💍 💎 Extra Chap 💎 💍

Kreaakk

"Selamat pulang, tuanku. "

"Selamat pulang yang mulia. "

Para pembantu istana membongkokkan badan mereka sebagai tanda hormat ke arah maharaja mereka yang kini sedang berjalan di hadapan mereka. Raja tersebut, iaitu Halilintar hanya membalas tundukkan mereka dan teruskan sahaja berjalan naik ke tingkat atas untuk masuk ke dalam biliknya setelah lelah seharian bekerja di dalam kerajaan.

Klik

Blahm

"Oh, selamat pulang, tuanku. "

Wajah Halilintar yang tadinya masam kini serta-merta berubah ke senyuman yang lebar apabila dia melihat orang yang dirinduinya sedang berdiri di hadapannya dan membongkok hormat kepadanya.

"Berapa kali kanda mahu pesan untuk berhenti berbuat sebegitu, hm? "

"Tehee... Maafkan saya. Eh, silap. Dinda! Hehehe... Maafkan dinda sebab masih belum terbiasa dengan semua ni. "

"Gempa... "

Halilintar terus berjalan mendekati pasangan yang dicintainya dan langsung memeluk erat tubuh badan Gempa.

"Padahal kita sudah lama bersama. Tapi kamu masih tak dapat menyesuaikan diri, hm? "

"Maaf... Menggunakan bahasa istana amat rumit untuk saya. Jadi agak segan jika tersasul. "

"Benarkah? "

Halilintar melepaskan pelukan mereka dan menatap wajah Gempa dengan penuh prihatin. Sesekali dia mengusap wajah lembut Gempa dan mencium dahinya sekadar ingin menyalurkan perasaan kasihnya ke atas pasangannya itu.

"Kalau begitu tak perlu lah kita menggunakannya. "

"Tapi... Bukan ke ia akan melanggar-"

"Saya yang memerintah kerajaan ini sekarang. Dan sejujurnya... Menggunakan bahasa sebegini amat sukar. Jadi apa kata kita melakukan sedikit perubahan? "

"Macam mana pula dengan kata-kata rakyat? "

Halilintar menggelengkan kepalanya dan mengusap lembut wajah Gempa.

"Tiada paksaan dalam perubahan ini. Kepada mereka yang masih mementingkan adat dan istiadat, benarkanlah mereka meneruskannya. Dan kita, hanya memberikan kelonggaran sahaja. "

Wajah kerisauan Gempa serta-merta berubah menjadi tenang dan bahagia. Dia tidak sangka bahawa suaminya akan berfikir begitu tajam dan ke depan tentang perkara seperti ini. Dan dia sama sekali tidak menyesalinya.

"Bonda! Ayahanda! "

Kedengaran suara kecil seorang kanak-kanak dan bunyi derapan langkah kaki menghampiri dan memecahkan keheningan antara mereka berdua. Pasangan tadi segera menoleh dan menemui 2 orang anak mereka sedang berlari menuju ke arah mereka.

"Lightning Quake! Bukankah bonda sudah pesan jangan ajak adik kamu berlari-lari?"

"Ampun, bonda! Tapi adik minta Nike tanya kepada ayahanda dan bonda tentang lawatan turun padang kita ke kerajaan? "

"Turun padang? "

Gempa menoleh ke arah Halilintar yang kini mula menggelabah apabila anak-anaknya mula membocorkan rahsia antara mereka bertiga. Ya, Halilintar dalam diam telah mengajak anak-anaknya untuk turun padang dan melihat kerajaan mereka di luar pengetahuan bonda mereka.

"Kenapa bonda tidak tahu tentang hal ini? "

"Oh? Sebab ayahanda pesan untuk... Uhm... Rahsiakannya... Ehehehe... "

Gempa mengangguk faham dan tersenyum ke arah anak-anaknya.

"Baiklah kalau begitu. Kamu berdua pergi ke bilik dan bersiap. Bonda ingin berbicara dengan ayahanda kamu sekejap. "

"Baik bonda! "

Anak sulung mereka berdua pun terus keluar dari bilik mereka bersama-sama adiknya yang perlu dipimpin tangannya kerana masih belum biasa berjalan. Sebaik sahaja sudah memastikan anak-anak mereka keluar sepenuhnya dan tiada sesiapa yang datang, Gempa pun menoleh ke arah Halilintar dengan senyuman penuh makna.

"Jadi wahai kekanda ku yang dikasihi, yang comel, yang tersayang, yang tampan dan yang nakal... Bolehkah kanda ceritakan kepada dinda tentang 'rahsia' ini? "

Berpeluh-peluh Halilintar jadinya apabila dia melihat kekasih tercintanya mula berpeluk tubuh dan memandang tajam ke arahnya. Jika kisah mereka diceritakan di dalam buku bergambar, sudah tentu terdapat aura kehitaman mula keluar dari badan Gempa.

"Uuhh... Tiada apa? Kanda cuma bergurau... Ehehehe... "

"Oh, bergurau, hm? Kenapa tak rasa kelakar, ya? "

"Ahahaha... Dinda tak faham jenaka lah tu..."

"Oohh... Nak kutuk orang pula, ya? Dah lupa ke yang anak kedua kita ada asma? Tak boleh bau asap dan tempat yang sesak?"

"Tapi sayang-"

Gempa terus berjalan mendekati Halilintar dan mencubit pipi suaminya dengan geram.

"Dasar raja tak faham bahasa kanda dinda ni! Kenapa takbir kerajaan boleh fikir macam-macam tapi keluarga sendiri tak faham-faham sampai ke sudah?!"

"Aww! Aww! Shakit dindaaa! "

Gempa melepaskan cubitannya pada kedua-dua pipi Halilintar dan terus mengheret Halilintar untuk masuk ke dalam bilik mandi mereka. Melihat kemarahan yang tinggi oleh Gempa dan tempat yang dituju mereka adalah bilik mandi, Halilintar hanya mampu menangis sedih dan meraung penuh penyiksaan.

"Aaaaaaa!! Tak nak dinda! Tak nak! Kanda dah insaf! "

"Menipu saja kerja! Sudah ada anak 2 dan  nak dapat 4 pun masih tak insaf lagi! "

"Tidaaaaakk!! Kanda dah insaf! Wahai dinda intan payung kekasih pujaan hati kanda! Tolong kasihani kanda! "

"Tidak! Kanda perlukan hukuman yang tinggi untik kesalahan kali ini! "

Maka berakhirlah kisah cinta mereka berdua dengan tangisan penyesalan Raja Halilintar dari bilik mandi mereka sendiri. Entah apa yang dilakukan oleh Gempa terhadap suaminya biarlah mereka berdua sahaja yang tahu.

°•°•°• THE END •°•°•°

Gajelas ahahahahaha 😂😭😭

Maafkan daku wahai readers sekalian kerana bahasa bercampur-baur macam nasi campur! 😭😭

Ani nak kekal menggunakan bahasa istana dalam hubungan perkahwinan HaliGem tetapi penggunaan panggilan 'kanda' dan 'dinda' terlalu cheesy. Tapi itulah kenyataannya wahai pembaca yang dikasihi, bahasa istana memang macam tu. 😅

Ok itu sahaja. Ani tak nak tambah part mana-mana lagi sebab dah penat menulis dan Ani mesti habiskan buku-buku yang lain juga. Jadi, sampai di sini saja. Byeeee! 😘

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top