💎 2 💎

Uben - Top
Unterseite - Bottom

♚♔♚♔♚

"Terima kasih untuk usaha kamu hari ni, Gempa. "

Gempa memberikan senyuman kepada pengurusnya di tempat dia bekerja di cafe tersebut. Dia menundukkan sedikit badannya sebagai tanda hormat ke atas pengurus itu.

"Sama-sama Tuan Kaizo. Saya pun nak ucapkan terima kasih sebab selama saya bekerja tuan sentiasa jaga saya dengan baik. "

Pengurus Gempa yang bernama Kaizo itu hanya tersenyum. Dia pun mengusap kepala Gempa dengan lembut.

"Takde hal lah. Lagipun saya tahu yang kamu perlukan duit untuk tampung kehidupan kamu dan Tok Aba. Dan tambahan pula dulu Tok Aba pernah tolong saya kerja dekat sini. Jadi anggap sajalah yang ini sebagai membalas jasa atok kamu dulu. "

Gempa mengangguk faham. Selepas dia bersiap dan selesai berkemas barang, dia pun meminta diri untuk pulang ke rumahnya yang berada di hujung kampung.
Sambil-sambil dalam perjalanan, Gempa mengeluarkan sedikit wang yang dia perolehi daripada hasil kerjanya hari ini.

"Hm, nampaknya upah hari ni cukup-cukup untuk sebulan. Mesti Tok Aba suka! "

Gempa berkata sambil tersenyum. Duit yang dilihatnya tadi disimpan kembali ke dalam poket jubahnya lalu dia pun terus meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah kayunya yang dia tinggal bersama-sama Tok Aba di hujung kampung.

♚♔♚♔♚

15 minit berlalu, kini Gempa sedang memasuki kawasan hutan kecil yang berada tidak jauh dari rumahnya. Dalam perjalanan, dia sering menikmati suasana yang aman dan damai di dalam hutan tersebut. Hutan yang dipenuhi dengan flora dan fauna yang mendamaikan jiwa. Bunyi-bunyi serangga kedengaran begitu merdu sekali bernyanyi di dalam hutan tersebut. Tidak dilupakan juga dengan berpuluh-puluh pokok yang sudah besar meredupkan jalan yang dilalui Gempa.

Gempa melangkah dengan berhati-hati sambil bersenandung kecil di mulutnya.

STAHB!

Langkah Gempa serta-merta terhenti sebaik sahaja dia terdengar bunyi sesuatu. Dia cuba mendiamkan diri untuk cuba mendengar kembali akan bunyi tersebut.

STAHB!

Seperti bunyi orang sedang memanah!

Gempa menelan ludahnya kelat. Selama dia sering melalui jalan ini, jarang ada penduduk lain yang datang atau merentasi laluan ini. Salah satu sebabnya adalah kerana ia dipenuhi dengan hutan. Selain itu, tiada sesiapa pun yang tinggal di sini melainkan Gempa bersama Tok Aba.

Gempa sudah lama tinggal dan lalu di kawasan ini. Tapi kenapa baru hari ini dia tiba-tiba terdengar suara itu?

'Aku patut pergi periksa ke? '

Gempa berfikir dua kali untuk membuat keputusan. Walaupun perasaan takut menguasai dirinya, tapi hatinya keras mengatakan bahawa dia patut melihat apa yang sedang terjadi di sebalik bunyi tersebut.

Tidak mengambil masa yang lama, akhirnya Gempa tetap dengan keputusannya. Dia mula melangkahkan kakinya untuk mendekati tempat yang mempunyai suara asal tadi. Di dalam dia sedang mendekati bunyi tadi, hatinya mula berdoa dan berharap agar dia tidak diserang hendap dengan tiba-tiba atau dirinya diculik. Dia masih terlalu muda untuk mati!

♚♔♚♔♚

Di sebalik sebatang pokok yang besar, Gempa bersembunyi di belakang pokok tersebut untuk menghendap. Dia cuba untuk memfokuskan diri kembali mendengar bunyi tadi.

STAHB!

"CKH! Tak kena pula... "

'Ada orang!? '

Gempa terkedu. Dia ingatkan bunyi tadi adalah bunyi angin atau haiwan semata-mata. Tetapi rupa-rupanya ada seseorang yang sedang memanah di dalam hutan!

Gempa cuba mendekati bunyi tadi dengan lebih dekat. Pokok yang boleh menyembunyikan badannya menjadi pilihannya. Gempa segera menyusup ke arah pokok tadi dan bersembunyi di belakangnya untuk melihat orang tadi.

Di hadapan pokok itu, terdapat satu tanah lapang kecil yang dipagari oleh pokok-pokok yang tinggi dan redup. Namun di tengah-tengah kawasan itu terdapat sebuah batu yang besar dan cahaya matahari berjaya masuk ke dalamnya. Suasana yang cukup cantik di mata!

Gempa melilau mencari orang tadi sehinggalah dia menemui seseorang yang sedang menyasarkan busur panahnya ke arah sebatang kayu. Orang itu sedang membelakangi Gempa jadi dia tidak tahu siapakah orang itu.

Gempa merenung apa yang sedang dibuat oleh orang itu. Orang itu, atau secara spesifiknya seorang lelaki muda kini sedang merenung ke arah sasarannya.

"Fuuu... "

Dengan sekali hembusan nafas, lelaki itu melepaskan tarikannya.

STABH!!

"..."

Renungan tajam lelaki itu memandang ke arah anak panah yang kini akhirnya berjaya mengena pada sasarannya. Lelaki itu tersenyum puas dan bertindak ingin mengambil anak panah yang lain sebelum tiba-tiba dia terdengar bunyi ranting patah.

Dengan refleks, anak panah yang dipegangnya diambil lalu dia memusingkan badannya. Dengan sepantas kilat, anak panah dilepaskan dan mengena pada salah satu pokok yang dia yakin asal bunyi ranting tadi adalah dari sana.

STABHH!!

"AAKH! "

Thud!

Bunyi sesuatu jatuh mengejutkan Putera Halilintar. Iris kemerahannya merenung ke arah tempat yang dia memanah tadi.

"Sstt... Aduuhh... "

"Siapa kau?! "

Terdengar suara jeritan dari sang putera segera menyedarkan Gempa daripada jatuhnya. Dia segera menutup mulutnya dan ingin bangun. Namun entah kenapa dalam waktu macam itu juga punggungnya terasa sakit dan dia tidak boleh bangun! Mungkin kerana impak dari dia terjatuh tadi. Al-maklum punggung yang mendarat dulu...

"Keluar! "

Jantung Gempa mula berdegup kencang apabila dia tiba-tiba dipanggil.

'Alamak...! '

Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Gempa bangun dan lari dari situ. Tapi selepas mendengar amaran Putera Halilintar telah membuatkan Gempa terpaksa membatalkan niatnya.

"Lebih baik kau keluar atau aku serang kau!"

Gempa menelan ludahnya. Dengan bersusah-payah dia cuba menahan rasa sakit di pinggulnya dan cuba untuk bangun semula. Tangan kirinya berpegang kuat pada batang pokok berdekatan dan dia mula bangun dengan perlahan-lahan.

Di sebaliknya pula, Putera Halilintar sudah tidak dapat menahan rasa geramnya. Dengan sigap dia menghalakan busur panahnya ke arah pokok tadi dan mula berjalan mendekati pokok tersebut.

Mata tajam Putera Halilintar merenung di sebalik pokok itu. Dia yakin. Ya, sangat yakin bahawa ada seseorang di sebalik pokok itu.

"Keluar atau aku serang! "

Itu adalah amaran terakhir Putera Halilintar. Dia sudah bersiap sedia apabila dia mula nampak seseorang mula keluar di sebalik batang pokok tadi.

"T-tolong... Jangan panah saya... "

Seketika jantung putera itu tiba-tiba berdegup kencang apabila dia melihat wajah manis seorang unterseite di sebalik pokok tadi. Wajah yang putih dan manis. Mata keemasan yang buat bersinar. Bibir pula lembut dan lembap. Pony rambut pula tersusun sempurna menghiasi wajah dan pipi tembamnya.

"Tuanku Halilintar...? "

Gempa juga ikut terkejut apabila dia menyedari bahawa orang yang hampir-hampir menyerangnya tadi adalah seorang putera raja yang baru dia temui tempoh hari.

"Kau kenal aku? "

Mata Gempa berkedip seketika.

"M-mestilah patik kenal tuanku! Tuanku kan satu-satunya anakanda Raja Amato? "

"Ah, ya... A-aku terlupa. Tapi... "

Sang putera melirik ke arah wajah Gempa semula. Sungguh mempesonakan sekali iris keemasan itu sehingga ia membuatnya tidak dapat mengalihkan pandangannya.

"Tuanku? Tuanku ok? "

"Y-ya... Uuhh... Aku nak tanya, k-kita pernah bertemu ke sebelum ni? "

Nafas Gempa seolah-olah terhenti seketika apabila disoal sedemikian oleh putera itu. Jantungnya juga semakin laju berdegup. Biarpun mereka sudah bertemu sebelum ini tetapi entah kenapa Gempa dapat merasakan di setiap pertemuan mereka seperti pertemuan di pertama kali sahaja.

Segalanya manis dan bahagia. Tidak lupa juga meninggalkan kesan yang dalam untuk diingati.

"Y-ya. Kita pernah bertemu, tuanku. Nama patik ialah Gempa. Sebelum ini kita bertemu di pasar kampung. Tuanku masih ingat? "

Sang putera raja cuba mengimbas kembali memorinya. Mengingat kembali akan kali terakhir dia menjejakkan kakinya ke kampung yang padat dengan penduduk kerajaan di bawah naungan ayahandanya. Suasana kampung yang begitu riuh sekali dengan kewujudan pasar yang menjadi tumpuan para peniaga dan pembeli di sana. Tidak lupa juga yang kebanyakan makanan dan bahan mentah untuk istana juga banyak dibeli dari sana. Tetapi sudah tentu dengan kualiti yang terbaik!

Dan sehinggalah satu hari Putera Halilintar ingin mencemar duli dan turun padang untuk melihat suasana perkampungan yang ada berdekatan dengan istananya. Di situlah dia pernah terlibat dalam satu pertengkaran kecil antara seorang petugas yang ditugaskan untuk mengambil sewa para peniaga.

Nasib baik hanya beradu mulut sahaja. Kalau tidak, pasti si putera bakal dimarahi oleh ayahandanya.

"Ah, yang kes sewa tu? "

Gempa tersenyum lalu pantas mengangguk.

Putera Halilintar tersenyum tipis. Sekarang baru dia ingat. Seorang unterseite yang memiliki sepasang iris yang mempesonakan. Berwarna emas berkilauan. Dan sudah tentu juga dia tidak lupa akan 'hadiah' yang dia pernah berikan kepada lelaki manis itu.

"Ya, beta masih ingat. Tak sangka kita berkesempatan untuk bertemu buat kali kedua. "

"Ya! Dan... Boleh patik bertanya? Tuanku buat apa di sini? "

Putera Halilintar meletakkan busurnya di tempatnya dan berjalan menuju ke arah kudanya yang sedang menikmati rumput hijau yang segar. Diusapnya leher kuda tersebut sambil menghela nafas.

"Beta ingin bebas sekejap. Daripada kehidupan di istana yang suram dan menyedihkan di dalamnya. "

Wajah Gempa berkerut selepas mendengarnya. Mendengar kata-kata Putera Halilintar, adakah itu bermaksud yang putera raja itu tak suka berada di dalam istana yang besar dan serba cukup itu?

"Kenapa, tuanku? "

Putera raja itu menggeleng. Sebenci mana pun dirinya pada kehidupannya. Dia tidak boleh menceritakannya kepada sesiapa.

Mungkin...

"Hey, kalau beta ingin minta tolong kamu lakukan sesuatu untuk beta... Adakah kamu akan melakukannya? "

Putera Halilintar memandang ke arah Gempa. Dan entah kenapa di sudut pandangan Gempa, tatapan yang diberikan oleh putera raja itu seolah-olah adalah tatapan yang berharap.

"Lakukan apa tuanku? "

Putera Halilintar kembali mendekati Gempa. Dia melihat bentuk tubuh kecil Gempa yang begitu manis dipandang. Tangan gagahnya diangkat lalu menyentuh wajah tembam itu. Entah kenapa perasaan bahagia mula muncul di dalam benak putera raja itu sebaik sahaja dia menyentuh wajah unterseite itu. Adakah ia suatu petanda yang baik?

"Di malam majlis ulangtahun kelahiran ayahanda beta nanti... Bolehkah kamu datang dan menjadi pasangan menari beta? "



°•°•°•END OF SECOND CHAP•°•°•°

Banyak author potong beberapa bahagian dalam cerita semata-mata nak mudahkan jalan cerita. 😂

Harap-harap tiada yang pening, ya?

Just enjoy this story. 😂💦

Mungkin next chap atau lepastu dah ending. Cerita ni sekejap je. 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top