81

Nazrul memasuki hospital dengan senyuman lebar. Tangannya memegang satu bekas kecil berwarna hijau. Dia menyanyi dengan suara yang perlahan. Sampai saja di hadapan wad, dia ketawa kecil dahulu.

"Follow me." Arah Ayyan tegas. Dia mengeluh perlahan. Dengan hati yang berat, dia terpaksa mengikut Ayyan walaupun hatinya berkata jangan, isteri kesayangan kau tengah menunggu.

Masuk saja ke dalam pejabatnya, ada seorang lelaki yang memakai baju unitform lengkap polis duduk di atas kerusi. Lelaki itu terus bangun dan menuju ke arah Nazrul.

"Inspektor Ali." Hulur tangan. Nazrul menyambut, "Putera Nazrul."

"Saya datang sini untuk jalankan amanah yang Cik Adriana bagi pada saya. Dia suruh saya bagi benda ini kepada kamu." Kata Inspektor Ali itu sambil menghulur satu pita rakaman.

"Terima kasih." Ucap Nazrul ramah.

"Sama-sama. Saya minta diri dulu." Inspektor Ali terus keluar dari pejabat Ayyan. Nazrul memandang ke arah Ayyan yang dari tadi hanya memerhati.

"Aku nak dengar juga."

***

Aku pandang satu kotak segi empat sama saiz kecil di hadapan aku. Kemudian, aku menjongketkan sebelah kening ke arah Daniel yang sedang duduk tersenyum.

"Kenapa pandang aku macam tu?" Tanyanya. 

"Kotak apa ni?" Tanya aku ingin tahu. Dia mengangkat bahu. Sungguh annoying.

"Dalam tu ada kenangan kita." Aku terkaku. Kata-kata Daniel mengingatkan aku di masa remaja. Air mata aku tiba-tiba mengalir. Kau kena kawal perasaan kau Azreen. Ingat, kau tu masih isteri orang.

"Kau jangan salah faham. Aku bukan nak kau balik dengan aku semula ataupun nak musnahkan masjid kau dengan Nazrul. Aku cuma nak kau gembira." Kata Daniel serba salah apabila terlihat aku mengalirkan air mata.

Klik!

Pintu wad terbuka, Ayyan dan Nazrul masuk ke dalam. Segala air mata yang jatuh terus terhenti. Perasaan sedih dan sayu terus menghilang. Aku memusingkan badan menghadap tingkap. Aku memang tak nak tengok muka Nazrul. Sebab apa? Sebab baru sekarang dia nak lawat aku.

"Sayang." Panggil Nazrul lemah. Air mata lelakinya jatuh mengalir membasahi pipi. Daniel yang sedang duduk terus bangun. Kotak yang dia ingin bagi pada aku turut diambil secara kasar. Dia terus beredar keluar.

Nazrul jalan perlahan-lahan mendekati aku. Dia juga dapat dengar suara tangisan kecil daripada aku. Dia memegang bahu aku dengan lembut tetapi aku menepisnya dengan kuat sekali.

Tangan itu pernah dera aku dan tangan itu juga lah yang telah berikan aku kasih sayang. Awak, saya rindu awak.

"Abang minta maaf. Abang tak ada niat nak sakitkan hati Sayang. Abang tak ada niat nak pukul Sayang. Abang nak minta maaf sebab selalu curang belakang Sayang, selalu balik lambat, selalu tengking Sayang. Tolong, maafkan Abang." Kata Nazrul penuh sayu. Air mataku makin laju mengalir apabila mendengar kata-katanya. Sejujurnya aku rindu nak dengar dia panggil aku Sayang.

"Aku pun nak minta maaf. Sebenarnya aku tak izinkan Naz lawat kau tapi lepas Mummy bagi pesanan, aku benarkan. Kalaulah aku benarkan, mesti masa kau sedar kau happy sebab Naz ada disisi kau. Maafkan aku Azreen." Kata Ayyan pula. Hati ku semakin sebak. Aku tidak tahan lagi, pantas aku memeluk tubuh Nazrul. Badan ku terasa sunguh hangat berada di dalam dangkapannya.

Tangan Nazrul naik ke pipi aku untuk mengelap air mata. Kemudian, dia mengusap lembut embun rambutku. Apabila keadaan sudah reda, Nazrul menghulurkan sesuatu kepada aku.

"Maafkan Abang?" Aku abaikan soalannya dan mengambil satu pita rakaman yang baru sahaja dia hulur. Dengan kiraan 3, aku tekan butang play dan pita rakaman itu mula mengeluarkan suara seorang perempuan.

"Hi Azreen! Ni aku, Adriana. Aku nak minta maaf atas semua perbuatan jahat aku terhadap kau. Kalau bukan sebab aku salah faham, mesti kau tengah bahagia dengan Naz. Aku simpan dendam kat kau lepas aku dapat tahu yang kau tolak cinta abang aku dan bunuh dia. Itu pun aku dengar dari khabar angin. Bodohkan aku pergi percaya khabar angin. Maaf Azreen, sebab aku kandungan kau gugur. Aku dapat tahu dari Daniel. Kau patut berterima kasih kat dia, kalau bukan sebab dia khianat aku, mesti kau dah tak hidup. One more thing, ini betul-betul aku rasa serba-salah. Tolong maafkan Nazrul. Dia tak salah. Aku bomoh dia masa tu. Aku merayu, tolong maafkan dia."
Pita rakaman tersebut terlepas dari genggamanku. Habis jatuh berkecai. Air mataku yang ada ditubir mata terus jatuh mengalir di pipi.

"Maafkan Abang, sayang." Nazrul mengelap air mata aku menggunakan ibu jarinya. Kepala aku di tarik masuk ke dalam dangkapannya. Aku menangis teresak-esak sehinggakan tertidur di atas dada bidangnya.

***

Daniel menarik kerusi dan melabuhkan punggung di hadapan Aliff. Hazmi yang sibuk makan ais krim coklat di dalam bekas terkaku melihat dirinya.

"Kenapa pandang aku macam aku baru lepas bunuh orang?" Daniel merenung Hazmi tajam. Dia terus menggeleng dan sambung menikmati ais krim coklatnya.

"Kawan kesayangan aku macam mana?" Tanya Aliff ramah. Plastik bungkusan roti gardenia perisa coklat dia buka dan hulur kepada Daniel.

"Alhamdulilah dia baik tapi kurang sihat." Daniel makan roti itu dengan sungguh selera. Hazmi yang baru perasan kotak yang dibawa oleh Daniel terus mengambil kotak tersebut.

"Hadiah aku ke?" Dia terus membuka kotak itu. Hazmi dan Aliff terkaku apabila terlihat gambar polaroid pasangan kekasih lama.

"Jangan cakap kau belum move on." Hazmi tayang gambar tersebut di hadapan muka Daniel.

"Jangan cakap kau nak Azreen semula." Aliff tayang satu kotak yang berisi rantai yang pernah di beri kepada Azreen ketika dahulu.

"Jangan cakap kau nak jadi orang ketiga dalam hubungan mereka." Hazmi tayang satu kotak kecil yang berkemungkinan berisi cincin pula.

"Jangan cakap kau nak ganti tempat Nazrul." Aliff tunjuk buku limanya diikuti dengan Hazmi juga.

"Jangan cakap ikut suka hati boleh? Aku nak buang semua benda tu." Daniel bersuara dengan tenang. Segala riak wajah risau, sedih atau muram tidak kelihatan. Mungkin dia benar-benar sudah melupakan Azreen atau mungkin dia hanya berselindung di sebalik topeng.

"Good boy."

"Ini Tengku Daniel kut."

"Agas la lu." Mereka bertiga ketawa kecil.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top