59

Aku memandu kereta ke Sunway Piramid dimana lunch appointment akan berlaku. Tunggulah apa yang akan aku buat kat penyibuk life orang tu.

Aku keluar dari kereta dan menuju ke Starbucks Cafe sebagai mana telah dijanjikan olehnya di dalam appointment tadi. Dengan perasaan marah, aku menuju ke arah seorang lelaki berbaju kod berwarna biru tua. Dia sedang memandang ke arah telefon pintarnya.

"Excuse me. Lunch appointment with me?" Tanyaku menahan marah. Lelaki itu langsung tidak memandang ke arah aku malah dia hanya mengangguk kepala.

"Ada apa buat appointment? Kalau benda tak penting, saya akan pergi." Kataku kasar walaupun menggunakan perkataan 'Saya'.

"Surprise Sayang!"

Aku terkaku. Aku baru je sumpah seranah lelaki depan aku ni tapi bila aku dah tahu siapa dia, aku tarik balik semua sumpah seranah tu. Tak menyesal datang.

"Macam mana awak?" Tanyaku separuh jalan sebab aku dah hilang ayat.

"Abang batalkan lunch kita sebab Abang ada lunch appointment dengan Ceo Empire Diamond." Balas Nazrul sambil tersenyum nakal.

"Saya baru je nak humban awak dalam jamban tadi." Gumanku perlaan tetapi malang sangat, Nazrul dengar dengan jelas.

"Apa? Sayang nak humban Abang kat atas katil?" Tanya Nazrul mengusik.

"Mana ada. Pekak." Balasku menahan muka yang sudah membahang.

"Haa, cinta?"

"Malas saya layan awak." Baru saja aku menoleh ke belakang. Sedikit cecair berwarna hitam terkena baju aku.

"Oh my god."

"Maaf Miss. Saya tak sengaja." Pinta pekerja itu.

"It's okay. Memang takdir saya untuk mandi coffee." Kataku dalam perlian. Perempuan itu terasa sedikit.

"Saya minta maaf sekali lagi and sir sorry for your coffee. I'll change for you." Kata perempuan itu ramah sambil memandang ke arah Nazrul dengan senyumanan menggoda.

I know dia Instafamous so ramai kenal dia and he so handsome tapi janganlah tengok dia macam tu depan mata aku, aku ni isteri dia okey! Habis panas hati ni.

"Tak apa. Saya claim coffee hari lain. Harini saya dengan my love akan lunch kat rumah je disebabkan keadaan macam ni." Riak wajah perempuan tersebut terus berubah menjadi masam. Padan muka!

Nazrul terus tarik tangan aku keluar dari Kafe dan kami berdua menuju ke satu butik pakaian jenama 'Adidas'. Dia meninggalkan aku di hadapan pintu dan pulang semula dengan satu beg kertas jenama Adidas. Dia hulur kat aku dan aku sambut huluran tersebut.

"Tukar baju. Abang tunggu dalam kereta." Kata Nazrul lembut. Aku menurut arahannya dan menuju ke tandas. Selesai sahaja, kami berdua terus menuju ke rumah Datuk Mikail dan Datin Azira.

***

"Sedapnya bau asam pedas ni!" Pujiku sambil angkat ibu jari ke udara.

"Tak payah puji la Reen. Kak Munah tak termakan kalini." Balas Kak Munah selamba. Itu memang tektik aku untuk minta sesuatu daripadanya tapi kalini gagal.

"Ala! Baru nak suruh simpankan asam pedas untuk bawa balik." Runggutku manja dengan mimik muka comel.

"Apa buat perangai depan suami ni?" Tegur Datin Azira sambil mengambil tempat duduk di hadapan aku. Aku hanya tersengih memandangnya. Nazrul di sebelah aku tidak layan sebab aku tengah merajuk. Ada ke patut dia belikan baju saiz XL untuk aku.

"Kenapa Mummy rasa baju kamu besar Reen?"

Terus tercekik aku dibuatnya. Nazrul sudah menahan ketawa mendengar soalan Datin Azora. Kak Munah dan Kak Minah yang turut ada di dapur menahan ketawa. Tinggal meletus je.

"Tanya menantu Mummy."

"Abang pula?"

"Iyalah. Dah lah beli baju size XL, ingat saya gemuk macam tong gas ke?" Kataku mendatar. Lalu tong gas di dapur terbatuk akibat kutukan aku. Tawa mereka semua pun meletus.

"Not funny okay!" Bentakku sedikit kuat.

Somebody help me!

"Tak baiklah." Celah seseorang. Alhamdulilah.

"Tapi lebih baik kalau aku join ketawa." Sambungnya.

Cis, Ingat nak jadi hero tadi. Kurang asam jawa punya abang.

"Kenapa pakai baju besar ni?" Tanya Ayyan dengan sisa tawanya.

"Kau kenapa kat rumah? Tak kerja ke?" Aku menukar topik perbualan.

"Ha'ah. Tak kerja and kau kenapa pakai baju besar ni? Dah macam gorila aku tengok." Balas Ayyan dengan kutukan.

"I hate you." Laungku kuat dan aku terus menuju ke arah kereta lalu memecut laju meninggalkan mereka semua. Aku buat keputusan untuk pulang rumah Puan Nadirah dulu untuk menukar baju.

Habis rosak angan-angan aku nak makan asam pedas malam ni. Ni semua salah Nazrul sebab dia yang beli baju size XL ni.

Selesai menukar baju. Aku terus ke syarikat memandangkan Lunch hour sudah habis 20 minit lepas. Masuk lambat nanti banyak kerja tertangguh.

***

Aku menyimpan segala dokumen di dalam rak dan keluar daripada pejabat. Tempat letak kenderaan aku tuju. Aku melirik ke arah jam tangan sekilas, 8:47 malam. Aku terus memecut laju pulang ke rumah. Tiba saja, aku terus naik ke dalam bilik.

"Muka ketat semacam je?" Tegur Nazrul yang baru sahaja selesai mandi. Aku tak layan dia. Aku cuma ambil kain tuala dan pakaian tidur aku lalu masuk ke dalam bilik air. Beberapa minit kemudian, aku keluar dan terus rebahkan diri di atas katil.

"Ya Allah. Penatnya harini." Bisik hatiku. Aku ingin memejam mata tetapi terhalang akibat suara langau Nazrul.

"Sayang dengar tak apa Abang cakap ni?" Tanya Nazrul bengang. Dari tadi lagi dia cakap sorang-sorang.

"Dengar, dah pergi keluar sana. Saya penat, saya nak tidur." Kataku dalam nada menghalau dia sebenarnya.

"Aip apa ni guna saya." Nazrul menyilangkan tangan. Aku memberi pandangan menjengkelkan. Orang tengah merajuk bukan dia nak pujuk.

"Haih, sayang sayang janganlah merajuk. Abang gurau je." Nazrul mengatur langkah menuju ke katil.

"Siapa merajuk?" Aku pandang ke arah lain. Dia merebahkan badan juga ke atas katil.

"Mestilah sayang tak mungkin abang pula yang merajuk. Sudah jangan merajuk, nanti tak comel." Dia cubit pipi kiri aku lembut.

"Biarlah tak comel." Aku yang memandang siling terus memusingkan badan ke arah belakang.

"Eh gedik." Dia memeluk tubuhku dari belakang.

"Selamat malam." Ucapku perlahan. Aku memejamkan mata memandangkan terlampau penat.

"Selamat malam sayang." Nazrul mencium lebut dahiku. Dia memperbetulkan posisi aku tidur. Lampu bilik dia tutup sebelum turun ke bawah. Dia terpaksa ke pejabat semula kerana ada mesyuarat penting.

***

Someone POV

Aku pandang dua wajah manusia di dalam sekeping gambar yang aku tampal di dinding bilik dengan perasaan menyampah. Ianya gambar perkahwinan Nazrul dan juga Azreen.

Wajah Nazrul sudah aku bulatkan menggunakan marker pen berwarna merah dan mencontengnya. Aku hanya biarkan wajah Azreen yang cantik, bersih lagi sempurna apabila dipandang.

"Aku buat baik dengan kau tapi kau balas dengan layan aku macam sampah ya sayang."

"Dan kau Nazrul, aku akan pastikan kau tak ada dalam dunia ni. Siapa suruh kau muncul dalam hati kesayangan aku?"

"Just wait and see dear."

End POV

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top