Chapter 17 - Psikologi 🎈
BILIK PAKAR PSIKOLOGI
TOK TOK TOK
"naee... "
"Ufff nebes guyss"
"Masuk je, pintu tu tak kunci pun"
"Nae~."
Wonu membuka pintu bilik itu, lalu terpapanglah wajah pakarnya. Senyuman diberikan sebelum melangkah masuk. Pakar itu tersenyum saat melihat Wonu.
"Encik Jeon Won Woo ya?" - Pakar
"Ya, saya Jeon Won Woo. " - Wonu
"Baik, sila duduk disini." Pelawa Pakar tersebut. Wonu lantas duduk di sofa Yang disediakan. Terdapat pelbagai jenis buku-buku psikologi yang ada di library membelakangi tempat duduknya itu.
'Wahhh bnyknye buku, kalah collection aku. Ni kalau ade tempat macam ni kat Pledis ni , Fuhhh tak keluar makan pon takpe' monolog Wonu. Angan-angan Wonu terhenti apabila pakar itu mula bersuara.
"Baik, sekarang ni. Saya nak buat sesi 'Ice Breaking' dengan encik. Encik Tau Ice Breaking tu apa? " Soal Pakar itu. "Ermmm, langkah-langkah nak buat cendol? " Jawab Wonu yang innocent. Jawapan Wonu membuatkan pakar itu tergelak kecil.
"Bukan begitu, Ice Breaking ni adalah sesi untuk kita saling kenal-mengenali. Lagipon ini kali pertama awak dekat sini kan? Jadi mesti awak ada banyak soalan nak tanya. " Jelas pakar itu. " Ouhh begitu. Haah banyak jugak Yang saya curious dari tadi hehe. " Jawab Wonu sambil menggosok belakang tengkuknya.
"Baik, saya mulakan dulu ya. Nama saya Doktor Hwang Yoo Jin, Encik boleh panggil saya Doktor Hwang atau Doktor pon dah cukup. Tapi kalau nak lebih mesra guna noona pon okey. " Kata Doktor itu. 'Kenapa aku kene panggil dia noona, aku rasa aku lagi tua dari dia kot' monolog Wonu. "Saya berumur 36 tahun Dan sudah dikurniakan putera seramai dua orang. " Sambung Doktor Hwang.
Terbeliak mata Wonu tatkala mendengar umur Doktor itu. 'Kenapa muka dia nampak muda. Ni mesti geng-geng Harakeke. ' Monolog Wonu. Tersedar atas perbuatannya, Wonu terus berdehem Dan membetulkan posture matanya kepada asal. "Ohh " kata Wonu. * cover malu la tuww *
"Sementara encik bagi tau pasal encik, saya buat air kejap ye. Almaklumlah, company ni still underdog, so semua kene buat sendiri hehe. " Kata Doktor Hwang lalu pergi ke ruang coffee. 'Gile ke underdog? Punya hebat sampai ade arked bagai, dia boleh kata underdog? ' Monolog Wonu. Selepas bermonolog, Wonu memperkenalkan dirinya.
"Okeh, Saya Jeon Won Woo, panggil Wonu. Saya berumur 26 tahun. Ada dua adik-beradik. Saya juga adalah Salah seorang dari anggota idol iaitu kumpulan Seven-". Dengan tiba-tiba , Wonu menggigil. Dia rasa pening, kepala dia sakit sangat Dan juga rasa sesak nafas.
Melihat akan kejadian itu, Doktor Hwang meluru kearah Wonu. "WONU! LAWAN WONU! JANGAN BAGI DIA KELUAR! " Kata Doktor Hwang. "HERGHHHHHH..... HERRGHHHHHHHH" . Hanya itu sahaja yang mampu Wonu lontarkan. Air mata Wonu mula bergenang. Dia seakan rasa Yang harini adalah hari terakhirnya.
Doktor Hwang bangun dari tempatnya itu, lantas dia pergi ke meja pejabatnya. Di ambil sebatang pen, dan dia kembali kepada Wonu. "Wonu pandang saya . " Arah Doktor Hwang. Wonu sedaya upaya melawan 'bende' itu dan pandang kearah Doktor Hwang.
"Saya nak awak focus pada apa yang saya nak buat. Gunakan telinga awak untuk alert. Faham." Serious Doktor Hwang. " Pandang mata saya, selepas awak mendengar ketikan ni, awak akan pengsan, kau perlu muncul. Aku perlukan penjelasan dari kau." Ujar Doktor Hwang.
KLIK
Selepas mendengar bunyi ketikan itu, Wonu terus pengsan diatas sofa. Tiba-tiba, telefon Doktor Hwang berbunyi.
Chring chring chiring chiring chiring chiring
"Moshi Mosh?"
"________ "
"Ye, dia ada dengan aku. Jangan bimbang"
"________"
"Sekarang ni dia tengah hipnosis. Aku harap kau boleh bersabar, bukan senang untuk aku deal dengan 'dia'. Apatah lagi, 'dia' memang dah lama ada dengan Wonu. Cuma 'dia' tak aktif dan Wonu tak perasan akan kehadiran dia."
"________"
"Apa-apa nanti aku bagi tahu kau."
"________"
"Baik, aku letak dulu."
Doktor Hwang memandang kearah Wonu. Doktor Hwang makin serious. "Jangan risau Wonu, saya tau awak kuat. Kalau orang lain boleh sihat, awak juga mesti boleh. Saya akan bantu awak." Ujar Doktor Hwang.
~🙁~
Alhamdulillah Chapter 17 done!. Selamat kembali ke asrama hshshshs.
Jangan lupa Vote,Comment,Share and Save My Story dalam library You Guys~~
Love,
CMJ
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top