67

Hari ini ialah hari kedua aku di Pulau Langkawi. Jam sudah menunjukkan pukul 10:37 Pagi. Sekarang kami berdua akan pergi naik Langkawi Cable Car.

Nazrul memandu dengan cermat sekali. Aku yang bosan hanya pandang ke luar tingkap. 30 minit berada di dalam kereta akhirnya dapat turun juga. Kami berdua dah sampai, yeah!

Aku hanya follow Nazrul dari arah tepi. Kami berdua menuju ke counter pembelian tiket. Kau ingat naik ni free? Jangan mimpilah. Kalau nak percuma, pergi bina sendiri.

"Saya nak tiket dewasa Glass Bottom Gondola dua and skybridge sekali." Kata Nazrul mesra kepada pekerja yang berada di situ. Aku hanya memerhati. Kalau aku fikir balik, Nazrul yang banyak keluarkan duit berbanding aku di sini.

"Semuanya RM 270." Kata Pekerja itu sambil menghulur 2 tiket yang Nazrul mahukan. Nazrul ambil huluran itu dan memberi wang not 100 dua keping dan not 10 tujuh keping.

Kemudian, kami berdua pergi ke arah tempat tersebut. Dalam masa 5 minit, aku dan Nazrul sudah berada di dalam cable car Glass Bottom.

Nazrul POV

Sejak kami berdua naik kereta kabel ini, aku hanya mampu tersengih melihat Azreen yang sibuk mengambil gambar dengan telefon pintarnya. Comel je aku tengok dia ni. Perjalanan dari bawah naik ke atas mengambil masa 10 minit.

"Sayang." Panggilku manja. Azreen yang leka berselfie memandang ke arah aku, "Ya, Abang?" Balasnya.

"Buat apa tu?" Tanyaku bersaja. Padahal dah tahu si isteri sedang sibuk ambil gambar. Nak post kat Instagram lah tu.

"Main game." Lain pula jawapan Azreen. Aku tersenyum sinis.

"Iyeje? Bukan sibuk selfie ke? Lepastu nak post kat Instagram and tag username Abang sekali? Nanti followers naikkan?" Aku berkata panjang lebar. Melihat muka cuak Azreen membuatkan aku ketawa kecil.

"Yelah. Mari sini kita ambil gambar sama-sama." Pelawanya. Aku pergi ke arahnya dan Klik! Satu gambar sudah diambil. Aku rampas telefon pintarnya selepas itu dan memadam gambar tersebut. Lepastu, aku pulangkan semula.

"Apa ni Abang? Sayang nak post kat Instagram." Runggut Azreen dengan bibir dicebikkan. Aku padam je bukan buat apa-apa pun, comel pula dia macam tu.

Ting!

Aku buka telefon pintar aku dan satu gambar dari Azreen aku download. Selesai saja, aku pergi ke aplikasi Instagram dan memuat naik gambar tersebut.

Caption, gedik je lebih @axreens 😛❤

Dalam masa 2 minit, gambar tersebut telah panas di media sosial followers aku.

❤17,689 likes and 289 comment.

ahmad.Iss holiday tak ajak Naz
izzataiman Lawa yo bini mu, aku nak try boleh? Hahaha
hazdaniel maaf tak datang majlis kahwin korang btw lawa isteri kau
hanikira__ Lawanya isteri kau Naz, nanti ada masa bawa jumpa aku
ayyan._ jangan lupa bawa balik cucu untuk Daddy dengan Mummy

Ayat itu, abaikan jela. Ada banyak lagi comment. Comment negative pun ada. Haterskan? Biasalah mana suka tengok orang bahagia semua ni. 

End POV

Aku masih marah dengan Nazrul. Ada ke patut dia pergi padam gambar tu. Tiba-tiba notifikasi dari Instagram masuk secara mendadak. Aku terus membuka.

naxruls tag you in their post.

Aku terus tekan perkataan itu dan gambar aku bersama Nazrul yang baru sahaja dia padam ada di laman Instagram Nazrul. Aku terus tercengang. Ini dah jadi kes mencuri gambar aku.

"Abang?"

Nazrul hanya tersengih. Baru sahaja aku ingin kerjakan dia tetapi cable car ini berhenti di Skybridge. Terus terbatal niatku. Aku terus keluar dari cable car. Teruja punya pasal sampai tinggal suami kat belakang.

"Sayang! Tunggu Abang." Panggil Nazrul tapi aku hanya dengar  dari telinga kiri, keluar telinga kanan. Selepas Nazrul dapat tangkap aku yang laju macam petir ni, dia membebel. Dah macam makcik-makcik pula dia membebel. Kalah bebelan Mummy. Maaf Mummy, terngumpat Mummy.

***

Destinasi yang kedua pada hari ini ialah Art In Paradise Langkawi. Yeah! Pergi muzium seni. Selepas itu kami berdua singgah di restoran untuk menjamu selera memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 4 Petang.

"Nasi Ayam and ice lemon tea 1." Kataku kepada pelayan lelaki itu.

"Same like her." Tambah Nazrul pula. Pelayan itu pergi selepas mendapat pesanan. Nazrul menongkat dagu menggunakan tangan. Senyuman tidak pudar di bibirnya.

"Apa tengok-tengok? Ada hutang?" Kataku dengan jelingan serta hidung yang mula mengembang.

"Hidung kembang pun still cantiklah sayang ni." Ehem ayat nak jaga hati ke apa?

Baru sahaja aku mahu mencelah, seorang pelayan perempuan datang bersama makanan yang kami pesan sebentar tadi. Aku mencantumkan kedua-dua tangan lalu menggosok sesama sendiri. Muka yang ditayang oleh aku sangat teruja.

Apabila makanan sudah tersedia di atas meja, Nazrul mengetuai bacaan doa makan terlebih dahulu.Wajah pelayan perempuan tadi berlayar di dalam fikiran Nazrul. Namanya Aishm sepupu Nazrul. Sewaktu mereka kecil, hubungan mereka seperti bukit sama didaki, lurah sama tapi tengoklah sekarang sudah tidak kenal.

"Berselera sungguh isteri aku menjamu selera. Macam tak makan setahun. Padahal hari-hari aku bagi makan. Biarlah. Mungkin selera dia lain kat sini. Makan banyak-banyak eh sayang. Biar gemuk." Bisik hatiku.

"Kenapa Abang tak makan?" Soalku pelik. Pinggan aku sudah licin. Tambahan lagi banyak nasi comot di keliling mulut ku. Nazrul hanya senyum selepas menerima soalan sebegitu.

Rasa macam nak tergelak melihat nasi yang comot itu. Memang selera betul dia ni.

"Nak sayang suap ke?" Dia angguk.

Sudu menyedok nasi dan diangkat menuju ke mulutnya. "Hm, sebelum itu." Dia mengelap nasi yang comot di mulut aku menggunakan ibu jari. Selepas itu, dia memasukkan nasi itu ke dalam mulutnya sendiri.

Terbuka luas mata aku ketika itu. Biar betul suami aku ni. Tanganku yang memegang sudu kaku seketika.

Selepas beberapa saat, baru aku ke alam nyata. Terpampang muka Nazrul yang sedang menutup mata dan mulutnya terbuka. Menunggu aku suap ke. Okey... 1 2 3, nasi sudah pun berada di dalam mulutnya. Selesai makan. Kami berdua pulang ke hotel. Penat, seharian berjalan tak henti-henti.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top