu.
Bila difikirkan balik, lepas aku terlepas daripada cengkaman Luke ni nanti, adakah aku akan dikejar oleh Luke lagi?
"Aku takkan lepaskan kau Cleo. Selagi kau tak ingat siapa aku pada diri kau di masa lampau, aku takkan lepaskan kau."
Mengenangkan kata-kata Luke itu sedikit sebanyak menimbulkan perasaan takut aku untuk malarikan diri lebih jauh daripada dia. Macam sebelum ni, aku lari sejauh manapun sampai ke hujung dunia sekalipun, aku tetap akan berjumpa dengan Luke. Kalau bukan dia pun, pasti salah seorang daripada mereka berenam.
Dalam keadaan aku ditimpa hujan yang lebat dan suasana yang gelap gelita itu, aku lihat ada satu cahaya lampu daripada sebuah kereta. Peluang! Aku boleh minta bantuan dia untuk hantarkan aku ke bandar.
Thanks, GOD!
Aku melambai ke arah kereta itu dan seperti yang aku jangkakan, kereta itu berhenti apabila dia perasan tentang keberadaan aku di situ. Aku bersyukur sangat-sangat.
Aku menuju ke arah kereta itu dan aku lihat pemandunya ialah..
"Luke! Kau.."
"Kau ingat kau boleh lari daripada aku?"
Aku membuka langkah untuk melarikan diri daripadanya. Luke yang tadinya, berada di dalam kereta. Kini, keluar mengejar aku. Aku sedaya upaya mengerah tenaga aku untuk melarikan diri daripada lelaki gila itu.
Namun, aku berjaya ditangkap untuk kali kedua dan Luke bawa aku masuk ke dalam keretanya.
"Luke! Lepaskan aku, tak guna!" Ronta aku di tempat duduk sebelah pemandu.
Luke dengan kasarnya mengikat kedua-dua belah pergelangan tangan aku menggunakan 'seatbelt'. Aku mendesis rasa sakit apabila Luke mengetatkan ikatan pada kedua-dua belah pergelangan tangan aku.
Luke masuk semula ke dalam kereta dan kereta dipandunya dengan laju untuk kembali semula ke rumahnya.
"Lepaskan aku! Bodoh!" Jerit aku ke arahnya.
"Kau ingat aku tak tahu kau dah rosakkan sistem rumah aku. Hahaaa, kau jangan ingat aku bodoh Cleo. Rumah aku hantarkan signal kecemasan pada aku apabila kau rosakkan sistem rumah aku."
"Aku tak kisah signal kah apa! Lepaskan aku!"
Aku mencengkam lengannya dan aku goncang sekuat hati. Pemanduan Luke terganggu menyebabkan kereta terhuyung-hayang mengikut goncangan tangan aku pada lengannya.
"Aku tengah drive ni. Fuck!" Tengking Luke pada aku.
Akibat terlampau banyak gangguan daripada aku. Ditambah pula dengan cuaca yang buruk itu, kereta hilang kawalan dan kereta yang dipandu oleh Luke terbabas menghentam pokok.
Bunyi geseran daripada tayar dengan jalan tar amat kuat dan dapat aku dengari dalam keadaam yang hujan lebat itu. Kereta aku mulai hilang kawalan sebab cuaca yang sangat buruk pada malam itu.
DUMM
Tingkap kereta semuanya pecah dan kepala aku terhantuk dengan sangat kuat pada stereng kereta. Darah pekat mengalir laju pada dahi aku turun menyapa pipi aku.
'Kkkenapa? Aku rrrasakan yang aku ppernah alaminya ssseebelum ni?' Getus hatiku sendiri.
Pandangan aku semakin kabur dan darah pekat mengalir laju pada wajahku. Guruh berdentum dengan sangat kuat. Aku lihat Luke mengeluh kesakitan dan darah banyak mengalir daripada hidung dan dahinya.
Kepala aku sakit sangat-sangat. Ikatan pada pergelangan tangan aku tadi terbuka akibat terlalu banyak pergerakkan yang aku lakukan tadi.
"Kkkau..Semua ni salah kau!" Tengking Luke pada aku.
Luke mencengkam lengan aku menambahkan lagi kesakitan yang aku rasakan. Aku cuba untuk melawan dengan mengambil sekeping kaca yang berterabur itu lalu aku libaskan pada wajah Luke.
"Arghh! Shit!"
Tidak puas dengan itu, aku menghentak kepalanya pada stereng kereta sebanyak dua kali hentakkan dan Luke pengsan tidak sedarkan diri.
Kepala aku mulai pening semula. Aku cuba untuk melawannya. Aku gagahkan diriku untuk berdiri dan keluar daripada kereta.
"Cleo! Cleo! Are you okay?"
"Let me help you."
"Thanks."
Terlalu banyak imbasan memori yang menjengah fikiran aku. Satu per satu ia mengungkap persoalan aku yang selama ini cari jawapannya.
Langkah kakiku lemah dan pandangan aku juga semakin kabur. Mata aku berpinar dan benda terakhir yang aku lihat adalah cahaya kereta sebelum aku pengsan tidak sedarkan diri.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top