💎 4 💎

♚♔♚♔♚

Jam 9 malam, seorang putera raja sedang berdiri di hadapan jendela gergasinya yang menghiasi ruang makan di dalamnya. Pandangan putera itu lurus sahaja untuk melihat suasana kawasan perkampungan yang indah sekali di matanya di saat waktu malam.

'Ini ke kerajaan yang akan aku takbir nanti? Mampu ke aku menjadi seorang raja yang baik? Yang adil? '

Putera Halilintar bermonolog di dalam hatinya. Jelas terpancar perasaan yang penuh dengan kegelisahan dan kerisauan pada wajahnya. Sejak mendapat berita bahawa tidak lama lagi dia bakal ditabalkan menjadi Raja Muda di kerajaan mereka, Putera Halilintar tidak dapat berhenti daripada menghitung saat tibanya hari itu. Dan dia juga tidak dapat berhenti daripada mempersoalkan dirinya sama ada mampukah dia menjadi seperti ayahandanya.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk. "

Putera Halilintar menolehkan wajahnya untuk melihat ke arah pintu ruang makan yang sedang dia tempati. Dan tidak perlu menunggu masa yang lama, muncul salah seorang dayang istana masuk ke dalam ruang tersebut dan menunduk hormat kepadanya.

"Tuanku, tetamu yang Tuanku Halilintar undang sudah tiba. "

Putera Halilintar mengangguk faham.

"Bawa dia masuk. Dan pastikan tiada sesiapa yang akan ganggu makan malam beta bersamanya. "

"Faham, tuanku. "

Lalu dayang istana itu pun berjalan keluar semula dari bilik tersebut. Meninggalkan Halilintar sendirian semula sebelum satu lagi ketukan pintu kedengaran.

Dengan wajah yang masih gugup Gempa mengintai masuk ke dalam bilik yang besar dan mewah itu. Melihat betapa hebatnya pangkat orang bangsawan yang mempunyai begitu banyak barang-barang yang tidak terhitung jari nilainya.

Sebaik sahaja Gempa melemparkan pandangannya di dalam ruang bilik tersebut, matanya serta-merta bertemu dengan wajah yang sudah tidak asing lagi dalam ingatannya.

"Selamat malam, Gempa. "

Gempa melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan gugup selepas melihat senyuman ramah daripada Putera Halilintar. Dia sedikit tertanya, kenapa Putera Halilintar sangat ingin makan bersama dengannya?

"S-selamat malam, Tuanku Halilintar. "

"Silakan duduk. "

"T-terima kasih. "

Halilintar mempelawa Gempa untuk mendekati meja makan yang telah tersedia di dalam bilik tersebut. Dengan penuh beradap dan sopan, Halilintar tolong menarik kerusi untuk Gempa duduki dan membantu Gempa selesa di tempat duduknya.

Walaupun kenyataannya Gempa terlalu gugup sehingga mahu sahaja menangis dan berlari keluar dari dalam bilik itu.

"Patik sungguh berbesar hati apabila dapat menikmati makan malam bersama tuanku. Patik harap, segala salah silap di dalam etika makan tuanku tidak kisah. Hehe... Maklumlah, patik hanya orang kampung. "

Halilintar melabuhkan punggungnya di atas kerusi miliknya dan ketawa kecil. Sedikit terhibur dengan kejujuran orang di hadapannya itu.

"Tak mengapa. Kamu boleh bersikap kasual dengan beta. Memandangkan hanya kita berdua sahaja, bukan? "

Malu-malu Gempa menganggukkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan atau lebih tepatnya kedengaran seperti pernyataan daripada Putera Halilintar.

"Jemput makan, Gempa. "

"Ah, y-ya... Terima kasih. "

♚♔♚♔♚

"Jadi... Boleh ceritakan serba sedikit tentang hidup kamu? "

"Eh? "

Hampir sahaja ingin tersedak Gempa jadinya apabila dia mendengar soalan yang keluar daripada mulut seorang putera di hadapannya. Dia tidak sangka, mempunyai peluang yang bukan sahaja dapat makan bersama putera raja, malah putera tersebut bertanya pula tentang keadaan kehidupannya.

'Apa yang dah aku lakukan untuk dapat tuah yang sebegini? '

"Gempa? "

"Eh? Y-ya? "

"Kamu dengar tak apa yang beta katakan tadi? Ah, atau mungkin kamu segan? Tak mengapa.. Beta faham. "

Gempa segera meletakkan garfu dan pisau yang dipegangnya di dalam pinggan semula dan cepat-cepat menggeleng.

"Tidak, tidak, tuanku! Uhm... Patik memang sedikit segan tapi... Ini kan salah satu tugas tuanku untuk tahu tentang keadaan rakyat?

Jadi, sebenarnya... Patik tinggal bersama-sama atok patik. Mak ayah patik sudah lama meninggalkan patik bersama atok patik semasa patik berumur 7 tahun. Tak banyak memori tentang patik dan arwah mak ayah patik tapi apa yang boleh patik katakan yang mereka sangat baik dan rajin.

Bila dapat tahu yang patik hanya ada atok patik di dalam hidup, patik bertekad untuk menjaga atok patik. Jadi, patik mula bekerja semenjak berumur 13 tahun demi menyara hidup patik dan atok patik. "

Halilintar mengangguk-angguk kepala tanda dia faham tentang keseluruhan cerita Gempa.

"Apa kerja yang kamu selalu buat? "

Gempa melirik ke atas untuk mengingat semula tentang apa kerja yang pernah dia lakukan sebelum ini.

"Uhm... Tak banyak. Waktu patik berumur 13 sampai 16 patik sentiasa mengambil upah untuk mencuci pakaian, mencuci pinggan mangkuk di rumah-rumah orang bangsawan, membantu menjaga kebun-kebun petani, membantu menguruskan haiwan ternakan para penternak, mengail ikan untuk dijual di pasar dan banyak lagi pekerjaan yang kecil-kecilan.

Bila patik sudah berumur 17 pula barulah patik mula bekerja sambilan di kedai-kedai yang ada di pasar. Seperti bekerja di cafe, di restoran, di kedai bunga, dan banyak lagi. Tapi patik tahu yang ia masih belum mencukupi untuk menampung kehidupan patik dan atok patik, jadi patik berinisiatif untuk mula bercucuk tanam dan mengail untuk kurangkan kos wang dalam hidup. "

Terkedu Putera Halilintar selepas mendengar hidup seorang rakyat biasa di dalam kehidupan sehariannya. Jika diberi pilihan, mahu sahaja dia tidak ingin mempercayainya. Tetapi melihatkan cara pemakaian Gempa yang pernah putera itu lihat sebelum ini, dia tidak mampu untuk menafikannya.

"Uhmm... Adakah ia melampau? Cerita patik, tuanku? "

Gempa tahu yang kalau sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan rasa yang ianya mustahil untuk Gempa lakukan semua itu sendirian selama ini. Tetapi siapalah Gempa untuk membuat mereka percaya sepenuhnya? Bukankah sudah wajar golongan seperti Gempa ini dikatakan penipu? Walaupun tiada sesiapa pun yang pernah berkata demikian tapi melihat kepada reaksi mereka selepas itu sudah Gempa tahu.

"Keadaan atok kamu bagaimana? "

"Eh? "

"Atok kamu. Adakah dia baik-baik sahaja? "

Gempa terkejut. Yang dia sangkakan adalah mungkin putera raja di hadapannya itu akan tergelak atau paling tidak tersenyum selepas mendengar ceritanya. (Yang dia sentiasa dapat dari orang-orang sebelum ini) Tetapi segalanya sungguh bertolak belakang sekarang.

Wajah putera raja itu serius dan begitu ingin tahu tentang kehidupannya.

"Uhm... Atok patik sihat sahaja tuanku. "

"Adakah atok kamu juga bekerja? "

Gempa menggeleng.

"Atok patik sudah tua. Patik tidak mahu menyusahkannya jadi kebanyakan kerja atau tugas patik lah yang sering mengambil alih. Patik cuma membiarkan atok patik memasak sahaja. "

"Oh... "

Halilintar kembali menunduk untuk melihat ke arah makanan di hadapannya. Selepas mendengar kehidupan Gempa yang penuh dengan kesusahan tadi, Halilintar mula terdetik dengan rasa serba salah.

'Kehidupan dia penuh dengan liku dan pahit manis untuk meneruskan hidup. Dia perlu kerah tenaga dan mandi peluh pada usia yang cukup muda untuk mendapatkan segenggam beras. Tapi aku tak nampak pun dia mengeluh atau sedih dengan kehidupannya.

Sedangkan aku? Buat benda kecil pun dah mengeluh penat dan mengamuk. Padahal aku perlu tunjukkan contoh yang baik kepada rakyat. '

Putera Halilintar rasa serba salah. Dia tahu taraf hidupnya dan Gempa adalah berbeza. Jadi cara hidup mereka juga pastinya berbeza. Tetapi adakah patut dia memikirkan soal perbezaan status kehidupan mereka sebagai alasan untuk dia tidak melakukan perkara-perkara yang sama seperti Gempa? Seharusnya sebagai seorang yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan, Putera Halilintar seharusnya lebih kenal dan tahu tentang pekerjaan sebegitu. Barulah ia dapat membuktikan bahawa Putera Halilintar adalah seorang pemimpin yang serba boleh.

"Tuanku? "

"H-huh? Ya..? "

Putera Halilintar ditarik ke dunia nyata semula setelah Gempa tiba-tiba memanggilnya. Dia melihat ke arah lelaki di hadapannya.

"Maaf kalau patik bertanya tapi... Adakah tuanku sedang risaukan sesuatu? "

"Hah...?"

"Maksud patik, sebenarnya patik perasan yang wajah tuanku asyik berkerut sejak tadi. Tuanku juga sangat diam. Diam daripada biasa. Dan tuanku pun... Tidak makan makanan tuanku. Tuanku kelihatan lebih banyak termenung. Adakah tuanku baik-baik saja? "

Putera tersebut terkesima selepas mendengar soalan daripada Gempa. Terharu? Mungkin. Marah? Sudah tentu tidak! Sebaliknya, putera itu semakin ingin mengenali rakyat biasa di hadapannya ini dengan lebih dalam.

"Ah, ya... Beta baik-baik saja. Uuhh... Gempa? "

"Ya, tuanku? "

"Boleh beta tanya sesuatu? "

"Sudah tentu. "

Putera itu melihat senyuman yang diberikan kepadanya oleh Gempa. Entah kenapa semakin lama dia bersama Gempa, semakin selesa jadinya.

°•°•°•END OF FOURTH CHAP•°•°•°

Yes! Akhirnya boleh juga update! 😂
Maaf kepada yang lama menunggu! Author akan cuba usahakan untuk terus update cerita ini sehingga complete! 😣

Jadi mohon bersabar, ya? 😭

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top