CHP 11

CLEO

Sudah hampir 13 jam aku berada di dalam kapal terbang dan kini, aku sudahpun tiba di London, England. Kakiku melangkah keluar daripada kereta tersebut. Aku membayar perkhidmatan Uber itu yang telah menghantar aku daripada airport untuk ke bandar London. Suasana bandar London yang sudah hampir menginjak waktu malam itu, diterangi dengan cahaya lampu yang ada di jalanan bersama cahaya lampu daripada kenderaan yang lalu-lalang.

Aku berjalan di tempat pejalan kaki yang sesak dengan manusia lain. Aku terpaksa mengecilkan badan aku sebab aku kena himpit oleh orang ramai. Tiba-tiba, ada satu tangan yang menyiku lengan aku sehingga menyebabkan telefon aku terpelanting jauh. Aku bergeas mencari telefon aku dalam keadaan sesak itu.

Oh my god.. there it is.

Aku mengambil telefonku semula dan skrinnya sudahpun retak...dengan agak teruk. Aku cuba untuk menghidupkannya semula. Namun, ianya langsung tak boleh dihidupkan.

Why?! It is the fucking worst shit happened in my life!

Keluhan aku lepaskan. Entah berapa banyak kali aku perlu melarikan diri daripada Luke dan berapa banyak duit aku perlu habiskan untuk beli tiket penerbangan ke mana sahaja di dunia ini. Aku rasakan dunia ni terlampau kecil untuk aku melarikan diri daripada Luke.

Aku perlukan tiket untuk ke bulan pula. Hehhh, merepek.

Aku kena cari tempat tinggal. Tapi, mana? Patutkah aku tidur dekat hotel untuk sehari. Tapi, sekarang ni duit aku cuma tinggal 500 dollar sahaja lagi.

Hmm, susah betul lah hidup macam ni. Terpaksalah aku gadaikan sedikit duit aku daripada aku tidur dekat tepi jalan malam ni. Bukannya murah semua yang dijual di London ni. Silap hari bulan, boleh jadi gelandangan aku hidup dekat bandar London ni.

Aku berjalan melintasi laluan belang apabila lampu isyarat pejalan kaki bernyala pada warna hijau.

Tapi, bila difikirkan balik. Lagi bagus kalau aku dedahkan sahaja pada polis yang aku ni dikejar oleh orang gila, kan? Sebab, aku tengok Luke macam...tak ada lah menakutkan sangat. Dia macam.. tak berkuasa langsung. Nak cari aku pun dia tak pandai.

Minta dijauhkan lah kalau dia cari aku sampai dapat. Aku tak nak hadap muka dia yang obses dan gila tu. Menyeramkan.

PINNN

Aku tersentak daripada lamuanan aku. Aku lihat ke arah kereta yang menyalak macam anjing tu. Pemilik kereta itu menjenguk ke arah luar tingkapnya dan menjerit padaku.

"Jalan tu cepatlah sikit! Orang lain tak ada masa nak tunggu kau melintas macam orang tua."

Aku jeling ke arah perempuan tak guna tu. Walaupun, aku tahu aku yang bersalah, aku tetap berkeras ianya bukan salah aku. Lagipun, lampu isyarat pejalan kaki masih menyala pada warna hijau. Dia tu yang tak reti nak bersabar. Aku jalan macam siput kah, orang tua kah. Tak payah nak tegur.

Aku beredar daripada situ dan kembali semula pada pejalan kaki. Aku melangkah tanpa arah tuju. Aku sebenarnya, nak cari hotel. Tapi, daripada tadi aku tak jumpa satu hotel pun. Nak gunakan telefon untuk cari hotel pun, telefon aku tak ada gunanya pun untuk aku pakai. Dah rosak dan retak macam hati aku yang dicincang ni.

Tak apa lah. Bila kehidupan aku kembali normal balik nanti. Aku belilah telefon yang baharu.

"Apa aku nak buat sekarang ni? I'm lost!" Getusku seorang diri macam orang gila.

Aku lihat keadaan laluan pejalan kaki sedikit sunyi. Laluan mana yang aku ambil ni?

Aku pelik sebab Ianya terlampau sunyi. Gelap itu tidaklah. Sebab, jalan ni masih diterangi cahaya lampu. Tiba-tiba, beg tangan yang tergantung pada bahu kananku diragut oleh seseorang. Namun, aku berjaya menahannya. Menyebabkan berlakunya pergelutan antara aku dan peragut itu.

"Give me back my handbag!" Jerit aku ke arahnya.

Namun, lelaki bertopeng di depan aku itu berdegil dan dia cuba untuk memukul aku. Tetapi, aku sempat mengelak dan aku sepantas yang mungkin, menyepak tempat sensitifnya membuatkan lelaki itu senak dan kesakitan.

BAKK

Satu tendangan daripada belakang menyebabkan aku terdorong ke depan. Aku lihat datang lagi seorang lelaki bertopeng menyerang aku. Aku ni miskin je! Mana ada duit.

"Berani kau pukul kawan aku ya." Kata lelaki yang menendangku tadi.

Dia semakin mendekati aku. Aku berganjak ke belakang mengheret badan aku yang masih berasa sakit itu. Walaupun masih sakit, aku cuba untuk gagahkan diri aku semula.

Lelaki itu menarik lengan aku dan dalam masa yang sama, badan aku terdorong ke arahnya aku lemparkan beg tangan aku mengena pada kepalanya.

"Fuck! It's hurt.." aduh lelaki itu.

Aku mengambil peluang untuk melarikan diri dan mencari jalan untuk tidak dikejar lagi oleh lelaki itu.

"Catch her!"

Aku memperlajukan larian aku. Sesekali aku pandang ke belakang dan aku lihat mereka masih gigih mengejar aku. Aku kena lepaskan diri daripada mereka. Aku takut kalau mereka datang nak culik aku kah apa ataupun aku akan dijual? Aku tak nak hidup aku musnah macam tu sahaja.

Tanpa aku sedar, aku melarikan diri sehingga berada di tengah jalan raya. Dapat aku dengar bunyi geseran kuat daripada tayar yang membuat brek mengejut. Namun, ianya sia-sia sahaja, apabila kereta itu melanggar aku.

Badan aku sakit dan kepala aku pening. Rasa sakit yang aku rasakan pada satu badanku hanya tuhan sahaja yang tahu. Ianya terlampau sakit dan pandangan aku juga mulai kabur.

Benda terakhir yang aku lihat adalah susuk tubuh seseorang yang keluar daripada kereta dan akhirnya, pandanganku gelap.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top