66
Langkawi International Airport [LIA]
Kami berdua selamat tiba di LIA. Sekarang kami berdua akan pergi check-in hotel di The Bayview Hotel Langkawi yang sudah kami booking di Internet. Bayaran check-in and check-out untuk dua orang di hotel tersebut ialah RM 8++.
Keluar sahaja dari Airport ada satu kereta Alphad berwarna hitam yang sedang menunggu ketibaan aku dan Nazrul.
"Mr. Nazrul and Miss Azreen?" Tanya seorang lelaki berbadan sado disebelah kerete itu. Aku sekadar mengangguk.
"Saya Faizal. Saya akan hantar Encik dan Puan berdua ke hotel atas arahan daripada Datuk Mikail." Katanya.
"Okey." Balasku dan Nazrul serentak. Lelaki itu mula mainkan peranannya sebagai pesuruh Datuk Mikail iaitu mengangkat bagasi aku dan Nazrul masuk ke dalam kereta.
Aku dan Nazrul duduk di tempat duduk belakang. Lelaki bernama Faizal itu masuk ke tempat pemandu apabila selesai menyimpan barang. Kereta itu mula membelah jalan raya.
35 minit kemudian, kami berdua check-in dan menuju ke bilik bernombor 202 di tingkat tiga bangunan ini. Masuk saja, kami dapat bau aroma bunga yang wangi di seluruh kawasan.
"Sayang rehatlah dulu. Nanti dah petang sikit kita keluar jalan-jalan." Kata Nazrul sambil gosok kepala aku lembut. Dia letak bagasi kami di sudut bilik agar tidak terlanggar.
"Baik." Aku mandi terlebih dahulu sebelum tidur buat sementara waktu. Badan aku memang terasa lenguh akibat duduk di pesawat lama.
***
Daniel datang ke pejabat Ayyan selepas waktu rehat.
"Doktor Ayyan." Panggil satu suara yang sangat Ayyan kenal iaitu Daniel. Hatinya berasa sejuk apabila Daniel tidak bertindak apa-apa terhadap adik kesayangannya kerana Azreen menolaknya pada tempoh hari itu.
"Nak apa Daniel?" Balas Ayyan lantang. Matanya masih tertumpu pada skrin komputer. Apa yang dia tengok pun tak tahulah. Dengan gambar rangka-rangka bagai.
"Azreen pergi Langkawi eh?" Tanya Daniel acuh tak acuh. Ayyan terus pandang wajah Daniel dan berkata, "Haah. Kenapa?"Daniel cuba berteriak biasa, "Tak ada apa-apa."
"Okey." Ayyan sambung semula pandang skrin komputer. Nampak macam dia malas layan Daniel je? Memang dia malas pun. Mesti setiap hari ada je pengacau yang datang ke pejabat dia. Mesti dia rasa rimas.
"Kau buat apa ?" Tanya Daniel sambil bangun dan menuju ke arah Ayyan untuk lihat apa yang Ayyan sedang buat.
Hm, gambar rangka manusia. Aku tak tahu apa-apa.
"Ni rangka siapa?" Tanya Daniel sambil menunding jari ke arah skrin komputeri itu.
"Rangka badan kau." Balas Ayyan selamba. Memang kacau orang buat kerjalah dia tu.
"Betul-betullah."
"Rangka pesakit akulah."
"Ouh, Hahaha! Macam tak nak layan aku je." Ujar Daniel pura-pura merajuk. Suara dia kendurkan sedikit. Memang menyakitkan hati bila Author dengar.
"Memang pun. Kau nampak tak yang aku busy gila ni? Kau ni, pergilah kerja sana! Harap je arkitek!" Balas Ayyan berserta sindiran. Niat dalam hati nak menghalau Daniel tetapi guna cara sindiran sahaja. Apa aku merepek ni.
"Yelah-yelah aku balik." Daniel keluar dari pejabat Ayyan. Ayyan hanya mampu mengucap syukur di dalam hati kerana Allah telah membantunya untuk menghalau Daniel dari pejabatnya.
***
Tapak kaki kanan aku terasa geli disebabkan ada satu benda bermain-main disitu. Apakah itu? Banyak kali aku halau benda itu tetapi ianya tetap bermain-main di kaki aku. Aku terus bangun dari tidur apabila sudah tidak tahan. Benda tu buat aku nak ketawa 24jam.
Aku tarik kaki kanan ku dan meniliknya. Tiada apa-apa. Aku pandang belah kiri ternyata Nazrul tiada disebelah aku. Ruang tamu tak ada. Dapur tak ada. Bilik air pun tak ada. Aku just panjangkan leher, malas nak pergi jenguk satu-satu kawasan. Aku sambung tidur semula dan benda itu datang kembali.
"Abang!" Jeritku kuat. Rupa-rupanya benda itu datang dari tangan Nazrul iaitu bulu ayam yang warna-warni tu. Mana dia dapat bulu ayam tu? Dalam almari kasut kut, takpun bawah katil ke.
"Lena tidur?" Tanya Nazrul dengan ketawa masih tersisa. Aku pandang jam di dinding sekilas, sudah pukul 5:02 petang.
"Mestilah lena." Balasku manja.
"Kalau macam tu sekarang pergi bersiap. Kita nak keluar jalan-jalan." Arahnya. Aku bangun dari katil dan bersiap dalam masa 45 minit. Jangan tanya kenapa perempuan suka siap lambat.
Selepas itu, aku turun ke bawah bersama Nazrul. Terdapat satu kereta BMW berwarna hitam dihadapan pintu masuk Hotel. Tanpa berlengah masa, Nazrul tarik aku masuk ke dalam kereta tersebut. Aku hanya ikut sebab tak tahu tu kereta siapa.
***
"Yeah, pantai!" Jeritku riang. Macam tak pernah pergi pantai pula aku ni. Sekarang kami berdua berada di Pantai Cenang. Suasana di sini sungguh menyeronokkan dengan ramai orang yang melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain layang-layang dan sebagainya.
Aku berjalan-jalan di pesisiran pantai tanpa Nazrul disebelah. Alah, bukan pergi jauh pun. Rileks sis! Entah macam mana penglihatan aku boleh kabur dan menyebabkan aku terjatuh kehadapan. Sungguh memalukan.
Tiba-tiba, ada satu tangan dihadapan ku. Aku angkat muka memandang orang itu harap my hero and Yes! Memang my hero pun iaitu Nazrul.
Aku sambut huluran dia tetapi aku terjatuh semula apabila hendak bangun. Nampak gayanya kaki aku terseliuh akibat terlanggar batu. Salah aku juga sebab tak tengok depan dan berhati-hati. Tahu nak happy je kan dah jatuh tergolek macam ayam golek.
"Boleh jalan tak?" Tanya Nazrul prihatin. Dia memang prihatin dengan aku. Korang je jahat dengan aku. Aku gelengkan kepala. Dalam masa 2 saat, badan aku sudah terbang ke udara. Nazrul cempung aku dan bawa aku ke satu tempat duduk dengan payung di atas yang memang ada di pantai ini.
"Mari sini abang urutkan kaki sayang."
"Tak apa. Terseliuh sikit je. Esok lusa baiklah." Aku membantah. Bukan apa, tak nak menyusahkan dia je. Disebabkan sikap aku yang cuai, dia terlibat sekali.
"Jangan degil boleh tak sayangku? Nanti kaki sayang akan bengkak kalau tak urut." Kata Nazrul. Dia memukul betis aku perlahan.
"Yelah. Maaf susahkan Abang." Kataku tersengih riang.
"Tak susah pun. Memang tanggungjawab Abang sebagai suami sayang." Alololo, sweetnya pasangan ni. I pula yang jealous.
Klik!
Aku dan Nazrul pandang ke arah bunyi tersebut. Seorang budak perempuan sedang menghalakan camera poloroid ke arah Aku dan Nazrul dah kamera itu berbunyi dan satu keping gambar keluar dari bahagian bawah.
"Sweetlah Abang dengan Kakak ni." Pujinya sambil melihat gambar yang baru sahaja diambilnya.
"Hm, anak siapa ni?" Bisik Nazrul perlahan di telinga aku.
"Manalah sayang tahu." Aku angkat kedua-dua belah bahu. Aku depakan tangan dan budak kecil itu masuk ke dalam dangkapan aku. Aku angkat dia ke atas riba aku.
"Nama adik siapa? Umur adik berapa? Mana Mama adik? Adik ni comellah." Aku mulakan bicara. Anak kecil itu tidak henti-henti memberi senyuman manis kepada aku. Comel!
"Nama saya husna. Umur saya 5. Mama pegi bilii ais kim. Aye comel macam akak kan?" Balas si kecil itu pula. Tak sangka baru umur 5 tahun dah pandai main kamera.
"Aku dia tak nak peluk, budak tu boleh pula." Bisik hati Nazrul. Sakit hati pula tengok isteri sendiri bermesra dengan anak orang lain. Kalau anak sendiri tak apa juga ni entah anak siapa.
"Husna! Husna anak mama! Sayang!" Seorang perempuan yang sudah berumur sedang menjerit nama anaknya. Husna?
"Itu mama adik ke?" Tanyaku kepada Husna sambil menunding jari ke arah perempuan tadi. Dia mengangguk.
"Mama! Una kat sini!" Panggil si anak pula. Eloklah, tadi mak sekarang anak pula. Perempuan itu datang ke arah aku dan Nazrul.
"Mama ingatkan Husna hilang tadi. Penat Mama cari." Kata si emaknya. Husna turun dari riba ku dan memeluk erat emaknya.
"Maafkan Husna sebab buat Mama risau." Pinta Husna dengan manja. Budak 5 tahun pun dah pandai hormat orang tua, kau tingkatan 5 macam apa. EH.
"Ni Mama ada belikan Husna Ice cream." Husna ambil ice cream yang dihulur oleh emaknya dan mula berlari anak meninggalkan tempat ini.
"Terima kasih sudi jaga anak saya sekejap." Ucap perempuan itu mesra. "Sama-sama." Balasku dengan senyuman manis di bibir.
"Cuba sayang tengok diorang. Bahagiakan?" Tiba-tiba Nazrul bersuara. Aku pandang dia dengan wajah yang pelik. Dah kenapa suami aku ni?
"Haah. Bahagia sangat." Aku Iyakan aja.
"Bilalah kita boleh dapat anak?" Soalan paling dasyat Nazrul bagi kat aku. Muka aku sudah membahang. Dah kenapa muka ni? Suka sangat nak bertukar merah.
"Abang!"
***
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top