78
Aku membuka mata perlahan-lahan. Sinaran cahaya daripada lampu gantung berpinar-pinar masuk ke dalam anak mata aku. Hanya kawasan aku sahaja cerah, yang lain gelap gelita.
"Aku kat mana?" Gumanku perlahan. Bunyi derapan tapak kasut dari arah depan menarik perhatian ku. Aku terkedu apabila melihat gelaran tersebut. Perempuan tu!
"Dah sedar sweetheart?" Tegur Adriana sinis.
"Lepaskan aku lah." Tengkingku kuat. Dia ketawa, ketawa dan ketawa lagi di hadapan aku. Apa yang lawak girl ?
"Shh. Jangan marah-marah, kesian baby dalam perut tu." Ujar yang sinis. Dia berjalan ke arah aku setapak demi setapak. Kemudian, sebilah pisau yang tajam diletakkan di atas perut aku. Perasaan takut dan berdebar mula menguasi diri aku.
"Jangan sentuh kandungan aku." Herdik ku kuat. Dia ketawa jahat.
"Why?" Ujarnya sinis.
"Kalau kau nak sakitkan aku boleh tapi jangan sentuh kandungan aku." Aku lebih rela disakiti tetapi bukan kandungan ini. Dia tidak tahu apa-apa.
"Hmm, okey."
Adriana seret pisau tersebut di pipi kiri dan kanan aku. Banyak darah mula menitik di atas lantai. Aku menjerit kesakitan.
"Kau kenal siapa aku?" Tanyanya. Aku menggeleng.
"Aku Adriana. Adik kepada Faris."
"So kau nak balas dendam lah ni? Satu keluarga kau memang jenis macam ni eh?" Tanyaku selamba.
"Suka hati kau lah nak cakap apa tapi aku tetap akan balas dendam demi abang kesayangan aku. Siapa suruh kau tolak cinta dia." Tengkingnya kuat dan dia menyepak tepat di perut aku. Aku yang berada di atas kerusi terjatuh ke belakang.
"Arghhh!" Aku hanya mampu menjerit.
"Kau tolak cinta dia, aku boleh terima tapi kau tembak dia!" Jerit Adriana kuat. Dia keluarkan pistolnya yang berada di belakang baju dan halakan ke arah aku. Dua orang budak dia mengangkat kerusi aku supaya duduk semula.
"Mana ada aku tembak dia." Kataku lemah. Bukan aku yang tembak Faris tetapi pihak polis sebab dia langgar arahan polis.
"Kau jangan nak buat cerita lah. Aku tahu, kau yang tembak dia."
"Ya Allah, selamatkanlah aku. Nazrul tolong saya!" Bisik hati ku.
"Tak. Aku tak tipu Adriana. Memang pihak polis yang tembak dia."
"Aku tak percaya dan aku tetap akan siksa kau sampai kau mati." Jeritnya kuat sambil ketawa jahat. Dah macam orang gila aku tengok.
Aku tak ada pilihan lain. Kalau ditakdirkan aku mati dulu, readers tolong kirimkan salam aku kepada Nazrul yang entah peduli pasal aku ke tak lagi tu.
Bang!
Satu peluru masuk ke dalam lengan kiri aku. Aku apa lagi? Menjerit dengan kuat sekali.
"Belum cukup." Ujarnya sinis. Dia memetik jari dan 3 orang lelaki muncul bersama satu mesin. Aku menelan air liur. Dia nak buat apa dengan mesin tu?
"Buka ikatan dia!" Arah Adriana tegas kepada anak buahnya. Dua orang lelaki membuka ikatan aku dan mereka membawa aku ke tempat Adriana berada iaitu di sebelah mesin tersebut.
"Jangan risau, cacat sikit je" ujarnya sinis. Lantas dia memegang tangan kanan aku dan diletakkan di atas mesin tersebut. Kemudian, satu pistol diletakkan di kepala aku.
Satu roda gergaji yang dari tadi duduk diam kini berjalan menuju ke arah tangan aku berada. Air mata aku sudah mengalir. Adriana alihkan tangannya diikuti dengan aku.
"Kau letak kalau tak aku tembak kepala aku." Arahnya tegas.
"Aku lebih sanggup mati."
"Aku tembak kandungan kau!" Tektik dia berjaya membuatkan aku patuh arahannya. Aku letak semula tangan di tempat itu. Roda gergaji itu makin lama makin dekat.
Banyak pancutan darah keluar dari tangan aku. Mesin itu berhenti apabila sudah sampai diperakhirannya. Aku menarik tangan aku dan terjatuh lemah di atas lantai.
Tangan yang terkonyak itu aku pegang dengan kuat. Dalam hati tidak henti-henti berdoa agar ada orang datang selamatkan aku. Kalau boleh aku mahukan Nazrul.
"Kau bunuh Abang kesayangan aku!" Jeritnya kuat dan sepak aku menggunakan kasut tumit tingginya. Dia hanya menyepak di bahagian perut aku dan tiada tempat lain. Dia nak bunuh kandungan aku ke ?
"Jangan kacau kandungan aku." Ujarku lemah. Dia hanya buat tak tahu dan menyambung sepak perut aku. Kalini, dia pijak perut aku sekuat-kuatnya menggunakan kasut tumit tingginya sehingga perut ku terasa sakit. Kemudian, dia cengkam leher aku kuat dan halakan pistol ke arah perutku.
"Selamat tinggal sayang."
Bang! Bang!
***
"Mana Adriana ni? Aku call banyak kali tapi tak angkat pun." Runggut Nazrul. Dia mencampak telefon pintarnya ke atas katil kerana stres.
"Mana pula pergi perempuan ni? Bukan pagi tadi ada kat rumah ke?" Tanyanya seorang diri. Dia masuk ke dalam bilik air dan Azreen tetap tiada. Dia turun ke tingkat bawah dan mencari kelibat Azreen tetapi tidak terjumpa juga. Dia ambil keputusan untuk menonton TV di ruang tamu sementara menunggu kepulangan Azreen.
"Kau balik lambatkan? Tengoklah apa yang aku akan buat nanti." Bisik hati Nazrul.
***
Badan Adriana terbaring di atas lantai. Banyak darah mengalir keluar dari tubuh belakangnya. Aku berharap sangat Nazrul yang tembak dia tetapi bukan, ianya pihak polis. Mata aku seakan-akan mahu tertutup. Aku terdengar bunyi derapan kaki yang laju berlari ke arah aku. Kepala aku diangkat ke riba orang tersebut.
"Nazrul.." Panggilku lemah.
"Reen bangun!" Jerit Ayyan kuat. Dia mula mengalirkan air mata.
"Ayyan pun bolehlah Ya Allah tetapi mana dia tahu?" Bisik hati ku.
"Mana Nazrul?" Tanyaku lambat. Ayyan tidak menjawab.
"Daniel.." Panggil Adriana. Daniel yang di tempat aku terus beralih ke arah Adriana. Dia memegang rambut Adriana dengan kuat.
"Kau patut mati sebab apa? Sebab kau cuba untuk bunuh orang yang aku sayang!" Bisik Daniel di tepi telinga Adriana.
"Maafkan aku. Ba-bawa aa-aku jumm-jumpa Az-Azreen." Ujarnya tergagap. Daniel menurut arahan Adriana. Dia membawa Adriana ke tempat aku.
"Nazrul tak salah. Maafkan dia." Bisik Adriana di telinga aku sebelum dia di tangkap oleh pihak polis dan dimasukkan kedalam ambulans.
"Nazrul tak salah. Maafkan dia." Itulah ayat terakhir yang aku dengar sebelum masuk ke dunia gelap. Ayyan dan Daniel banyak kali memanggil nama aku tetapi aku tetap tidak membuka matan
semula.
***
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top