Chapter 27 - Maaf 🎈

Sebaik sahaja mata Wonu Dan The8 tertutup. Mereka dihipnosis agar Vailyn Dan Hitori Mizokokana dapat muncul. Mungkin anda semua pelik, kenapa mereka perlu diseru? Hal ini bagi memudahkan Dr Hwang untuk melesapkan mereka dari dunia, buat selama-lamanya.

"Saya mohon Vailyn dan Hitorikana Mizoko untuk muncul " arah Dr Hwang. Melihatkan Wonu Dan The8 yang kaku, Dr Hwang memberi arahan yang sama sekali lagi. Setelah 120 saat menunggu, akhirnya Wonu dan The8 memberi respond. Atau lebih tepat, Hitori dan Vailyn.

"Hitori dan Vailyn, adakah kamu berdua ada disini?" tanya Dr Hwang. Vailyn mengangguk, pandangan Dr Hwang beralih kepada Hitori. "Hitori adakah kamu di-"

ARGHHHH!!

Kata-kata Dr Hwang terhenti apabila tangannya digenggam oleh Hitori. "Dr.. Bagilah saya peluang untuk hidup.. Hiks" kata Hitori. "S-saya pon nak hidup jugak..  S-saya mahukan badan sendiri.." sampuk Vailyn. Dr Hwang terkedu mendengar permintaan mereka.

Rasa bersalah dan kasihan membelenggu diri Dr Hwang. Melihatkan wajah polos Hitori dan Vailyn, membuatkan Dr Hwang rasa berat hati untuk membiarkan mereka pergi. Hitori mengemaskan genggaman tangannya. "Tolong la Dr.. Saya merayu hiks.. " rayu Hitori.

TOK! TOK! TOK!

Bunyi ketukan pada pintu menghentikan lamunan Dr Hwang. Dr Hwang lantas menoleh kearah pintu tersebut. Kelihatan Seventeen risau serta memberikan semangat kepada Dr Hwang.

"Dr!  Gwenchanaa???"

"FIGHTING! "

"FOCUS DR!"

"DR HWANG FIGHTINGG!!!" SARANGHAEEEE! " laung Mingyu. "Tiber je kau ni nyah. Dahlah Dr tu dah kahwin dan dah ada anak dah. Jangan cakap kau nak cantas laki dia." Soal Joshua. "Yahh! Sampai hati hyung cakap centu, gyu just bagi sokongan moral je la, lagipon gyu setia ngan Wonu hyung je ehehehe" jawab Mingyu sambil tersipu malu.

"Kau kejam sebab tak menghormati orang single hikss. " balas Joshua sambil mengelap air mata palsu. "Eishhh dah-dah la tu, readers tengah kusyuk nak tau ending, korang boleh berdrama pulak eiii, babap kang-" ujar Vernon. Wow, tak sangka Vernon nak babap orang 🌚🌚

Dr Hwang memandang kearah Vailyn dan Hitori semula. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. 'Fokus ! Fokus ! Tugas kau, cuma untuk lenyapkan Hitori dan Vailyn. Tak lebih dan Tak kurang daripada tu. Jangan dengar rayuan diorang. Sebab diorang memang tak layak hidup dekat dunia ni. Walaupun baik atau jahat..' monolog Dr Hwang terhenti seketika.

Direnungnya Vailyn dan Hitori bersilih ganti, " mereka tetap perlu dihapuskan" tekad Dr Hwang. Dr Hwang meleraikan pegangan tangan Hitori , lalu Dr Hwang pergi ke mejanya bagi mengambil metronome dan diletakkan diatas meja diantara Vailyn dan Hitori.


"Apabila kamu mendengar metronome ini. Sila ikut arahan saya. Tapi, andai kata kamu melanggar arahan saya. Kamu akan kehilangan nyawa serta identiti kamu. " Arah Dr Hwang yang semakin tegas. Vailyn menelan airliur yang kelat tatkala mendengar arahan Dr Hwang. Namun apakan daya, demi dunia yang diidam-idamkan, dia hanya perlu ikut kehendak Dr Hwang.

Jari halus Dr Hwang mula menggerakkan jarum metronome tersebut.

TOK!...
TAK!...
TOK!...
TAK!...

Metronome telah berbunyi, suasana sepi kembali. "Vailyn dan Hitori, ikut arahan saya. Jangan sesekali kamu membantah." Vailyn dan Hitori mengedipkan matanya tanda setuju. Dr Hwang mengangguk kecil. "Saya mahu kamu berdua untuk pergi jauh kedalam minda serta ingatan kamu." sambung Dr Hwang lagi. Kening Vailyn dan Hitori dikerutkan, mungkin mencari memori mereka?

"Saya mahu kamu pergi kedalam ingatan kamu. Cari balik hari pertama kamu muncul sebagai personaliti The8 dan Wonu " arah Dr Hwang. Vailyn dan Hitori ragu-ragu untuk mengingatinya kembali, namn mengingatkan kepada akibat sekiranya mereka berbuat demi kian. Mereka mengalah, dan terus masuk kedalam memori mereka.

Setelah memastikan Vailyn dan Hitori telah sempurna berada pada hari pertama mereka. "Kamu berdua dah jumpa?" tanya Dr Hwang untuk meminta kepastian. Vailyn dan Hitori mengedipkan mata. "Baiklah, sekarang.. Saya mahu kamu pergi jauhhh~ kedalam.. Jauh dan jauhh kedalam" arah Dr Hwang.

"Dia suruh Vailyn ngan Hitori pergi mana hyung?" soal Dino kepada Hoshi. Hoshi menoleh kearah Dino sekilas "Dia nak Vailyn ngan Hitori pergi balik tempat asal dia. Maksud hyung, macam mana diorang muncul, macam tulah diorang akan pergi. Senang cerita, once diorang dah semakin jauh kedalam ingatan serta hati diorang, diorang akan pufff hilang." Jelas Hoshi berjela. Dino menggangguk.

Air mata Hitori mengalir, sesungguhnya dia belum bersedia untuk pergi buat selamanya. Vailyn menggenggam baju, bagi mengelakkan rasa sedih dan geram. Kini, mereka telah berada jauh kedalam hati serta memori mereka. Segala memori yang mereka cipta, akan hilang bersama mereka. Mungkin ada satu dua memori yang akan tersemat dalam ingatan The8 dan Wonu.

"Vailyn.. Hitori.. Sudah tiba masanya untuk kamu pergi.. Semoga, kamu akan dapat kehidupan yang lebih baik, daripada menjadi personaliti orang lain." ujar Dr Hwang. Vailyn melepaskan keluhan, berat hati untuk pergi.. Namun itu yang terbaik untuk semua. "Seventeen.. Maafkan aku.. Maafkan aku.." kata Vailyn dengan sayu. "A-aku juga.. I..im sorry Seventeen.." sambung Hitori.

Selesai sahaja Vailyn dan Hitori memohon maaf. Dr Hwang menghentikan jarum metronome. Terlihat air mata terakhir Vailyn dan Hitori mengalir serentak. "Sekarang, saya mohon The8 dan Wonu untuk bangkit kembali " arah Dr Hwang.

Mata The8 dan Wonu dibuka secara perlahan. Lampu meja yang berada pada sisi mereka, membuatkan persekitaran agak silau. Setelah mata mereka dibuka sepenuhnya, The8 merenung syiling "hyung.. We.. Did it?". Wonu menoleh kearahnya " Yeah bro!" balas Wonu sambil tergelak kecil. "Ahhh leganyaaa!" kata The8.

Dr Hwang yang mendengar perbualan antara dua sekawan itu hanya tersenyum puas, kerana dia telah berjaya memberikan kebahagiaan baru kepada Vailyn dan Hitori. Dr Hwang menoleh kearah Seventeen sambil memberi isyarat masuk. Sejurus selepas itu,  Seventeen berpusu-pusu masuk kedalam Bilik Khas tersebut, lalu memeluk The8 dan Wonu dengan erat.

"CONGRATS GUYSSS!!!!" Kata Vernon dan Joshua serentak.  "HYUNGGGGG!!!" Panggil Mingyu lalu memeluk Wonu dengan sangat erat. " W-WOI!  T-TAKLEH NAFAS-" kata Wonu sambil menepuk-nepuk lengan Mingyu.  "Ehhh opps sorryyyl eheheh" balas Mingyu sambil meleraikan pelukan. "Terima kasih Dr Hwang" Kata S.coups mewakili Seventeen. Dr Hwang menggangguk " Sama-sama~" ujar Dr Hwang.

"Lepas ni, saya mohon pada kamu semua,  kalau ada masalah apa-apa pon,  jangan terlalu lama memendam masalah tu, carilah seseorang yang boleh kamu luahkan masalah tu. Kalau tak, nanti akan timbul banyak masalah atau 'negative thought' yang akan selalu kamu fikir. Lepas, dah buat semua tu, akan timbullah personaliti yang akan 'menyelesaikan' masalah yang tak dapat kamu semua nak selesaikan tu" jelas Dr Hwang. "NAE!  BAIK DR HWANG! " Balas Seventeen.

~TAMAT~

Alhamdulillah ~ Chapter 27 dah update!!!  And finally tamat jugak cerita ni hehe. Btwww~ korang semua nak special chapter tak??? Kalau nak sila komen yeee!

Jangan lupa vote, comment, share and save my story dalam library u guyss~ #roadto3k!

LOVE,
CMJ

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top