Part 2


“Mungkin ada baiknya kita berkawan.”

Senyap. Baik Nufail atau Ezza, keduanya saling terdiam.

“But why? Abang tak nak hilang Ezza. Please, sayang. Kita masih boleh pulihkan hubungan kita.”

Gugur juga air matanya ke pipi. Kenapa baru sekarang Nufail mahu memulihkan hubungan mereka? Kenapa bukan setahun yang lepas? Sebelum hatinya betul-betul terluka.

“Ezza dah tak boleh teruskan abang. Mungkin jodoh kita hanya setakat ini."

“Senangnya Ezza bercakap. Selama ni abang berkerja di sini demi sayang. Abang nak bagi sayang kehidupan yang baik. Takkan sayang tak pernah nampak apa yang abang buat selama ni?”

Terkilan Nufail. Setiap apa yang dilakukan di sini, dia sentiasa mengingati isterinya. Bagi Nufail, Ezza dan keluarganya tulang belakang di setiap kerjayanya.

“Abang silap. Ezza tak nak semua tu. Abang tahu apa yang Ezza nak sebelum kita berkahwin lagi. Ezza rasa abang dah lupa.”

“No, sayang. Abang tak pernah lupa. Sebab tu abang nak sayang pindah ke sini dengan abang.”

Ezza menggeleng laju. Dia sudah bosan mendengar permintaan lelaki itu. Meninggalkan kerjaya sebagai model dan pindah ke sana umpama membunuh sebahagian hidupnya. Ternyata Nufail masih bersikap pentingkan diri sendiri.

“Abang tahu jawapan Ezza. Jawapan Ezza tetap sama.”

Terdengar keluhan kasar di hujung talian. Dia sudah dapat mengagak lelaki itu pasti tidak berpuas hati dengan jawapannya.

“Ezza harap abang akan balik ke sini untuk selesaikan masalah kita. Ezza tak nak tangguhkan lagi.”

“Abang tak nak bercerai. Keputusan abang muktamad.”

“Abang…”

“Abang tak nak cakap apa-apa lagi. Dari semalam abang cuba call sayang untuk ucapkan sesuatu. Abang tak dapat tidur gara-gara risaukan Ezza. Jujur abang kecewa yang Ezza memang dah lupakan hari penting kita semalam.”

Berlapis dahi Ezza. Suasana di antara mereka sepi kembali. Mendengar kata-kata Nufail dia sudah tidak senang duduk.

“Happy anniversary, sayang. Abang harap, untuk tahun yang akan datang, kita dapat sambut bersama. Itu impian abang.”

Makin deras air mata Ezza mengalir. Bibirnya diketap kuat.

“Jaga diri dan maruah sayang di sana. Abang sentiasa doakan isteri abang selamat di dunia dan akhirat. I really love you. Assalamualaikum.”

Panggilan ditamatkan oleh Nufail. Hati Ezza seperti ditikam dengan setiap bicara lelaki itu. Mungkin ini keputusan yang tepat. Dia bukan isteri yang baik dan selayaknya untuk lelaki itu. Biarlah mereka mencari kebahagiaan masing-masing.

💔

Antara Nufail dan Ezza, siapa yang paling ego?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top