♚Prolog♚

"Gempa, tolong belikan ikan dekat pasar boleh? "

"Baik, Tok Aba! "

Seorang lelaki muda yang dipanggil Gempa oleh atoknya itu meletakkan terlebih dahulu bekas yang diangkatnya. Lalu dia kemudian dia pun mencuci tangannya dan mula bersiap untuk keluar ke pasar. Malam ini menu makan malamnya dan atoknya adalah ikan kering dan nasi. Seperti biasa. Tapi itulah satu-satunya menu yang dia boleh makan selain telur goreng sahaja.

Gempa menerima beberapa duit syiling perak yang diberikan oleh atoknya lalu dia pun melangkah keluar dari rumah kayu yang menjadi kediaman untuknya bersama atoknya.

Di sepanjang perjalanan Gempa, dia melihat kawasan di pasar tersebut. Dia nampak ramai orang-orang yang bertaraf hidup biasa membeli barang-barang keperluan harian mereka dengan penuh berjimat-cermat. Timbul perasaan iri hati dalam jiwa Gempa apabila memikirkan betapa bertuahnya mereka untuk dapat menikmati pelbagai jenis menu untuk santapan mereka. Berbanding dengan dirinya yang boleh makan 2 menu berbeza sahaja. Jika bukan telur goreng dan nasi, sudah tentu ikan kering dan nasi.

Gempa menggelengkan kepalanya bagi menghindarkan dirinya dari terus memikirkan perkara yang boleh menambahkan lagi perasaan iri hatinya kepada orang lain.

'Itu adalah rezeki mereka! Aku kena berusaha juga kalau aku nak hidup sama macam mereka! '

Dengan itu, Gempa pun terus meneruskan perjalanannya untuk mencari tempat menjual ikan kering.

°•°•°

Setibanya Gempa di kawasan tempat yang selalu dia membeli ikan, dia terus dikejutkan dengan melihat keadaan di mana gerai yang selalu dia singgah untuk membeli ikan kering kini sedang diserbu oleh polis kerajaan.

"Kedai kamu sudah 1 bulan tak bayar sewa! Amaran kami dah keluarkan dan memandangkan kamu masih tak dapat bayar, kemas barang kamu dan berhenti berniaga! "

"T-tolonglah tuan! I-ini sahaja yang menjadi sumber pendapatan saya dan keluarga! S-saya bukan tak nak bayar tapi b-banyak lagi hutang lain yang harus saya langsaikan! Tolonglah tuan... Kasihani saya! S-saya janji saya akan bayar bulan depan, tuan! "

"Argh! "

Gang!!

Polis tadi mencampak dan merobohkan gerai peniaga tadi tanpa belas kasihan. Kini suasana menjadi senyap dan tegang kerana perilaku polis tadi yang tiada belas kasihan langsung dalam menjaga keamanan.

Gempa yang sedari tadi melihat terus menggerakkan kakinya mendekati tempat tersebut.

"Uuhh... T-tuan. Jangan macam ni, tuan. Pakcik ni susah hidupnya tuan. Dia hanya boleh berniaga ikan sahaja untuk sumber pendapatannya, tuan. Jadi tuan tak perlulah nak-"

Pang!

Satu tamparan kasar hinggap di wajah Gempa. Terkejut orang-orang di sana apabila melihat polis tadi tergamak menampar orang muda seperti Gempa yang sekadar hanya ingin membela peniaga yang susah.

"Kurang ajar! Siapa kamu untuk menghalang kerja saya?! Kamu nak masuk penjara ke, hah?! "

Gempa terdiam. Selama dia hidup, tidak pernah sekali pun ada orang yang berani untuk menampar mahupun menunjal wajahnya. Tapi kali ini, dia memang tidak menyangkakan keadaan itu.

"Gempa! Ah, t-tuan. Tolong maafkan anak muda ini, tuan! Abaikan dia! B-baiklah, saya akan berhenti berniaga! Tolonglah jangan apa-apakan Gempa! "

"Huh! Tahu pun! Kalau kamu buat keputusan lebih awal, tak akan aku tampar budak ni! "

Gempa kini menjadi tumpuan ramai. Dia malu. Bukan malu kerana ditampar di depan khalayak ramai, tapi malu kerana rakyat yang sedang melihatnya langsung tidak ingin datang mendekat dan menolong orang susah seperti pakcik tadi.

Gempa menoleh dan segera menghentikan perbuatan pakcik yang berniaga tadi. Dia tak nak mengalah.

"Pakcik tolong jangan! Kita boleh cari jalan penyelesaian untuk hal ni! "

"Woi, budak! Kamu ni sengaja nak tempat maut ke, hah?! Jangan masuk campur urusan orang luar! "

"Tidak! Tuan, tolonglah! Jangan berkasar macam ni! Tuan harus berikan pakcik ni peluang! Dia juga hidup susah! Kehidupan kami di sini tidak sesenang kehidupan tuan! "

"Budak ni-!! "

Polis tadi baru sahaja hendak mengangkat tangan, namun tingkahnya terus terhenti apabila tangannya dipegang oleh seseorang dari belakang. Semua orang terkejut dan memandang seorang pemuda di belakang polis tadi.

"Hentikan. "

"Hah?! Siapa kau?! "

Sudah tentu itu yang akan dipersoalkan oleh polis tadi kerana dia tidak dapat untuk melihat wajah pemuda itu. Ink kerana pemuda tadi memakai jubah yang berhood dan menutup wajahnya dengan hood tadi dan juga topi yang muncungnya dihadapkan ke hadapan.

Pemuda tadi berdecih geram. Lalu dia pun tanpa membuang masa terus menunjukkan wajah sebenarnya.

"Aku tak sangka orang bawahan macam kau ni kejam juga, ya? "

Wajah polis tadi terus pucat apabila melihat wajah pemuda tadi. Yang lain termasuk Gempa juga turut memucat.

Kenapa tidak? Pemuda tadi ialah satu-satunya putera raja di negara mereka! Putera Halilintar!

"T-tuan Putera!! Maafkan saya! Saya tak bermaksud-"

"Diam! "

Terus semua yang berada di sana senyap. Mereka tidak berani untuk membuka suara kerana mereka sudah cukup kenal dengan tingkah dan personaliti putera raja itu yang tegas dan baran. Semua menundukkan wajah masing-masing dengan perasaan yang takut.

Putera tadi menoleh ke arah pakcik peniaga tadi dan Gempa. Dia terus mendekati mereka berdua.

"Apa masalahnya? "

"Uuhh... T-tuan polis ni arahkan pakcik ni untuk tutup kedainya sebab... D-dia tak sempat nak bayar hutang sewa. T-tapi Tuan Putera! Dia tidak bermaksud apa-apa! Semua peniaga di sini harus berhutang banyak sebab mereka bukan rakyat yang hidup senang! "

Gempa membuka suara bagi berpihak kepada pakcik tadi. Dia juga berharap agar putera di hadapannya ini dapat memahami keadaan rakyat dan peniaga di sini tidak sepertimana polis tadi. Sebagai putera, dia seharusnya faham keperluan rakyat bukan?
".... Berapa harga sewa setiap peniaga? "

Putera tadi membuka suara setelah beberapa minit berdiam diri. Dia menatap serius ke arah polis tadi manakala yang dipandang mula mengigil dan menjawab,

"Uhh... 1500 Yang Mulia... "

Putera Halilintar mula mengecilkan matanya. Dia nampak seperti sedikit terkesan dengan harga tersebut. Murka?

"Mulai hari ini, beta mahu setiap harga sewaan kedai adalah terpulang kepada berapa jumlah pendapatan mereka. 15%. Kalau sumber pendapatan mereka sebulan ialah 50 hingga 300 sebulan, ambil 10% sahaja. Faham? "

"F-faham Yang Mulia! "

Polis tadi memberikan tabik kepada putera raja. Semua orang di situ mula menghela nafas lega. Mereka mula berasa tenang dengan keputusan dan arahan tuan putera.
Dan begitu juga dengan Gempa. Persepsinya ke atas putera raja di hadapannya serta-merta berubah. Putera Halilintar bukanlah seorang putera yang dingin dan kejam, dia hanya kelihatan begitu kerana sifat luarannya, tapi tidak Gempa sangkakan bahawa sifat dalaman putera tersebut sungguh indah!

"Tolong kemaskan balik barang-barang niaga pekedai ini. Dan gantikan segala apa yang rosak dengan duit kamu sendiri! Kamu seharusnya malu kerana bertingkah kasar pada orang bawahan!"

"Baik! Ampunkan patik tuanku! "

Putera Halilintar mengabaikan pohonan maaf polis tadi. Dia terus menyarungkan topi dan hoodinya dan dia pun berlalu menuju ke arah jalan pulang ke istana.

Sebaik sahaja suasana mula tenang, orang ramai pun mula bersurai dan menyambung segala apa yang sempat ditinggalkan oleh mereka tadi. Manakala Gempa pula masih tercegat di tempatnya. Tapi dia tidak menunggu lama, dia meninggalkan tempat tadi dan terus mengejar putera raja tadi.

°•°•°

"Tuan Putera tunggu! "

Gempa memanggil Putera Halilintar dari belakangnya. Kini mereka telah jauh dari kawasan pasar dan mereka di tengah jalan yang penuh dengan bendang sawah yang mana padinya mula menguning dengan warna keemasan yang cantik.

Putera Halilintar menoleh. Dia melihat seorang rakyat bawahan yang nampak seperti tergolong dalam golongan unterseite. Mungkin salah?

Gempa berhenti dari lariannya sebaik sahaja dia tiba di hadapan putera raja tersebut. Nafasnya tercungap-cungap kerana kelelahan berlari.

"Terima kasih sudi menunggu, tuanku... Haa.. Haa.. P-patik cuma ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana sudi memahami keadaan kami di sini.. "

Putera Halilintar memandang sahaja Gempa sambil mendengarkan apa yang dikatakannya. Kemudian dia bertanya soalan yang tiada kaitan bunyinya pada Gempa.

"Kau ni unterseite ke? "

"Eh?! "

Wajah Gempa terus kemerahan. Macam mana putera raja golongan uben boleh tahu?!

"Y-ya... "

Gempa menunduk malu. Dia malu kerana di depan uben dia terpaksa mengaku bahawa dia ialah unterseite walaupun kenyataannya dia tidak mahu pun dilahirkan sebegitu.

Putera Halilintar terdiam. Dia mengalihkan wajahnya ke arah lain sebelum dia memandang ke arah Gempa semula.

Dan tanpa disangkakan oleh Gempa, tiba-tiba tangan putera tersebut menepuk dan mengusap kepalanya. Gempa terkesima lalu dia pun terus mendongak untuk memandang wajah putera tersebut. Dan dia tidak sangka, dia dapat melihat senyuman putera raja yang dingin itu secara dekat.

"Kau lakukan tanggungjawab dengan baik."

"T-tuan... "

Wajah Gempa kemerahan. Dia tidak sangka bahawa dia akan dipuji sebegitu. Senyuman manis terus terukir di wajah Gempa. Dia bahagia.

"Terima kasih! "

Putera Halilintar terpaksa meneguk ludahnya yang tersekat tiba-tiba selepas melihat senyuman manis unterseite tersebut. Namun dia mengangguk sahaja. Dia mengalihkan tangannya dan terus menarik tangan Gempa. Dia meletakkan sesuatu di tangan Gempa lalu terus beredar.

"Ah- Tuan! Ini-! "

"Guna saja! Dan yang satu lagi, simpan! "

Gempa terpegun. Dia melihat pemergian putera tersebut dan setelahnya dia pun melihat ke arah tangannya. Dia melihat ada beberapa keping syiling emas dan... Sebentuk cincin?






°•°•°•END OF PROLOGUE•°•°•°

Hi! So guys macam mana dengan prolog ini so far? 😆

Ani tahu yang ia sepatutnya pendek tapi... Ah, Ani terbawa suasana. Lol. 😅

Plus Ani nampaknya kena terangkan banyak benda untuk chap 1 nanti. Di situ korang akan faham setiap mesej yang akan disampaikan. Dan Ani juga sarankan untuk semua JANGAN SKIP chapter. Kerana setiap chapter ada hint tersendiri yang korang akan faham kalau korang baca tanpa skip.
Just a reminder. Kalau tak faham nanti jangan tanya sebab Ani dah berikan nasihat. 😂😂

So, ini sahaja kata-kata pendek dari Ani. Harap semua enjoy untuk buku kali ini! Dan harap semua sabar menunggu kesudahannya, ya? 😄💕 Love yaaa

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top