85
- special chapter : three -
"Selamat hari raya Papa, Mama." Ucap Izz sambil menyalam kedua-dua tangan orang tuanya. Aku tersenyum melihat perangai baiknya.
"Duit raya untuk boy tak de ke?" Tanya Izz. Aku ketawa kecil. Muncul satu idea nakal di minda.
"Pergi minta Uncle Yan, dia kan banyak duit. Doktor pula tu." Kataku. Nazrul menyiku lenganku perlahan lalu menggelengkan kepala.
"Uncle Yan! Nak duit raya." Izz terus berlari ke arah Ayyan. Aku dan Nazrul ketawa kecil apabila melihat muka berkerut Ayyan.
"Mana Damia, Qisha?" Tanyaku apabila ternampak susuk tubuh Qisha. Alhamdulilah, dia selamat melahirkan anak malam semalam.
Kalau korang nak tahu, Ayyan saman Hospital di Johor ini yang beri maklumat salah. Bayi nak keluar lagi 2 minggu, boleh pula dia cakap 2 bulan. Sungguh teruk.
"Damia ada dengan Nenda." Balas Qisha. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah aku. Ayyan yang nampak kelibat Qisha terus berlari anak ke arah Isterinya.
"Kan Abang dah pesan, jangan jalan banyak sangat, awak tu baru beranak semalam." Kata Ayyan prihatin. Dia memapah tubuh Qisha sehingga ke sofa.
"Yeah! Boy dapat RM 50 dari Uncle Yan." Jerit Izz. Dia tayang duit sekeping 50 itu dihadapan muka aku dan Nazrul. Haih, budak ni.
"Cakap apa dekat Uncle Yan?" Tanya Nazrul.
"Terima kasih Uncle Yan." Jerit Izz. Mungkin ada darah keturunan tarzan. Itu suka sangat jerit kuat-kuat.
***
Hari raya pertama , Nenda sudah membuat runah terbuka pada waktu malam. Semua sedara mara, jiran tertangga di jemput hadir selepas solat isyak.
"Sayang, nampak butang baju abang tak?" Tanya Nazrul. Dia dari tadi mencari butang baju melayunya tetapi tetap tak jumpa. Mana agaknya butang tu pergi.
"Dalam laci." Balasku dari dalam bilik mandi. Sebenarnya, aku tengah mandikan Izz. Itu lah dia, orang suruh mandi masa petang tak nak, ni rumah nak buka baru nak mandi.
Tapi tak apa, dia tak menyusahkan aku pun.
"Mama sejuk!" Adu Izz perlahan. Badannya sudah mengigil. Mana tak sejuk kalau mandi pukul 8:20 malam
"Sini Mama lap tubuh boy." Ujarku. Izz terus masuk ke dalam kain tuala yang aku buka. Aku lap dahulu badannya baru dukungnya keluar.
Izz aku letak atas katil. Aku mengatur langkah ke almari baju untuk ambil baju melayu Izz. Nazrul sudah pun turun ke tingkat bawah sebaik sahaja jumpa butang baju melayunya.
"Boy nak pakai biru atau hijau?" Tanyaku. Dua pasang baju melayu aku tunjuk sekali. Jangan risau, dah siap gosok awal-awal.
"Papa pakai warna apa?" Tanya Izz. Kita tanya dia, dia tanya kita balik.
"Papa pakai biru" Balasku.
"Boy nak pakai biru juga." Balasnya. Aku tersenyum. Izz memang suka ikut Nazrul. Aku simpan baju melayu warna hijau ke dalam almari semula dan baju melayu warna biru aku bawa ke arah Izz.
"Pakai ni dulu." Arahku. Seluar dalam kartun doraemon aku hulur. Izz ambil dan memakainya. Kemudian, aku pakaikan baju melayu untuknya.
"Mama tukarlah baju, biar boy sikat rambut sendiri." Aku mengjongketkan sebelah kening. Ni mesti ada benda dia nak buat.
"Please!" Rayunya.
"Yela." Aku mengalah. Almari baju aku tuju sekali lagi, baju kurung Peplum warna biru aku keluarkan. Kaki di atur menuju ke bilik mandi.
***
Suasana rumah Nenda sangat meriah dengan kanak-kanak yang sedang seronok main bunga api. Ada juga orang dewasa yang main mercun.
Tetapi dalam banyak-banyak kawasan, halaman belakanglah paling meriah kerana Datuk Mikail dan Encik Naim bakar daging lembu dan kambing.
"Mana anak buah kesayangan aku?" Tanya Hazmi apabila ternampak susuk tubuh Nazrul di halaman belakang.
Nazrul pandang ke arah Hazmi, "Kat atas, dengan Azreen."
"Nazzzzz." Panggil Hazmi meleret.
"Apa?"
"Ambilkan kambing." Pinta Hazim dengan sengihan. Nazrul beri pandangan menyampah.
"Nak makan, ambil sendiri." Balas Nazrul lalu beredar dari tempat Hazmi.
Huwa. Kesian Hazmi.
"Hi! Boleh saya duduk sini?" Tegur satu suara yang sungguh ayu. Hazmi mengangkat muka memandang suara itu dan badannya tiba-tiba kaku.
Adakah ini perasaan cinta pandang pertama ?
Sungguh indah sekali.
"Hmm, hello?" Perempuan itu melambai-lambaikan tangan di hadapan muka Hazmi.
"Aaa, boleh." Balas Hazmi lambat-lambat. Perempuan itu dari tadi tidak henti-henti tersenyum. Murah senyuman rupanya. Hazmi pula jantungnya bagai nak jatuh bila lihat senyuman perempuan itu.
"Saya Hazmi." Tanpa malu, Hazmi mengenalkan dirinya.
"Saya Adriana."
***
Selesai sahaja tukar baju, aku keluar dari bilik mandi. Izz sudah kemas dan bergaya. Rambutnya tadi yang serabai telah disisir ke tepi dengan kemas dan rapi.
"Guna gel Papa?" Tanyaku sambil memegang rambutnya.
"Mama janganlah pegang. Nanti rosak rambut boy." Marah Izz lembut. Marah pun lembut ke ?
"Yela."
"Mama dah siap? Jom turun." Ujar Izz ceria. Hensem-hensem nak pergi mana sayang oi. Ke nak cari jodoh.
"Mama nak pakai shawl jap." Aku capai satu selendang di penyidai baju dan melilit kemas di kepala. Tak nak lah nampak selekeh nanti.
"Jom turun." Ajakku. Kami berdua turun ke bawah. Tiba sahaja di tangga, sudah nampak yang ruang tamu ramai orang begitu juga dengan dapur. Kebanyakkan orang yang sudah tua berada di dalam. Yang muda-muda, mestilah di luar.
"Hye si kacak." Tegur Eiman ceria kepada Izz. Aku gulingkan bebola mata. Kenapa muka dia juga yang aku nampak sekarang ni. Kalau hensem tak apa juga.
"Hye Uncle kurang kacak." Balas Izz sambil tersengeh. Eiman ketawa mendengar kata-kata Izz.
"Boleh saya main dengan dia?" Pinta Eiman. Aku sekadar mengangguk. Eh kepala ni! Yang kau pergi angguk kenapa, cubalah geleng tadi.
"Bye Ma!" Ucap Izz. Nampak teruja pula anak aku main dengan dia ni. Aku ke dapur. Tiada apa-apa yang menarik. Aku terus ke halaman belakang menggunakan pintu dapur.
Wah sungguh menarik.
"Reen nak apa-apa?" Tegur Datuk Mikail sebaik sahaja aku lalu di sebelah tempat bakar. Aku menelan air liur. My favourite ada lah pula.
"Kambing satu!" Balasku. Datuk Mikail tersenyum lalu meletakkan kepingan daging kambing yang sudah masak ke atas pingan polistrin.
"Jangan makan gelojoh sangat." Pesannya. Sepinggan daging kambing tadi di hulur. Nasib baik Daddy dah siram daging ni dengan sambal. Tak ada lah aku nak pergi ambil. Bukan malas tapi sesak, orang ramai.
Aku meninjau-ninjau ke seluruh halaman belakang sambil membawa makanan untuk mencari Nazrul. Tak ada. Haih.
Aku ternampak susuk tubuh Hazmi bersama seorang perempuan. Terus idea jahat muncul dalam kepala.
"Eh Reen." Ucap Hazmi spontan sebaik sahaja melihat aku ingin menuju ke arahnya.
"Babyyyy kat sini rupanya you. I ingat you dah balik tadi. Nak daging kambing tak?" Tanyaku manja. Aku tersenyum manis ke arahnya,Muka Hazmi berkerut begitu juga dengan wajah Perempuan di hadapannya.
"Adriana. Tolong jangan salah faham." Senyumanku mati apabila mendengar nama Adriana. Tak mungkin lah.
"Ad-"
Aku hembus nafas lega. Jangan risau guys! Depan Hazmi ni Adriana lain, bukan Adriana adik Faris tu.
"Maaf ganggu boyfriend akak." Ucapnya sambil menundukkan muka.
Wajah Hazmi terus berubah gelisah. Baru sahaja tadi dia memberitahu kepada Adriana yang dia masih single.
"Saya minta diri dulu." Pamitnya. Dia terus bawa makanannya dan pergi dari sini. Hazmi pandang aku tajam. Ketawaku pecah.
"Tak lawaklah Reen. Aku baru nak jadikan dia jodoh aku tadi. Kau ni pemusnahlah." Marah Hazmi. Bibir di cebikkan ke depan. Dia menjelingku tajam.
Ketawaku masih lagi bersisa. Sumpah lawak. Macam mana lah perempuan tu boleh cakap yang aku ni girlfriend si Hazmi.
"Seronok ketawa, ada apa ni Sayang?" Tegur Nazrul. Di belakangnnya ada Ayyan dan juga Aliff.
"Tengok bini kau ni." Marah Hazmi. Jari ditunding ke arahku dengan penuh geram.
"Aku hari-hari tengok dia. Kau kenapa?" Balas Nazrul.
"Hazmi dah jumpa jodoh dia guys!" Jeritku separuh kuat. Cukuplah untuk mereka bertiga dengar.
Wajah mereka bertiga berkerut lalu ketawa.
"Macam tak percaya Hazmi dah jumpa jodoh." Kata Aliff dengan sisa tawanya.
"Mana jodoh kau tu?" Tanya Ayyan.
"Dah lari sebab dia ni punya kerja." Marah Hazmi. Aku berhenti ketawa. Boleh jadi orang gila kalau ketawa je.
"Dia buat apa?" Tanya mereka bertiga serentak.
"Ada ke patut dia datang-datang tadi cakap macam ni Babyyyy kat sini rupanya you. I ingat you dah balik. Nak daging kambing tak?" Kata Hazmi. Part ayat aku itu dia tukarkan suara menjadi gedik sedikit.
Tawa Aliff dan Ayyan pecah tetapi tidak bagi Nazrul. Sudah! Matilah kau Azreen. Ada orang cemburu.
"Sayang panggil Haz baby?" Tanya Nazrul dengan muka ketat. Aku telan air liur.
"Padan muka." Ujar Hazmi perlahan. Dia menjelir lidah ke arahku. Macam budak-budak.
"Mana ada. Sepatutnya perkataan tu bab* bukan babylah." Balasku tersenyum hambar. Makin lama, makin seram pula aku tengok wajah ketat Nazrul.
"Abang saja je. Tak payahlah buat muka cemberut tu." Ujar Nazrul tersenyum hambar. Aku melepaskan nafas lega. Nasib baik.
"Tapi Abang tetap marah. Sebagai denda, Sayang kena jumpa perempuan tadi dan terangkan benda betul. Kesian Hazmi, sampai ke tua tak beristeri nanti." Kata Nazrul. Aku mengangguk.
Aliff, Ayyan dan Nazrul mengambil tempat duduk manakala aku berjalan sekitar halaman belakang untuk mencari Adriana. Rindu pula pada Adriana yang jahat tu.
Aku ternampak Adriana di meja bulat. Tempat itu sedikit tersorok. Aku mendekatinya perlahan-lahan.
"Sampai hati awak tipu saya. Awak kata, awak single tapi kenapa tadi ada orang panggil awak Baby? Saya dah mula sukakan awak masa first day saya jumpa awak. Awak tak ingat saya ke? Ini saya Adriana, budak yang awak langgar masa kat kedai arang semalam."
Perasaan bersalah mula timbul di dalam hati. Aku menarik nafas dahulu lalu menghembusnya.
"Ad." Panggilku lembut. Adriana yang terkejut terus menoleh ke arah belakang. Jelas kelihatan yang dia sedang menangis. Aku ambil tempat duduk di hadapannya.
"Ad umur berapa?" Tanyaku.
"25 tahun." Balasnya sambil mengelap air mata.
"Akak minta maaf."
"Untuk apa? Saya yang patut minta maaf sebab kacau boyfriend akak." Aku ketawa kecil. Dia mengerutkan dahi.
"Kenapa akak ketawa? Saya ada buat lawak ke?" Tanyanya hairan.
"Bila masa akak kata yang Hazmi tu boyfriend kakak?I already married sayang." Kataku.
"Maaf kacau suami akak."
Aku ketawa kecil lagi.
"Hmm."
"Kakak dah kahwin. Dah ada seorang cahaya mata dan suami akak bukannya Hazmi tetapi Nazrul, Ad." Ujarku.
"Abang Naz?" Tanyanya terkejut.
"Ya. Kenapa?"
"Omg! Saya dapat jumpa isteri Abang Naz." Jerit Adriana perlahan. Takut orang dengar. Nanti dia kalah.
Kalah?
Baca bawah ni,
Nazrul turun ke tingkat bawah. Dia terus ke halaman belakang. Masuk sahaja halaman belakang. Semua mata memandang terutama anak dara.
Nazrul menepuk tangan beberapa kali dan semua orang memberi tumpuan ke arahnya.
"Saya nak adakan satu permainan tetapi permainan ini hanya untuk perempuan." Kata Nazrul.
"Cari siapa isteri tercinta saya dan bawa dia kepada saya. Nanti saya bagi hadiah paling indah dalam hidup kamu." Semua perempuan terkial-kial.
Tak sangka Abang Instafamous dah diambil orang.
Umur dia dah 28 woi! Memanglah dah berpunya - Author
"Hanya seorang sahaja pemenang dan hadiahnya ialah, orang itu dapat bergambar dengan saya. Saya akan post gambar itu di Instagram. Sekali dengan tag lagi." Semua perempuan sudah menjerit.
Memang gila hadiah dia. Boleh jadi famous macam ni. #tumpangpopulariti
"Akak, mana Abang Naz?" Tanya Adriana teruja.
"Kat sana." Balasku. Jari di tunding ke arah tempat tadi. Dia terus menarik lenganku menuju ke sana semula.
"Abang Naz! I'm found your wife." Ujar Adriana teruja. Nazrul tersenyum.
"Good girl. Nak tuntut hadiah tak?" Tanya Nazrul. Aku masih blur. Maklumlah, tak tahu apa-apa.
"Nak!" Balas Adriana teruja. Meningkatlah followers Adriana nanti.
"Ada dua pilihan, nak ambil gambar dengan Abang or nak Hazmi sepenuhnya?" Soalan maut. Adriana diam seketika. Dia memandang ke arahku dengan wajah bersalah.
Adriana tersenyum manis, "Nak Hazmi sepenuhnya."
Hazmi ternganga. Dia betul-betul tak sangka.
***
"Cepat masuk." Arah Encik Naim. Seluruh ahli keluarga berdiri tegak di hadapan rumah. Sekarang masa untuk ambil gambar. Aku dan Nazrul berdiri di belakang Izz.
Apabila sudah pastikan seluruh ahli keluarga masuk, camera di tekan dan kiraan nombor bermula dari angka 5 hingga 1.
Satu, dua, tiga, ada benda pelik dalam gambar tu.
Benda pelik itu ialah Ayyan yang sedang memakai kain telekung milik Qisha. Bertuah punya Ayyan.
"Hantu!" Jerit budak-budak kecil kuat. Mereka semua berlari anak apabila Ayyan mengejar mereka.
"Dah besar pun perangai macam budak-budak." Gumanku perlahan.
"Abang cintakan sayang." Ucap Nazrul tiba-tiba. Aku dapat rasakan yang dia mengusap lembut kepalaku. Izz sudah hilang entah ke mana.
"Sayang tahu." Balasku tersenyum manis ke arahnya.
"I love you." Lafaz Nazrul penuh romantik.
"I love you too."
***
-
habis habis habis -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top