part 4

“Ni mesti ada masalah dengan orang rumah,” sindir Aznil.

Nufail mengeluh lemah. Wajahnya diraup perlahan.

“Entahlah. Aku makin tak faham dengan dia. Silap aku ke selama ni sebab terima kerja di sini?” Itulah soalan yang berlegar dalam fikirannya.

Tak pernah sekali pun dia abaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Sanggup dia membelikan sebuah kereta mewah dan rumah untuk keselesaan Ezza di Malaysia. Wang nafkah diberikan beribu ringgit setiap bulan.

“Susah aku nak jawab. Aku bukannya kahwin lagi. Sebelum kau terima kerja di sini, apa reaksi dia?” tanya Adnil.

“Mestilah dia happy. Aku dah plan nak bawa dia ke sini. Tapi macam biasalah, dia tak nak. Sayang nak tinggalkan kerjaya dia di sana. Aku faham sebab kami pun sama-sama nak kejar impian masing-masing. Aku cuma terkilan bila dia mula pertikaikan kerja aku di sini.”

Komunikasi mereka sangat teruk sejak setahun yang lepas. Disebabkan itu, dia mengambil langkah untuk kurangkan berhubung dengan isterinya. Setiap kali mereka berhubung, ada saja perkara yang tidak kena.

“Nak cakap aku ada perempuan lain, aku tak pernah duakan dia. Dialah satu-satunya perempuan yang berjaya tawan hati aku.”

“Ya. Aku tahu. Kalau tak, takkanlah kau dah angau masa pertunjukan fesyen tiga tahun yang lepas. Tak pernah-pernah lagi kau make a move pada model sendiri. Siap ajak keluar makan.”

Nufail ketawa kecil. Dia akui dirinya sudah jatuh hati saat pertama kali mereka bertemu di bilik simpanan pakaiannya. Dia bernasib baik apabila Ezza menerima pelawaannya untuk berkawan. Selama setahun hubungan menjadi lebih rapat tanpa pengakuan cinta darinya.

Ezza seorang anak yatim piatu. Melihat sikap Ezza yang sangat berdikari, membuatkan dirinya sukar untuk melepaskan wanita itu dari hidupnya. Dia nekad melamar gadis itu dan mahu bercinta selepas bernikah.

“Aku cuma takut… takut kalau dia dah tak cintakan aku.”

Terdiam Adnil. Dari raut wajah Nufail, dia dapat rasakan betapa sayangnya lelaki itu terhadap Ezza.

“Kenapa pula kau cakap macam tu?”
Keluhan kasar terlepas dari bibirnya.

“Sebab dia tak pernah cakap, yang dia cintakan aku selama kami bersama.”

💔

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top