CHP 12
CLEO
Mataku dibuka secara perlahan-lahan dan aku lihat sebuah bilik yang kemas. Aku pegang kepala aku yang berbalut itu dan terdapat lagi satu balutan pada siku sebelah kiri aku. Kepala aku sakit sangat-sangat. Tapi, yang paling penting sekarang ni.. aku dekat mana dan..apa yang berlaku pada diri aku sebenarnya?
Aku tak boleh ingat apa yang menyebabkan aku sampai perlu dibalut dan satu badan aku rasa sakit macam baru sahaja kena hempap dengan batu besar. Pandangan aku tertarik pada meja kecil yang berada di sebelah kepala katil terdapat satu nota kecil.
Ianya tertulis..
Dekat dapur, ada makanan yang aku dah sediakan untuk kau. Turun makan dan pastikan bila aku balik nanti, makanan dah habis.
Cantik tulisan. Sempat aku memuji tulisannya.
Aku biarkan nota itu berada di atas meja kecil itu. Namun, fikiran aku tetap tertanya-tanya. Siapa yang menulis nota itu? Biarkan aje lah. Nanti, dia balik tahu lah aku nanti siapa gerangan itu.
Kakiku melangkah keluar daripada bilik tersebut. Aku lihat terdapat ruang tamu yang kosong. Nampaknya cuma aku sahaja yang ada di dalam rumah ni. Anyway, rumah ni cantik betul lah. Dengan dekorasinya yang simple tetapi nampak mewah. Aku pasti orang yang memiliki rumah ni mesti orang kaya.
Aku berjalan masuk ke dalam dapur. Aku lihat ada tiga buah container yang berada di atas meja makan. Aku mengambil gelas dan membuka peti sejuk untuk mengambil minuman. Aku kembali semula ke arah meja makan dan mengambil duduk di kerusi yang kosong. Buat macam rumah sendiri ya.
Penutup bekas makanan itu aku buka dan ianya terdapat sup ayam di dalamnya. Satu lagi bekas aku buka dan isinya adalah buah oren dan buah epal yang sudah dipotong. Bekas makanan yang terakhir isinya adalah beberapa keping roti sandwich.
Sayang betul gerangan yang menjaga aku ni. Aku tak sangka dia ambil berat pasal aku. Tapi, kenapa aku rasa macam aku ni baru sahaja diselamatkan daripada sebuah kemalangan?
Mungkinlah, kot? Aku tak boleh ingatlah apa yang terjadi.
Makanan itu aku suapkan ke dalam mulut dan menikmatinya dengan penuh selera. Aku terlampau lapar sekarang ni.
▲▼▲▼▲▼▲▼▲
NOVA
Aku mengeluh apabila sekali lagi aku dapat tahu Cleo tak baca pun pesanan yang aku hantar kepadanya. Entah apa lah yang minah ni buat. Sudah masuk 2 hari dia tak balas mesej aku. Dia sibuk sangatkah?
Sekarang ni aku sudah pun berada di Manhattan nak melawat dia. Almaklumlah, sudah mula cuti semesta.
"Huhh..." keluhku sekali lagi.
"Kau kenapa?" Tanya Taylor pada aku.
"Minah ni haaa, langsung tak reply chat aku."
"Siapa?" Tanya Taylor yang sedang fokus dengan pemanduannya.
"Cleo lah. Dia je yang tinggal dekat Manhattan ni. Takkan aku nak chat dengan pak guard yang jaga depan apartment Cleo pula."
"Aku tanya je pun."
"Kenapa dengan Cleo?" Tanya Halsey pula.
Cuti semesta kali ini aku tak cuti seorang diri. Tapi, diikuti 4 orang kawan tak guna aku ni. Katanya nak ikut aku spent time dengan Cleo lah katakan.
"Entahlah. Aku pun tak tahu apa yang terjadi dekat budak tu."
Tidak lama kemudian, kami sudahpun sampai di depan apartment tempat Cleo tinggal. Aku keluar daripada kereta diikuti oleh Halsey dan Taylor. Javier dan Aaron pula hanya tinggal di dalam kereta. Malas nak ikut katanya.
Kami bertiga masuk ke dalam lif dan Taylor menekan pada tingkat 5 di mana bilik apartment Cleo terletak. Aku pandang sekali lagi skrin telefon aku pada contact Cleo. Dia langsung tak baca pun mesej aku.
TING
Pintu lif terbuka dan kami bertiga melangkah keluar. Aku buka langkah menuju ke arah bilik yang bernombor 305. Aku ketuk pintunya.
TOK
TOKK
Tiada sahutan. Aku pelik sambil pandangan aku terarah ke arah Taylor dan Halsey.
"Mungkin, dia dalam bilik kot. Sebab, tu dia tak dengar ketukkan kau. Cuba, ketuk lagi." Kata Halsey padaku.
Aku mengetuk buat kali kedua dan kali ini dibuka. Aku terkejut apabila melihat seorang wanita tua yang membukanya. Takkan Cleo dah jadi tua? Tak mungkin..
"Yaa, cari siapa?" Tanya wanita tua itu kepada kami bertiga.
Bukannya aku seorang sahaja yang pelik. Tapi, Halsey dan Taylor pun pelik.
"Emm, kitorang cari Cleo. Nek, nenek kepada Cleo kah?" Tanyaku sopan padanya.
"Eh, bukan. Nenek tinggal sini seorang je. Perempuan yang kamu kata tu, tak tinggal sini lagi."
Aku tersentak dan memandang ke arah Taylor dan Halsey.
"Dia ada beritahu kau tak yang dia dah pindah?" Tanya Taylor pada aku.
"Mana ada. Dia kata dia masih tinggal dekat Manhattan."
Aku mulai tertanya-tanya tentang kawan baik aku itu. Pelik betul Cleo ni. Kenapa minah tu nak pindah pula? Lagi satu, dia tak beritahu aku pun yang dia pindah.
"Nenek tahu kah Cleo pindah dekat mana?" Tanya Halsey pula.
"Tak. Dia tak beritahu pun."
Aku garu kepala aku yang tiba-tiba sahaja gatal itu. Kelemumur lah ni..buat aku serabut.
"Maaflah, kalau mengganggu."
Kami bertiga berlalu pergi daripada situ. Apa yang terjadi dekat minah tu sebenarnya? Aku tak paham lah. Dia langsung tak balas mesej aku pun.
▲▼▲▼▲▼▲▼▲
CLEO
Aku sendawa kuat apabila perut aku sudahpun kenyang. Licin bekas makanan aku kerjakan. Ini barulah dikatakan syurga kekenyangan yang aku nanti-nantikan selama ini. Ibarat aku ni dah bertahun je tak makan bila cakap macam tu.
Bekas makanan yang kotor itu aku bawa ke sinki dan aku membasuhnya. Aku yang pakai, aku jugalah yang cuci. Takkan nak tunggu pemilik rumah ni datang kan?
Selesai aku membasuhnya aku lapkan sehingga ia kering lalu aku letakkannya pada rak pinggan. Tiba-tiba, telinga aku menangkap bunyi enjin kereta daripada luar rumah. Mungkin, pemilik rumah ni dah datang.
Aku menuju ke arah ruang tamu dan duduk di situ. Tidak lama kemudian, pintu utama dibuka daripada luar dan satu jeritan bergema dalam rumah ni.
"I'm home!"
"Yeah, we're home!!!"
Dua orang lelaki berlari masuk ke dalam rumah sambil mengheret bagasi mereka di tangan. Mereka langsung tak sedar akan kehadiran aku yang berada di ruang tamu dan dua orang lelaki itu masuk terus ke dalam bilik mereka yang berada di tingkat atas.
Dari ruang tamu barulah aku dapat tahu yang rumah ni sememangnya sangat-sangat besar. Tingkat 2 ada 2 buah bilik dan sama juga pada tingkat 3 dan 4.
"Dah habis makan?" Tanya suara garau itu pada aku.
Aku lihat ke arah lelaki yang tiba-tiba sahaja berdiri di depan aku. Lelaki bermata kelabu itu merenung wajah aku.
"Dah. Kau kah yang bawa aku ke sini?" Tanyaku padanya.
"Yeahh, aku lah." Katanya dan melabuhkan duduknya di atas sofa berhadapan dengan aku.
Wajahnya kelihatan sangat penat.
"Paul! Kereta tu bawalah masuk garaj." Laung seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.
Dahiku berkerut melihat wajah lelaki itu. Itu..aku kenal muka tu. Itu kan..Luke.
"Alah, aku nak pergi kerja nanti. Ambil korang pun dah sekian aku kepenatan ni." Katanya pada lelaki itu.
Luke pandang muka aku. Apa..apa yang dia buat dekat sini?! Ini rumah dia kah?! Kenapa aku ingat muka dia? Tapi, aku tak ingat apa yang jadi dekat aku.
Apa yang sebenarnya berlaku ni?!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top