💎 8 💎
♚♔♚♔♚
"Kisah mereka... Sangat indah, tuanku. "
Gempa berkata sambil mengusap-usap perlahan cincin yang kini sedang dipakainya. Timbul rasa cemburu dengan kisah manis antara pasangan Alpha dan Omega itu. Biarpun berkali-kali Gempa mendengar cerita itu, tetapi dia sentiasa berharap agar dia juga boleh menjadi seperti ketua Omega itu. Diterima dengan ikhlas oleh Alphanya walaupun sang Alpha tahu Omega begitu banyak kelemahan.
"Nak tahu apa lagi indah, Gempa? "
"Ya? "
Putera Halilintar mengangkat wajah Gempa dengan menggunakan jari telunjuknya di dagu Gempa. Menatap dalam iris yang berkilauan itu.
"Mempunyai kisah cinta sendiri. "
Jantung Gempa berdegup kencang selepas mendengar ungkapan Putera Halilintar. Dia langsung tidak sangka bahawa putera raja itu boleh berkata-kata begitu manis pada malam itu. Walhal, selama ini dia sering dengar yang putera raja di hadapannya ini berhati dingin dan sombong.
Benarkah?
"Mulut tuanku sangat manis... "
"Hm? Macam mana kamu tahu? Kamu pernah rasa? "
"Eh?! T-tak! Mana ada! Patik... "
"Atau kamu mahu merasainya, hm? "
Wajah Gempa yang sudah sedia kemerahan menjadi bertambah merah apabila Putera Halilintar seperti sedang menggodanya. Jika diikutkan hati, mahu sahaja Gempa jatuh pengsan di sana kerana saking malunya dia digoda sedemikian rupa. Tetapi biarpun malu, Gempa gembira!
Putera Halilintar tertawa kecil melihat reaksi malu Gempa. Entah kenapa baginya ia sangat comel.
"Gempa... Kamu masih ingat yang beta pernah ceritakan kepada kamu tentang beta telah memberikan sebuah hadiah paling bermakna buat beta kepada seseorang? "
Gempa melihat ke arah wajah Putera Halilintar. Dirinya cuba untuk memanggil semula akan memorinya tentang perkara yang dimaksudkan oleh putera tersebut sehingga ingatannya mula teringat akan waktu makan malam mereka tempoh hari.
"Ah... Y-yang tu... Ya. Patik ingat, tuanku. Kenapa..? "
Putera Halilintar tersenyum. Tangannya yang masih setia memegang tangan Gempa pun mula dipegang semakin erat. Membuatkan Gempa menundukkan wajahnya untuk melihat pegangan putera itu pada tangannya yang masih setia memakai cincin.
"Adakah kamu tahu? Yang kamulah orang yang beta maksudkan? "
"Eh..? "
Putera Halilintar mencium tangan Gempa. Matanya tidak putus merenung si pemilik iris emas itu sambil memberikan dan menunjukkan sebuah perasaan terhadapnya.
"Kamu, Gempa. Kamulah orang yang beta maksudkan itu. "
Gempa mengetap bibirnya. Dia tidak pasti sama ada dia sedang terharu ataupun terlalu terkedu sehingga dia tidak mampu mengutarakan apa-apa kata-kata untuk membalas ucapan Putera Halilintar. Adakah dia boleh menangis? Kerana itu adalah satu-satunya reaksi yang paling ingin dia lakukan pada saat itu kerana terlalu gembira dan terkejut.
"T-tuanku... "
"Dan satu lagi. Cincin yang kamu pakai inilah 'Luna', Gempa. Cincin lagenda yang ayahanda beta berikan kepada beta untuk beta hadiahkannya kepada bakal pasangan beta nanti. "
"Tuanku... Patik-"
"Beta tidak menerima sebarang penolakan. "
Gempa semakin bertambah hilang kata-katanya. Adakah hubungan mereka terlalu cepat? Tetapi Gempa sangat menginginkannya!
"Tuanku... Patik... Patik tak tahu harus berkata apa. "
"Kenapa? Kamu terkejut? Atau kamu benci beta? "
Gempa cepat-cepat menggelengkan kepalanya menidakkan spekulasi daripada Putera Halilintar. Sebelah tangannya yang bebas diangkat dan menyentuh tangan Putera Halilintar yang masih sedang memegang tangannya yang sebelah lagi.
"Bukan itu maksud patik. Patik... Terharu. Tuanku berikan patik sebuah cincin yang amat bermakna. Tetapi... Adakah ia membawa maksud apa-apa? Atau hanya sekadar hadiah? "
"Tiada orang yang memberikan sebentuk cincin lagenda ini sebagai hadiah, Gempa. "
Gempa sedikit malu apabila ditegur oleh Putera Halilintar. Bila difikirkan balik, ada betul juga kata-kata Putera Halilintar. Ada ke orang sesuka hati berikan cincin kepada orang lain? Terutama cincin hebat sebegini pula!
"Jadi... Kenapa tuanku berikan cincin ini kepada patik..? "
"Kamu masih belum sedar? Gempa, beta sukakan kamu. Lebih tepatnya cintakan kamu. Adakah ia terlalu sukar untuk kamu menyedarinya? "
Putera Halilintar memasang wajah sedih dan kecewanya. Entah kenapa dia rasa begitu sedih kerana orang yang selama ini dikaguminya dalam diam ternyata begitu kurang peka dengan keadaan sekelilingnya.
"A-apa..? Tuanku... Patik... S-suka..? "
Putera Halilintar memegang erat kedua belah tangan Gempa sambil mengangguk menjawab pertanyaan Gempa. Dalam diam putera itu berdoa, semoga Gempa tidak akan menolak perasaannya.
"Tuanku, patik... "
Tiba-tiba airmata Gempa mengalir turun dari pipinya. Membuatkan mereka berdua sama-sama terkejut terutama Gempa sendiri.
"Gempa? Kamu kenapa? Kamu ok? "
"Ah... M-maafkan patik. Patik cuma... T-terharu. "
"Terharu? "
Gempa menganggukkan kepalanya sambil mengusap airmatanya. Setelah beberapa saat diambil untuk menenangkan dirinya, Gempa pun mengangkat wajahnya semula.
"Patik terharu, tuanku. Ternyata cinta patik dibalas! "
Putera Halilintar terkedu melihat senyuman kegembiraan Gempa. Dia tidak pernah melihat sebuah senyuman yang begitu manis dan bersinar di bawah cahaya purnama di malam yang bermakna baginya. Tetapi Putera Halilintar tidak mempersoalkannya.
"Jadi... Adakah ia bermaksud kamu ingin menjadi pasangan beta? "
"Hm! Patik sudi, tuanku. Patik dengan rela hati ingin menjadi pasangan tuanku. "
"Selama-lamanya? "
"Ya! Selama- eh? "
"Ayuh cepat! "
"Eh? Eh?! Tuanku!!? "
Perasaan gembira itu tiba-tiba hilang apabila Putera Halilintar tiba-tiba menarik tangan Gempa dan membawanya masuk ke dalam istana semula. Terjerit cemas Gempa jadinya apabila dirinya ditarik dengan cepat oleh Putera Halilintar sehingga dia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya menjerit dan memanggil Putera Halilintar yang malangnya tidak mendapat sahutan.
♚♔♚♔♚
"Ayahanda! "
Raja Amato berpaling dan melihat satu-satunya anak semata wayangnya sedang berjalan mendekatinya dengan langkah yang tidak terlalu tergesa-gesa tetapi dalam kadar yang cepat. Raja Amato meminta diri daripada kawan-kawannya dan segera berjalan mendekati Putera Halilintar. Namun, pada saat sebaik sahaja baginda dekat dengannya, baginda baru perasan terdapat seorang unterseite sedang ditarik oleh puteranya.
"Ada apa, Hali? "
"Ayahanda, anakanda ingin perkenalkan seseorang kepada ayahanda. "
"Iya? Siapa? "
"Ini dia. "
Putera Halilintar menunjukkan Gempa dengan membawanya berdiri di sebelahnya. Gempa, yang menjadi topik utama perbualan mereka mula menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat terhadap Raja Amato.
Raja Amato memandang Gempa atas bawah. Melihat cara pemakainnya sehingga menilai bagaimana sifat Gempa dalam diam.
"Apa khabar, Gempa? "
"K-khabar baik, tuanku. P-patik berbesar hati kerana dapat menghadiri majlis yang indah dan gemilang ini... "
Raja Amato tersenyum dan mengangguk.
"Ia hanya sekadar majlis yang istimewa untuk anak beta. Dan... Beta fikir kamu dan Hali berkawan, ya? "
Gempa menganggukkan kepalanya tetapi Putera Halilintar pula menggelengkan kepalanya.
"Tidak, ayahanda. Gempa adalah pilihan Hali."
Kening Raja Amato berkerut mendengar jawapan Putera Halilintar. Dia pun memandang puteranya dan Gempa secara bergilir-gilir. Dia tidak tahu bagaimana mereka berdua bertemu dan dia sangat ingin tahu bagaimana mereka boleh mula berhubung.
"Hali... Ayahanda faham yang kamu kesunyian... Tetapi Gempa ini-"
"Anakanda tidak peduli. Dan anakanda faham apa yang ayahanda fikirkan. Ayahanda fikir yang Gempa tidak layak menjadi pasangan anakanda, bukan? "
Gempa sedikit terkilan apabila mendengar pertanyaan daripada Putera Halilintar yang ditujukan kepada Raja Amato. Benarkah? Adakah Raja Amato tidak mahu menerimanya sebagai pasangan Putera Halilintar? Jika benar, nampaknya Gempa harus bersedia mundur diri.
"Uhmm.. Tuanku, patik rasa lebih baik patik pulang sahaja. "
Putera Halilintar menoleh ke arah Gempa dan menggelengkan kepalanya sebagai tanda tidak setuju dengan cadangan Gempa tadi. Pegangannya pada tangan Gempa semakin erat. Menandakan bahawa dia tidak akan melepaskan Gempa begitu sahaja.
"Ayahanda lihat. "
Putera Halilintar mengangkat tangan Gempa dan menunjukkan cincin 'Luna' yang dipakai oleh Gempa. Cincin tersebut kelihatan begitu muat dan padan pada jari manis Gempa. Menampakkan bahawa cincin itu sudah tercipta untuk Gempa memakainya.
"Itu... "
"Cincin Luna, ayahanda. Sebelum bonda meninggal, bonda sempat memberikan cincin ini kepada anakanda. Bonda berpesan kepada anakanda untuk berikan dan pakaikannya kepada pilihan hati Hali. Dan hati Hali memilih Gempa. Hali mencintai Gempa. Tidakkan lagenda sudah terang lagi bersuluh menceritakan makna di sebalik cincin ini, ayahanda? "
Raja Amato kelu lidah untuk berkata-kata. Baginda memandang 2 remaja di hadapannya dengan penuh keraguan.
°•°•°•END OF EIGHTH CHAP•°•°•°
Ya, author tahu tergantung sepi. 😢😂
Takpe semua. Esok last chapter. So kita dah tak perlu susah-susah risaukan cerita ni sah. Esok auto complete cerita ni, ya? 😂😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top