💎 7 💎
♚♔♚♔♚
"Kita sudah tiba. "
Gempa tidak dapat menahan mulutnya daripada terbuka sewaktu dia melihat kawasan persekitarannya pada malam itu. Dirinya dipenuhi dengan pandangan tumbuh-tumbuhan yang begitu baik dijaga dan begitu indah menghiasi keadaan sekeliling dengan bunga-bunga mawar yang beraneka warna.
"Tuanku... Ia sangat indah! "
Putera Halilintar tersenyum bangga mendengar pujian daripada Gempa.
Tangannya masih setia memegang tangan Gempa. Melihat tangan yang lebih kecil itu berada di dalam pegangannya, Putera Halilintar tiba-tiba terasa begitu hangat dan selesa. Hatinya yang selama ini terasa seperti hilang degupannya kembali seolah-olah kembali kedengaran semula.
Tidak lama memandang, Putera Halilintar tiba-tiba perasan akan sesuatu.
Sebentuk cincin.
"Gempa... Itu.."
Gempa mengalihkan pandangannya untuk melihat maksud Putera Halilintar. Dan pada saat itulah dia perasan yang dia kini sedang memakai sebentuk cincin.
Cincin yang paling bermakna buatnya.
"Ini.. Ini adalah cincin yang tuanku berikan tempoh hari. "
"Ah, ya. Beta ingat. Dan... Kamu memakainya? "
Gempa merenung cincin yang dipakainya. Tiba-tiba timbul perasaan risau selepas dia mendapat soalan daripada Putera Halilintar.
"Y-ya... Kenapa tuanku? Apa ada yang salah? "
Putera Halilintar melihat cincin itu dan seterusnya ke arah Gempa. Perlahan-lahan namun pasti, secalit senyuman hangat terukir di wajah tuan putera itu.
"Tiada apa. Sekarang, ayuh kita menari? "
"Eh, t-tapi patik tidak tahu menari, tuanku. Patik.. "
"Tak mengapa. Beta akan ajar kamu. "
Tangan kekar Putera Halilintar pun menarik tangan Gempa dan mereka berdua pun menuju ke arah pusat utama taman yang indah itu. Menggunakan alunan suara musik yang dapat didengari dari dalam dewan, perlahan-lahan kedua belah kaki mereka berdua bergerak dan mereka pun mula menari.
Tangan Putera Halilintar memegang erat sebelah tangan Gempa dan merangkul pinggangnya. Manakala Gempa pula dengan hati-hati melangkah dan mengikut rentak Putera Halilintar sambil sebelah tangannya yang kosong diletakkan di bahu putera raja itu.
Mata mereka saling bertemu. Menzahirkan perasaan yang suci dan tulus terhadap satu sama lain hanya dari renungan yang lembut yang datang daripada mereka.
"Tuanku...? "
"Hm? "
"Kenapa... Tuanku pelawa patik untuk menjadi pasangan menari tuanku? "
"Kenapa? Tidak boleh? "
Gempa menggelengkan kepalanya. Wajahnya tertunduk ke bawah untuk menyembunyikan reaksi sedihnya.
"Bukan. Cuma... Bukankah tuanku sudah mempunyai pilihan hati tuanku? Dan patik sebenarnya tidak yakin untuk bertemu dan menari dengan tuanku. Patik hanya rakyat biasa. Patik bukan sesiapa, tuanku. Dan baju yang patik pakai ini pun... Adalah dibeli berdasarkan hasil usaha kerja keras patik selama ini. Cuma... Patik tambah serba sedikit apa yang perlu untuk menyesuaikan lagi majlis malam ini. Itu saja. "
Putera Halilintar tersenyum dan tertawa kecil selepas mendengar pengakuan Gempa. Tangannya yang merangkul pinggang Gempa ditarik untuk mendekatinya dengan lebih rapat. Membuatkan Gempa terkejut kerana perbuatan yang tiba-tiba tersebut dan malu kerana jarak wajah mereka amat dekat.
"Beta tidak pedulikan rupa luaran, Gempa. Jika kita menyukai seseorang berdasarkan rupa mereka, bagaimana hendak meneruskan hari tua bersama? "
"M-maksud tuanku? "
"Hm... Cuba katakan, rupa yang cantik atau menawan itu sudah tiada di hari tua? Sedangkan kita mencintai seseorang itu berdasarkan rupa. Adakah kita akan meninggalkannya? Bukankah itu bukan alasan yang sebenar untuk kita mencintai seseorang? Bagi beta jika hendak mencintai seseorang, perasaan itu akan hadir dengan begitu sahaja. Mencintai seseorang tidak semestinya ada sebab. Benar bukan? "
Gempa menganggukkan kepalanya tanda setuju. Dia masih ingat, Tok Aba juga pernah bercerita tentang perkara itu kepadanya.
"Dan beta rasa kamu masih belum sedar akan sesuatu, Gempa... "
"Eh..? Sedar sesuatu? "
Putera Halilintar mengangguk. Tarian mereka pun berhenti apabila tangan putera itu dilepaskan dari pinggang Gempa dan meraih tangan kanan Gempa yang memakai cincin tersebut. Putera itu merenung cincin yang dipakai oleh Gempa dengan penuh senyuman.
"Kamu pernah dengar tentang sebuah lagenda kerajaan kita? "
"Lagenda...? Uhmm... Yang tentang kisah hidup dunia omegaverse sebelum kita? "
Putera Halilintar mengangguk.
"Lagenda itu menceritakan kisah sebuah zaman yang hampir sama dengan zaman kita. Di dalam dunia mereka, terdapat 2 jenis jantina. Satu yang lelaki dan perempuan. Dan satu lagi antara Alpha, Beta dan Omega.
Di dalam kisah itu, terdapat sebuah golongan yang sangat terkenal dengan kehandalan dan ketangkasan mereka. Iaitu golongan Alpha. Manakala golongan yang di tengah adalah golongan Beta. Golongan yang hanya hidup sama seperti manusia biasa. Dan golongan yang paling terakhir dipanggil Omega.
Sewaktu berperang, golongan Alpha dan Omega tidak akur. Kerana kebanyakan golongan Alpha amat membencikan golongan Omega. Bagi mereka, Omega adalah golongan yang lemah dan pengecut. Mudah ditakluk dan mudah dikalahkan.
Ketua golongan Omega pada waktu itu, cuba untuk mententeramkan keadaan. Dia pergi ke puak golongan Alpha untuk meminta kedamaian mereka 2 puak. Tetapi ketua golongan Alpha sangat sombong. Dia tidak mahu berdamai dengan puak Omega.
Sehingga lah suatu hari, munculnya sebuah golongan yang asing dan menakutkan. Golongan hybrid. Golongan yang di mana manusia dan haiwan saling bercampur. Bayangkan, berwajah manusia biasa tetapi mempunyai telinga dan bentuk badan seperti haiwan. Hybrid ingin menguasai Omega kerana mereka mendapat tahu bahawa Omega mempunyai sebuah kelebihan yang jauh lebih istimewa daripada golongan Alpha dan Beta.
Kerana penasaran, ketua golongan Alpha bertindak untuk menculik ketua golongan Omega dan mereka bersembunyi di sebuah gua yang jauh dari puak mereka. Dan di sanalah bermulanya kisah cinta mereka.
Suatu hari, sewaktu ketua golongan Alpha pulang dari berburu di hutan, dia menemui ketua golongan Omega yang dia culik sedang berada di dalam kesakitan. Pada saat itulah dia mendapat tahu bahawa ketua itu sedang mengalami frasa heat-nya. Dengan pengetahuan yang ada, ketua Alpha membantu ketua Omega mengatasi masalahnya. Dan tanpa mereka sedari, sewaktu di dalam proses itu, mereka pun mulai jatuh cinta antara satu sama lain.
Sewaktu mendapat tahu bahawa golongan Omega tiba-tiba diserang oleh golongan hybrid, ketua Omega bertindak untuk lari dan ingin menyelamatkan puaknya. Tetapi sebelum pergi, ketua Alpha telah mengigit lehernya dan meninggalkan sebuah tanda yang menjadi bukti percintaan mereka. Ketua Alpha berpesan, sekiranya memerlukan bantuan, panggilan dirinya melalui hubungan hati mereka yang disambungkan melalui tanda yang ada di leher ketua Omega. Lalu selepas itu, ketua Omega pergi meninggalkan ketua Alpha untuk menyelamatkan puaknya.
Perlawanan mereka terlalu sengit. Golongan Omega tidak dapat melawan golongan hybrid yang ganas dan kasar. Mereka menjadi lemah serta-merta apabila golongan hybrid menggunakan sebuah aroma yang melemahkan diri mereka. Kerana terdesak, ketua Omega cuba memanggil kekasihnya, ketua Alpha.
Dia sangkakan yang ianya mustahil kerana mana mungkin hanya sebuah tanda sahaja boleh mendapatkan bantuan. Tetapi sangkaannya silap. Tidak lama selepas itu, muncullah golongan Alpha bersama balai tenteranya. Golongan Alpha yang sempat meminta bantuan golongan Beta serta-merta mula berperang dengan golongan hybrid. Mereka berlawan dan melindungi golongan Omega yang terselamat untuk dirawat dan dilindungi.
Sebaik sahaja perang tamat dengan kemenangan daripada Alpha dan Beta, mereka pun mula membina sebuah pusat yang baharu untuk menempatkan diri mereka dan Omega bersama.
Di situlah, kebenaran akhirnya diketahui. Golongan Alpha menjadi marah apabila mereka mendapat tahu bahawa ketua yang mereka sanjungi ternyata mempunyai hubungan dengan ketua Omega. Ketua tersebut hampir-hampir sahaja dibuang dari puaknya jika saja ketua golongan Omega mula bertindak pantas.
Ketua Omega mengarahkan puaknya untuk mengeluarkan sebuah aroma yang boleh menenangkan para golongan Alpha dan ternyata ia berhasil. Kedua ketua puak itu menceritakan perkara yang sebenar dan mereka juga memberitahu, bahawa kedua golongan itu sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain. Alpha memerlukan Omega dan Omega memerlukan Alpha. Agak mengambil masa untuk membenarkan Alpha menyesuaikan diri dengan Omega, tetapi akhirnya segalanya menjadi aman damai.
Di hari mereka keluar bersama dan berdua, ketua Alpha menghadiahkan sebentuk cincin yang dipanggil 'Luna' kepada kekasihnya, Omega. Katanya ia adalah bukti sebuah ikatan yang abadi untuk mereka berdua. Pada masa yang sama, ketua Alpha juga melamar Omega tersebut. Dengan membawa penerus keturunan mereka di dalam perutnya, Omega bersetuju dan bersumpah untuk menjaga cincin 'Luna' dengan baik.
Dan, sehingga ke hari ini, cincin 'Luna' dijaga dengan baik oleh kerabat diraja untuk melindungi cincin tersebut dan menjaga kisah percintaan antara Alpha dan Omega. Kata lagenda, jika cincin itu dipakai oleh pilihan hati, maka mereka akan hidup bahagia selama-lamanya. Dan tiada apa dan sesiapa pun yang boleh pisahkan mereka sehingga ke akhirnya. "
Sebaik sahaja tamat kisah itu, Putera Halilintar dan Gempa pun saling memandang antara satu sama lain. Menyampaikan perasaan tersendiri di dalam hati masing-masing.
°•°•°•END OF SEVENTH CHAP•°•°•°
Ok cerita lagendanya tak menarik. Author tahu. 😐
Tak lama lagi cerita ni akan habis! 😭Terima kasih atas sokongan semua! 😆
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top