CHP 16
CLEO
Aku kena lari daripada sini. Aku tak nak tinggal dengan orang gila. Mesti ibu dan ayah risau pasal aku sekarang ni. Termasuk kawan baik aku. Macam mana dengan keadaan mereka sekarang ni eh? Hmm..
Gegendang telinga aku menangkap bunyi deruman enjin kereta berlalu pergi daripada rumah agam ini. Tinggallah aku keseorangan di dalam rumah ni. Tapi, bila difikirkan balik. Inilah peluang aku nak larikan diri daripada rumah agam ini.
Aku lihat sekeliling bilik itu dan mataku tertumpu pada tingkap. Ya, tingkap, aku mesti melarikan diri melalui tingkap. Lagipun, bilik ini berada di tingkat bawah. Senanglah aku nak melarikan diri. Kakiku membuka langkah menuju ke arah tingkap. Aku buka dan..huhhh aku terlupa pula yang tingkap ni dipasang dengan penghadang tingkap yang mengetatkan lagi keselamatan rumah ni daripada diceroboh malah aku nak melarikan diri pun sudah.
Aduhh, macam mana ni? Aku lihat keadaan di luar tingkap itu. Aku dapat lihat ianya dipenuhi dengan pokok-pokok dan aku dapat rasakan rumah agam ni jauh daripada kawasan bandar. Lebih kepada rumah agam ini berada di dalam hutan? Aku pun tak pasti.
Aku kena buat perancangan terlebih dahulu. Masalahnya pula, aku belum tahu macam mana keadaan yang ada di dalam rumah ni. Aku menuju ke arah pintu bilik dan membukanya sedikit sahaja. Aku mengintai keadaan di luar bilik.
Kosong dan sunyi sahaja. Aku mengeluarkan kepala aku pula dan memandang ke arah kiri serta kananku. Selamat. Kaki membuka langkah keluar daripada bilik dan sebenarnya aku tak tahu arah tuju sebenar aku. Aku lihat ke arah pintu utama rumah itu.
Macam mana kalau aku... terus keluar daripada rumah ni. Lagipun, inilah peluang aku untuk melangkah pergi daripada sini. Aku berjalan dengan laju tetapi, dalam keadaan yang senyap.
Kenapa, aku nak buat macam tu? Sedangkan dalam rumah ni cuma aku seorang sahaja. Luke, Matt dan yang lain tinggalkan aku seorang dekat sini.
Tiba-tiba, rambut aku ditarik kuat daripada belakang sehingga aku jatuh di dalam dakapan seseorang. Jantung aku mengepam darah dengan sangat laju apabila aku dapati aku bukanlah berseorangan di dalam rumah agam yang besar ini.
"Where are you going my babygirl? You think you can run from here?" Bisik Luke di tepi telinga aku.
"Let me go, Luke! Apa yang kau nak daripada aku sebenarnya?! Kenapa kau nak simpan aku?" Aku meronta-ronta di dalam dakapannya.
Luke semakin mengeratkan pelukkan pada badan aku. Lelaki itu membawa aku ke ruang tamu dan menghempap badan aku dengan badannya di atas sofa. Kedua-dua belah tangan aku dikuncinya di atas kepala aku.
"Sebab aku nak simpan kau supaya kau ingat siapa aku pada kau sebelum ni! Aku tak nak kau lupakan aku. I love you very much." Kata Luke pada aku.
Aku senyap tidak mahu membuka mulut. Aku alihkan pandangan mata aku daripada tidak bertentangan mata dengan lelaki yang ada di depan aku itu.
"You said to me... that water can feed people to satiety as long as you have love. Now, I want prove it to you that i'm changed a lot just for you."
'Water can feed people to satiety...'
'As long as you have...'
'Love.'
Mata aku berpinar dan pandangan aku mulai kabur. Aku terasa amat pening sekarang ni. Peluh mengalir pada dahiku.
"Once I love you, I will love you forever, babe.."
"No matter what happened. You need to accept me."
Dia menggenggam tangan aku erat lalu didekatkan pada bibirnya. Satu kucupan melekap pada belakang tapak tangan aku. Wajahnya aku tatap dalam betapa aku cinta dan sayangkan dia.
"I love you, my sweetie Cleo."
"I love you too, Luke."
▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲
NOVA
Hari ini merupakan bermulanya cuti semester. Kawan-kawan aku yang lain semuanya sibuk dengan perancangan mereka untuk bercuti. Ada yang pergi melancong dan ada yang melawat keluarga mereka. Aku pula tak boleh buat semua benda tu. Sebab, aku kena bantu Aunty Kathe dan Uncle Isaac untuk cari Cleo.
Walaupun, sebenarnya semua ni polis yang boleh buat. Tapi, aku tak bolehlah duduk diam atas kehilangan kawan baik aku sendiri. Tiba-tiba, telefon aku berdering menandakan ada orang yang membuat panggilan pada aku.
"Hello?"
"Nova, kau dekat mana?"
"Hmmm, dekat rumahlah." Jawab aku malas pada Taylor.
"Haihh, memanglah dekat rumah. Tapi, kau masih dekat Berlin kah?"
"Masih...kenapa?"
"Ayah aku nak jumpa kau."
"What?!"
Aku terkejut apabila Uncle Clifford nak jumpa aku. Kenapa? Kenapa dia nak jumpa aku? Takkan ayah dia tahu yang aku suka anak dia. Hehehehhe...sebenarnya aku memang tersukakan Taylor. Tapi, aku tak luah pun perasaan tu.
Alah, aku perasan lebih ni.
"Ayah aku nak jumpa kau. Dia nak bincang pasal kita berdua."
Aku rasakan muka aku panas dan merah ketika ini. Dia ni nak bergurau dengan aku kah apa? Tapi, kalau gurauan tu jadi nyata memang melompat setinggi bintang lah aku.
"Kau jangan nak macam-macam dengan aku."
"Hahahahha, aku gurau je lah. Aku akan ambil kau nanti."
"Okey, bye.."
"Bye.."
Panggilan dimatikan dan aku hembus nafas sambil mengusap dada aku sendiri. Gilalah, berdebar aku rasa bila bercakap denagn Taylor tadi. Lebih-lebih lagi dia cakap yang ayah dia nak jumpa aku.
Aduhai, kalaulah Taylor tahu yang aku suka dia..dia akan suka aku balik kah? Ah, tak kisah, yang pastinya aku tak akan beritahu dia yang aku suka dia.
Aaaaa, aku kena buang bayangan Taylor. Kalau tak, angau sepanjang masa lah aku.
Aku menuju ke arah meja solek untuk mengambil sikat rambut aku. Serabai sangat rambut aku ni. Dah macam orang gila pula aku tengok.
Eh, aku lupa pula nak balas pesanan ibu tadi. Aku mengambil semula telefon milikku dan membuka pesanan yang ibu hantarkan pada aku. Aku rasa bersalah pula bila tak dapat balik ke London sebab sibuk pasal kawan baik aku, Cleo yang menghilangkan diri.
Okey, aku dah balas pesanan ibu. Namun, apabila aku masuk ke dalam 'contact list' di dalam telefon aku, mataku tertancap pada nombor Cleo. Aku rasa rindu pula bila sudah terlalu lama tak bersembang dengan dia. Aku menekan nombor milik Cleo itu dan aku dapati ada sesuatu yang tak kena pada nombor telefon Cleo.
Kenapa aku baru perasan sekarang eh? Hmm, memanglah aku baru perasan sekarang sebab sebelum ni aku main simpan je nombor minah tu. Asal Cleo tukar nombor je, aku simpan nombor baru dia tanpa aku periksa pun dan kali ini baru aku perasan yang nombor yang Cleo gunakan bukannya nombor yang digunakan di New York. Ianya nombor daripada negara lain.
Aku dah dapat satu petunjuk untuk jejaki Cleo. Bagus, aku tak sangka aku ada kemahiran macam ayah aku bekerja sebagai polis.
▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲
Sesampainya di rumah Taylor, kami berdua keluar daripada kereta dan aku dipelawa masuk oleh Taylor ke dalam rumahnya. Aku dibawa ke ruang tamu dan aku dipersilakan duduk di sofa.
"Kau nak air?" Tanya Taylor pada aku.
Hari demi hari aku makin cair pada Taylor. Kenapalah aku boleh jatuh suka dekat kawan aku sendiri. Sedangkan aku lah salah seorang yang paling menidakkan tentang kawan suka sesama kawan.
"Emmm, Nova? Do you hear me?" Teguran daripada Taylor membuatkan Aku tersentak daripada lamunan aku sendiri.
"Ha...Ha..Ha...ya aku dengar. Aku belum pekak lagi. Ambilkan aku air jus." Arahku pada Taylor seperti seorans Big Boss.
"Menyesal aku tanya."
Taylor berlalu pergi meninggalkan aku seorang diri di ruang tamu. Aku rasa lega apabila aku dapat mengawal keadaan yang berdebar bagi aku. Setiap kali aku jumpa Taylor, mesti aku banyak termenung.
Tidak lama kemudian, aku lihat seorang lelaki yang agak berusia turun ke tingkat bawah menuju ke arah ruang tamu. Itu Uncle Clifford. Mesti dia nak jumpa aku sebab nak bincangkan pasal Cleo.
"Oh, Nova baru sampai kah?" Sapa Uncle Clifford pada aku.
"Ha'ah..baru je tadi. Uncle, nak jumpa saya sebab nak bincang pasal Cleo kan?"
"Yaa, kamu ada jumpa sesuatu pasal Cleo baru-baru ni?"
"Ada. Saya dapat tahu yang nombor telefon Cleo nampak berlainan pada angka di bahagian depan."
Aku membuka telefon milikku dan menunjukkan nombor telefon milik Cleo kepada Uncle Clifford. Uncle Clifford melihat pada skrin teledon aku yang tertera nombor telefon Cleo itu.
"Ini nombor kod +55 daripada kod negara Brazil."
Aku tersentak mendengarkan nama negara yang disebutkan oleh Uncle Clifford. Brazil? Buat apa minah tu pakai nombor Brazil? Tapi, daripada situ boleh aku katakan yang mesti Cleo ke Brazil. Sebab, kalau dia masih tinggal di New York, sudah semestinya kod nombor hadapannya adalah +1.
"Baiklah, petunjuk yang ini lebih cerah untuk kita cari di mana jejak Cleo. Uncle akan minta bantuan pad kawan Uncle di Brazil untuk bantu dalam kes kehilangan kawan kamu. Buat sementara ni, Uncle dan polis yang lainnya susah nak cari petunjuk lain berdasarkan apa yang kamu cerita tentang Cleo yang diganggu oleh seseorang. Sebab, kami tak dapat kenal pasti siapa yang ganggu Cleo." Terang Uncke Clifford padaku panjang lebar.
"Tak apa, saya yakin lepasni melalui petunjuk baharu ni, akan memudahkan lagi pencarian Cleo."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top