part 3
“Kenapa ni sayang? Ada orang kejar you ke?”
Ezza menggeleng laju. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dia berpusing menghadap Ariel.
“Buat masa ni kita tak boleh jumpa.”
“What?!” Hampir ternaik nada suara Ariel. Kedua tangan wanita itu diraih.
“Kenapa tiba-tiba pula ni? You tak jadi nak berpisah dengan dia?”
“No… bukan sebab tu.”
Serba salah Ezza untuk menceritakan hal ini. Selepas berjumpa Nadine semalam, dia sudah berfikir tentang masa depannya. Ada baiknya dia selesaikan masalah rumah tangganya terlebih dahulu.
“I nak selesaikan masalah I dengan dia. Lepas kami bercerai, baru kita jumpa.”
“Tapi kenapa?” Ariel masih tak berpuas hati.
Dia takut semua ini hanya alasan. Mengenali wanita bernama Ezza Kirana merupakan perkara terbaik dalam hidupnya. Mereka selalu berkongsi masalah. Siapa sangka di sebalik wajah yang penuh ceria ini terselit kisah duka.
Ezza sering direndahkan oleh keluarga mentua. Suami pula lebih pentingkan kerjaya. Lama kelamaan hubungan mereka semakin rapat sehinggalah mereka saling mencintai. Dia akui mencintai wanita berstatus isteri orang adalah satu kesalahan. Tapi hati manusia tak mampu dikawal.
“Please, Ariel. I terpaksa buat macam ni. I tak nak kerjaya kita berdua rosak kalau hubungan kita terdedah.” Terpaksalah dia berterus terang. Dia tidak mahu keadaan bertambah keruh andai hubungan mereka terdedah.
“Maksud you?”
“Nad dah tahu hubungan kita.”
Terdiam Ariel. Wajahnya diraup kasar. Sebelum ini mereka sudah cukup berhati-hati. Tak sangka dalam mereka berjaga-jaga masih ada yang dapat menghidu hubungan mereka.
“Dia cakap apa lagi?” soal Ariel.
“Dia nasihatkan I untuk berjaga-jaga. Kalau betul I nak berpisah, biarlah secara baik. I harap you faham.”
Ariel mengangguk sedikit. Tangan wanita itu digenggam kembali.
“Okey. I ikut cakap you. Kalau kita berjumpa nanti, I akan pura-pura tak kenal you.”
“Tak perlu sampai macam tu. Kita berbual seperti biasa cuma tak perlu keluar makan macam sebelum ni.”
Mereka sering bertemu dalam acara yang sama. Ariel seorang juru kamera profesional. Setiap kali dia terlibat dalam acara yang besar, lelaki itu pasti ada.
“I sayangkan you, Ezza. I memang nak sangat kahwin dengan you.”
“Ya. I tahu. Tunggu semua masalah I dan dia dah selesai, kita akan bincang tentang hubungan kita,” pujuk Ezza.
“You memang dah tak cintakan dia lagi kan?”
Kelu lidah Ezza. Soalan yang sama diajukan oleh Nadine semalam. Perlahan-lahan tangannya ditarik dari genggaman Ariel.
“I dah tawar hati dengan dia.” Jawapan selamat diberikan kepada Ariel. Jujur dia masih sayangkan Nufail. Namun perasaan sayang tak cukup untuk membuatkan dia bahagia.
💔
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top