💎 3 💎
♚♔♚♔♚
"Saya dah balik. Tok Aba?"
Mata Gempa melilau untuk mencari kelibat atok kesayangannya yang kebiasaannya sentiasa menunggu kepulangannya. Perasaan hairan mula menerpa dalam dirinya apabila dia tidak menemui bayang Tok Aba. Kemana atoknya pergi?
"Tok Aba? Gempa dah balik ni! "
Gempa berjalan masuk ke dalam rumah pondok kayu tersebut sambil membuka jaket labuhnya. Dia menyangkut jaket tersebut pada salah satu paku yang tergantung di dinding kayu dan terus berjalan masuk ke dalam kawasan dapur yang kecil. Dan di situlah, Gempa menemui Tok Aba yang sedang menikmati air tehnya sambil merenung di luar tingkap.
"Atok, kenapa atok tak jawab salam Gempa tadi? Atok buat apa dekat sini? "
Gempa mendekati Tok Aba seraya menepuk lembut belakang atok kesayangannya itu. Ditatap dengan penuh prihatin ke atas lelaki separuh usia yang sedang berdiam diri itu. Entah apa yang sedang difikirkannya.
"Tok Aba? Atok ok tak ni? "
Gempa bertanya sekali lagi. Berharap agar atoknya dapat menjawab soalannya kali ini walaupun pada akhirnya dia mendapat jawapan yang bisu sahaja.
Gempa mendengus kesal. Entah kenapa sejak dua menjak Tok Aba kelihatan begitu resah dan gelisah sentiasa. Tidak cukup dengan itu, Gempa juga kerap terdengar Tok Abanya mengeluh akan sesuatu. Dan hal itu sudah tentu membuatkan hati Gempa kerisauan tentang keadaan atoknya. Adakah Tok Aba sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya?
"Tok Aba, atok ceritalah dekat Gempa apa yang atok sedang fikirkan sekarang. Kita kan tinggal bersama-sama? Jadi apa-apa masalah kita kena lah kongsi. Kan Tok Aba sendiri yang selalu pesan macam tu dekat Gempa? Betul tak? "
Tok Aba berpaling untuk melihat wajah cucunya. Senyuman lembut mula terukir di bibir lelaki tua itu sebelum dia mula mengusap kepala cucunya.
"Takde apa pun. Cuma... Atok sedang menunggu bilakah saatnya untuk cucu atok ni temui pasangan dia? "
Seketika wajah Gempa bertukar kemerahan selepas mendengar kata-kata Tok Aba. Dan entah kenapa hal itu membuatkan Gempa jadi teringat akan Putera Halilintar.
"A-apa yang Tok Aba cakap ni..? "
Tok Aba tertawa kecil melihat telatah lucu cucunya itu.
"Atok bukan bawa maksud apa-apa pun. Cuma... Atok kesian dengan cucu atok seorang ni. Setiap masa kena keluar pergi kerja dan bawa balik wang untuk tampung kehidupan kita berdua. Atok rasa serba salah sangat.. "
Gempa tersenyum sahaja mendengarnya. Sejujurnya, tidak pernah terdetik di dalam hatinya untuk segera dia mencari pasangan dan meninggalkan Tok Aba sendirian. Kerana sudah menjadi lumrah hidup bagi unterseite untuk meninggalkan keluarganya dan tinggal bersama-sama dengan uben-nya. Dan ia merupakan perkara terakhir yang akan Gempa lakukan.
Gempa tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila Tok Aba mula mengajaknya untuk bersiap-siap dengan makan malam. Gempa tidak membantah. Dia pun mengekori atoknya dari belakang dan mula bersiap-siap untuk menyediakan makan malam untuk mereka berdua.
TING! TING..!
Belum sempat beberapa langkah Gempa ke hadapan, tiba-tiba dia terdengar sesuatu benda terjatuh ke atas lantai. Dengan pantas kedua mata emasnya melihat ke arah lantai untuk mencari objek yang dia rasakan adalah besi tersebut.
"Eh? Ini kan... "
Gempa meraih sebentuk cincin yang berada di atas lantai lalu melihat ke arahnya. Cincin yang berwarna perak dan bercorakkan bunga rose di sekelilingnya. Di dalam bunga rose tersebut pula dihiasi dengan permata putih yang bersinar cantik sekali.
"Gempa? "
Panggilan daripada Tok Aba segera menyedarkan Gempa daripada lamunannya. Lelaki tua itu berjalan mendekati cucunya semula untuk melihat apa yang sedang dilakukan olehnya.
"Apa tu? "
Tok Aba ternampak cincin yang dipegang oleh Gempa. Dan Gempa, tanpa basa-basi lagi terus menghulurkan cincin tersebut kepada Tok Aba.
"Ini cincin... Yang kalau tak silap Gempa diberikan oleh Putera Raja Halilintar sewaktu Gempa ke pasar. "
"Putera Raja berikan cincin ini kepada kamu? "
Gempa mengangguk menjawab.
Tok Aba terkesima melihat cincin di tangannya. Sebentuk cincin yang kelihatan begitu unik dan menarik sekali. Dan dengan menggunakan ingatan tuanya, dia tiba-tiba teringat akan sesuatu.
"Gempa, benarkah Putera Halilintar berikan ini kepada kamu? "
"Ya, Tok Aba. "
Tok Aba mengangguk faham. Lalu tangan Gempa pun diraihnya dan dia pun meletakkan semula cincin tadi di atas telapak tangan Gempa.
"Simpan cincin ini baik-baik, ya? "
"Ah... Baik. Tapi.. Kenapa tok? "
"Sebab... Ia membawa mesej yang bermakna untuk kamu... Dan Putera Halilintar juga. "
Belum sempat Gempa teruskan bertanya, Tok Aba pun berlalu pergi dari situ untuk mula memasak. Gempa melihat pemergian Tok Aba ke dapur sebelum dia kembali menatap ke arah cincin di tangannya.
"Ada maksud ke disebalik cincin ni? "
Gempa bermonolog sendirian. Dia harap dia dapat memperoleh jawapan dengan segera namun ia segera ditangguh apabila dirinya dipanggil oleh Tok Aba untuk membantunya memasak.
♚♔♚♔♚
Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam tepat. Dan kini, Gempa sudahpun bersiap-siap untuk masuk tidur. Memikirkan bahawa esok hari dia perlu bekerja keras di cafe dan mencari beberapa lagi pekerjaan baharu, dia rasa lebih elok jika dia segera mendapat jumlah tidur yang lena supaga dia lebih bertenaga pada esok hari.
Tok! Tok!
"Hm? "
Langkah Gempa serta-merta terhenti apabila dia tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu pada pintu kayu rumahnya. Dia sempat menjenguk ke arah Tok Aba yang kini sudah lena tidur dan dibuai mimpi dan tidak nampak sedikitpun terbangun kerana ketukan tadi.
Tanpa menunggu masa yang lama, Gempa pun berjalan mendekati pintu lalu membukanya. Dapat dirasakan bahawa nafas Gempa seolah-olah terhenti seketika apabila dia melihat sepasukan pengawal kini sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya. Wajah Gempa memucat.
"Y-ya? Ada yang boleh saya bantu? "
"Adakah kamu Gempa? "
"Ya... Ya saya. Apa hajat kamu semua kemari? "
"Maaf mengganggu, Tuan Gempa. Tetapi kami datang adalah kerana kami telah menerima arahan daripada Tuanku Halilintar untuk menjemput Tuan Gempa menemuinya. "
"Bertemu Tuan Putera? Ada apa? "
"Harap maaf, tuan. Kami tidak menerima keterangan lanjut daripada Tuan Putera. Kami hanya diarahkan untuk membawa tuan ke istana dengan segera. "
"T-tunggu! Segera tu.. Adakah ianya sekarang? "
Pengawal yang berada di hadapan Gempa mengangguk.
"Ah.. T-tapi.. Saya kena tidur sekarang. Sebab esok saya ada kerja. L-lagipun, saya takut untuk tinggalkan atok saya seorang diri malam-malam sebegini. Boleh tolong beritahu Putera Hali-"
"Tidak perlu risau tuan. Beberapa orang pengawal akan membantu mengawal rumah tuan selama tuan tiada di sini. Mereka akan melindungi rumah tuan dan atok tuan daripada segala bahaya. Jadi kami harap tuan boleh ikut kami segera. "
Gempa tercengang di tempatnya. Walaupun dia boleh terima tindakan baik dan pantas daripada pengawal tersebut yang menyatakan bahawa kumpulannya akan mengawal rumahnya untuk melindungi Tok Aba selama dia tiada, tetapi adakah ia terlalu melampau?
"Tuan? "
"Ah? Uuhh... Y-ya. Baiklah. B-berikan saya sedikit masa. "
"Baiklah. "
Lalu Gempa pun segera masuk ke dalam kembali dan mula menukar pakaiannya kepada yang lebih formal dan selesa di tengah malam yang sejuk itu. Sebelum bertolak pergi, Gempa sempat menitipkan surat di sebelah bantal Tok Aba yang menyatakan kepergiannya sekiranya dia terlewat pulang. Dia tak nak Tok Aba menerima kejutan budaya apabila bangun-bangun sahaja melihat beberapa orang pengawal sedang mengawal rumah kecil mereka dan Gempa tiada bersama.
"Baiklah, jom pergi. "
"Arah sini, tuan. "
Tepat jam 8.30, Gempa pun mula bertolak menuju ke istana untuk menemui Putera Halilintar pada malam itu.
°•°•°•END OF THIRD CHAP•°•°•°
Akhirnya... 😭 Setelah sekian lama memikirkan jalan cerita yang boleh disambung untuk cerita ini akhirnya author menemuinya!
Hshshshshshs siapa kata buat cerita tu senang? Meh, author nak tembak dia! 🔫😭💢
Ok, hopefully cerita ni boleh habis as soon as possible. Thanks for reading this chap! 😘
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top