part 5
#imsorry
Nufail melangkah laju menuju ke bilik yang disediakan khas untuknya. Dia perlu cepat menukar pakaian kerana selepas ini dia perlu menghadiri makan malam bersama tetamu VIP.
Butang hujung kemeja ditanggal terlebih dahulu. Jam tangannya dikeluarkan dari pergelangan tangan untuk memudahkan dia menanggalkan tuksedo dan kemeja dari tubuhnya. Dia letakkan jam tangan di atas meja.
Bunyi seperti sesuatu yang pecah mengejutkan lelaki itu. Anak matanya turun ke bawah. Nafas dihembus kasar saat ternampak jam tangan pemberian isterinya pecah gara-gara terhempas di atas lantai.
Dia tunduk mengutip jam tangannya. Cermin jam tersebut sudah pecah. Mujurlah jarum jam itu masih berfungsi. Selama dua tahun ini, jam tangan inilah yang selalu menemaninya di sini.
Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Hampir saja dia terlupa tentang mesej yang dikirim oleh isterinya. Lekas dia keluarkan telefon bimbit dari poket seluar.
Berkerut dahinya melihat banyak panggilan tak berjawab dari mama dan papa. Mesej yang dikirim oleh isterinya sebentar tadi dibuka terlebih dahulu.
I’m sorry, abang. Please forgive me. - My lovely wife
Hampir bercantum keningnya. Riak wajahnya jelas kelihatan keliru. Apa maksud mesej tersebut?
Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati dengan mesej itu. Tak pernah lagi isterinya bersikap pelik dengan menghantar mesej sedemikian. Melainkan apa yang dilakukan oleh Ezza satu kesalahan yang besar.
“Allah… janganlah berlaku sesuatu yang buruk di sana. Kau lindungilah isteri aku, Ya Allah.” Wajahnya diraup perlahan.
Dia cuba menyedapkan hatinya. Boleh jadi Ezza bersikap pelik disebabkan tekanan dengan masalah rumah tangga mereka.
Belum sempat dia cuba menghubungi isterinya, nada dering yang berbunyi secara tiba-tiba mengejutkan Nufail. Kali ini nama papa yang muncul.
“Assalammualaikum, papa,” ceria nada suara Nufail.
“Waalaikumussalam. Kenapa papa call tak jawab tadi?”
“Sorry, pa. Uz ada event malam ni. Terpaksa silent phone. Kenapa papa call?” soal Nufail sambil menanggalkan butang kemeja satu persatu.
“Papa ada perkara penting nak beritahu.”
“Uz dengar, papa.”
“Tentang Ezza.”
Terhenti pergerakkan tangannya. Jantungnya berdegup laju. Serentak anak matanya terpandang jam tangan miliknya yang ada di atas meja.
“Kenapa dengan isteri Uz?” soal Nufail dengan debaran di dada.
“Dia kemalangan.”
Hampir terlepas telefon di tangannya. Tangan yang sebelah lagi menongkat kuat di sisi meja.
“Dua jam lepas… dia terlibat dalam kemalangan. Keretanya kena langgar dari belakang.”
Terpejam rapat kedua mata Nufail. Ini bermakna mesej yang diterima tadi adalah mesej yang dikirim oleh isterinya sebelum kemalangan berlaku.
“Ezza… apa keadaan dia sekarang?” Bergetar nada suara Nufail. Dia masih cuba bersangka baik keadaan isterinya baik-baik di sana.
“Kritikal. Come home, son. Your wife needs you here.”
💥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top