Chapter 21 - Gaduh 🎈
Vailyn merenung tubuh Wonu yang kaku. "Tch, dasar antibodi lemah. Aku baru kenekan kau sikit je, tapi.. Kau dah tumbang " tawa Vailyn. Vailyn memijak bahagian dada Wonu Dan mencangkung di sebelah Wonu. "Kau nak tau tak? Kenapa korang semua tak perasan akan kehadiran aku? " Soal Vailyn sambil menyapu keningnya dengan jari manis.
"Sebab, aku dah ada dengan budak ni sejak dia masuk syarikat tak guna ni lagi. Atau lebih tepat, first day dia masuk sini. " Vailyn berdiri Dan berkata "Jangan hidup lagi tau budak. Kau tu umpama parasit je dalam Seventeen. Kau tu tak layak nk debut dengan Seventeen" . Tawa Vailyn bergema di setiap sudut rooftop.
Dalam kegembiraan, pasti ada mood spoiler bukan? Yeah, Wonu telah terjaga. Atau lebih tepat, 'sesesorang' telah terjaga. Vailyn melihat kearah Wonu, jelas terpancar riak wajahnya tidak gembira. Riak gembira merekah menjadi bengis.
Perlahan-lahan Wonu berdiri, membetulkan urat-urat sendi dibadan, membetulkan baju yang senget Dan memberus rambut dengan tenang. Wonu memandang kearah Vailyn, senyuman sinis diberikan.
"Hai bro, jangan ingat kau dah menang. Ini baru permulaan bukan pengakhiran. " Kata Wonu dengan penuh sinis. Kemarahan Vailyn sudah sampai di puncak amarah. Pasu yang diletaknya tadi mula diambil dan dibaling ke arah Wonu. "ARGHHHHHH KAU MEMANG TAK GUNA!!! "
PRANGGGGG
Pasu tersebut berkecai dek kerana berlanggar dengan dinding. Terlihat sedikit kesan retakan pada dinding akibat tindakan Vailyn itu. Wonu sempat mengelak daripada menjadi mangsa 'ciuman' pasu.
"Aku ingatkan kau ni Bagus sangat sebab mampu perdayakan orang. Tapi hakikatnya, kau ni LEMBIK je orangnya. " ujar Wonu sambil menekankan perkataan Lembik. "KAU PENGACAU! KAU PARASIT! KAU TAK PATUT HIDUP WONU! KAU TAK PATUT! " Amuk Vailyn sambil menendang-nendang segala bahan yang ada berdekatan dengannya.
"Ohh ya. Lupa pulak nak bagitau. Actually aku bukan Wonu, tapi aku.." Wonu memandang kearah Vailyn "Hitorikana Mizoko personaliti kedua Jeon Won Woo. " Vailyn agak terkejut dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh Hitori. "Ha? K-kau pon a-ada? " langkah Vailyn sedikit kebelakang. Heh terkejut la tu.
Hitori mengambil langkah menghampiri Vailyn. Kedua-dua tangannya digenggam dengan kuat sehinggakan timbul urat di sebalik lapisan kulitnya. Vailyn menggeletar, bibirnya diketap. Dia seolah-olah berhadapan dengan situasi yang paling dibencinya.
BUK!
Satu tumbukan hinggap di pipi Vailyn menjadi permulaan kepada setiap tumbukan yang dilontarkan. Entah mengapa, Vailyn hanya membiarkan saja Hitori untuk menyakitinya. Dia tidak langsung mempertahankan dirinya. Sehinggakan pada satu tahap, Vailyn terus rebah. Darah merah memancut keluar dari mulutnya. Mata, pipi dan dagunya habis berlebam.
"Hahaha, dah habis? " Soal Vailyn kepada Hitori. Hitori yang kepenatan, tidak menjawab pertanyaan Vailyn. Dia hanya terduduk sambil mengawal pernafasannya. Tanpa dia sedar, tubuh Vailyn kini betul-betul di belakang Hitori. Baru sahaja Hitori mahu menyambung memberi 'pengajaran' kepada Vailyn.
CRIKKK!
"HERGHHHHHH! AHhhhh... " Tubuh Vailyn menggeletar menahan sakit. Darah berlumba keluar dari celah tusukan. Ya, Hitori di tikam. "K-kau... " air mata Hitori mula berlinang, rasa sakit tusukan itu amat pedih dan bisa. Hitori jatuh menyembah bumi.
Vailyn kembali tertawa, dia berasa puas melihat penderitaan yang dirasai oleh Hitori. Pisau ditarik, kemudian dicucuk semula ketempat yang sama. "Cu-cukup hergh, cukup..." Rayu Hitori.
"Cukup? Heh, aku takkan berhenti selagi kau tak mati. " Kata Vailyn dengan tenang. "Kau dah buat aku macam ni, pastu kau nak aku berhenti? Hell no bro. " Vailyn mencabut kembali pisau itu. Di acukan pisau itu ke mata Hitori. "Say bye-bye bro. " Kata Vailyn. Dia mengambil jarak pisau. "HIYAKKKKKKK! "
*music begin*
Dengan serta-merta tubuh Hitori dan Vailyn rebah. Kedua tubuh itu tidak menyedarkan diri.
~🙁~
Alhamdulillah Chapter 21 Done hewhew. Btw, Selamat Hari Ray AidilAdha hshshsh even aye lambat sehari nak wish hewhew.
Jangan lupa Vote, Comment, Share and Save my story keyhh. LOVE YOU ALL PIUWPIUW.
LOVE,
CMJ
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top