90
- special chapter : last -
promote ;
Kpop Idol Qoutes AM05_AI03
"Kau kenapa tak angkat Call aku? Kau ingat aku call kau untuk suka-suka ke? Aku ada suami yang nak kena jaga kat rumah tu." Alisa menyerang tanda tidak puas hati terhadap sepupunya, Putera Nazrul.
"Aku belum bangun tidurlah." Nafi Nazrul. Dia kusyuk memandang skrin komputer.
"Nazrul kau lupa ke yang kau tak pandai menipu dengan aku? Tadi aku call Azreen dan dia kata kau dah keluar rumah awal." Wajah Nazrul berubah. Dia pandang Alisa tajam.
"Kau -"
"Diam, tapi kan lepas aku bagitahu aku siapa. Dia terus tutup. Aku ada buat salah ke? Or dia kenal aku? Or plan kau dah musnah?" Alisa berteka sendirian.
"Tak ada apa-apalah." Nazrul mengeluh. Dia tidak sengaja meninggikan suara terhadap Azreen di rumah tadi. Sekarang dia memang rasa bersalah. Tentang kandungan itu, dia akan cuba terima perlahan-lahan yang dia bukan orang pertama yang tahu. Kecil hatinya apabila Azreen berbohong.
"Kau ada buat apa-apa ke kat dia? Sebab masa aku Call dia. Suara dia sebak, macam baru lepas nangis." Nazrul mengeluh lagi sekali. Dia tahu, Azreen menangis kerana dirinya.
"Tak ada apa-apalah."
"Eh budak ni. Daripada tadi aku tanya, dia jawab tak ada apa-apa je tahu." Bebel Alisa. Tangan dan mukanya turut bergerak.
"Dahlah kau pergi balik sana." Arah Nazrul atau lebih tepat Nazrul menghalau Alisa dari pejabatnya.
"Malam ni jadi tak? Penat kut aku sediakan semuanya. Dah lah tak bagi upah." Alisa muncungkan bibir.
"Tak ada upah-upah. Kalau aku bagi kau upah, anak aku nak minum susu apa?" Balas Nazrul. Dia bukannya terdekut.
"Kau kan kaya. Tak habislah duit kau tu kalau bagi aku upah kalini. Bukan sekali je aku tolong, banyak kali okey. Masa kau nak belajar dekat luar negara pun aku tolong. Tolong apa? Tolong cari maklumat Azreen masuk U mana." Bebel Alisa panjang lebar.
Ya! Alisa banyak tolong Nazrul.
"Mula lah dia nak ungkit." Nazrul gulingkan bebola mata. Tahu sangat perangai sepupunya seorang ini.
"Yela-Yela. Aku berambus sekarang." Alisa bangun dan keluar dari pejabat Nazrul.
***
Aku pandu kereta ke rumah Datuk Mikail dan Datin Azira. Kereta diberhentikan di hadapan pagar rumah. Sebaik sahaja pintu pagar terbuka, keretaku terus masuk ke dalam.
"Assalamualaikum." Ujarku dan Izz serentak. Wajah Datin Azira kelihatan.
"Waalaikumussalam." Balas Datin Azira lembut.
"Semua ada kat rumah?" Tanyaku. Izz sudah pun masuk ke dalam rumah. Cari Damia mungkin.
"Semua ada kecuali Daddy. Daddy dah pergi pejabat. Ayyan belum pergi Hospital lagi." Balas Datin Azira.
Aku melangkah masuk bersama Mummy. Kami berdua menuju ke dapur memandangkan semua orang termasuk Izz berada di situ.
Tempat duduk sebelah Qisha aku ambil.
"Reen ada bawa berita baik harini." Ujarku tersenyum manis. Wajah Datin Azira sudah gembira tak terkata. Dia macam boleh teka apa yang akan alu sampaikan. Maklumlah, dia dah makan garam dulu sebelum aku.
"Boy akan dapat Baby baru!" Belum sempat aku ingin berkata. Izz sudah mengucapkannya. Aku menjelingnya sekilas. Dia tersengih nakal.
"Alhamdulilah." Ucap Datin Azira syukur. Siapa tak suka bila dapat cucu lagi?
"Nazrul dah tahu?" Ayyan menyoal. Aku cuba tayang wajah tenang dan lantas mengangguk. Malas nak keluarkan suara, nanti takut diorang perasa suara aku lain macam bila cakap tentang ini.
"Tadi Papa Ma-" Aku lantas memotong percakapan Izz. Sayang betul Izz kat aku sampai semua benda dia nak bagitahu orang.
"Izz." Ujarku tegas. Izz terus mendiamkan diri.
"Tadi Papa apa boy?" Tanya Qisha prihatin.
"Tadi Papa masakkan kami sarapan." Izz tersengih. Aku menghembus nafas lega. Aku tak nak orang tahu masalah aku dengan Nazrul. Biarlah masalah rumah tangga kami, hanya kami yang tahu.
***
Aku duduk termenung di balkoni bilikku yang sekarang sudah menjadi bilik Arisha. Arisha masih lagi sekolah. Dia baru berumur 16 Tahun.
Ting !
Aku mencapai telefon pintar di dalam beg tangan. Mesej daripada Nazrul aku baca.
My Love ❤
Malam nanti abang nak bawa sayang pergi satu tempat
Aku tak balas mesejnya. Telefon itu aku tutup semula.
let me see you smile
Aku terus menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggil.
"Sayang." Suara Nazrul kedengaran. Aku jauhkan skrin telefon dan melihat nama yang dipaparkan. Memang nombor dia.
"Waalaikumussalam." Jawabku selamba. Dia ketawa kecil.
"Assalamualaikum sayangku." Katanya.
Aku diam.
"Datang office abang sekarang and tinggalkan Izz kat rumah Mummy." Pintanya.
"Nak buat apa?" Akhirnya aku bersuara setelah 3 minit mendiamkan diri.
"Datang dulu. Nanti sayang tahu."
tet!
"Dia letak panggilan macam tu je?" Rungutku sendirian. Aku lantas mengambil beg tangan dan turun ke bawah.
"Mummy tolong jaga boy jap. Reen nak jumpa Naz kat office." Pintaku sebaik sahaja nampak kelibat Datin Azira di ruang tamu.
"Baik."
Aku terus keluar dari rumah. Perut kereta aku masuki dan aku terus membelah jalan raya.
***
"Assalamualaikum." Ucapku kepada seorang perempuan yang berada di luar pejabat Nazrul.
"Waalaikumussalam." Perempuan itu mengangkat muka memandang ke arahku.
"Tuan Na-"
"Tuan Nazrul ada dan dia tak sibuk. Puan Azreen boleh masuk terus ke dalam biliknya." Perempuan itu terus menjawab persoalan aku tanpa aku memberi soalan.
Aku membalas senyumannya. Bismillah aku baca dahulu barulah aku melangkah masuk ke dalam biliknya tanpa sebarang ketukan.
"I'm sorry." Sebaik sahaja aku menutup pintu bilik. Nazrul terus meraih tangan kananku dan dikucup lembut tanganku.
"I'm sorry." Perbuatan yang sama diulangi lagi.
"Maafkan Abang. Abang tak sengaja tertinggikan suara kat Sayang. Abang tahu salah Abang, tolong maafkan Abang." Hatiku menjadi sayu apabila mendegar kata-katanya.
Aku tak menjawab. Dia menarikku perlahan ke arah sofa yang berada di bilik ini. Aku duduk diiukiti dengannya di sebelah kanan.
"Sayang." Panggilnya lembut. Tangan aku dan dia berpaut dengan erat dan kemas.
"Maafkan Abang. Please say something. Jangan diam. Sayang buat Abang rasa lebih serba salah. Lagipun harini kan hari special kita." Ujarnya lebih lembut daripada tadi. Dia meletakkan kepalanya di bahuku.
"Aku ingat dia lupa." Bisik hatiku.
"Sayang." Suaranya menjadi serak. Aku yang terkejut terus memandang wajahnya. Terdapat beberapa butiran jernih mengalir di pipinya. Tanpa melengahkan masa, lantas tanganku naik mengelap air matanya.
"Sayang dah lama maafkan Abang. Kenapa Abang nangis ni? Janganlah nangis." Pujukku.
"Abang nangis sebab Sayang. Sayanglah yang selalu buat Abang tersenyum tapi bila Sayang diam macam tadi, hati Abang tiba-tiba rasa sakit yang dalam." Luahnya.
Aku terus memeluknya dengan erat. Dia turut membalas pelukkan aku. Suara esakkannya membuatkan aku pula rasa serba salah.
"Sayang nak minta maaf sebab rahsiakan pasal kandungan tu. Sayang buat bersebab. Sebabnya ialah, Sayang nak buat surprise kat Abang. Sayang ingat nak bagitahu Abang masa tarikh ni tapi bila tengok Abang tak ada masa Sayang bangun tadi terus batalkan niat." Luahku pula. Nazrul lepaskan pelukkan.
"I'm sorry. Kalau bukan sebab Abang tidur dengan Izz, mesti Abang dapat tahu berita tu." Dia tersenyum manis ke arahku.
"It's Okay."
"Tapi Abang dapat tahu dari malam semalam lagi."
Mungkin sebab itu lah Nazrul pulang lewat ke rumah dan tidak tidur di dalam biliknya?
"Sayang minta maaf Abang." Pintaku.
"Tak apa. Abang maafkan." Dia lantas memelukku. Belakangku diusap perlahan.
"Wau! Drama pagi yang menarik!"
Pelukkan kami terlerai, lantas kepala menoleh ke arah suara itu.
"Alisa." Nama perempuan itu keluar dari mulut Nazrul.
Alisa.
Ya! Perempuan yang mengaku suami aku adalah Boyfriendnya.
"Sayang kenalkan ni Alisa. Se-"
"Grilfriend simpanan Abang." Balasku selamba. Wajah Nazrul terus berubah. Alisa pun sama. Kemudian, Alisa dan Nazrul ketawa.
"Apa yang lawak?" Tanyaku menahan marah. Orang tengah serius. Boleh pula dia main-main.
"Azreen. Akak Alisa and Akak sepupu Nazrul. Bukan girlfriend simpanan Nazrul." Ujar Alisa dengan sisa tawanya.
Aku menahan malu. Kalau bukan sebab mesej tu, aku tak akan malu seperti ini.
"So kenapa datang sini?" Tanya Nazrul memecah kesunyian.
"Saja. Alang-alang dapat tengok drama tadi, aku layan jela." Katanya tersenyum sinis. Projek menyakat akan bermula sebentar lagi.
"I'm sorry. Maafkan Abang. Please say something. Jangan diam. Sayang. Harini kan hari special kita." Alisa mula keluarkan kata-kata yang Nazrul ungkapkan padaku tadi.
Wajah Nazrul terus berubah merah. Aku menahan tawa. Tanpa amaran, Nazrul terus berlari ke arah Alisa dan mengkerjakannya habis-habisan. Aku hanya mampu menggelengkan kepala melihat dua sepupu ini.
***
Aku lihat cermin besar di dalam bilik banyak kali. Lebih kurang 20 kali setiap seminit gitu.
Sekarang sudah pukul 8 malam dan Nazrul hendak membawaku ke sesuatu tempat. Dia paksa aku pakai cantik-cantik. Aku pun ikutkan aja arahannya.
"Sayang, dah siap belum?" Tanya Nazrul dari muka pintu. Aku pandang ke arahnya dan mengangguk. Aku jalan ke arahnya dan kami berdua turun ke bawah bersama-sama.
Izz masih lagi di rumah Mummy. Itu pun Nazrul yang suruh Izz duduk rumah Mummy.
"Sayang nampak cantik sangat." Puji Nazrul yang baru sahaja masuk ke dalam kereta.
"Thanks." Balasku.
"You're welcome." Kereta BMW milik Nazrul keluar dari pekarangan rumah dan menuju ke satu destinasi.
Setelah 20 minit perjalan. Akhirnya tiba juga di sebuah Restoren yang mewah. Restoren ini mempunyai dua tingkat dan di tingkat atas ada rooftop.
Aku dan Nazrul keluar dari kereta dan menuju ke arah pintu kaca untuk masuk ke dalam Restoren. Terdapat seorang lelaki berbaju hitam berdiri di pintu masuk bersama buku nota dan pen di tangan.
"Putera Nazrul and Puteri Azreen." Ujar Nazrul ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu membelek-belek buku notanya dan menconteng sesuatu di atasnya. Mungkin dia pangkah nama aku dan Nazrul sebab cara dia conteng tu meleret. Bukan menulis.
"Just follow me Sayang." Arah Nazrul lembut. Dia menggenggam tangan kananku erat. Kami berdua menuju ke arah tangga yang berada di sudut tepi Restoren.
3 minit mendaki tangga akhirnya sampai di bahagian atas sekali iaitu rooftop. Aku sedikit terkejut melihat kawasan ini. Ianya tempat candle light dinner untuk pasangan. Ianya membuatkan suasana bertambah romantik.
Aku duduk setelah tiba di mejaku dan Nazrul. Dua orang pelayan datang ke meja kami dan meletakkan dua pinggan steak.
"Jemput makan Tuan Puteri." Ujar Nazrul lembut. Aku mula mencapai garfu dan pisau. Aku hiris daging ini sehingga kecil.
"Sayang." Aku angkat wajah memandang Nazrul. Dia menghalakan garfunya yang mempunyai kepingan daging ke arahku. Aku terus membuka mulut dan mengunyahnya.
Kami berdua makan dengan penuh selera. Tambahan pula ada musik peneman di malam hari ini. Setelah 30 minit luangkan masa dengan makanan. Kini Nazrul ingin meminta diri ke tandas.
"Sayang, abang nak pergi tandas jap." Pinta Nazrul.
"Okey. Jangan lambat sangat tau." Pesanku. Mana tahu dia tipu aku. Mahu dia tinggal aku sorang-sorang kat sini. Kalau dah bayar semua ni tak apa juga kalau belum? Habislah duit aku.
"Ya. Tak akan lama Sayang." Balasnya. Dia mula bangun dan berlalu ke arah tangga.
Aku ambil kesempatan untuk melayan kumpulan penyanyi yang berada di hadapan. Ada 4 orang lelaki muda atau lebih tepat remaja. Masih belajar mungkin.
Mataku beralih ke arah meja-meja yang lain juga. Semua pasangan sedang berseronok. Ada yang sudah berumur dan ada juga yang masih muda. Mungkin diorang tengah berjanji tenu ataupun mungkin si lelaki nak melamar? Kita mana tahu kan.
Cakap pasal melamar, aku teringat pula macam mana Nazrul melamar aku dulu. Walaupun aku malu ketika itu, aku tetap menerimanya. Alah! Malu-malu nanti rugi.
Saat pun sudah berlalu kepada minit. Sekarang sudah mahu masuk 15 minit tetapi Nazrul masih belum naik. Aku menyenangkan hati. Jangan fikir benda yang bukan-bukan.
Aku capai telefon dan nombornya aku dail tetapi aku hanya dapat voice mail. Mana dia pergi?
"Puteri Azreen?" Aku menoleh ke arah seorang lelaki yang menyebut namaku di atas pentas itu. Aku mengerutkan dahi. Mana dia tahu nama aku.
"Puteri Azreen?" Ulangnya kembali. Semua orang mula memandang sesama sendiri. Aku yang faham terus mengangkat tangan ke udara.
"Wau! So beautiful like princess." Pujinya.
"Abang Nazrul minta Kak Azreen tunggu lagi 5 minit." Kata si lelaki drammer.
Dia kenal Nazrul?
"Tapi sementara Kak Azreen tunggu Abang Nazrul, Kami akan persembahkan sebuah lagu untuk Akak. Atas permintaa Abang Nazrul sendiri." Tambahnya lagi. Aku tersenyum manis. Aku terus tumpukan 100% ke atas pentas.
Ada persembahan untuk aku, Uhuks! Uhuks!
"Terimalah untuk semua tetapi specialy untuk Kak Azreen, Yang terindah Ujarnya.
P/s : Boleh tengok Video lirik lagu ni di media atas ataupun kalau ada lagu ni pun boleh buka sambil nyanyi sekali,
"Lihat diriku,
Aku merayu,
Walaupun secebis kasih,
Beri kepadaku,
Ia cukup bermakna,
Sebelum ku terlena,
Lena untuk selamanya,
Yang terindah,
Engkau tetap didalam ingatan,
Yang terindah,
Manis mengatasi kepahitan,
Cintaku tetap satu,
Hanyalah kepadamu,
Yang tersemat diragaku,
Yang terindah
Ku pintakan di dalam doaku,
Yang terindah,
Bila tercipta cinta padamu,
Setia di jiwaku,
Setia di hatiku,
Kau lah yang terindah,
Lihat diriku,
Aku merayu,
Secebis kasihmu,
Ia bermakna,
Sebelum lena,
Lena selamanya,
Cintaku tetap satu,
Hanyalah kepadamu,
Yang tersemat diragaku."
Mereka berhenti menyanyi dan ada seseorang menyambungnya semula. Aku lantas menoleh ke arah tangga dan kelibat Nazrul kelihatan. Orang ramai mula mengeluarkan telefon masing-masing. Apa lagi? Rakam lah.
"Yang terindah,
Ku pintakan didalam doaku,
Yang terindah
Bila tercipta cinta padamu."
Nazrul berjalan ke arahku. Sebelah tangan kanan memegang mikrofon dan tangan kiri pula memegang sejambak bunga yang isinya pelbagai coklat kegemaranku.
"Setia di jiwaku,
Setia di hatiku,
Kau lah yang terindah."
Tepukkan gemuruh diberi kepada Nazrul oleh semua orang termasuk band di atas pentas. Nazrul letak mikrofon ke dalam poket seluarnya.
Aku terus bangun dan menuju ke arahnya perlahan-lahan. Tiba di hadapannya, dia merenung anak mataku dalam dengan senyuman yang paling bahagia aku pernah lihat.
"Selamat ulang tahun ke- 5 Sayang." Ujar Nazrul. Sejambak bunga itu dihulur kepadaku. Aku sambut hulurannya. Kemudian, Ayyan dan Izz muncul dari belakang Nazrul.
Ayyan membawa kek ditangan manakala Izz membawa satu kotak sederhana besar yang sudah siap terbalut dengan pembalut corak hati.
"Specialy for you Sayang." Nazrul ambil kek dari tangan Ayyan dan menghulurkan ke arahku sedikit. Kami berdua meniup lilin yang berangka 5 bersama-sama. Lagi sekali tepukkan gemuruh kedengaran.
"Happy Aniversery Papa, Mama." Ujar Izz. Alhamdulilah akhirnya Izz berjaya juga sebut perkataan tu. Dia menghulurkan hadiah tersebut kepadaku.
Kalau korang nak tahu, aku lama sangat tadi sebab nak ajar Izz sebut perkataan Happy Aniversery tu. Hampir 10 minit ajar tapi tak dapat-dapat juga - Nazrul
Dua orang pelayan datang ke arah Nazrul. Kek bertukar tangan. Pelayan itu memberikan setiap meja satu pinggan kek yang terdapat dua potong setiap sepinggan.
Aku, Nazrul dan Izz duduk semula di meja kami. Ayyan pulang ke rumah. Dia sememangnya terpaksa jadi pembawa kek kerana si Nazrul paksa kalau tidak mana mahu dia masuk campur dalam hal Aniversery ni bagai. Baik dia layan isteri dia kat rumah tu.
~~ T A M A T ~~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top