💎 5 💎
♚♔♚♔♚
Putera itu melihat senyuman yang diberikan kepadanya oleh Gempa. Entah kenapa semakin lama dia bersama Gempa, semakin selesa jadinya.
"Begini... Beta sebenarnya sedang gelisah memikirkan tentang sesuatu perkara. Dan beta tidak tahu hendak menceritakannya kepada siapa. "
Gempa menggigit bibirnya secara spontan. Tiba-tiba dia rasa berdebar-debar apabila Putera Halilintar ingin mengongsikan masalahnya bersama-sama Gempa. Maksud Gempa, bukankah kamu dikira bertuah apabila seorang kerabat diraja ingin merasa lebih dekat dengan kamu?
"Patik... Akan cuba bantu tuanku jika patik mampu. "
Putera Halilintar tersenyum mendengarnya.
"Terima kasih. Tetapi ia bukanlah satu pekerjaan. Sebenarnya... Tidak lama lagi beta akan ditabalkan untuk naik takhta dan menggantikan ayahanda beta. Ayahanda beta sangat menginginkan beta untuk segera menggantikan baginda kerana baginda ingin beta lebih berpengalaman dalam mentadbir negara kita. "
Gempa menganggukkan kepalanya sambil ber-oh ria. Dalam diam hatinya mula memikirkan sesuatu, rupa-rupanya untuk menaiki takhta juga boleh membuatkan seorang putera raja sebegini runsing.
"Tuanku, bagi pandangan patik, segala apa yang tuanku risaukan itu adalah merupakan perkara yang biasa. Jadi tuanku tidak perlu risau tentangnya. Maksud patik... Mungkin tuanku boleh memikirkannya tetapi jika terlalu sangat juga tidak elok. Tuanku pasti telah membuat pelbagai persediaan sebelum hari pertabalan bukan? "
Putera Halilintar mengangguk mengiyakan persoalan Gempa.
"Adakah semuanya telah selesai? "
Sekali lagi putera tersebut menganggukkan kepalanya. Membuatkan Gempa akhirnya tersenyum.
"Jadi patik rasa tuanku sudah sepenuhnya bersedia. Jika melakukan kesilapan itu bagi patik... Tuanku tidak perlu risau. Semua orang membuat kesilapan di dalam dunia ini dan tiada sesiapa pun yang dapat lari daripadanya. Tambahan pula, jika tuanku masih ingat, sewaktu di pasar tempoh hari tuanku betul-betul telah menunjukkan sifat seorang pemimpin yang adil dan berwibawa. Tuanku turun padang dan melihat bagaimana keadaan para penduduk yang harus menyara hidup mereka masing-masing. Tidak lupa juga tuanku turut bertanyakan tentang masalah mereka. Jadi menurut pandangan patik... Tuanku sudah layak dan bersedia untuk menaiki takhta. "
Tiba-tiba suasana di sekitar mereka menjadi senyap selepas berakhirnya percakapan Gempa yang panjang lebar tadi. Dan melihat Putera Halilintar diam 1000 bahasa akhirnya ia membuatkan Gempa tersedar sesuatu.
"Eh, eeehh!! Maafkan patik, tuanku! Patik tak bermaksud untuk-"
"Ah, sstt-! Takpe. Takpe. "
Cepat-cepat Putera Halilintar mendiamkan Gempa yang entah kenapa tiba-tiba panik tadi. Gempa menutup mulutnya dengan kemas. Menundukkan kepalanya dari melihat wajah putera di hadapannya. Malunya bukan kepalang kerana sesuka hati menilai Putera Halilintar tanpa memikirkan tentang perasaan putera tersebut. Biarpun kenyataannya apa yang diungkapkan oleh Gempa tadi adalah baik-baik belaka.
"Kamu sangat teliti, Gempa. Beta suka. Dan sejujurnya... Selepas mendengar pandangan kamu terhadap beta, ia membuatkan beta rasa semakin yakin untuk menaiki takhta. "
Gempa mendongak semula untuk melihat Putera Halilintar.
"Betulkah? "
Putera Halilintar mengangguk sambil tersenyum nipis.
"Betul. Tetapi... Beta sebenarnya ada 1 lagi masalah. "
Gempa kembali menegakkan postur badannya di atas kerusi. Menandakan bahawa dia bersedia untuk mendengar masalah seterusnya dari Putera Halilintar. Walaupun tanpa dia sedar tingkahlakunya itu membuatkan Putera Halilintar geli hati.
"Sebenarnya... Ayahanda beta ingin beta mempunyai pasangan sebelum tibanya waktu beta ditabalkan untuk menaiki takhta. Jadi... Sekarang beta perlu mencari pasangan terlebih dahulu. Tetapi malangnya, beta tidak menemuinya. "
"Oohh.. Begitu. Uhmm... Apa kata tuanku turun padang semula atau ke luar negeri untuk mencari pasangan tuanku? Bertemu dengan orang-orang di luar sana? Mungkin tuanku dapat bertemu dengan seseorang yang tuanku berkenan? "
"Hmm... Idea itu bagus. Dan sebenarnya beta juga telah melakukannya baru-baru ini. "
"Oh? Jadi adakah tuanku telah bertemu dengan seseorang yang tuanku berkenan? "
Gempa tidak tahu kenapa dia boleh bertanya tentang soalan itu. Dan hatinya juga, entah kenapa tiba-tiba hadir rasa sakit di lubuk yang terdalam.
"Lebih kurang? Dan beta telah memberikannya sesuatu sebagai tanda peringatan dia terhadap beta. "
"O-ooh... "
Gempa mengangguk kecil. Tiba-tiba hadir rasa sebak dan kecewa di dalam hatinya. Ingat lagi bahawa Gempa mempunyai perasaan istimewa terhadap Putera Halilintar? Sudah tentu dia akan rasa sedih apabila dia mendapat tahu bahawa putera itu rupa-rupanya telah mempunyai seseorang bertakhta di dalam hatinya. Tetapi Gempa sedar diri, dia hanya rakyat biasa yang tidak membawa apa-apa makna kepada Putera Halilintar.
"Uuhh... Tuanku? "
"Ya? "
"Patik rasa... Ada baiknya patik meminta diri sekarang. Patik sudah khuatir dengan keadaan atok patik di rumah seorang diri jadi... "
"Ah, ya. Kalau begitu, izinkan beta menghantar kamu? "
"Eh, tak mengapa tuanku. Patik tidak mahu susahkan tuanku. "
Putera Halilintar tersenyum sembari meletakkan sudu dan garfu yang ada di tangannya ke atas pinggan semula. Dia pun berdiri dari tempat duduknya dan berjalan mendekati Gempa. Sebaik sahaja dia berdiri di sebelah Gempa, satu tangan dihulurkan ke arahnya.
"Beta tidak menerima sebarang penolakan, Gempa. "
Gempa pada awalnya terkejut, tetapi akhirnya dia pun menerima huluran tangan Putera Halilintar dan berdiri di hadapan putera tersebut. Tersipu-sipu Gempa kerana jarak mereka berdua begitu dekat dan pada masa yang sama dia takut jika putera itu akan mendengar degupan jantungnya yang berdegup dengan begitu cepat sekali.
"Ayuh? "
Gempa menganggukkan kepalanya lalu mengikuti Putera Halilintar untuk keluar dari ruang makan yang mewah itu untuk pulang ke rumahnya semula. Andai dapat menghentikan masa, Gempa ingin sekali ianya berhenti kerana dia sangat ingin menikmati suasana dia dan Putera Halilintar bersama-sama berdua.
♚♔♚♔♚
Kereta kuda yang dinaiki oleh Gempa dan Putera Halilintar berhenti di hadapan rumah Gempa. Sebelum Gempa turun, Putera Halilintar sempat melihat keadaan kawasan tempat tinggal Gempa. Muncul rasa kasihan apabila putera itu mendapati bahawa keadaan kehidupan Gempa kelihatan begitu sadis sekali. Saiz rumah Gempa kelihatan lebih kecil berbanding saiz bilik mandinya.
"Sudah berapa lama kamu tinggal di sini, Gempa? "
"Uhh... Lebih kurang sejak kecil? Maafkan patik, patik terlupa. "
"Tidak mengapa. "
Gempa sedikit terasa malu apabila dia terpaksa membiarkan Putera Halilintar melihat keadaan rumahnya yang usang dan jauh dari perkataan selesa itu. Dia yakin Putera Halilintar akan menjadi kurang selesa dengannya kerana status Gempa yang jauh lebih rendah dari golongan miskin di kerajaan mereka.
"Beta kagum dengan kamu. "
"Eh? Maksud tuanku..?"
Putera Halilintar menolehkan kepalanya semula. Menatap wajah Gempa dengan penuh kagum tetapi kekal tenang.
"Sejak kecil kamu membesar dengan penuh tanggungjawab. Kamu bagus dalam berdikari. Kamu juga tidak pernah menyusahkan atok kamu. Setiap hari.. Kamu sentiasa memikirkan bagaimana untuk membaikkan lagi kehidupan seharian kamu. Melihat segala usaha kamu ini membuatkan beta rasa malu kerana hanya membesar dengan kemewahan dan tidak mengenal erti mandi peluh. "
"Ah, tuanku jangan terlalu memuji patik. Patik-"
"Beta hanya menyatakan apa yang ada di dalam fikiran beta. Selain itu, beta rasa kamu layak mendapat kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Jadi... "
Kedua belah tangan Gempa diraih oleh Putera Halilintar. Belakang tapak tangan Gempa diusap dengan lembut oleh ibu jarinya. Putera Halilintar cuba melihat tangan Gempa dan merasai jari-jarinya yang lentik dan putih itu.
Tangan itu, adalah tangan yang sentiasa berusaha mencari rezeki untuk menampung kehidupan 2 manusia. Tangan yang tidak kenal erti penat lelah. Biarpun ia sudah dikotori oleh cemar tanah dan baja, tetapi tangan itu terus bergerak. Biarpun ia dilukai oleh duri yang tajam mahupun air yang panas, tetapi tangan itu tidak mengenal erti penat.
Halilintar melirik dan menatap iris keemasan Gempa. Sepasang iris yang amat jernih dan berksinar di bawah cahaya purnama sehingga dia sendiri dapat melihat pantulan wajahnya dari mata Gempa.
"Gempa... Sudikah kamu menjadi pasangan menari beta? "
Gempa tergamam. Pertama kali dia mendapat lamaran yang begitu romantis suasananya dan apa yang paling tidak dia sangkakan adalah, lamaran tersebut adalah datang daripada seorang putera yang dia sukai dalam diam.
Putera Halilintar.
°•°•°•END OF FIFTH CHAP•°•°•°
Asheminggu ashekali- ok maaf. 😭
Double update, guys? Uwu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top