part 1
“Entahlah. Aku tak pasti sama ada aku masih cintakan dia atau tidak.”
“Aku dah agak. Kau sebenarnya keliru. Ini semua sebab Ariel. Betul kan?”
Terus berubah air muka Ezza.
“Kau tahu?”
“Aku dah lama dapat hidu hubungan kau dengan dia. Kalau sekadar berkawan, takkan sampai berpegangan tangan. Please, Ezza. Don’t do this,”
Ezza kehilangan ayat. Tak sangka hubungan rahsianya berjaya dihidu oleh gadis itu.
“Dah berapa lama kau dengan dia?” soal Nadine.
“Almost three month.” Tak perlu dia rahsiakan lagi. Dia dan lelaki itu sudah berkawan hampir enam bulan. Hanya beberapa bulan yang lepas hubungan mereka semakin rapat.
“Tiga bulan!” Ternaik nada suara Nadine.
Ezza mencerlung tajam. Tanda menyuruh gadis itu memperlahankan suara.
“Aku rasa kau memang dah gila. Kau dengan Nufail dah masuk tiga tahun kenal. Hanya disebabkan hubungan yang baru tiga bulan, tergamak kau nak minta cerai.”
Terpukul Ezza dengan kata-kata Nadine. Nafas dihela berat. Jujur dia sudah tidak peduli andai dirinya dituduh seorang isteri yang nusyuz. Sampai bila dia perlu fikirkan perasaan orang lain sedangkan dia tak bahagia.
“Sebenarnya aku dah beritahu Nufail untuk berpisah setengah tahun yang lepas. Masa tu aku memang tak ada apa-apa hubungan dengan Ariel. Dia bukan punca aku nak berpisah.”
“Itu kata kau. Kalau perkara ni sampai ke pengetahuan keluarga dia atau orang luar, silap-silap nama kau juga yang busuk.”
Tertelan air liur Ezza. Perkara itulah yang dia takut. Kerjaya sebagai model merupakan sebahagian dari hidupnya. Tak dapat dia bayangkan andai satu hari nanti dia tak mampu beraksi di pentas peragaan.
"Jangan ikutkan hati sangat." Pujuk Nadine.
“Salah ke aku nak cari bahagia sendiri? Aku dah tak nak terikat dengan dia. Aku betul-betul dah tak mampu bersama dia lagi.”
Ezza meraup wajahnya. Gugur juga air matanya ke pipi.
“Orang luar nampak kami bahagia. Hakikatnya… aku banyak makan hati.”
Banyak masalah yang wujud selepas berkahwin. Dengan masalah mentua yang tak pernah sukakan dia. Ada suami tapi seolah-olah gelaran itu hanya sekadar kertas.
Mungkin disebabkan sikap Nufail yang kurang prihatin, hatinya beralih arah kepada seseorang. Lelaki yang selalu ada di saat dirinya kesunyian.
💔
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top