88
- special chapter : five -
"Awak pergi mana?" Tanya Nazrul tegas. Izz Rykal yang berada di sebelahku memaut jejariku erat.
"Jumpa Ad." Balasku lembut.
"Jumpa Ad sampai tak boleh angkat call dari boy?" Tanyanya lagi. Dia merenungku tajam.
"Bukan sengaja. Bateri telefon habis tadi." Balasku perlahan.
"Alasan. Alasan. Alasan." Nazrul berkata sepatah demi sepatah.
"Janganlah marah Mama, Papa." Izz berkata. Aku memandangnya dengan wajah yang muram.
"Papa tak marah. Papa cuma cakap je." Nazrul tersenyum hambar.
"Tapi boy rasa yang Papa tengah marah Mama." Balas anak kecil itu.
"Papa tak marah Mama sayang." Nazrul tersenyum hambar sekali lagi.
"Kalau macam tu, jom kita balik Mama." Izz menarik tanganku perlahan.
"Okay."
Aku dan Izz keluar dari pejabat. Kami berdua menuju ke lif. Tiba saja di tempat letak kenderaan, Izz terus melulu masuk ke dalam kereta sebelah pemandu.
Aku masuk ke dalam kereta. Enjin kereta aku hidupkan. Tali pinggang kaledar Izz aku pakaikan.
"Nak makan Mcd boleh tak Mama?" Izz merengek. Aku pandang wajahnya lalu mengangguk.
"Yeahh." Dia bersorak suka. Aku terus membelah jalan raya pergi ke Mcdonals berdekatan.
***
"Set Double cheese burger one." Pesanku. Izz sudah hilang ke tingkat atas.
Setelah makanan yang aku pesan siap. Aku terus melulu naik ke tingkat atas. Kelibat Izz aku cari. Apabila jumpa, aku terus mengatur langkah ke arahnya tetapi langkahku terbantut akibat seorang lelaki muda duduk di sebelah Izz.
Aku cepatkan langkah. Aku letak dulang makanan di atas meja. Wajah lelaki itu aku pandang. Aku sungguh terkejut. Kenapa mamat ni?
"Hye. Miss me?" Usik Eiman tersenyum nakal. Aku gulingkan bebola mata.
"Mama tak makan?" Tanya Izz. Dia ambil double cheese burger dari dulang.
"Mama dah makan dengan Auntie Ad." Balasku. Izz mengangguk seraya itu membuka plastik burger. Kemudian, dia makan dengan penuh selera.
"Naz mana?" Tanya Eiman ringkas.
"Kerjalah." Balasku malas.
"Ouh."
Suasana diam seketika sehinggalah aku dapat panggilan daripada seseorang yang aku tidak kenal. Aku angkat juga panggilan itu.
"Hello?"
"..."
"Hello?"
"...."
Aku terus matikan panggilan. Kalau call tapi tak bercakap apa-apa baik tak payah. Buang masa je. Nombor itu memanggil lagi sekali tetapi aku tidak melayannya.
"Aku minta diri dulu." Eiman bangun dan berlalu pergi. Dia sembunyikan senyuman semasa berjalan.
"Kenapa Uncle Eiman pandang Mama lain macam tadi?" Akhirnya suara Izz kedengaran setelah lama mendiamkan diri.
"Mana Mama tahu. Dah makan cepat. Mama nak masak nanti."
"Okay Mama."
***
Seorang lelaki duduk di dalam kafe untuk menunggu kedatangan seseorang. Selepas itu, seorang perempuan melabuhkan punggung di hadapan lelaki tersebut.
"Kau dah buat apa yang aku suruh?" Lelaki itu bertanya dengan nada serius sekali.
"Dah. Semua aku dah uruskan." Perempuan itu pula menjawab.
"Good Girl." Puji si lelaki. Alisa menggulingkan bebola mata. Ya! Dua manusia itu adalah Nazrul dan Alisa.
"Kalau tak ada apa-apa. Aku blah dulu."
"Blahlah. Aku tak heran pun." Balas Nazrul selamba. Alisa berdecit marah.
"Kau susah baru cari aku. Kalau dah senang layan aku macam sampah." Alisa membebel. Nazrul mengajuk percakapan Alisa dengan suara dibuat-buat.
"Kurang ajar. Malas aku layan kau." Alisa bangun dari tempat duduknya.
"Thanks for everything." Ujar Nazrul sekilas sebelum Alisa berlalu pergi. Dia tersenyum menantikan 17 hari bulan. Dia memang tidak sabar lagi untuk menunggu tarikh itu.
"Lagi 2 hari. Just wait dear."
***
Aku pusingkan tubuh ke sebelah kanan dan wajah tidur Nazrul kelihatan. Wajahnya sungguh tenang ketika tidur.
Ting !
Mataku tertancap pada telefon pintar miliknya yang berada di bawah bantal. Lantas aku keluarkannya. Button open aku tekan dan tentera 1 mesej daripada WhatssApp.
Alisa 🐯
Kau kata pukul 11 nak call
ni dah pukul 1
Aku membuka chat tersebut. Nasib baik tak ada lock.
Aku menaip sesuatu memandangkan dia masih lagi dalam talian.
Ni siapa?
Girlfriend Putera Nazrul
Aku terus mencampak telefon itu ke bawah bantal semula. Setelah 2 minit jantungku reda, aku ambil telefon tu semula dan orang itu menghantar 3 lagi mesej tetapi aku tidak membacanya. Aku padam chat tersebut dan letakkan semula telefon Nazrul.
Aku toleh ke kiri semula. Rasa sakit hati bila lihat wajah Nazrul. Dalam hati muncul pelbagai perasaan seperti marah, kecewa dan serumpama dengannya.
"Siapa dia dan apa yang awak cuba lakukan Nazrul?" Bisik hatiku.
Tanpa membuang masa, aku menutup mata. Perasaan kusut aku tolak tepi sehinggalah aku tertidur.
***
Aku terjaga daripada tidur sebaik sahaja jam telefon aku berbunyi. Aku pandang ke sebelah kanan dan kelibat Nazrul langsung tidak kelihatan.
Aku turun dari katil. Bilik mandi aku tuju tetapi malang sekali, Nazrul tiada di dalam. Aku ambil keputusan untuk menunaikan solat subuh dahulu memandangkan sekarang sudah mahu pukul 7 pagi.
Selesai sembahyang. Aku pergi ke bilik Izz. Pintu bilik aku kuak dari luar.
"Boy?" Panggilku perlahan. Mana tahu dia masih tidur. Nanti gangu dia tidur pula panggil kuat-kuat.
"Yes." Izz keluar dari comforter. Dia tersenyum nakal ke arahku. Aku pandang 'benda' yang juga ada di tangannya. Aku menggelengkan kepala. Pagi-pagi lagi dah main game. Apalah nak jadi anak aku ni.
"Mama ada benda nak tanya boy ni." Aku ambil tempat duduk di atad katilnya.
Izz duduk bersila, "Apa?".
"Papa ada masuk bilik boy tak atau pesan apa-apa kat boy?" Tanyaku.
"Tak. Kenapa Ma?"
"Tak ada apa-apa. Saja je tanya. Mana tahu boy tahu Papa pergi mana." Aku tersenyum hambar. Semenjak kebelakangan ini, aku rasa macam tak berharga buat Nazrul. Entahlah kenapa.
"Papa tak ada kat rumah ke Ma?" Tanya Izz sedikit terkejut. Dia tidak ada dengar pula enjin kereta. Lagi pun dia sudah bangun dari pukul enam tiga puluh minit lagi. Mustahil.
"Ha'ah. Papa tak ada masa Mama bangun." Ujarku sayu-sayu kedengaran. Izz segera memelukku erat.
"Mama janganlah sedih. Mungkin Papa pergi pejabat awal." Izz cuba menenangkan hatiku yang entah ke mana ini.
"Mama ada good news untuk boy. Nak tahu tak?" Aku tersenyum manis memandangnya.
"Nak! Nak! Nak!" Dia menjerit keriangan.
"Tak lama lagi. Boy akan jadi Abang kepada seorang adik."
"Maksud Mama?" Izz tidak faham.
"Mama ada baby baru dalam ni." Ujarku. Tapak tangan di letakkan di atas perut.
"Wah! Yeaahhh! Boy dapat baby baru!!!!." Jerit Izz riang. Aku tersenyum bahagia melihatnya. Izz sudah tahu.
Nak bagitahu Nazrul ?
Nak ke dia ambil peduli ?
Tapi kalau dia dapat tahu sebelum aku bagitahu,
Aku akan di cop sebagai Isteri derhaka.
Nanti-nantilah aku fikirkan.
Situasi di dalam bilik Izz dan di luar bilik Izz sangat berbeza. Di mana ada seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik Izz sambil memasang telinga.
Wajahnya terus bertukar merah apabila mendengar kata-kata seorang perempuan yang berada di dalam. Dia ambil keputusan untuk keluar dari rumah.
***
- end -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top