💎 9 💎
♚♔♚♔♚
Raja Amato berjalan menaiki pentas yang bersambung dengan tangga utama bangunan mewah sambil dirinya diiringi oleh 2 orang pengawal di sebelahnya. Sebaik sahaja tiba, Raja Amato mengetuk gelas di tangannya dengan menggunakan sebuah sudu kecil untuk menarik perhatian para rakyatnya.
"Maaf mengganggu perhatian anda semua. Tetapi beta berkenan untuk menyampaikan sesuatu perkara yang amat penting. Yang beta tahu mungkin kebanyakan daripada kamu semua sudah mengetahuinya. "
Maka berbunyilah desas-desus suara para penduduk selepas mendengar pernyataan daripada Raja Amato. Masing-masing mula tertanya-tanya apakah yang sedang dimaksudkan oleh Raja Amato sebentar tadi.
Melihat wajah-wajah rakyatnya yang begitu ingin tahu, Raja Amato pun tersenyum dan menoleh ke belakang. Melihat satu-satunya anak semata wayangnya sedang berjalan mendekatinya dengan wajah serius dan seperti tidak puas hati.
"Rakyat-rakyat beta sekalian. Anda sudah tentu sudah cukup kenal dengan anakanda beta, bukan? "
Kebanyakan penduduk di bawah mengangguk kepala masing-masing sebagai menjawab pertanyaan daripada maharaja.
"Malam ini.... Di dalam majlis yang penuh gilang-gemilang ini... Beta berbesar hati untuk memberitahu kepada anda semua bahawa... Beta telah membuat keputusan untuk turun takhta. "
Riak wajah para penduduk mula berubah apabila mereka mendengar pengumuman daripada Raja Amato. Sungguh tiada sesiapa pun yang sangka bahawa maharaja akan turun takhta dengan tiba-tiba pada malam itu. Ada yang terkejut namun ada juga yang tetap diam.
"Tetapi anda semua tidak perlu khuatir kerana, beta sudah ada pengganti beta. Dan sudah tentulah tidak lain dan tidak bukan... Anak beta sendiri, Putera Halilintar. "
Seiring dengan berakhirnya ucapan Raja Amato, Halilintar pun muncul dari belakangnya dan menampilkan dirinya sama seperti orang-orang kebiasaan mengenalinya. Dingin dan diam.
"Mulai esok, akan beta tabalkan anakanda beta sebagai raja baharu di negara kita! Dan beta berharap, agar anakanda beta dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik untuk keharmonian anda semua. "
Raja Amato mengerling ke arah Putera Halilintar sembari melemparkan senyumannya kepada anaknya. Halilintar pula, hanya diam dan langsung tidak memandang ke arah ayahandanya. Dia sememangnya tidak peduli tentang apa yang dibicarakan oleh ayahanda itu.
"Jadi malam ini, ayuh kita raikan perayaan pertabalan yang terbuka untuk anakanda beta! "
"Wooooooo~!!!!"
"Yaaaaayyyy!! "
Terdengarlah sorakan gemuruh dan gembira daripada para penduduk selepas berakhirnya ucapan Raja Amato. Semua orang bertepuk tangan sambil menyebut nama Putera Halilintar dengan penuh keterujaan.
Manakala Putera Halilintar pula, dia hanya memandang sahaja wajah ceria rakyat jelatanya sebelum pandangannya tiba-tiba menunduk ke bawah.
Raja Amato yang perasan akan perkara itu hanya mampu menghela nafas. Dia kalau boleh menginginkan malam yang hebat untuk anak tunggalnya namun kelihatannya ia tidak dapat dicapai kerana anaknya sendiri.
Dengan perlahan-lahan, Raja Amato menepuk bahu Putera Halilintar yang membuatkan putera raja itu menoleh ke arah ayahandanya.
"Anakanda... Haih... Baiklah ayahanda izinkan. "
Dengar sahaja ucapan daripada ayahandanya, wajah Putera Halilintar serta-merta berubah. Putera tersebut melihat senyuman pada wajah ayahandanya sebelum dia menoleh kembali ke arah rakyat jelata yang masih menunggu ucapan darinya.
"Uuhh... Ekhem! S-selamat petang semuanya. Beta... Amat berbesar hati kerana mendapat peluang untuk berdiri di sini pada malam ini dan meraikan majlis yang hebat ini bersama-sama anda semua. Walaupun... Esok masih ada tapi... Beta berkenan untuk menyampaikan sesuatu kepada anda semua. "
Putera Halilintar menoleh ke belakang dan memandang ke arah 2 orang pengawal yang setia berdiri tidak jauh dari belakangnya. Seolah-olah faham dengan maksud pandangan Putera Halilintar, kedua-dua pengawal tersebut pun terus berundur dan beredar dari situ dengan kadar yang segera.
Putera Halilintar kembali menoleh ke hadapan. Kini, wajahnya kelihatan semakin segar dan bersemangat. Biarpun di dalam hatinya terasa begitu bergetar dan berdegup dengan kencang sekali.
"Mengikut tradisi kerabat diraja, sebelum menaiki takhta, bakal pemimpin hendaklah mempunyai pasangan mereka terlebih dahulu supaya sekurang-kurangnya generasi yang akan datang dapat diteruskan dan takhta tidak akan dimiliki oleh orang lain.
Oleh sebab itu, sebelum malam pertabalan tiba, ayahanda beta telah menyatakan tentang syarat tersebut. Namun beta menghadapi masalah dengannya kerana... Ya, beta jarang bergaul dengan anda semua dan mempunyai perwatakan yang dingin sama seperti yang anda semua sangkakan."
Beberapa orang penduduk sedikit menundukkan wajah mereka kerana tahu bahawa mereka adalah salah seorang daripada yang mengatakan hal tersebut tentang Putera Halilintar dari belakang baginda. Manakala yang selebihnya pula hanya tertawa kecil kerana sudah sedia maklum dengan perwatakan tersebut.
"Beta sangkakan bahawa ianya mustahil untuk beta memperoleh pasangan sebelum tiba hari pertabalan. Tetapi siapa sangka? Takdir telah mempertemukan beta dengan pasangan beta malam sebelum hari pertabalan rupanya... "
Putera Halilintar menoleh ke belakang dan melihat seseorang sedang berjalan mendekatinya dengan wajah yang gugup. Putera tersebut tersenyum sebelum dia menghulurkan tangannya untuk menyambut kedatangan orang itu.
"T-tuanku, patik... "
"Tak mengapa. Beta ada bersama kamu. "
Tangan Putera Halilintar memegang erat tangan orang tersebut dan seterusnya menarik badannya untuk mendekat dengannya.
"Rakyat jelata sekalian. Izinkan beta perkenalkan pasangan beta. Gempa. "
Kebanyakan penduduk terkejut dan terlopong apabila mereka dapat melihat wajah Gempa yang berdiri di sebelah Putera Halilintar. Ada yang rasa seperti tidak percaya dan ada juga yang teruja. Tidak ketinggalan juga ada yang kesal kerana mengingatkan bahawa mereka yang bakal menjadi pasangan tuan putera.
"Huh?! Itu kan Gempa! "
"Waaah! Gempa jadi pasangan tuan putera?! "
"Gempa!! "
Kedengaran suara kawan-kawan Gempa memanggil dari bawah. Gempa yang kebetulan ternampak wajah mereka terus membalas lambaian mereka sambil cuba untuk kekal tersenyum walaupun masih malu-malu kerana dirinya menjadi tumpuan ramai.
"Besok, seiring dengan hari pertabalan beta, akan berlangsung juga hari pernikahan kami berdua. "
Putera Halilintar berkata sambil melirik ke arah Gempa sambil tersenyum manis ke arahnya. Manakala Gempa pula, hanya mampu menundukkan kepalanya untuk menyembunyikan wajahnya yang kemerahan tersebut.
"T-tuanku... Jangan lah pandang patik seperti itu. Patik segan... "
"Hm? Kenapa harus segan dengan bakal suami sendiri? "
Gempa memandang Putera Halilintar dengan mata yang terbeliak.
"S-suami, tuanku? "
"Yes. Beta adalah bakal suami kamu. Dan mulai sekarang, jangan bahasakan beta dan patik. Gunakanlah bahasa romantis yang sering dilakukan oleh pasangan-pasangan di luar sana. "
"Tapi-"
"Eep..! Jangan bantah perintah raja! "
Wajah Gempa semakin kemerah-merahan jadinya. Ditambah pula tangan Putera Halilintar tiba-tiba melingkar erat di pinggangnya membuatkan Gempa semakin panik jadinya.
"Tahniah tuanku! "
"Semoga kalian bahagia! "
Bunyi suara sorakan gembira kedengaran di dalam dewan tersebut mula bergema di seluruh tempat. Seolah-olah mereka ingin menyampaikan segala berita gembira itu kepada seluruh dunia.
♚♔♚♔♚
"Dengan ini, saya umumkan anda berdua sebagai pasangan selamanya. "
Sebaik sahaja habis ucapan menteri tersebut, Gempa pun menoleh ke arah pasangannya di hadapannya.
"Bisakah beta mencium pasangan beta? "
Gempa tertawa.
"Sudah tentu... Raja Halilintar. "
Raja tersebut terus meraih wajah Gempa dan mencium bibirnya dengan lembut. Manakala Gempa pula, dia serta-merta melingkarkan tangannya pada leher suaminya dan membalas ciumannya dengan baik biarpun ia adalah pertama kalinya dia mencium seseorang.
"Wooooooo!! "
"Tahniaaahh!! "
"Tahniaahh!! "
"Semoga berkekalan!! "
Suara gemuruh dan sorakan gembira daripada penduduk memeriahkan lagi majlis perkahwinan antara Gempa dan Halilintar yang kini telah ditabalkan menjadi raja baharu kerajaan mereka. Para penduduk sangat gembira dan teruja di atas pertabalan tersebut kerana mengingatkan bahawa Raja Halilintar sebelum ini telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan digabungkan pula dengan sifat lemah lembut dan prihati Gempa yang sudah tidak asing lagi bagi mereka. Tambahan pula mereka sangat menantikan bagaimana raja baharu dan pengantin baharu itu akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik pada masa hadapan nanti.
"I love you, My Prince. "
"I love you too, Gempa. "
°•°•°•END OF LAST CHAP•°•°•°
Huaaaaaaaa!! Tamat juga! 😭😭
Maafkan patik wahai tuanku pembaca sekalian kerana lewat meng-update cerita ini seperti yang patik janjikan sebelum ini! Patik tahu anda semua amat menantikannya. 😭
Sebagai menebus kesalahan patik, silakanlah membaca sebuah chapter extra selepas ini! Terima kasih atas sokongan semua! 😭😭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top